Patch Note 3.3 Wild Rift
Bersinar Terang—inilah patch 3.3!
Kami menyalurkan elemen dan bintang patch ini kerana Elemental Rift akan kekal untuk mengubah Rift dalam mod Ranked dan PvP Normal. Star Guardian, baru dan lama, juga kini tiba untuk melindungi kami daripada kuasa jahat. Item baharu untuk enchant permainan anda, tiga rework mini champion yang penuh charm, pengurangan cooldown kepada hampir setiap ultimate, dan sudah tentu pelarasan balance berkala anda!
Bersama-sama dengan kemas kini baharu yang berkilat ini, kami juga mempunyai Ranked baharu dengan beberapa pelarasan dan satu skin Glorious baharu serta ganjaran untuk anda perolehi semasa pendakian anda! Wild Pass baharu juga telah tiba, bersama Trek Kemajuan ARAM, dan Legendary queue.
Kami akan pergi mengucap sumpah pada first star buat masa ini, tetapi pastikan anda menyemak Pratoton Patch terkini kami, untuk melihat perklara yang bakal tiba dalam patch akan datang semasa kemas kini Shining Bright. Kami akan jumpa anda lagi dalam 3.3a!
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
BAHARU
TREK KEMAJUAN ARAM
Anda kini boleh mempamerkan kemahiran bermain bola salji anda kepada semua rakan anda dengan trek Kemajuan ARAM! Naikkan markah bola salji anda dengan bermain ARAM sepanjang musim dan dapatkan gelaran bermusim baharu dan eksklusif sebaik sahaja musim berakhir, berdasarkan prestasi anda sepanjang musim. Musim ARAM akan mengikut jadual yang sama seperti Musim Ranked.
Musim ARAM dan Trek Kemajuan akan bermula pada 16 Julai pukul 08:01 GMT+8
KAWALAN
Patch ini kami tambahkan tetapan baharu supaya anda boleh menetapkan apa-apa yang tidak disasarkan atau mempunyai sasaran sebagai “Ketika Butang Ditekan.” Ini bermakna dengan tetapan ini, ability yang tidak disasarkan atau mempunyai sasaran akan diaktifkan beberapa bingkai lebih cepat! Ini adalah sesuatu yang kami laksanakan beberapa ketika dahulu untuk Summoner Spell dan Item Aktif, tetapi kami kini menambahkannya sebagai tetapan untuk beberapa ability, beritahu kami bagaimana rasanya!
ELEMENTAL RIFT
Terima kasih semua kerana berkongsi maklum balas anda semasa kami melalui pelarasan, perubahan dan kesemua lelaran Elemental Rift. Selepas segunung ujian kami bersedia untuk ia membanjiri permainan ranked anda. Elemental Rift akan membawa beberapa perubahan besar pada setiap permainan yang anda mainkan, membentuk semula peta secara harfiah selepas anda membunuh dragon pertama.
- Infernal: Membakar semak dan merobohkan tembok.
- Mountain: Menyebabkan tembok dan terrain timbul dari tanah.
- Ocean: Semak dan Honeyfruit tumbuh mekar dengan banjirnya sungai.
Bersama-sama dengan perubahan peta, kami juga memperkenalkan sistem dragon slayer yang dikemas kini. Membunuh satu Elemental Dragon tidak akan memberi anda banyak kuasa dengan sendirinya, tetapi dengan setiap Dragon tambahan kuasa anda akan bertambah. Meningkatkan potensinya, sambil anda mengumpul kesan tambahan yang diberikan oleh setiap dragon yang pasukan anda bunuh. Jika anda memilih untuk melabur dalam membunuh kesemua 3 Elemental Dragon anda akan menjadi lawan yang hebat sebelum pasukan lain berpeluang melakukan usaha terakhir untuk merebut Elder Dragon.
Elder Dragon juga akan turut serta dalam kemas kini ini dan merupakan satu objektif lewat permainan, dijamin akan spawn pada minit ke-20 menggantikan Elemental Dragon yang tinggal jika ia masih dalam peta. Membunuh raksasa ini memberikan pasukan anda ability untuk membakar sasaran mereka sehingga rentung, attack memberikan kesan burn, dan damage champion yang mengurangkan lawan anda ke tahap kritikal akan membunuh mereka dengan serta-merta.
BUFF DRAGON
Elemental Dragon
- Dragon Slayer: Kuasa buff elemental dragon anda meningkat apabila anda membunuh lebih banyak elemental dragon!
- Infernal Dragon: 4/8/12% Attack Damage dan Ability Power
- Mountain Dragon: 6+3%/12+6%/18+9% Armor & Magic Resist
- Ocean Dragon: 3/6/9% Health Regeneration nyawa hilang
Elder Dragon
- Mengenakan damage pada musuh menyebabkan mereka terbakar sebanyak 60 true damage sesaat selama 3 saat.
- Mengenakan damage dengan ability champion, serangan asas, atau burn Elder Dragon pada musuh di bawah 15% nyawa, serta merta membunuh mereka.
- Pembunuhan ini mengabaikan shield, tetapi tidak akan menjejaskan sasaran yang kebal atau imun terhadap kematian.
Apabila Elder Dragon dibunuh ia memberikan buffnya kepada semua ahli pasukan anda yang masih hidup, bertahan selama 2 minit atau sehingga kematian champion.
SPAWN DRAGON
Elemental Dragon
