Wild Rift Patch Notes 5.2
Pertempuran sengit antara Light dan Ruin akhirnya telah berakhir, menghilangkan kabus gelap yang menyelubungi Summoner’s Rift. Ciptaan Hextech yang geliga telah mengambil alih medan pertempuran, membawa kemungkinan baharu kepada Summoner’s Rift yang hanya menunggu penemuan anda. Apakah bahagian patch ini yang paling menyeronokkan untuk anda? Champion baharu? Rift baharu? Barisan Skin baharu? Sila beritahu kami! Selamat datang ke patch 5.2.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
BAHARU
CHAMPIONS BAHARU
LISSANDRA, THE ICE WITCH
Sebagai pemimpin Frostguard yang memencil diri, ramai yang percaya Lissandra ialah keramat hidup yang pengikutnya membawa penyembuhan dan kebijaksanaan kepada puak-puak Freljord. Kebenarannya adalah sesuatu yang lebih jahat, kerana dia menggunakan magik elementalnya untuk mengubah kuasa True Ice menjadi sesuatu yang gelap dan dahsyat, menjebak atau menusuk sesiapa sahaja yang ingin mendedahkan rahsia paling sulitnya. Sememangnya, legasi masa lalunya mungkin boleh menjadi permulaan kehancuran Runeterra.
Lissandra akan dikeluarkan pada 18 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8.
CIRI BAHARU
RANKED MUSIM 14
Kami akan melancarkan Ranked Musim 14 tidak lama lagi! Selain mengalu-alukan skin eksklusif musim baharu, Glorious Crown Ziggs, Glorious Armada Ashe dari Musim 11 juga akan kembali ke Kedai Ranked. Jangan lupa untuk menantikan pengumuman di portal permainan Ranked apabila Musim 14 bermula!
WILD PASS
Wild Pass baharu, Food Spirits Amumu, akan tersedia selepas kemas kini patch. Naikkan level Wild Pass anda ke Lv. 75 untuk mengaktifkan Ascended Food Spirits Amumu sambil memperoleh banyak ganjaran dalam perjalanan itu! Lebih-lebih lagi, Ensign Pertempuran baharu, Food Spirits Amumu, juga akan ditambahkan pada Wild Pass Emporium, bersama dengan kepulangan masa terhad Ascended Psychic Detective Ekko, Ascended Dream Raider Thresh, Ascended Dream Raider Nasus, Psychic Detective Ekko, Dream Raider Thresh, Dream Raider Nasus dan Psychic Detective Senna!
PENGESYORAN BINAAN ITEM
Syorkan binaan item kepada rakan sepasukan anda semasa permainan berjalan untuk membantu mereka membuat keputusan tentang binaan yang lebih sesuai dengan keperluan semasa pasukan.
Jika anda tidak pasti tentang binaan item anda, gunakan Bual Pantas untuk meminta rakan sepasukan anda mengesyorkan binaan item.
KOD QR UNTUK MEMBENTUK PASUKAN
Imbas kod QR lobi atau masukkan kod akses lobi untuk terus menyertai lobi!
LOOK FOR PARTY
Kami telah menambah pilihan “Saya Bermain” kepada Party Finder. Anda kini boleh memilih lane yang anda ingin mainkan sebagai penapis untuk menyenaraikan lobi yang sepadan dengan keutamaan anda.
Apabila merekrut secara terbuka untuk lobi tertentu, ketua party boleh menetapkan keperluan peringkat dan lane untuk pengalaman permainan yang lebih sesuai dengan keperluan mereka.
Menambah butang “Cari Party” di lobi untuk akses yang lebih cepat ke Party Finder.
Party Finder akan mengingati tetapan penapis anda yang sebelumnya. Setiap kali anda memasuki Party Finder, lobi akan ditapis mengikut tetapan anda yang sebelumnya.
Satu misi mingguan baharu: “Look for Party” telah ditambahkan.
