Wild Rift Patch Note 7.1
Selamat datang ke Patch 7.1! Kami memecut laju untuk membawa patch bertemakan perlumbaan beroktan tinggi kepada anda. Dari pelancaran hingga muat masuk, anda akan dipindahkan kepada hidup yang dipenuhi kelajuan. Kami juga akan drift ke Rift dengan rune baharu untuk memberikan gaya permainan anda satu cas turbo, K’Sante menerjah masuk seperti tank yang tidak dapat dihentikan, kemas kini AAA ARAM dan Arena untuk meletakkan anda di lorong pantas serta Wild Pass baharu untuk memastikan enjin ganjaran anda kekal ligat. Bukan itu sahaja, terdapat juga skin yang direka khas untuk kelajuan, dan semestinya, masih ada satu garaj lagi yang penuh dengan kejutan buat anda, jadi nantikanlah.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
BAHARU
K’SANTE, THE PRIDE OF NAZUMAH
Berani dan tidak mudah tunduk, K’Sante bertarung menentang raksasa ganas dan Ascended yang kejam demi melindungi kampung halamannya, Nazumah, sebuah oasis yang didiami ramai di tengah-tengah padang pasir Shurima. Namun selepas berselisih faham dengan bekas pasangannya, K'Sante sedar bahawa untuk menjadi seorang pahlawan yang layak memimpin kotanya, dia perlu mengimbangi keazaman yang terlalu fokus pada kejayaan. Hanya dengan itu dia dapat mengelak daripada terperangkap oleh keangkuhannya sendiri dan menemukan kebijaksanaan yang diperlukan untuk menewaskan monster ganas yang mengancam rakyatnya.
K’Sante akan dikeluarkan pada 9 April pukul 08:01 pagi GMT+8.
NAIK TARAF ENJIN
Dengan pelancaran patch ini, kami juga akan menaik taraf enjin kami. Hal ini akan membolehkan kami untuk terus membuat penambahbaikan kepada pengalaman keseluruhan anda patch demi patch. Dengan kemas kini ini, anda akan mengalami masa pemuatan pertama yang sedikit lebih lama selepas memuat turun patch baharu. Proses ini boleh mengambil masa kira-kira 3 minit, jadi jangan risau jika pemuatan pertama itu mengambil masa sedikit lebih lama daripada biasa.
MUSIM BAHARU
Kami akan memulakan Musim Ranked M21 tidak lama lagi, yang tentunya akan menampilkan skin eksklusif musim baharu! Kali ini ialah, Glorious Eminence Jax. Musim M21 bermula pada 10 April 2026 pukul 11:00 pagi (GMT+8) dan dijangka berakhir pada bulan Julai 2026. Untuk butiran yang tepat, sila rujuk notis antara muka Ranked dalam permainan. Selain itu, kami telah menerima maklum balas positif mengenai ciri Rising Star dan kini akan diluaskan untuk merangkumi Diamond pada musim ini!
WILD PASS BAHARU
Wild Pass baharu kami juga akan dikeluarkan pada patch ini dan akan menampilkan skin Soul Fighter Varus baharu, bersama-sama versi Ascended Soul Fighter Varus yang dinaik taraf. Dengan pas baharu ini, terdapat kandungan dan ganjaran istimewa yang menanti anda. Ketahui lebih lanjut:
Kemas Kini Kandungan
- Kandungan Pemeribadian Baharu: Ensign Pertempuran Soul Fighter dan emote eksklusif bertemakan Soul Fighter, Cold Sweat.
- Skin yang Kembali: Hexplorer Galio, Supervillain Graves, Ascended Supervillain Graves, Superhero Vi, Ascended Superhero Vi, Dream Raider Nasus, Ascended Dream Raider Nasus, Pajama Guardian Lulu.
- Trek Skin yang Kembali Mini Pass Baharu: Pajama Guardian Lulu. Trek yang kembali ini berkongsi kemajuan dengan trek utama Wild Pass semasa. Dengan menaikkan level Wild Pass, anda akan mengaktifkan ganjaran daripada trek utama dan juga trek skin yang kembali secara serentak.