- Spawn dragon pertama: minit ke-5
- Spawn Elemental Dragon rawak yang tidak berulang
- Dragon akan respawn setiap 5 minit
- Kematian dragon pertama mengubah terrain mengikut elemen dragon tersebut
Elder Dragon
- Elder Dragon akan spawn pada minit ke-20
- Elemental Dragon akan despawn pada minit ke-19
- Jika sesuatu Elemental Dragon akan respawn selepas 19 minit, ia tidak akan spawn, dan sebaliknya akan digantikan dengan spawn Elder Dragon pada minit ke-20
- Jika sesuatu Elemental Dragon sedang bertarung ia tidak akan despawn sehingga 19:30
- Jika tiada Elemental Dragon dibunuh, terrain akan berubah apabila elemental dragon despawn
- Elder Dragon akan respawn selepas 4 minit
Untuk pandangan lebih mendalam tentang Elemental Rift dan bagaimana kami mencapai versi ini (serta beberapa fakta menarik tentang Dragon-dragon ini), sila lihat Gambaran Keseluruhan Elemental Rift kami!
Elemental Rift akan tersedia dalam mod permainan Ranked dan Normal PVP pada 14 Julai pukul 08:01 GMT+8
KEMAS KINI RANKED
Ranked Musim 6 kini tiba dan bersamanya adalah beberapa kemas kini dan ganjaran baharu untuk anda peroleh semasa pendakian anda. Semasa anda memulakan pendakian musim ini dan mengalahkan lawan selayaknya, anda akan dapat memperoleh skin ranked musim ini, Glorious Crimson Fiora!
Bersama dengan musim baharu kami mempunyai beberapa pelarasan pada Ranked:
- Markah ranked kini akan dilanjutkan sehingga ke Challenger.
- Sebaik sahaja anda mencapai Diamond, daripada memperoleh dan kehilangan Mata Kemenangan (VP) untuk kemenangan dan kekalahan, anda kini akan memperoleh satu markah ranked bagi setiap kemenangan dan kehilangan satu bagi setiap kekalahan.
- Untuk maju melalui setiap peringkat Diamond, anda kini perlu memperoleh enam markah bagi setiap peringkat.
- Anda kini perlu memperoleh sekurang-kurangnya 20 markah untuk memenuhi syarat rank bagi dinaikkan kepada Grandmaster.
- Anda kini perlu memperoleh sekurang-kurangnya 40 markah untuk memenuhi syarat rank bagi dinaikkan kepada Challenger.
- Sebaik sahaja anda mencapai Diamond, daripada memperoleh dan kehilangan Mata Kemenangan (VP) untuk kemenangan dan kekalahan, anda kini akan memperoleh satu markah ranked bagi setiap kemenangan dan kehilangan satu bagi setiap kekalahan.
- Untuk menjadikan keseluruhan queue lebih konsisten, Ranked Fortitude dan Shield Fortitude kini akan berterusan melalui Diamond sehingga Challenger.
- Membuang perlawanan peletakan pada permulaan pengalaman ranked.
- Memandangkan kami akan melaksanakan banyak perubahan baharu, reset musim biasa kami akan mengundurkan rank agak ke belakang berbanding musim sebelumnya untuk membantu melancarkan peralihan ke dalam rank yang dikemas kini ini.
Ranked Musim 6 akan bermula pada 16 Julai pukul 08:01 GMT+8.
LEGENDARY QUEUE
Beberapa minggu selepas musim ranked baharu bermula kami akan memperkenalkan queue baharu iaitu Legendary Queue! Ini akan menjadi queue tambahan untuk anda daki dan pamerkan kemahiran anda:
- Solo queue sahaja.
- Tersedia untuk pemain yang mencapai Diamond + dalam sistem Ranked sedia ada kami.
- Hanya akan tersedia pada waktu tertentu dalam sehari.
- Akan berkongsi kitaran musim yang sama dengan queue Rank kami yang sedia ada
- Enam rank utama baharu, dan setiap rank akan mempunyai empat subperingkat untuk anda daki:
- Warrior IV - I
- Commander IV - I
- Guardian IV - I
- Vanquisher IV - I
- Immortal IV - I
- Legend
- Jika anda mendaki ke puncak dan mencapai rank Legend yang berprestij, anda juga akan diberikan rank global istimewa pada papan pendahulu bersama pemain lain yang berjaya mencapai Legend.
- Terdapat rating matchmaking (MMR) yang berasingan untuk queue ini, jadi rank dan MMR yang anda punyai dalam queue lain tidak akan memberi kesan kepada pengalaman anda dalam queue baharu ini.
- Ganjaran eksklusif juga akan tersedia untuk anda perolehi semasa pendakian anda dalam queue baharu ini!
Legendary Queue akan bermula beberapa minggu selepas Ranked Musim 6 bermula
WILD PASS
Datang terus dari kosmos untuk menceriakan gameplay anda serta Wild Pass ini ialah Stargazer Karma. Dia akan menjadi ganjaran anda kerana melengkapkan pass ini, tetapi jangan risau terdapat banyak lagi hadiah baharu yang mempesonakan untuk anda perolehi sepanjang perjalanan.
Wild Pass akan tersedia pada 14 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8
EVENT
STAR GUARDIAN & REDEEMED STAR GUARDIAN
Ucap sumpah first star dan mulakan satu perjalanan yang penuh magik!
Event Star Guardian akan bermula pada 15 Julai pukul 08:01 GMT+8

