Wild Rift Patch Note 7.0d
Selamat datang ke Patch 7.0d! Pada patch ini, terdapat beberapa pelarasan balance secara keseluruhan untuk mod biasa dan AAA ARAM, pengenalan Mel serta beberapa item baharu. Mari teruskan.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
BAHARU
CHAMPION BAHARU
MEL, THE SOUL’S REFLECTION

Mel Medarda ialah pewaris bagi keluarga Medarda, yang dahulunya merupakan salah satu keluarga paling berkuasa di Noxus. Dari segi penampilan, dia seorang bangsawan yang anggun, tetapi di sebalik itu tersembunyi seorang ahli politik yang mahir, sentiasa memastikan dia tahu segala-galanya tentang setiap orang yang ditemuinya. Selepas pertemuan dengan Black Rose misteri, Mel mengetahui tentang penipuan ibunya dan berdepan dengan situasi di luar kawalan buat pertama kalinya. Dengan kebolehan magik baharu, dia belayar pulang untuk mencari jawapan—dan walaupun ramai yang cuba meredakan cahaya dalam dirinya, jiwa Mel tetap kekal memberontak.
Mel akan dikeluarkan pada 13 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.
FIDDLESTICKS
Fiddlesticks telah kurang berprestasi secara keseluruhan dan beberapa helah mekanik yang tidak disengajakan telah menjadikan laluan penguasaannya tidak jelas. Oleh itu, pasukan kami bertujuan untuk mengurangkan kuasa yang tidak jelas ini dan mengembalikan kekuatan kepada teras permainan utamanya. Selain itu, pasifnya dirasakan tidak jelas, membuatkan musuh keliru tentang cara untuk bertindak balas, di samping kurang memberikan nilai strategik yang bermakna. Jadi, kami meningkatkan ganjaran serta damage dan keupayaan crowd control secara keseluruhan, sambil mengurangkan kebergantungan pada helah dan mengecilkan jurang antara tahap ability minimum dan maksimumnya. Kami juga sedang mempertingkatkan kejelasan effigy pasifnya, menjadikan peluang balas dan juga kesan apabila diaktifkan lebih jelas dan berimpak.
A Harmless Scarecrow
[Removed] Kesan Asal
[New] Selepas takedown, summon Scarecrow Effigy yang berjalan ke arah musuh paling dekat. Selepas 3 saat, atau apabila mencapai sasaran, ia akan meletup dan fear champion musuh berdekatan.
Terrify
[Removed] Tidak lagi akan fear sasaran di sepanjang laluan.
[New] Fear sasaran terpilih.
Tempoh fear: 1/1.1/1.2/1.3s → 1/1.2/1.4/1.6s
Bountiful Harvest
[New] Semasa menggunakan Bountiful Harvest, Fiddlestick akan slow sebanyak 30%
[New] Jika ability ini selesai disalurkan sepenuhnya, atau jika semua sasaran dalam jarak telah dibunuh sebelum selesai, 50% daripada cooldown ability ini akan dikembalikan.
[New] Selepas 1 saat, ability ini boleh digunakan semula untuk ditamatkan lebih awal
[New] Semasa saluran, Fiddlesticks tidak boleh menggunakan ability lain atau attack asas.
Cooldown: 8/7.5/7/6.5s → 11/10/9/8s
Damage setiap saat: 60/90/120/150 + 25% Ability Power → 60/100/140/180 + 35% Ability Power
Damage bersamaan dengan Nyawa sasaran yang hilang: 10/11.5/13/14.5% → 12/14/16/18%
Crowstorm
Damage setiap 0.25 saat: 25/42.5/60 + 10% Ability Power → 30/50/70 + 20% Ability Power
XAYAH
Kami mendapati bahawa ultimate Xayah dengan sasar auto tidak boleh diharap apabila tiada sasaran berdekatan yang boleh diserang, menyebabkan ia tidak berkesan untuk mengelak serangan jarak jauh mendatang. Jadi, kami telah mengoptimumkan kebolehgunaan ability ini.
Featherstorm
[New] Ability ini kini boleh digunakan dengan menekan, walaupun ketika tiada musuh berdekatan.
RELL
Kebelakangan ini Rell terasa agak liar. Dengan perubahan rune yang menyebabkan ketahanannya ketinggalan berbanding dengan support lain, kami meningkatkan kemandirian dan kekuatan trade pada awal permainan supaya dia dapat kembali bersaing.