- Penambahbaikan Tempoh & XP Wild Pass
- Tempoh Lanjutan: Wild Pass kali ini kembali ke jadual panjang standard, memberi anda lebih banyak masa untuk membuat kemajuan.
- Kecekapan XP Dikekalkan: Sistem boost XP sebelum ini masih dikekalkan (XP daripada misi mingguan ditingkatkan + had XP misi harian dinaikkan).
- Kurang Usaha, Lebih Ganjaran: Tempoh lebih panjang + kecekapan XP tidak berubah = XP keseluruhan yang lebih banyak, memudahkan dan mempercepatkan anda mengaktifkan semua ganjaran, dengan kurang usaha dan nilai yang lebih baik.
Jemputlah naik! Selepas Wild Pass kami meninggalkan stesen, kereta api yang menuju ke Mini Pass akan tiba dan menyampaikan Choo-Choo Mini Pass baharu. Pass ini akan dilancarkan pada 6 Jun 2026 pukul 08:00 pagi (GMT+8), menampilkan skin Choo-Choo Ornn yang baharu serta chroma Choo-Choo Ornn (Yellow).
- Sepanjang tempoh Mini Pass, sistem kemajuan level, ganjaran eksklusif dan misi akan direka serta dilaraskan secara berasingan berdasarkan ciri-ciri Mini Pass.
- Wild Star: Sepanjang tempoh ketersediaan Wild Pass dan Mini Pass, Wild Star boleh digunakan secara saling tukar antara kedua-dua pass tersebut. Sila ambil perhatian: selepas Mini Pass tamat, sebarang Wild Star yang tidak digunakan akan diambil semula secara automatik oleh sistem.
COLLECTED LEGENDS
Ganjaran skin utama eksklusif serba baharu akan tiba ke Collected Legends Musim 6! Ambil bahagian dalam patch Collected Legends yang baharu ini untuk mendapatkan Cyber Pop Zoe! Kami juga telah membuat perubahan kualiti kehidupan, kini semua ganjaran boleh dituntut dengan satu tekan!
BARD
Pada patch 7.0c, kami telah membuat pelarasan berangka dan mekanikal terhadap Bard. Namun, perubahan pada ultimate abilitynya tidak dinyatakan dengan jelas dalam patch note. Terima kasih kepada semua yang telah berkongsi perkara ini dengan kami, dan kami ingin memohon maaf atas kealpaan tersebut. Kami akan kongsikan butiran perubahan tersebut dalam note ini.
Tempered Fate
- Masa penunjuk mendatang: Selepas ability digunakan → Semasa ability mula digunakan
IRELIA
Kemampanan Irelia pada awal hingga pertengahan permainan serta perubahan boot akhir-akhir ini telah menyebabkan dia terlalu lasak untuk dikenakan poke, jadi kami akan mengurangkan keupayaannya untuk memulihkan diri, yang akan meningkatkan pengalaman trade terhadapnya.
Bladesurge
- Pemulihan: 16/20/24/28% Attack Damage → 11/14/17/20% Attack Damage
ZOE
Selepas hotfix akhir-akhir kami terhadap damage Zoe yang boleh diharap, kami akan meningkatkan damage asas ability keduanya, menambah baik kenaan ability ketiganya dan mengurangkan cooldown ultimatenya untuk mempertingkatkan konsistensi dan potensi mengakali lawan.
Spell Thief
- Damage Asas Misil: 20/30/40/50 → 25/35/45/55
Sleepy Trouble Bubble
- Kelajuan projektil buih ditingkatkan.
Portal Jump
- Cooldown: 12/9/6s → 11/8/5s
CORKI
Prestasi Corki agak rendah dan akan semakin terkesan oleh perubahan Trinity Force pada patch ini, jadi kami akan buff damage keseluruhannya.
Statistik Asas
- Attack Damage: 50 → 54
Phosphorus Bomb
- Kadar Damage: 110% Attack Damage Bonus → 125% Attack Damage Bonus
FIORA
True damage Fiora yang tinggi menjadikannya sukar untuk ditangani oleh kebanyakan champion. Dengan perubahan sistematik kepada boot, output damagenya dijangkakan akan meningkat lagi, jadi kami akan membuat pelarasan terhadapnya.