AHRI
passive
- Ahri mendapat satu stack Essence Theft setiap kali abilitynya mengenai musuh, stack sehingga 3 kali. Pada 3 stack, ability seterusnya akan consume semua stack untuk memulihkannya sebanyak 40/60/80/100 (berdasarkan level) +20% Ability Power apabila mengenai musuh.
- [BAHARU] Setiap kali Ahri mendapat takedown champion dalam masa 3 saat selepas mengenakan damage pada mereka, dia akan consume essence mereka untuk heal dirinya sendiri sebanyak 80/120/160/200 + 40% Ability Power.

Fox-Fire
- Memperbaik logik projektil fox-fire.

Charm
- [DIBUANG] Musuh yang terkena Charm akan menerima 20% lebih damage daripada ability Ahri selama 5 saat.

Spirit Rush
- [BAHARU] Semasa Spirit Rush, jika Ahri mengambil essence seseorang champion dengan Essence Theft, Ahri akan memanjangkan tempoh guna semula Spirit Rush sehingga 10 saat, dan dia memperoleh cas tambahan Spirit Rush. Boleh menyimpan sehingga 3 cas.
- Tempoh Asal: 12s

ANNIE
base_stats
- Movement speed: 335 → 330
- Armor setiap level: 4.7 → 3.9
- Armor pada level 15: 96 → 85

Disintegrate
- Kelajuan projektil: Ditambah sebanyak 20% Ditambah: 15 → 18
- Radius letupan: Ditambah sebanyak .25 Ditambah: .75 → 1

DIANA

LUNAR RUSH
- Damage Asas: 50/85/120/155 → 40/75/110/145

DR. MUNDO

MAXIMUM DOSAGE
- Heal awal: Heal 20% daripada nyawanya yang hilang → Meningkatkan nyawa asasnya sebanyak 15/20/25% daripada nyawanya yang hilang.

GALIO
base_stats
- Nyawa setiap level: 125 → 135
- Nyawa pada level 15: 2320 → 2460

SHIELD OF DURAND
- Pengurangan Movement Speed apabila penuh cas: 25% → 15%

JAX
base_stats
- Attack Damage: 58 → 64
passive
- Kini tidak berkesan pada monster
- Kini stack maksimum ialah 5, 1 stack setiap serangan, tiada gandaan pada minion/champion
- Setiap stack: 2.5/4.5/6.5/8.5% →5~19%

Leap Strike
- 60/115/170/225 → 70/125/180/235

Empower
- Damage asas: 45/90/135/180 → 55/100/145/190

Counter Strike
- Cooldown: 14/12/10/8s → 12.5/11/9.5/8s

JHIN

Dancing Grenade
- Peningkatan damage daripada melantun: 35% → 44%

Deadly Flourish
- Tempoh root: 1.25/1.5/1.75/2 → 1.5/1.75/2/2.25

Karma

INNER FLAME
- Kos mana: 50 → 60

INSPIRE
- Shield asal: 60/100/140/180 → 60/90/120/150
- Shield Dipertingkat Mantra asal: 150/210/270/330 → 120/180/240/300

LEONA

ZENITH BLADE
- Jarak: 8 → 8.5

SOLAR FLARE
- Jarak: 9.5 → 10.5

LUX

Prismatic Barrier
- Nilai shield kedua: 75/105/135/165 + 30% Ability Power → 100/140/180/220 + 40% Ability Power

NAUTILUS

DREDGE LINE
- Lebar terhadap unit: 1→1.3
- Lebar terhadap tembok: 0.4 → 0.2

TITAN'S WRATH
- Ratio damage monster: 150%→ 200%

NASUS

Siphoning Strike
- Cooldown: 5.5/5/4.5/4s →7/6/5/4s

PYKE
base_stats
- Attack Damage setiap level: 1.7 → 2.65

BONE SKEWER
- Damage: 100/165/230/295 → 110/175/240/305

PHANTOM UNDERTOW
- Damage: 105/145/185/225 → 110/160/210/260
- Ratio armor penetration untuk tempoh stun: 1% → 1.5%

