Wild Rift Patch Note 7.0a

Sudah tiba masanya untuk patch balance bagi beberapa champion, AAA ARAM dan banyak lagi.

Selamat datang ke Patch 7.0a. Pada patch ini, kami susuli pelancaran Patch 7.0 dengan beberapa pelarasan balance merentas Rift dan AAA ARAM, serta menambah beberapa Ubahsuaian baharu ke AAA ARAM. 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


KOLEKSI LEGENDA

Terdapat satu pepijat dalam sistem Koleksi Legenda yang menunjukkan bahawa Lunar Empress Morgana Edisi Exquisite hanya tinggal 10 hari sahaja, namun skin ini akan tersedia sehingga 7 April dan Wild Core Masa Terhad dapat diperoleh sehingga penghujung Patch 7.0.


PERUBAHAN CHAMPION

FIZZ

Kami telah membuat beberapa pelarasan pada kit Fizz supaya serangannya benar-benar mengenai sasaran, bukannya sekadar mencetuskan gelombang.

Urchin Strike

  • Logik penyasaran telah dioptimumkan, membolehkan Fizz mengenal pasti musuh di sepanjang laluannya dengan lebih baik dan mengurangkan kes damage yang tersasar.

NIDALEE

Damage awal permainan Nidalee yang kuat dan mobilitinya yang tinggi menjadikannya sukar untuk dicabar. Oleh itu, kami akan nerf sedikit kuasanya pada peringkat awal permainan supaya dia tidak lagi dapat mendominasi jungle dengan terlalu bebas.

Pounce (Aspect of the Cougar)

  • Damage Asas: 80/115/150/185 → 65/100/135/170 (Berdasarkan level ability 4 Aspect of the Cougar)

  • Membunuh musuh dalam Cougar Form atau menggunakan ability ini pada sasaran yang Hunted mengurangkan cooldown ability kepada 2/1.75/1.5/1.25 saat → 2.75/2.25/1.75/1.25 saat

VAYNE

Tumble

  • Mengenakan Damage Bonus: 40/50/60/70% Attack Damage → 35/45/55/65% Attack Damage

Final Hour

  • Mendapat Attack Damage: 20/30/40 → 15/25/35

SMOLDER

Smolder mula menghembuskan api terlalu awal, jadi kami telah mengurangkan damage awal permainannya dan memperlahankan pertumbuhannya secara keseluruhan.

Super Scorcher Breath

  • Cooldown: 4.5/4/3.5/3s → 5.5/5/4.5/4s

Achooo!

  • Damage Letupan Bersin: 35/60/85/110 + 65% Attack Damage Bonus + 80% Ability Power → 10/35/60/85+55% Attack Damage Bonus + 80% Ability Power


ZILEAN

Kami mengurangkan sedikit kuasa awal Zilean, supaya lawannya mempunyai peluang yang lebih jelas untuk menyerang ketika abilitynya sedang dalam cooldown.

Chronoshift

  • Cooldown: 90/80/70s → 100/85/70s

  • Jika pembawa rune tidak mencetuskan kesan hidup semula rune tersebut, 15% → 10% daripada cooldown Chronoshift akan dikembalikan.


PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

Runaan's Hurricane

Kami mengurangkan kos Runaan’s Hurricane, supaya kini apabila marksman perlu menyerang berbilang sasaran, item ini akan menjadi pilihan yang kukuh.

Statistik Asas

  • Harga: 3000 Gold → 2900 Gold

Radiant Virtue

Radiant Virtue menyediakan pemulihan seluruh pasukan yang terlalu tinggi, jadi ia telah dilaraskan. 


Guiding Light

  • Pemulihan setiap saat: 3% Nyawa Maksimum → 2.5% Nyawa Maksimum

Spear of Shojin

Kami mengurangkan statistik asas yang diberikan oleh Spear of Shojin. Matlamat kami adalah untuk menggalakkan anda memilih item ini berdasarkan sinergi dengan kit champion anda, bukannya semata-mata kerana kecekapan kos item ini yang tinggi.

Statistik Asas

  • Attack Damage: 45 → 40

Dragonforce

  • Mendapat 25 Ability Haste Asas → Mendapat 20 Ability Haste Asas

Psychic Projector

Ability Power yang diberikan oleh Psychic Projector adalah lebih tinggi berbanding item mage lain, menyebabkan champion yang bersinergi dengan item ini mengenakan damage yang berlebihan pada pertengahan hingga akhir permainan. Oleh sebab itu, statistik damage item ini telah dikurangkan.