Duelist's Dance
- True Damage berdasarkan Nyawa maksimum sasaran: 4% + (6% bagi setiap 100 Attack Damage bonus) → 3.5% + (5% bagi setiap 100 Attack Damage bonus)
Renekton
Prestasi Renekton agak tinggi merentasi semua tahap kemahiran, sebahagian besarnya disebabkan oleh keupayaan trade dan kemampanannya yang hebat. Kami ingin mengurangkan sedikit kemampanannya untuk merendahkan kekecewaan musuhnya dan menjadikan trade terhadapnya lebih berkesan.
Cull the Meek
- Pemulihan apabila terkena (bukan champion): 5/7/9/11 → 4/6/8/10
- Pemulihan apabila terkena (Champion): 20/28/36/44 → 16/24/32/40
- Had Pemulihan: 75/100/125/150 → 50/85/120/155
- Had pemulihan keadaan dipertingkatkan: 300/400/500/600 → 200/350/500/650
MEL
Mel mendominasi pada peringkat akhir permainan, terutamanya dengan kemampuannya menumpaskan musuh dari jarak jauh dengan begitu mudah. Jadi, kami akan mengurangkan damage akhir permainannya serta kuasa kiting ability ketiganya, memberi lawannya lebih banyak peluang untuk merapatkan jurang.
Searing Brilliance
- Kadar Ability Power ambang pembunuhan bagi setiap stack: 0.6% → 0.5%
Solar Snare
- Tempoh root: 1.2/1.35/1.5/1.65s → 1.2/1.3/1.4/1.5s
- Damage asas apabila tepat terkena: 60/120/180/240 → 55/110/165/220
Golden Eclipse
- Kadar Ability Power damage Tambahan: 3% → 2.5%
ZIGGS
Damage ability pertama diempower Ziggs akan dikurangkan, manakala kekerapan gunaan abilitynya akan ditingkatkan untuk impak pasukan yang lebih konsisten.
Short Fuse
- Kadar Ability Power damage diempower: 25% → 15%
Bouncing Bomb
- Cooldown: 6/5.5/5/4.5s → 5.5/5/4.5/4s
Hexplosive Minefield
- Cooldown: 16s → 15s
RAKAN
Burst dan statistik asas Rakan yang tinggi menjadikannya dia terasa seperti seorang assassin, jadi kami mengurangkan burst damagenya agar dia kekal agresif tanpa membebankan musuh.
Grand Entrance
- Damage: 80/145/210/275 + 55% Ability Power → 70/135/200/265 + 45% Ability Power
SHYVANA
Mobiliti akhir permainan Shyvana daripada ability keduanya selepas menggunakan ultimate menyukarkan melarikan diri daripadanya. Kami akan mengurangkan mobiliti tersebut tetapi meningkatkan ketahanannya pada masa yang sama, agar lawannya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk melepaskan diri sambil mengekalkan statusnya sebagai ancaman pada jarak dekat.
Burnout
- Haste tambahan dalam Dragon Form: 30% → 25%
Dragon's Descent
- Nyawa Bonus: 350/450/550 → 350/475/600
YASUO
Kami telah mengurangkan damage asas ability pertama Yasuo untuk mengurangkan sedikit pokenya pada awal hingga pertengahan permainan, terutamanya bagi anda yang menggunakan wave minion, yang akan memudahkan fasa laning menentangnya. Armor penetration ultimatenya juga akan dikurangkan sedikit, kerana biarpun penetration yang tinggi membolehkan taktik berkuasa, nilai awal permainan statistik ini terlalu tinggi untuk ditangani oleh tank.
Steel Tempest
- Damage Asas: 25/55/85/115 → 20/50/80/110
Last Breath
- Kadar Armor Penetration: 50% → 40%
PELARASAN ITEM
ITEM BAHARU
Lord Dominik's Regards
Statistik Asas
- Harga: 3300 Gold
- Laluan Binaan: Last Whisper (800) + Cloak of Agility (1000) + Long Sword (500) + 1000
- Attack Damage: 25
- Kadar Armor Penetration: 36%
- Critical Rate: 25%
Giant Slayer
- Mengenakan damage bonus berdasarkan Nyawa bonus champion musuh, sehingga 12% damage bonus apabila champion musuh mempunyai 1500 Nyawa bonus.
ITEM YANG DIBUANG
Dengan pelancaran rune Guardian baharu, kami telah membuang item Protector’s Vow, yang mempunyai kesan bertindih, untuk mengurangkan kelewahan sistem.
Protector’s Vow [Removed]
PELARASAN BOOT
Kami telah mengurangkan kos dan statistik boot yang dinaik taraf secara keseluruhan untuk mengurangkan impak item ini kepada pertempuran awal permainan dan memberi anda lebih fleksibiliti dari segi pemilihan item.
Plated Steelcaps
Statistik Asas
- Harga: 1350 → 900
- Laluan Binaan: Boots of Speed (400) + Ruby Crystal (500) + 450 → Boots of Speed (400) + 500
- Health Regen Asas: 100% → 50%
- Armor: 35 → 20
Block:
- [Removed]
Mercury's Treads
Statistik Asas
- Harga: 1350 → 900
- Laluan Binaan: Boots of Speed (400) + Ruby Crystal (500) + 450 → Boots of Speed (400) + 500
- Health Regen Asas: 100% → 50%
- Magic Resistance: 35 → 20
Dissolve
- [Removed]
Gluttonous Greaves
Statistik Asas
- Harga: 1400 → 900
- Laluan Binaan: Boots of Speed (400) + Long Sword (500) + 500 → Boots of Speed (400) + 500
- Attack Damage: 35 → 10
Ionian Boots of Lucidity
Statistik Asas
- Harga: 1400 → 900
- Laluan Binaan: Boots of Speed (400) + Ruby Crystal (500) + 500 → Boots of Speed (400) + 500
- Mana Regen: 150% → 0
- Ability Haste: 20 → 15
- Nyawa: 150 → 100
Equilibrium
- [Removed]
Berserker's Greaves
Statistik Asas
- Harga: 1400 → 900
- Laluan Binaan: Boots of Speed (400) + Long Sword (500) + 500 → Boots of Speed (400) + 500
- Attack Damage: 15 → 0
- Attack Speed: 35% → 25%
Boots of Mana
Statistik Asas
- Harga: 1400 → 900
- Laluan Binaan: Boots of Speed (400) + Amplifying Tome (500) + 500 → Boots of Speed (400) + 500
- Ability Power: 45 → 15
- Mana Regen: 150% → 100%
Equilibrium
- Champion tanpa Mana mendapat 50% Health Regen asas
Boots of Dynamism
Statistik Asas
- Harga: 1400 → 900
- Laluan Binaan: Boots of Speed (400) + Long Sword (500) + 500 → Boots of Speed (400) + 500
- Attack Damage: 30 → 10
- Armor Penetration: 10 → 8
PELARASAN ITEM LAIN
Lich Bane
Statistik Asas
- Harga: 2950 → 2800
The Collector
Statistik Asas
- Harga: 2900 → 3000
Luden's Echo
Statistik Asas
- Harga: 3000 → 2900
Trinity Force
Statistik Asas
- Nyawa: 250 → 333
- Ability Haste: 25 → 20
PELARASAN RUNE
Pada patch ini, kami akan memperkenalkan kemas kini dan pelarasan berskala besar kepada sistem rune.
Seiring perkembangan persekitaran balance, sistem rune yang sudah lama tidak menerima kemas kini menyeluruh kini mula menampakkan beberapa isu. Dari satu segi, persediaan rune kini semakin kaku, yang menyaksikan kecenderungan memilih beberapa pilihan yang sentiasa boleh diharapkan dan sesuai digunakan dalam pelbagai situasi. Hal ini telah menyebabkan kepelbagaian binaan menjadi terhad, sekali gus menghalang kedalaman strategi dan fleksibiliti sistem yang diinginkan daripada direalisasikan sepenuhnya. Sebaliknya, struktur keseluruhan pilihan rune kini menjadi agak tidak seimbang: beberapa laluan rune kurang berprestasi, sesetengah rune tidak mempunyai kegunaan yang bermakna, manakala gabungan tertentu menjadi terlalu dominan akibat kuasa yang tertumpu.
Untuk memperjelas identiti setiap rune dan meningkatkan persaingan antara pilihan, kami telah melaraskan kedudukan, kesan dan nilai beberapa rune. Selain itu, untuk menangani kekurangan pilihan rune yang sesuai bagi champion seperti tank support dan artillery mage, kami telah memperkenalkan rune Guardian baharu, bersama dengan laluan Sorcery yang serba baharu, dengan tujuan untuk menyediakan konfigurasi yang lebih sesuai untuk peranan dan gaya permainan mereka. Rune dengan kebolehgunaan yang lemah, fungsi yang bertindih, atau perkaitan yang terhad juga telah dioptimumkan, digabungkan atau dibuang untuk meningkatkan kejelasan, keterbacaan dan kepelbagaian pilihan secara keseluruhan.
Dengan kemas kini ini, kami ingin membina semula ekosistem pemilihan yang lebih sihat sambil mengekalkan struktur teras sistem rune, mengurangkan pilihan “asal” dan mewujudkan lebih banyak laluan kemajuan serta pilihan strategi yang pelbagai untuk champion dan gaya permainan yang berbeza. Kami akan terus memantau prestasi dengan teliti serta membuat penyesuaian dan penambahbaikan secara berterusan.
KEYSTONE RUNE
Ice Overlord
- Immobilize champion musuh akan menyebabkan 3 pancaran cahaya terbentuk di sekelilingnya, mencipta ais di bawah musuh itu selama 3 saat dan slow musuh di dalam sebanyak (20% + 1.5% Nyawa Bonus). Slow kekal pada musuh selama 1.5 saat selepas mereka meninggalkan zon ais. Mendapat lapisan ais pelindung di sekeliling diri anda, meningkatkan Armor dan Magic Resistance anda sebanyak 35+80% Armor dan Magic Resistance Bonus. Selepas satu delay 2.5 saat, ais itu meletup, mengenakan 25-125 + 5% Nyawa Bonus sebagai magic damage di sekeliling anda.
Guardian
- Melindungi sekutu dalam jarak 350 unit dari anda dan sekutu yang anda sasarkan dengan ability selama 2.5 saat. Ketika melindung, jika anda atau sekutu itu menerima lebih daripada jumlah damage tertentu, anda berdua akan mendapat shield sebanyak (45 - 180 + 5% Nyawa bonus + 15% Ability Power) selama 2 saat, cooldown: 40 saat - 20 saat.
Empowerment
- Menyerang champion musuh dengan 3 attack berturutan akan mengenakan 40 - 180 adaptive damage bonus (berdasarkan level) dan meningkatkan damage yang anda kenakan sebanyak 8%, bertahan sehingga anda meninggalkan pertempuran dengan champion.
Aery
- Damage: 10 – 60 (berskala dengan level) + 20% Attack Damage bonus + 10% Ability Power →15 – 70 (berskala dengan level) + 20% Attack Damage bonus + 10% Ability Power.
- Jumlah shielding: 20 – 120 (berskala dengan level) + 40% Attack Damage bonus + 20% Ability Power → 30 – 140 (berskala dengan level) + 40% Attack Damage bonus + 20% Ability Power.
First Strike
- Logik VFX peluru dilaraskan supaya kesan itu kini dicetuskan selepas peluru terkena.
Glacial Augment [Removed]
Aftershock [Removed]
PRECISION
Battle Zeal [New]
- Ketika dalam pertempuran dengan champion musuh, mendapat 2% amplifikasi damage ability asas terhadap musuh itu setiap 1 saat, sehingga maksimum 6%.
Brutal
- Attack mengenakan (6 + 8% Attack Damage bonus adaptive damage bonus pada champion musuh.