Statistik Asas
Armor asas: 40 → 46
Attack Damage asas: 58 → 62
Shattering Strike
Damage: 70/125/180/235 → 70/130/190/250
NORRA
Kini prestasi Norra agak terlebih-lebih, dengan crowd control dari ability keduanya menjadikannya terlalu dominan dalam peranan support. Kami mengurangkan jumlah damage dan meningkatkan cooldown ability tersebut pada pertengahan hingga akhir permainan untuk memberikan lebih banyak peluang kepada lawan melawan balas.
Journey to Nowhere
Cooldown: 18/16.5/15/13.5s → 18/17/16/15s
Damage: 75/115/155/195 → 65/105/145/185
MORDEKAISER
Mordekaiser telah bergelut untuk merasai impak tambahan Attack Damage yang dicuri melalui ultimatenya. Kami telah menambahkan kadar AD bonus pada ability pertamanya, menjadikan statistik yang dicuri lebih bermakna dan memberinya lebih banyak pilihan binaan item.
Obliterate
Damage: 80/110/140/170(+4-70(Berdasarkan Level))(+70% Ability Power) → 80/110/140/170(+4-70(Berdasarkan Level))(+70% Ability Power)(+120% Attack Damage bonus)
HECARIM
Hecarim telah mendominasi dalam tahap permainan yang lebih tinggi kerana kuasa roam awalnya. Kami mengurangkan damage awalnya dan memberikan lonjakan kuasa akhir permainan yang lebih hebat kepadanya.
Statistik Asas
Attack Damage asas: 58 → 54
Attack Damage setiap level: 3.6 → 4
Spirit of Dread
Damage: 15/20/25/30 → 12/18/24/30
PERUBAHAN GAMEPLAY
ITEM
Kraken Slayer
Kami memperkenalkan item attack serba baharu dengan kesan on-hit untuk marksman. Item ini akan memberi anda sejumlah
besar damage dalam pertempuran berterusan.
Statistik Asas
- Kos: 3000
- Laluan Binaan: Noonquiver (1350) + Long Sword (500) + Dagger (500) + 550
- Attack Damage: 40
- Attack Speed: 30%
Cloud Stride
- +5% Movement Speed
Bring it Down
- Setiap attack ketiga mengenakan 120~160 (berdasarkan level) (110~150 (berdasarkan level) untuk champion ranged) physical damage bonus, berdasarkan Nyawa sasaran yang hilang, sehingga maksimum 50% damage ditingkatkan.
Knight's Vow
Kami memperkenalkan item baharu khas bagi support yang ditujukan untuk melindungi seorang rakan sepasukan. Selepas melengkapkan item ini, anda boleh menerima sebahagian damage bagi pihak rakan sepasukan anda, sambil turut menerima kesan pemulihan.
Statistik Asas
- Kos: 2600
- Laluan Binaan: Kindlegem (1000) + Chain Vest (900) + 700
- Armor: 40
- Nyawa: 400
- Ability Haste: 10
Pledge
- Apabila anda membeli item ini, anda boleh memilih champion sekutu yang Worthy. (Anda boleh memilih semula champion lain dengan menjual dan membeli semula item tersebut)
Sacrifice:
- Apabila berdekatan dengan sekutu Worthy, 12% daripada damage yang sekutu itu terima akan diubah hala kepada anda dan anda dipulihkan sebanyak 10% daripada damage yang dikenakan oleh sekutu itu pada champion.
Overlord's Bloodmail
Kami memperkenalkan item tampil kembali serba baharu untuk fighter, membolehkan mereka memperoleh sejumlah besar Attack Damage apabila Nyawa rendah untuk melancarkan serangan balas.
Statistik Asas
- Kos: 3200
- Laluan Binaan: Jaurim's Fist (1200) + Jaurim's Fist (1200) + 800
- Attack Damage: 30
- Nyawa: 450
Tyranny
- Mendapat Attack Damage bersamaan dengan 2.5% daripada Nyawa bonus anda.
Retribution
- Mendapat sehingga 9% Attack Damage ditingkatkan berdasarkan Nyawa anda yang hilang. Mencapai nilai maksimum apabila Nyawa lebih rendah daripada 30%.