RIVEN
base_stats
- Nyawa asas: 610 → 650
- Health regeneration: 9 → 10.5

VALOR
- Shield: 105/145/185/225 → 75/110/145/180

SETT

HAYMAKER
- Ratio AD bonus: 10% setiap 100 AD →15% setiap 100 AD

FACEBREAKER
- Cooldown: 14/12.5/11/9.5s → 13/11.5/10/8.5s

SHYVANA
passive
- Kill Monster Besar, takedown Champion, dan kill Monster Epik memberi stack Draconic Bloodline. Untuk setiap 100 stack Draconic Bloodline, Shyvana mengevolusikan salah satu abilitynya mengikut turutan dari pertama hingga terkahir.
- Bilangan stack kill Monster Besar: 8
- Bilangan stack takedown Champion: 12
- Bilangan stack kill Rift Herald/Baron Nashor: 12
- Bilangan stack kill Dragon: 35

SINGED
base_stats
- Nyawa asas: 650 → 610

Insanity Potion
- Tempoh: 25s → 18s

TEEMO

BLINDING DART
- Jarak: 5 → 5.5

GUERILLA WARFARE
- Masa Saluran: 1s → 0.5s
- Cooldown: 22s → 25s
- Kos mana: 40 → 60
ultimate
- Radius Letupan: 2.7 → 2.5
- [BAHARU] Teemo kini meletakkan perangkap cendawan yang meletup apabila musuh memijaknya, mengenakan 100/175/250 + 30% AP magic damage secara berkala dan slow musuh yang terkena sebanyak 30%/40%/50% selama 3 saat.
- Ability ini tidak lagi mencipta Lopak Beracun dan kesan damage berkala akan berterusan pada champion musuh yang mencetuskan perangkap cendawan, tanpa mengambil kira kedudukan mereka.

TWISTED FATE
base_stats
- Attack Damage setiap level: 3.6 → 2.65
- Attack Damage pada level 18: 103 → 90

Wild Cards
- Ratio AP: 65% → 70%

Stacked Deck
- Attack Speed Aktif: 40/50/60/70% → 40/45/50/55%

VARUS

Piercing Arrow
- Cooldown: 16/14/12/10s → 15/14/13/12s

Blighted Quiver
- Damage on-hit pasif: 8/12/16/20 → 12/16/20/24
- Damage on-hit pasif selama 6 saat selepas menggunakan Blighted Quiver: 16/24/32/40 → 24/32/40/48

VEIGAR
base_stats
- Nyawa setiap level: 115 →105
- Nyawa pada level 15: 2180 → 2040
- Armor setiap level: 3.9 → 3.5
- Nyawa pada level 15: 90 → 84

Wukong

WARRIOR TRICKSTER
- Kini boleh menggerakkan Wukong melepasi tembok

XIN ZHAO

Three Talon Strike
- Cooldown: 8/7/6/5s → 9/8/7/6s
PELARASAN COOLDOWN ULTIMATE CHAMPION
Sebagai tambahan kepada kemas kini balance yang lain, kami membuat pelarasan *menyemak nota* kepada tempoh cooldown ultimate hampir setiap champion. Jadi, kami akan mencuri idea daripada League PC untuk menyelamatkan mental kami dengan melangkau pemberian konteks untuk setiap champion. Tetapi kami mempunyai konteks yang lebih luas tentang sebab kami melakukan pelarasan ini.
Kami telah mendengar banyak maklum balas pemain dan melihat bahawa beberapa tempoh cooldown ultimate agak panjang, dan sepanjang permainan, anda mungkin tidak mendapat banyak peluang untuk menggunakannya. Walaupun masa permainan Wild Rift hampir separuh daripada League PC, tempoh cooldown ultimate kami hanya pendek sedikit sahaja, jadi kami mengurangkan tempoh-tempoh cooldown ultimate sebanyak satu peratusan kecil secara keseluruhan. Kami berharap ini membolehkan pemain belajar, mencuba lebih banyak serta meningkatkan kekerapan detik-detik tinggi untuk champion, sambil memastikan kami mengekalkan tetingkap permainan balas yang bermakna di sekitar cooldown ultimate.
PELARASAN TEMPOH ULTIMATE
Semasa menyemak sistem kami dalam kombinasi dengan perubahan cooldown ultimate dalam patch ini, kami mendapati bahawa ultimate yang berkaitan dengan pertempuran dalam Wild Rift mempunyai tempoh yang sangat lama berbanding dengan tempoh pertempuran. Ini berkemungkinan membawa kepada masa aktif yang sangat tinggi pada ultimate yang mungkin mengecewakan atau mengelirukan apabila aktif begitu kerap, jadi kami telah meneliti dan mengurangkan sedikit ultimate dengan tempoh yang sangat lama.
PERUBAHAN URF
PERUBAHAN GAMEPLAY
ITEM
ENCHANTMENT BAHARU: MAGNETRON ENCHANT
Enchant tidak mementingkan diri yang sudah ada dalam Wild Rift adalah bagus apabila anda ingin membantu pasukan anda secara keseluruhan, tetapi bukan pilihan yang bagus untuk menyokong satu sekutu secara khusus. Magnetron kini tiba untuk membolehkan kedua-dua pilihan support yang lebih agresif atau untuk peel. Anda boleh dive terus ke dalam pertempuran untuk menyerang dengan rakan sepasukan anda, atau ingin peel demi barisan belakang anda yang lembik, Magnetron kini tiba dan dibungkus dalam cara untuk sampai kepada mereka dengan pantas dan membantu mereka apabila anda tiba di sana.
- Sasarkan champion sekutu berdekatan dalam jarak 5 untuk dash ke arah mereka, kemudian taunt champion musuh terdekat dalam jarak 2 selama 1 saat. (cooldown 60 saat)
- Kesan ini hanya boleh taunt satu musuh setiap pengaktifan.
- Taunt ini hanya berkesan pada champion.
- Tempoh taunt akan dikurangkan kepada .5 saat jika champion musuh yang terjejas telah terkena taunt oleh Magnetron Enchant dalam tempoh 10 saat lalu.
- Jumlah kos: 800g
ENCHANTMENT BAHARU: REPULSOR ENCHANT
Repulsor adalah satu enchantment baharu untuk dua tujuan: menolak musuh sedang dive berdekatan, dan memecah-belahkan pasukan musuh. Kami sedang mencari untuk membuka beberapa ruang baharu untuk kedua-dua penggunaan pertahanan yang mementingkan diri sendiri dan juga untuk pemula yang lebih agresif dengan hentaman ke belakang jarak dekat ini.
- Menghentam ke belakang musuh dalam jarak 3.5 ke jarak 3.5 jauh dari pengguna. (cooldown 60 saat)
- Yasuo tidak dibenarkan menggunakan ultimatenya daripada Repulsor.
- Jumlah kos: 500g
ENCHANTMENT BAHARU: VEIL ENCHANT
Seperti Magnetron, Veil adalah satu lagi pilihan untuk membantu sekutu tertentu dan bukannya keseluruhan pasukan anda. Di sini kami menambah spell shield untuk satu sekutu sebagai cara untuk menyekat spell tertentu secara selektif dengan pengaturan masa yang baik, atau menggunakannya lebih awal untuk menghalang musuh daripada menggunakan spell pada carry pilihan anda.
- Memberi sekutu disasarkan berdekatan satu shield spell selama 3 saat yang menyekat ability musuh yang seterusnya. (cooldown 45 saat)
- Tidak boleh digunakan pada diri sendiri.
- Jumlah Kos: 500g
BOOTS OF SWIFTNESS → BOOTS OF FUROR
Tujuan utama Boots of Swiftness adalah untuk melawan slow, yang telah lama dibayangi oleh Mercury's Treads yang sebaliknya menawarkan Tenacity untuk mengurangkan tempoh semua kesan crowd control. Kami ingin mengalihkan item ini ke ruang yang berbeza dengan membuka Boots of Furor baharu ini kepada champion berasaskan attack yang mungkin mencari lebih kelajuan dalam pertempuran untuk kite atau mengejar musuh mereka.