Setiap minggu, dapatkan Tenaga Kejutan dan ganjaran lain apabila anda bermain permainan yang dipadankan melalui Party Finder.
PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN
Semua Champion sebelum ini percuma untuk digunakan dari 19 Julai hingga 1 Ogos! Champion manakah yang anda tidak sabar untuk gunakan?
[HOTFIX] PEMAIN TUNGGAL
Kami telah menambah mod pemain tunggal yang baharu iaitu seorang pemain akan berpasukan dengan 4 sekutu AI untuk melawan 5 musuh AI.
Mod pemain tunggal boleh dimainkan apabila tidak disambungkan ke Internet, namun begitu, anda memerlukan Internet untuk log masuk demi mengakses mod permainan ini.
Selepas log masuk, mod permainan ini boleh ditemukan di bawah tab permainan custom.
EVENTS
ADVENT OF WINTER
Musim sejuk bakal tiba, dan bersamanya datang event baharu! Main permainan dan selesaikan misi untuk memenangi hadiah!
Event Advent of Winter akan bermula pada 18 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8
RIFT ADVENTURE
Peroleh Token Patch dengan menyertai event sepanjang Patch 5.2 dan tebus token itu untuk mendapat ganjaran!
Event Rift Adventure akan bermula pada 18 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8
THE RIFT REBORN CHALLENGE
Terokai Summoner's Rift Baharu yang penuh Hex dan selesaikan cabaran untuk memenangi ganjaran!
Event The Rift Reborn Challenge akan bermula pada 18 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8
DARIUS
Komander Noxus yang paling digeruni ini tidak dapat membelah musuhnya semudah yang dia harapkan. Perubahan ini akan menajamkan Kapaknya dan menyediakannya untuk berperang!
Decimate
Damage: 14/28/42/56 + 35/40/45/50% Attack Damage → 18/32/46/60 + 35/40/45/50% Attack Damage
Damage bilah kapak: 40/80/120/160 + 100/115/130/145% Attack Damage → 50/90/130/170 + 100/115/130/145% Attack Damage
Noxian Guillotine
True Damage: 100/200/300 + 75% Attack Damage bonus → 125/250/375 + 75% Attack Damage bonus
GAREN
Kami menyelaraskan beberapa nilai pada Garen untuk memastikan dia tidak ditinggalkan oleh rakan seperjuangannya.
Statistik Asas
Nyawa Asas: 650 → 630
Perseverance
Health Regen: (2% + 0.2% setiap level) Nyawa yang hilang → (1% + 0.3%* setiap level) Nyawa yang hilang
Decisive Strike
Cooldown: 8s di semua Level → 9/8.5/8/7.5s
Tempoh: 3s di semua Level → 2/2.5/3/3.5s
Courage
Pengurangan damage pada saat pertama: 80% → 70%
KALISTA
Kami berharap dia lebih lancar untuk dimainkan sekarang.
Changes
Mengoptimumkan mekanik yang memasukkan Rend ke dalam cooldown apabila Kalista takedown sasarannya menggunakan ability itu.
Mengoptimumkan pemasa yang dipaparkan di bar penunjuk apabila Kalista sedang tether dengan sekutunya.
Mengoptimumkan paparan ambang Nyawa yang Kalista akan membunuh champion musuh dengan Rend.
MAOKAI
Satu lagi nerf Maokai?! Kami bersorak sahaja.
Statistik Asas
Nyawa Asas: 660 → 630
Magic Resistance setiap Level: 2.5 → 2
Bramble Smash
Damage: 60/120/180/240+50% Ability Power +3/4/5/6% Nyawa maksimum sasaran musuh → 60/115/170/225+50% Ability Power + 2/3/4/5% Nyawa maksimum sasaran musu
RIVEN
Hanya kerana dia menggunakan pedang yang patah tidak bermaksud serangannya patut selemah tuala yang basah. Kini dia sepatutnya mampu mengerjakan sesiapa sahaja yang menghadapinya.