Unending Despair
Kami memperkenalkan item pertempuran berterusan untuk pemain tank, membolehkan mereka mengenakan damage pada musuh
sambil terus menerima pemulihan sepanjang pertempuran.
Statistik Asas
- Kos: 3000
- Chain Vest (900) + Negatron Cloak (900) + Ruby Crystal (500) + 700
- Nyawa: 200
- Armor: 45
- Magic Resistance: 45
Anguish
- Ketika dalam pertempuran dengan champion, setiap 4 saat, mengenakan magic damage bersamaan dengan 3% daripada jumlah Nyawa maksimum anda pada champion musuh berdekatan, dan memulihkan diri anda sebanyak 250% daripada damage yang dikenakan. Anguish tidak terjejas dengan Ability Haste item.
Experimental Hexplate
Kami memperkenalkan item ability ultimate serba baharu untuk fighter, membolehkan mereka memperoleh sejumlah kuasa yang besar selepas menggunakan ability ultimate anda.
Statistik Asas
- Kos: 3000
- Laluan Binaan: Jaurim's Fist(1200) + Phage(1000)+ Dagger(500)+300
- Nyawa: 400
- Attack Damage: 35
- Attack Speed: 20%
Hexcharged
- Mendapat 20 Ability Haste Ultimate
Overdrive
- Selepas menggunakan ability ultimate, mendapat 40% (20% untuk ranged) Attack Speed dan 20% (10% untuk ranged) Move Speed selama 8 saat. (Cooldown 30 saat)
Titanic Hydra
Kami telah melaraskan cara Titanic Hydra memperoleh statistik; kini ia tidak lagi bergantung pada Nyawa, dan akan
memberikan sejumlah tertentu Attack Damage secara langsung apabila dibeli.
Statistik Asas
- [New] Attack Damage: 40
[Removed] Colossus
- Mendapat 15 + 2.5% Nyawa bonus sebagai Attack Damage
PERUBAHAN MOD PERMAINAN
AAA ARAM
Pada patch ini, 15 Ubahsuaian serba baharu telah ditambah. Selain itu, terdapat empat Ubahsuaian yang pernah popular sebelum ini dan 8 Easter Egg yang kembali.
Ubahsuaian Baharu
- Panacea, Gunslinger, Vitality Balance, Recharge, Rock Solid, Swift Sword, Swiftgate, Life From Death,
Blade's Call, Charged Blast, Puppetry, Ability Echo, Sword Stack, Soul Snare, One Inch Long.
- Untuk melihat kesan khusus Ubahsuaian, anda boleh menyemak Arkib Ubahsuaian selepas kemas kini.
Ubahsuaian yang Kembali
- Supremacy, Battle Arsenal, Moonshadow Staff, Original Ravenous Hydra.
- Untuk melihat kesan khusus Ubahsuaian, anda boleh menyemak Arkib Ubahsuaian selepas kemas kini.
Easter Egg yang Kembali
- Limit Break, Storage Space, Starting Line, Next-Gen Technology, Card Master, Lunar Refresh, One More Time,
Rabble Rousing.
- Untuk melihat kesan khusus Easter Egg, anda boleh menyemak Arkib Ubahsuaian selepas kemas kini.
Arena
Pelarasan Item
Pyromancer's Cloak
- Health Regeneration Asas Cleansing Flame: 30~80 → 15~60
- Health Regeneration bagi setiap Sumber Burn: 20 → 10
Mogul's Mail (Pelarasan Khusus Mod)
- Gold diperoleh apabila menerima damage: 10~20 → 15~30
Lucky Shard
- Kini dapat diperoleh berulang kali
Pelarasan Gold Pusingan
- Gold diberikan pada Pusingan 9, 11, 12: 1000 → 2000
BUG FIX
Membaiki bug yang Sleepy Trouble Bubble Zoe dengan sasar auto akan mencari posisi sasaran untuk satu kali tambahan. Secara ringkas, hal ini menjadikan Sleepy Trouble Bubble Zoe kurang tepat apabila sasar auto diaktifkan.
SKIN
Dragonmancer Vayne Akan dikeluarkan pada 6 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8 | Dragonmancer Fiora Akan dikeluarkan pada 6 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Dragonmancer Nilah Akan dikeluarkan pada 6 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8 | Love Confession Mel Akan dikeluarkan pada 13 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Love Confession Jayce Akan dikeluarkan pada 13 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |