Kemas Kini Keperluan Spesifikasi Peranti Minimum Wild Rift
Baru-baru ini, kami telah mengumumkan dalam Patch Note kami bahawa kami akan mengemas kini keperluan spesifikasi peranti minimum kami.
Perubahan tersebut tertumpu pada peningkatan pengalaman anda sebagai pemain dengan setiap kemas kini. Untuk memastikan matlamat itu tercapai, kami perlu memastikan bahawa kami mempunyai alatan untuk membina bahagian belakang kukuh yang bukan sahaja memberikan anda prestasi yang lancar ketika bermain, tetapi juga membolehkan kami berinovasi dan melangkaui batasan kandungan yang boleh kami masukkan ke dalam permainan.
Selepas menilai keputusan daripada kemas kini awal itu, kami mendapati terdapat manfaat tambahan untuk kemas kini selanjutnya pada keperluan peranti kami bagi menambah baik dan mengoptimumkan pengalaman Wild Rift untuk sebahagian besar pemain.
Perubahan ini lebih besar berbanding dengan pelarasan sebelumnya, jadi kami ingin memastikan anda semua diberi amaran awal. Maka, pada awal tahun depan, apabila Patch 7.0 dilancarkan, kami akan membuat kemas kini tambahan pada keperluan spesifikasi minimum kami.
Spesifikasi Minimum Android Bermula Pada Patch 7.0 | Spesifikasi Minimum Apple Bermula Pada Patch 7.0 |
OS: Android 8 dan ke atas | Model: iPhone 6s dan ke atas |
Kami juga akan menghantar peringatan dalam permainan dalam minggu-minggu yang akan datang, untuk memastikan semua orang sedar akan kemas kini ini. Jika anda mempunyai sebarang soalan, anda boleh menghubungi pasukan Sokongan Pemain kami di sini. Anda juga boleh membaca lebih lanjut tentang keperluan spesifikasi minimum kami di sini.