Broken Wings
Cooldown: 13s → 12s
Blade of the Exile
Bonus Attack Damage: 20% → 25%
PERUBAHAN ARAM
GAMEPLAY
HEXTECH ARAM
Di Howling Abyss, apabila pemain naik level pada level 3/6/9/12/15, mereka boleh memilih satu Ubahsuaian untuk memperkasakan diri mereka.
PERUBAHAN ARENA
MUSIM ARENA BAHARU
SISTEM SYNERGY BAHARU
Setiap Ubahsuaian kini tergolong dalam jenis Synergy tertentu. Pemain dapat memperoleh kuasa Synergy dan menjadi lebih kuat dengan mengumpul Ubahsuaian daripada jenis Synergy yang sama.
Setiap jenis Synergy mempunyai 3 peringkat kualiti: Silver, Gold dan Prismatic. Semakin tinggi peringkat ini, semakin kuat kesan Synergy tersebut.
KEMAS KINI UBAHSUAIAN
Menambah 15 Ubahsuaian baharu, seperti siri Summoned Creature dan Quest.
KEMAS KINI ITEM
Menambah Soul Weep, Perplexity, Hellfire Hatchet, The Golden Spatula dan item ekslusif Arena yang lain.
MEKANIK HEXGATE BAHARU
Pemain kini boleh menggunakan Hexgate untuk poke lawan dan membuat kemunculan semula apabila pasukan mereka sedang dalam keadaan merugikan, memberikan lebih banyak ruang untuk merangka strategi medan pertempuran.
PERUBAHAN RENTAK PERMAINAN
Mengurangkan Nyawa yang hilang dalam setiap pusingan dan meningkatkan margin kesilapan untuk semua pasukan.
PERUBAHAN DAYA KETAHANAN CHAMPION:
Mengembalikan perubahan yang dilakukan pada statistik resistance item Tank.
Meningkatkan statistik item boot.
PERUBAHAN POWER FLOWER
Memakan Power Flower akan mengurangkan baki cooldown ability asas sebanyak 40% dan ability Ultimate sebanyak 30%.
PERUBAHAN MAKMAL HEXTECH
Ubahsuaian berikut yang mesti diaktifkan sebelum dapat digunakan semasa musim lalu telah ditambah pada kumpulan rawak: Pressure Cooker, Ethereal Weapon, Fury Aura dan Clothesline.
Dalam musim baharu ini, 4 Ubahsuaian yang mesti diaktifkan sebelum dapat digunakan akan digantikan dengan: Quest: Be Steel, Your Heart, Quest: Golden Spatula Winner, Al-turret Ego dan Dying Whispers.
PERUBAHAN GAMEPLAY
PERUBAHAN MEDAN PERTEMPURAN
Inovasi Hextech menyertai pertempuran di Rift! Kami membawa cabaran baharu ke medan pertempuran dalam bentuk Rift Herald Hextech baharu serta Baron Nashor yang penuh Hex. Selepas membunuh Baron Nashor, satu T-Hex Mecha akan dijatuhkan di fountain pasukan anda. Naiki T-Hex Mecha tersebut, himpunkan rakan sepasukan anda dan bersedialah untuk mengetuai serangan bersepadu pada Nexus musuh!
HEXGATE
Menambah Hexgate di keempat-empat kawasan jungle Summoner's Rift.
Selepas minit ke-4:30 permainan, pemain boleh menggunakan pasangan Hexgate di separuh peta pasukan mereka (merah/biru) untuk teleport dari satu pintu ke pintu yang lagi satu.
Selepas digunakan, Hexgate akan memasuki cooldown selama 40 saat.
HEXTECH TOOL KIT
Semasa awal permainan (dari minit ke-1:10 hingga minit ke-8:00), selagi outer turret kedua-dua pasukan belum dimusnahkan, satu Hextech Tool Kit akan spawn secara berkala pada setiap lane di tempat wave minion bertemu. Jika wave minion tidak bertemu, item itu akan spawn pula di lokasi lain yang agak adil kepada kedua-dua pasukan.
Hextech Tool Kit boleh direbut oleh mana-mana pasukan. Item ini bertahan selama 50 saat selepas spawn dan akan hilang jika tidak dibuka.
Mengambil item ini akan memberikan satu Hextech Tool aktif sekali guna yang rawak. Jika tidak digunakan dalam masa 45 saat, Tool ini akan tamat tempoh secara automatik.
Super Reactive Reagent: Gunakan Super Reactive Reagent. Anda kini boleh berubah kepada saiz yang rawak dan mendapat buff yang sepadan.
Shrink: Mengurangkan saiz sebanyak 30% dan meningkatkan Movement Speed sebanyak 30% selama 7 saat.
Enlarge: Meningkatkan saiz sebanyak 35%, mengenakan 15% lebih banyak damage selama 7 saat.
Minion Disposal Unit: Membunuh sasaran minion dengan segera, mendapat gold bonus dan XP bonus.
Hextech Tracker: Summon 2 Hextech Tracker untuk mengejar champion musuh berdekatan. Apabila terkena, champion itu akan didedahkan dan slow sebanyak 30% selama sehingga 5 saat, berdasarkan jarak perjalanan semasa mengejar.
Hextech Mood Module: Gunakan Hextech Mood Module untuk memotivasikan rakan sepasukan anda. Semua champion sekutu mendapat sejumlah kecil gold dan selepas 3 saat, memulihkan 15% Nyawa mereka yang hilang.
Siege Cannon: Dirikan Siege Cannon yang boleh menembak 3 peluru meriam pada turret. Setiap peluru meriam mengenakan true damage bersamaan dengan 7% daripada Nyawa maksimum turret.
Exploding Puppets: Summon satu Exploding Puppet yang bertahan sehingga 60 saat. Apabila puppet ini dibunuh oleh musuh atau tamat tempoh, ia akan meletus dalam satu kawasan kecil, mengenakan magic damage pada musuh berdekatan.
Deceleration Ray: Letakkan pemancar laser yang memancarkan sinar selepas satu delay singkat, mengenakan 80 magic damage dan slow champion musuh yang terkena sebanyak 30% selama 2 saat.
MAKHLUK RIFT
Monster epik neutral rawak baharu, sama ada Hextech Guerrilla Turret atau Hextech Mimic, akan spawn di lokasi asal Rift Herald 5 minit selepas permainan bermula.
HEXTECH GUERILLA TURRET
Attack
Attack ranged sasaran tunggal yang tidak dapat dielakkan.
Apex Laser Cannon
Hextech Guerrilla Turret memusatkan pancaran dan mengecas dalam tempoh yang singkat sebelum menembak satu pancaran laser yang mengenakan physical damage pada musuh dalam satu barisan.
Imprecise Strike Missiles
Hextech Guerrilla Turret mengunci pada satu musuh dan menembak 6 peluru meriam di sekitar lokasi mereka. Pengeboman itu mengenakan physical damage.
Ganjaran Takedown
Musnahkan Hextech Guerrilla Turret supaya dapat summonnya di mana-mana sahaja pada peta.
Setelah disummon, Hextech Guerrilla Turret akan bergerak ke arah wave minion terdekat dan akan attack apabila melihat minion musuh.
Hextech Guerrilla Turret akan mengutamakan pada menyasar turret musuh berbanding dengan champion musuh.
Hextech Guerrilla Turret mempunyai 100 energy maksimum, yang mula berkurangan sejurus selepas ia disummon. Menyerang turret akan menggunakan 6 energy setiap saat, sementara menyerang unit lain atau berada di luar pertempuran akan menggunakan 1 energy setiap saat. Hextech Guerrilla Turret akan binasa sendiri sebaik sahaja semua energy habis atau apabila Nyawanya jatuh kepada sifar.
[HOTFIX] Statistik Asas
Attack Damage: 150 → 185
HEXTECH MIMIC
Attack
Attack sasaran tunggal yang tidak boleh dielak.