- Movement speed kasut: Dikurangkan daripada 50 → 40
- [DIBUANG] Sleek: Slow movement speed dikurangkan sebanyak 30%
- [BAHARU] Rage: Apabila anda menyerang sasaran, anda mendapat 30 movement speed selama 2 saat.
- Tidak stack dengan pasif Rage daripada Phage atau pelbagai peningkatannya.
FIMBULWINTER
Fimbulwinter pada masa ini memberikan terlalu banyak keselamatan untuk champion ranged, jadi kami mengurangkan jumlah kuasa shield yang diberikan item ini apabila champion ranged memilihnya.
- Pengubah shield ranged: Dikurangkan daripada 70% → 50%
GARGOYLE ENCHANT
Menambah nyawa tambahan berdasarkan peratusan nyawa semasa anda adalah jumlah kiraan yang perlu dilakukan dan dibaca yang terlalu banyak, terutamanya apabila anda sedang cuba untuk memenangi permainan anda. Kami menjadikan output pertahanan enchant ini satu shield dan bukannya penambahan nyawa yang sepatutnya lebih mudah dibaca sepintas lalu, sambil memastikan ia mengekalkan pengurangan damage pada musuh untuk memastikan item ini digunakan terutamanya sebagai alat pertahanan.
- [DIBUANG] Semua fungsi semasa
- [BAHARU] Mendapat shield yang menyerap 30% daripada nyawa maksimum anda yang merosot dalam 4 saat. Nilai shield meningkat sebanyak 100% jika terdapat tiga atau lebih musuh berdekatan. Mengenakan 40% kurang damage selama 3 saat. (cooldown 60 saat)
HEXTECH PROTOBELT ENCHANTMENT
Protobelt merupakan enchant yang sangat fleksibel yang boleh digunakan untuk melarikan diri dari bahaya atau dive terus ke dalam, dan kosnya tidak mengambil kira kuasanya dengan tepat dalam kedua-dua kes penggunaan menyerang dan bertahan, jadi kami melaraskannya.
- Kos: 500g → 800g
HULLBREAKER
Hullbreaker kini sedang disalahgunakan oleh champion ranged dalam permainan peringkat lebih tinggi walaupun item ini direka sebagai satu pilihan untuk fighter. Kami mengurangkan resistance yang diberikan oleh item ini kepada champion dan minion apabila seorang champion ranged menggunakannya supaya Hullbreaker masih kekal sebagai pilihan untuk champion tersebut, tetapi bukan pilihan yang paling optimum.
- Armor dan Magic Resistance bonus diperolehi oleh pemilik item: 10 − 50 (berdasarkan level) → 10 − 50 (5-25 jika ranged)
- Armor dan Magic Resistance bonus diperolehi oleh minion sekutu: 50 − 170 (berdasarkan level) → 50 − 170 (25-85 jika ranged)
QUICKSILVER ENCHANT
Quicksilver menghadapi masalah untuk bersaing dalam ruang pertahanan dengan aktif lain seperti Stasis, jadi kami sedang mencari untuk menolaknya ke dalam ruang sebagai kaunter yang jelas untuk crowd control. Menambahkan tempoh yang singkat pada imunitinya dan juga sedikit Tenacity dan Slow Resistance tambahan selepas itu akan mengurangkan pengaturan masa sensitif yang diperlukan untuk menggunakan item ini dengan baik serta memperkasakan enchant ini untuk menjadi sangat berkesan terhadap crowd control yang mendatang, dan bukan hanya satu spell tertentu.
- [DIBUANG] Semua fungsi semasa
- [BAHARU] Memberi imuniti terhadap kesan crowd control selama 0.5 saat.
- [BAHARU] Memberi 30% Tenacity dan 30% Slow Resistance selama 1.5 saat.
- [AMBIL PERHATIAN] Enchant ini masih boleh digunakan apabila berada di bawah kesan crowd control selain hentam ke atas.
SHADOWS ENCHANT - DIBUANG
Shadows Enchant tidak memenuhi tahap yang kami cari dalam sistem item kami. Ia tidak banyak dibeli, walaupun kuasa mentahnya hampir setanding dengan enchant lain. Kami akan membuangnya buat masa ini, tetapi masih terbuka untuk meneroka pilihan lain pada masa hadapan untuk aktif pengejaran dan meninjau jarak jauh.
STASIS ENCHANT
Stasis merupakan enchant yang sentiasa diambil untuk tujuan pertahanan, dan selalunya untuk tujuan serangan juga. Kebolehgunaan dan fleksibilitinya yang luas adalah nilai jualan yang besar untuk aktif emas ini, dan ia jelas lebih berkuasa berbanding peningkatan but lain, jadi kami meningkatkan kosnya untuk menjelaskan ia berada satu peringkat di atas enchantment lain.
- Jumlah Kos: 800g → 1000g
PERUBAHAN RUNE
KEYSTONE: CONQUEROR
Sudah lama Conqueror menjadi pilihan yang terlalu dominan dalam sistem rune. Untuk mengasah keystone ini dan mencipta ruang untuk keystone lain menyerlah, kami akan rework Conqueror supaya ia memerlukan lebih banyak stack untuk mencapai kesannya serta memberikan Physical Vamp dan Magical Vamp bonus dan bukannya Adaptive Damage bonus.