Conversion 

  • Mendapat Ability Power bersamaan dengan 5% daripada Nyawa bonus → Mendapat Ability Power bersamaan dengan 3.5% daripada Nyawa bonus.

BUG FIX

  • Membaiki isu yang tag perubahan Morgana dan Renekton adalah tidak tepat.
  • Membaiki isu yang Unshakeable memberikan nilai bonus yang tidak tepat apabila memperoleh kedua-dua resistance tetap dan resistance berskala pada masa yang sama.
  • Membaiki isu yang ikon bar status Magnetic Blaster dipaparkan secara tidak betul.
  • Membaiki isu yang sesetengah teks tag perubahan item tidak lengkap.
  • Membaiki isu dengan persembahan VFX Spirit Flower.
  • Membaiki isu yang dua wave minion pertama di bottom lane menerima pengurangan damage minion lwn minion tambahan dengan salah.
  • Membaiki isu yang memasuki portal yang sedang hilang boleh menyebabkan champion tersekat.
  • Membaiki isu yang beberapa teks pada halaman penerangan Rift adalah tidak tepat.

PERUBAHAN MOD PERMAINAN

ARAM

Pelarasan Rift

  • Pada minit ke-15, masa respawn kematian telah dilaraskan kepada 50 saat.

Pelarasan Balance Champion

Evelynn
  • Damage Dikenakan: 115% → 105%
Sivir
  • Damage Dikenakan: 85% → 95%
Fiona
  • Damage Dikenakan: 115% → 105%
Vi
  • Damage Dikenakan: 120% → 110%
Zed
  • Damage Dikenakan: 115% → 110%
Akali
  • Damage Dikenakan: 120% → 110%

AAA ARAM

Pelarasan Ubahsuaian

  • Kerawakan sesetengah rune telah dioptimumkan.
Killer Instinct
  • Ditambah
Hit Combo
  • Ditambah
Origin: Lethal Tempo
  • Ditambah
Giant's Adversary
  • Peningkatan Damage: 10%~25% → 10%~20%
Demacian Spearmanship
  • Damage Dikenakan: 8% >>> 12%
Demacian Swordsmanship
  • Nyawa Dipulihkan: 10 ~ 30 + 10% Attack Damage + 40% Ability Power → 20 ~ 60 + 15% Attack Damage + 60% Ability power
Bloodblade
  • 2+2% Attack Damage Bonus +1% Ability Power setiap saat → 2 + 4% Attack Damage Bonus + 2% Ability Power setiap saat
Blood Pact: Carnage
  • Mendapat 2.5% → 4% Omnivamp bagi setiap 10% Nyawa maksimum yang hilang; Had maksimum 20% → 32%
  • Perubahan ini juga diterapkan di Arena

Pelarasan Balance Champion

Gwen
  • Damage Dikenakan: 115% → 105%

Arena

Balance Champion

Ryze
  • Damage Dikenakan: 100% → 90%
Vayne
  • Damage Diterima 100% → 115%
Nidalee
  • Damage Diterima 100% → 90%
Rengar
  • Damage Diterima: 90% → 100%

Battle Roar (2)

  • Pulih sebanyak 30% daripada damage yang diterima → Pulih sebanyak 50% daripada Damage Diterima

Ubahsuaian

Prismatic Egg
  • Dapatkan 7 → 10 takedown Champion
Quest: Golden Spatula Winner
  • Dapatkan 12 → 13 Takedown Champion
  • Kini hanya muncul dalam dua pusingan pemilihan Ubahsuaian yang pertama.
Quest: Be Steel, Your Heart
  • Kini hanya muncul dalam dua pusingan pemilihan Ubahsuaian yang pertama.
Subjugate
  • Damage berdasarkan Nyawa maksimum sasaran: 30% → 20%
  • Curi Armor dan Magic Resist: 40% → 30%
Be Physical

Kadar Penukaran Damage: 100% → 80%

Item

Demon King's Crown
  • Atribut Asas Bonus: 26% → 20%
Dragonheart
  • Atribut Bonus setiap stack: 8% → 7%, Atribut Maksimum Bonus: 32% → 28%