Mimic Leap
Hextech Mimic melompat ke atas dan menghempas tanah, menghentam ke belakang dan mengenakan physical damage pada musuh sambil menjadi stun.
Mimic Charge
Hextech Mimic dash ke hadapan, charge ke arah musuh dan mengenakan physical damage, berulang sebanyak 3 kali.
Ganjaran Takedown
Musnahkan Hextech Mimic untuk mendapat 3 Micro Mimic yang akan mengikuti anda.
Hextech Mimic akan spawn Hextech Mimic Core di belakang outer turret. Core itu akan despawn selepas 4 minit berlalu.
Berdiri berdekatan dengan Hextech Mimic Core untuk seketika akan spawn 3 Micro Mimic yang akan mengikuti anda. Kali seterusnya anda menghampiri turret musuh, Micro Mimic akan dash ke arah turret itu dan meletuskan diri untuk mengenakan damage pada turret tersebut.
Anda tidak akan dapat mengaktifkan Hextech Mimic Core jika anda sudah mempunyai Micro Mimic yang mengikuti anda.
Micro Mimic akan mengikuti anda selama 4 minit dan akan hilang jika mereka gagal melancarkan serangan sebelum tempoh itu tamat.
BARON NASHOR
Baron Nashor telah melalui transformasi Hex dan mendapat ability baharu. Membunuhnya juga akan memberikan ganjaran baharu.
Baron Nashor spawn untuk pertama kali 12 minit selepas permainan bermula dan akan respawn 3.5 minit selepas setiap kali dia dibunuh.
Membunuh Baron Nashor memberikan buff Hand of Baron yang boost Attack Damage dan Ability Power semua champion sekutu dan mengurangkan masa recall.
Membunuh Baron Nashor menguatkan cannon minion dalam wave minion anda yang seterusnya.
Membunuh Baron Nashor menyebabkan satu T-Hex Mecha dijatuhkan di Nexus anda.
Attack (Hadapan: Menembak pancaran laser; Belakang: Menusuk musuh di belakangnya dengan pepaku)
Attack unit paling dekat serta mengurangkan Movement Speed dan damage.
Hextech Pulse
Mengeluarkan satu denyutan yang memancar ke luar, mengenakan damage dan mengurangkan Armor dan Magic Resist.
Hextech Plasma
Meludahkan 3 bebola plasma, yang slow dan mengenakan damage pada musuh dalam kawasan bebola itu mendarat.
Hextech Ray
Mengecas untuk seketika sebelum memancarkan 3 sinar, mengenakan damage agak besar pada musuh yang terkena.
Tentacle Spikes
Mencacakkan pepaku di belakangnya, mengenakan damage dan slow musuh berdekatan dalam bentuk kon.
T-HEX MECHA
Membunuh Baron Nashor menyebabkan satu T-Hex Mecha dijatuhkan di fountain anda.
Pemain boleh berdiri di atas T-Hex Mecha untuk menaiki dan memandunya.
Champion boleh memandu T-Hex Mecha dengan berdiri di atasnya selama 2 saat.
T-Hex Mecha mempunyai ability dan Statistik Nyawanya sendiri.
Setelah Nyawanya jatuh kepada sifar atau apabila buff Hand of Baron tamat tempoh, T-Hex Mecha akan melentingkan anda daripada kokpit dan hilang.
Perspektif anda akan ternaik apabila memandu T-Hex Mecha dan pergerakan anda juga menjadi lebih perlahan.
Walaupun debuff musuh dan buff sekutu tidak memberi kesan kepada T-Hex Mecha, damage yang ia terima sebagai peratusan Nyawanya akan dikurangkan.
T-Hex Mecha mengenakan damage berkurang pada monster neutral. Musuh boleh melihat anda semasa anda memandu T-Hex Mecha.
T-Hex Mecha dapat empower minion berdekatan, memberi mereka pengurangan damage dan meningkatkan Attack Damage mereka.
Attack
Melepaskan tembakan gatling bertubi-tubi.