- Jumlah Stack: Ditingkatkan daripada 5 → 6
- Attack damage maksimum (Adaptive): Ditingkatkan daripada 10-30 →12-36
- Magic damage maksimum (Adaptive): Ditingkatkan daripada 15-45 → 18-54
- [DIBUANG] Apabila stack penuh, mengenakan 10% (melee) | 7% (ranged) Adaptive Damage bonus pada champion.
- [BAHARU] Apabila stack penuh, mendapat 8% (melee) | 5% (ranged) Physical Vamp dan Magic Vamp.
KEYSTONE: FLEET FOOTWORK
Satu kesilapan dalam set terakhir perubahan Fleet Footwork kami adalah tidak menangani dengan betul kuasa heal Fleet menentang monster. Kami di sini untuk membetulkan kesilapan itu, kerana kami tidak mahu jungler mengoptimumkan menggunakan keystone untuk mengabaikan damage yang dikenakan oleh jungle semasa clear mereka.
- Pengubah heal menentang minion → Pengubah heal menentang minion dan monster
- 60% untuk melee, 20% untuk ranged (sama)
KEYSTONE: GRASP OF THE UNDYING
Kami ingin membuka lebih banyak pilihan keystone kepada pelbagai jenis champion yang lain, dan Grasp of the Undying hanya digunakan oleh sebilangan kecil champion tank dan melee. Dengan pelarasan ini, kami berharap untuk mengembangkan untuk siapa rune ini boleh digunakan, sambil mengekalkannya di tempat yang sama untuk mereka yang mengambilnya agar lebih tahan lasak.
- Damage: 3% nyawa Maksimum → 3% nyawa Maksimum + 20% Attack Damage +10% Ability Power
- Pengubah jarak: Kecekapan 50% → Kecekapan 40%
KEYSTONE: KRAKEN SLAYER
Kraken Slayer telah menjadi kurang berkuasa lewat dalam permainan daripada yang dimaksudkan. Kami memberi buff pada damage asas kemudiannya, dan membenarkan lebih ramai champion mengakses kuasa yang ditawarkan keystone ini.
- Kesan on-attack → Kesan on-hit
- Ini bermaksud skill yang memberi kesan pada attack, seperti Mystic Shot Ezreal atau Lunge Fiora, kini boleh stack dan memberi Kraken Slayer.
- Damage asas: 28-70 → 28-84
DOMINATION: BRUTAL
Brutal pada masa ini merupakan rune Domination yang paling kerap dipilih kerana kebolehpercayaan dan kebolehgunaannya yang luas untuk kumpulan champion yang besar. Untuk menggalakkan kepelbagaian rune, kami sedang mengasah Brutal untuk memberikan Adaptive Damage On-hit dan bukannya Adaptive Damage rata.
- [DIBUANG] Mendapat 7 Attack Damage bonus atau 14 Ability Power (Adaptive).
- [BAHARU] Basic attack mengenakan 7-14 physical/magic damage bonus on-hit terhadap champion (Adaptive).
JUNGLE
PELARASAN SMITE & KEM JUNGLE
Jungler biasanya memilih Brutal untuk meningkatkan kelajuan clear mereka. Memandangkan kami menarik balik betapa optimumnya memilih rune untuk meningkatkan kelajuan clear anda. Tetapi kami tidak mahu nerf clear jungle secara keseluruhannya, jadi kami akan buff damage burn yang diterima oleh jungler daripada Smite dan mengurangkan nyawa kem hutan awal untuk mendapatkan kelajuan clear yang serupa dengan apa yang dilihat sebelum patch ini.
Smite
- Damage burn: 30 setiap 5s → 50 setiap 5s
Gromp
- Nyawa asas: 2200 → 2000
- Nyawa setiap level: 80 → 100
Red Brambleback
- Nyawa asas: 2700 → 2500
- Nyawa setiap level: 120 → 140
Blue Sentinel
- Nyawa asas: 2700 → 2500
- Nyawa setiap level: 120 → 140
SISTEM
SISTEM TURRET PLATING
Kami telah mendengar maklum balas anda mengenai keinginan lebih fokus pada fasa laning dan ability untuk bermain di sekitar individu yang sedang mendahului, jadi kami membawa masuk Turret Plate untuk meningkatkan tempoh fasa laning dan membolehkan lebih banyak peluang melakukan permainan mahir di sekitar pendahuluan di lane.
Bonus Statistik Awal Permainan:
- Daripada minit 0 hingga 4, Turret Mid dan Baron Lane mendapat 90 Armor dan Magic resist → daripada minit 0 hingga 3, Turret Mid dan Baron Lane mendapat 50 Armor dan Magic resist
- Daripada minit 0 hingga 4, Turret Dragon Lane mendapat 40 Armor dan Magic resist selama 4 minit selepas permainan bermula → Dibuang
Turret Plating:
- Semua turret mempunyai plating→ Hanya outer turret mempunyai plating
- Tempoh Turret Plating: Kekal → Daripada minit 0 kepada 6:30
- Bilangan plating: 3 plating dibahagikan secara sama rata untuk setiap turret → 5 plating dibahagikan secara sama rata untuk setiap turret
- Gold Plating (Setempat):
- Outer Turret: 150 untuk setiap plating → 150 untuk setiap plating
- Inner Turret: 125 untuk setiap plating → 0
- Inhibit Turret: 150 untuk setiap plating → 0
- Gold Kemusnahan Turret:
- Gold Global: 75 (Tidak berubah)