Missile Blitz
Mengecas dan selepas satu delay, mengebom satu kawasan berbentuk bulat, mengenakan pelbagai jumlah damage pada champion, monster dan struktur.
Amplifying Field
Memberikan buff Movement Speed/shield kepada rakan sepasukan berdekatan.
Irontail Sweep
Mengayun ekornya ke hadapan dalam bentuk kon, menghentam musuh ke belakang.
[HOTFIX] Cooldown: 15s → 8s
Laser Ray
Mengecas dan melepaskan sinar. Boleh bergerak dengan perlahan semasa menggunakan ability ini. Cooldown terpakai.
Emergency Evacuation
Apabila Nyawa T-Hex Mecha jatuh di bawah peratusan tertentu, pemandunya boleh memilih untuk turun daripada T-Hex Mecha.
[HOTFIX] Statistik Asas
Attack Damage: 360~640 → 360~820
Ability damage dan nilai shield meningkat seiring dengan Attack Damage T-Hex Mecha
Movement Speed: 345 → 360
PERUBAHAN LUBUK BARON DAN TERRAIN
Transformasi Hex mencapai lubuk Baron dan terrain di sekelilingnya. Kawasan itu juga akan berubah apabila monster epik neutral rawak spawn.
TRANSFORMASI HEX PADA MONSTER DAN KEM MEREKA
Gaya Hextech telah dikenakan pada monster bukan epik dan kem mereka untuk estetika yang serba baharu.
Transformasi Hex monster bukan epik ini tidak akan mempengaruhi mekanik tempur atau statistik mereka.
TURRETS
Pengurangan Damage Mekanik Pertahanan Antibackdoor
Turret: 66% → 75%
Nexus: 66% → 80%
Amplifikasi Damage pada Turret yang Attack Champion
Stack: 4 → 5
Amplifikasi Damage Maksimum
260% → 300%
Statistik Inhibitor Turret
Nyawa: 3000 → 3200
Armor dan Magic Resist: 25 → 30
Statistik Nexus
Nyawa: 3500 → 4000
Nyawa Shield: 3500 → 4000
IXTALI SCORPION
Menambah kira detik dan ikon untuk Ixtali Scorpion pada peta mini.
Menambah VFX untuk situasi apabila champion tidak dapat summonnya selepas diserang.
Membaiki isu yang Ixtali Scorpion dan Hextech Guerrilla Turret mengganggu boost Movement Speed pemain di base.
ITEMS
[NEW] SUNDERED SKY
Statistik Asas
[HOTFIX] Jumlah Harga: 3000g → 2900g
Attack Damage: 40
Ability Haste: 15
Nyawa Maksimum: 300
Laluan Binaan
Caulfield's Warhammer (1200g) + Jaurim's Fist (1100g) + 700g
Lightshield Strike
Attack pertama terhadap champion musuh akan Critical Strike (Cooldown 6 saat bagi setiap sasaran), mengenakan 160% damage dan memulihkan Nyawa (bersamaan dengan 140% daripada Attack Damage asas + 6% daripada Nyawa yang hilang) kepada anda.
[NEW] ECLIPSE
Statistik Asas
Jumlah harga: 2900g
[HOTFIX] Attack Damage: 55 → 60
Ability Haste: 20
Laluan Binaan
Caulfield's Warhammer (1200g) + Caulfield's Warhammer (1200g) + 500g
Ever Rising Moon
Menyerang champion musuh dengan 2 attack atau ability berasingan dalam masa 1.8 saat akan mengenakan physical damage bonus bersamaan dengan 6% daripada Nyawa Maksimum sasaran (3% bagi champion ranged) dan memberi anda shield yang menyerap damage bersamaan dengan 160 + 40% Attack Damage bonus (80 + 20% Attack Damage bonus bagi champion ranged) selama 2 saat. (Cooldown 6 saat)
[NEW] PSYCHIC PROJECTOR
Statistik Asas
Jumlah harga: 3100g
Nyawa Maksimum: 300
Ability Power: 60
Magic Penetration: 7%
Ability Haste: 15
Laluan Binaan
Kindlegem (1000g) + Haunting Guise (900g) + Amplifying Tome (500g) + 700g
Conversion
[HOTFIX] Mendapat Ability Power bersamaan dengan 4% → 3% daripada Nyawa bonus.