- Gold Setempat:
- Outer Turret: 175 → 200
- Inner Turret: 150 → 350
- Inhibitor Turret: 175 → 200
- Pertahanan Plating:
- Outer turret mendapat armor/magic resist bonus berdasarkan status nyawa. Apabila nyawa tidak lebih daripada 100/80/60/40/20%, turret akan mendapat 40/80/160/240 Armor/Magic resist masing-masing
Perlindungan Siege Awal Permainan:
- Turret mendapat bonus tambahan untuk berbilang champion musuh berdekatannya dalam masa 3 minit selepas permainan bermula → dalam masa 6:30 minit selepas permainan bermula
- 2 champion: 10 Armor dan Magic resist → 10 Armor dan Magic resist
- 3 champion: 250 Armor dan Magic resist → 50 Armor dan Magic resist
- 4 champion: 300 Armor dan Magic resist → 150 Armor dan Magic resist
- 5 champion: 350 Armor dan Magic resist → 250 Armor dan Magic resist
TRINKET DAN WARD
Sejak kemas kini kepada sistem trinket, pemain telah belajar untuk memanfaatkan pertukaran antara trinket untuk mendapatkan nilai tambahan, terutamanya daripada trinket control ward baharu. Kami akan membuang pengoptimuman pertukaran ini untuk menjadikan pilihan trinket yang anda ambil satu pilihan yang lebih disengajakan, dan bukannya membenarkan pertukaran menjadi cara untuk mendapatkan penglihatan tambahan dan/atau penafian penglihatan.
- Penggunaan trinket akan menyebabkan semua ward berbeza yang diletakkan oleh trinket itu hilang
- Contoh: menggunakan kuning atau merah menghilangkan merah jambu, menggunakan merah jambu atau merah menghilangkan kuning
SISTEM PENUKARAN ENCHANTMENT
Sebelum ini, adalah mungkin untuk menukar antara enchantment yang berbeza, tetapi hanya dengan menjual keseluruhan slot but anda dan membeli yang baharu. Kami membolehkan anda untuk membuka kedai dan membeli enchantment baharu pada bila-bila masa, tetapi menambah beberapa peraturan tambahan di sekitar cooldown untuk mengelakkan beberapa kes salah gunaan atau situasi menggetarkan yang boleh berlaku dengan bertukar antara aktif.
Semasa anda mempunyai enchant but, anda boleh membeli enchant lain terus dari kedai dan bukannya perlu menjual keseluruhan slot but anda
- Contoh: Jika anda mempunyai Mercury's Stoneplate, anda boleh menukarnya terus dengan Mercury's Glory dengan membeli Glorious Enchant di kedai.
- Kos Gold: Kos “penukaran” = (kos membeli but dan enchantment baharu yang sama) - (keuntungan menjual but + enchantment semasa)
- Kedai akan mengira nilai ini untuk pemain, dan memaparkan kos pertukaran.
- Cooldown semasa Menukar Enchantment
- Selepas bertukar, Enchantment baharu akan diletakkan dalam keadaan cooldown, dengan cooldown = 20% daripada cooldown maksimum enchantment vs. 100% daripada cooldown semasa enchantment (jika pemain telah menggunakannya sebelum ini dan masih dalam cooldown), mengambil nilai yang lebih tinggi daripada 2
SKIN
![]() Akan dikeluarkan pada 15 Julai pukul 08:01 GMT+8 |
![]() Akan dikeluarkan pada 15 Julai pukul 08:01 GMT+8 |
![]() Akan dikeluarkan pada 15 Julai pukul 08:01 GMT+8 |
![]() Akan dikeluarkan pada 15 Julai pukul 08:01 GMT+8 |
![]() Akan dikeluarkan pada 15 Julai pukul 08:01 GMT+8 |
![]() Akan dikeluarkan pada 15 Julai pukul 08:01 GMT+8 |
![]() Redeemed Star Guardian Xayah & Rakan Akan dikeluarkan pada 15 Julai pukul 08:01 GMT+8 |
![]() Akan dikeluarkan pada 21 Julai pukul 08:01 GMT+8 |
AKSESORI
Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!
Bauble: Brimming Coffer; Sweet Surrender; Make A Wish; Guardian; Shield Up; Iced
Ikon: Connoisseur Poro; Star Guardian; Saki; Giru; Tocker; Treble & Bass; Kiko; Boki & Baki; Riku; Ninja Dash!; Heroic Landing; Race Ya!
Recall: Return to the den, regain your strength, live to fight again; Make a wish!; Up, up and away!
Emblem Pemain: Collector’s Pennant
Spawn Tag: Watch me soar!
Bingkai Profil: Treasure Box; Redeemed Guardian; Winds of Fate; Fiora’s Honor
Bingkai Ikon: Treasurer; Wolf Blade; Galactic Guardian; Windchaser
Emblem Rift: Earthly Blessings; Steeled Defense
Emote: Connoisseur Poro (Tier 1 - Tier 6); Lovestruck; OTP; The Smolder; Smitten; OWO; Guffaw!; Oh Stop; Bored; Patient; Break A Sweat; Topsy Turvy; Prrpared to Pounce; Really, Tho? (Iron - Challenger)
Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN
14 Jul - 20 Jul: Akali, Amumu, Camille, Miss Fortune, Orianna, Rakan, Senna, Sett, Xayah, Xin Zhao
21 Jul - 27 Jul: Akshan, Braum, Galio, Jayce, Karma, Kah’zix, Lucian, Rengar, Singed, Varus