Projection
Apabila menerima damage daripada champion, mendapat shield tidak stack yang menyerap damage bersamaan dengan 30 + 10% daripada Ability Power + 5% daripada Nyawa bonus selama 3 saat (untuk champion ranged, shield ini menyerap damage bersamaan dengan 60% daripada nilai ini). Boleh dicetuskan setiap 3 saat.
[HOTFIX] Psychic Projector tidak lagi bercanggah dengan Rabadon’s Deathcap
[NEW] RAVENOUS HYDRA
Harga Enchantment
500g
Ravenous Crescent (Aktif)
[HOTFIX] Mengenakan adaptive damage (100% → 110% daripada Attack Damage + 30% daripada Ability Power) pada musuh berdekatan dan memulihkan Nyawa sebanyak 15% → 30% daripada damage yang dikenakan. Mengenakan 50% damage pada minion dan monster. (Cooldown 6 saat)
PEMBUANGAN ITEM BERTEMA LIGHT DAN RUIN
PLATED STEELCAPS
Block
Mengurangkan physical damage yang diterima sebanyak 10% → 7–10% (berdasarkan level)
MERCURY’S TREADS
Dissolve
Mengurangkan magic damage yang diterima sebanyak 12% → 7–12% (berdasarkan level)
PERUBAHAN RUNE
INSPIRATION: HEXTECH FLASHTRAPTION
Menyalur selama 2 saat dan blink sejauh jarak tertentu, hingga 400 unit. Tempoh saluran yang lebih pendek daripada 1 saat masih dianggap sebagai 1 saat (200 → 150 unit). Cooldown ialah 20s → 25s
PENGOPTIMUMAN SISTEM
PERUBAHAN MARKAH CHAMPION
Merendahkan had Markah Champion yang dapat diperoleh dalam Ranked dan menaikkan had Markah Champion yang dapat diperoleh dalam Legendary Ranked.
Menambah level "Faktor Legendary Ranked" dan "Master of Versatility".
PENGOPTIMUMAN LEGENDARY RANKED
Pemain dengan prestasi luar biasa dalam permainan akan mendapat sejumlah kecil mata bonus.
PERUBAHAN ANTARA MUKA PANDUAN RIFT
Mengoptimumkan paparan dan UX Panduan Rift untuk meningkatkan kebolehbacaan dan kefungsian serta memperkenalkan mekanik medan pertempuran kepada pemain baharu dengan cara yang lebih mudah difahami.
Mengemas kini Panduan Rift dengan kandungan tentang mekanik medan pertempuran baharu: perubahan peta Baron lane, Ixtali Scorpion, cannon minion, mekanik Dragon Soul, Ice Dragon dan pelarasan berkaitan Hextech.
Mengoptimumkan akses ke Panduan Rift dan paparan portal yang menuju ke sana.
PENGOPTIMUMAN TUTORIAL
Kami akan memperkenalkan cara baharu untuk menawarkan tutorial kepada pemain baharu. Sambil mengekalkan ganjaran yang konsisten, tutorial berbeza akan ditawarkan kepada pemain berdasarkan tahap pengalaman permainan mereka.
Memperbaik panduan laning dalam bahagian pemilihan champion tutorial.
Menyelaraskan pemilihan champion untuk pemain baharu daripada 5 yang asal (Ahri, Master Yi, Jinx, Seraphine dan Garen) kepada 3 champion baharu (Annie, Xin Zhao dan Miss Fortune).
Tutorial pemain baharu and tutorial Battle Academia kini akan diaktifkan secara berperingkat. Beberapa misi tutorial juga telah diselaraskan. Sebaik sahaja misi tutorial pemain baharu diselesaikan, Battle Academia akan diaktifkan.
Beberapa tetingkap timbul akan dibuang untuk pemain di bawah level 20 bagi memudahkan antara muka sistem permainan untuk mereka.
Panduan yang memperkenalkan pelbagai mod permainan akan ditunjukkan kepada pemain secara berkala apabila mereka naik level.
Menambah panduan pemain untuk sistem gameplay teras.
Membuang beberapa petua dalam permainan yang lapuk untuk pemain baharu yang sedang mencuba permainan pertama mereka. Kami juga telah menyelaraskan dan menambah beberapa petua dalam permainan yang baharu. Pemain baharu kini akan mencetuskan petua dalam permainan berdasarkan perkara yang sedang berlaku dalam permainan mereka.
Mengoptimumkan antara muka Petua Champion supaya pemain dapat mempelajari tentang ability champion dengan lebih cepat.
Menambah ciri berguna untuk pemain recall dan membeli item dengan cepat. Apabila pemain mempunyai gold yang cukup untuk membeli item, ikon item itu akan menyala. Tekan pada ikon item tersebut untuk recall dan pulang ke fountain untuk menyelesaikan pembelian. (Ciri ini boleh ditogol hidup atau mati di Setting.)
PENGOPTIMUMAN KOMBO FLASH
Mengutamakan flash dalam arah pergerakan untuk champion musuh sebagai sasaran.
PRE-GAME COMMUNICATION OPTIMIZATIONS
Menambah butang emote untuk membolehkan anda dan rakan sepasukan anda menyerlahkan personaliti anda dengan mudah.
Jika anda menyukai skin yang digunakan oleh rakan sepasukan anda, tekan pada mereka untuk memberitahu mereka. Tiada sebab untuk kedekut pujian!
PEMBELIAN BABAK KISAH RUINATION
Kisah Kalista, Spear of the Argent Throne, mungkin telah berakhir, tetapi jika anda belum mengaktifkan semua babak kisah itu, jangan risau! Anda masih boleh membeli dan membaca babak tersebut dalam Koleksi Patch.
Babak kisah akan tersedia untuk pembelian bermula pada bulan Ogos 2024.
SKIN
Garden Party Garen Akan dikeluarkan pada 18 Julai @ pukul 08:01 pagi GMT+8 | Garden Party Lissandra Akan dikeluarkan pada 18 Julai @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Garden Party Malphite Akan dikeluarkan pada 18 Julai @ pukul 08:01 pagi GMT+8 | Garden Party Seraphine Akan dikeluarkan pada 18 Julai @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Garden Party Tristana Akan dikeluarkan pada 18 Julai @ pukul 08:01 pagi GMT+8 | Garden Party Malphite Mythic Chroma Akan dikeluarkan pada 18 Julai @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Food Spirit Amumu Akan dikeluarkan pada 18 Julai @ pukul 08:01 pagi GMT+8 | Debonair Jayce Akan dikeluarkan pada 18 Julai @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Glorious Crown Ziggs Akan dikeluarkan pada 19 Julai @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
TAMBAHAN
Membaiki isu yang damage Vi dengan Relentless Force gagal menjana bonus pasif pengurangan Armor yang sepatutnya tercetus apabila terus diikuti dengan attack.
Membaiki isu yang damage bonus Kalista dengan Sentinel gagal mencetuskan damage burn Elder Dragon.
Membaiki isu yang penggunaan Fate's Call oleh Kalista apabila Oathswornnya sedang Camouflage menyebabkan Oathsworn itu keluar dari Camouflage selepas melancarkan diri mereka sendiri ke suatu arah.
Membaiki isu yang Kalista dan Oathswornnya tidak dapat menandai sasaran yang mereka serang jika mereka mencetuskan kesan hidup semula Guardian Angel sebelum serangan mereka terkena.
Membaiki isu yang Lillia hilang kesan Health Regennya selepas menandai musuh.