Triumph
- Takedown champion memulihkan 10% daripada Nyawa yang hilang dan 10% daripada Mana dan Energy maksimum serta memberikan 35 Movement Speed selama 2 saat.
Cut Down
- Attack anda mengenakan 8% adaptive damage bonus pada champion musuh dengan Nyawa lebih daripada 60%.
SORCERY
Botanist [New]
- Apabila anda memusnahkan tumbuhan, mendapat 25 gold dan kesan tumbuhan diempower. Soulflower berdekatan turret juga memberikan bonus tambahan.
- Cryoblossom: Apabila stasis berakhir, sasaran akan slow selama 1 saat.
Absolute Focus [New]
- Ketika Nyawa melebihi 70%, mendapat 15 Adaptive Force bonus (Berdasarkan level). Mendapat 1 Adaptive Force pada level 1.
Ixtali Seedjar
- Dialihkan ke: Sorcery, baris ketiga
- Tumbuhan yang terkena serangan anda atau sekutu anda akan menjatuhkan benih. Apabila diambil, benih tersebut akan menggantikan trinket anda selama 30 saat. Benih mengambil masa beberapa saat untuk matang selepas ditanam di lokasi sasaran. Benih boleh diambil 2 minit selepas permainan bermula. Cooldown: 30 saat.
Gathering Storm
- Dialihkan ke: Sorcery, baris ketiga
- Mendapat Adaptive Force yang semakin meningkat setiap 3 minit: 2, 5, 9, 14 dan seterusnya. Pertumbuhan bermula 6 minit selepas permainan bermula.
Axiom Arcanist
- Dialihkan ke: Sorcery, baris pertama
Manaflow Band
- Dialihkan ke: Sorcery, baris pertama
Hexflash
- Dialihkan ke: Sorcery, baris pertama
Transcendence
- Dialihkan ke: Sorcery, baris kedua
Celerity
- Dialihkan ke: Sorcery, baris kedua
Scorch
- Dialihkan ke: Sorcery, baris ketiga
DOMINATION
Hubris [New]
- Mendapatkan takedown terhadap champion musuh dalam masa 3 saat mengenakan damage pada musuh itu memberikan (5 + 1 bagi setiap kill champion yang anda dapat) Adaptive Force selama 30 saat.
Eyeball Collection
- Mendapat 2 Adaptive Force selepas mendapatkan takedown champion atau monster epik, yang boleh stack sehingga 8 kali.
Ingenious Hunter
- Mendapat 20 Item Ability Haste. Bagi setiap takedown champion atau monster epik yang anda dapat, mendapat 5 Item Ability Haste tambahan. Stack sehingga 5 kali.
Relentless Hunter
- Mendapat 10 Movement Speed luar pertempuran. Bagi setiap takedown champion atau monster epik yang anda dapat, mendapat 2 Movement Speed luar pertempuran. Stack sehingga 5 kali.
Zombie Ward
- Takedown pada ward musuh akan spawn satu Zombie Ward di tempat itu, memberikan penglihatan di kawasan sekitar selama 120 saat. Turut mendapat 4 Attack Damage atau 8 Ability Power (maksimum 5 stack). (Assist pada ward musuh juga memberikan stack dan spawn Zombie Ward.)
Cheap Shot
- Dialihkan ke: Domination, baris pertama
Empowered Attack
- Dialihkan ke: Domination, baris pertama
Psychic Wave [Removed]
Shield Bash [Removed]
RESOLVE
Font of Life
- Apabila attack atau ability anda mengenai champion musuh, pulihkan diri anda dan champion sekutu berdekatan dengan Nyawa paling rendah. Sekutu: Memulihkan 3% daripada Nyawa maksimum anda + 15% daripada Ability Power anda. Anda: Memulihkan 1% daripada Nyawa maksimum anda + 5% daripada Ability Power anda. Cooldown: 20 saat. Champion Melee mendapat 130% keberkesanan daripada kesan ini.
Demolish
- Dialihkan ke: Resolve, baris pertama
Nullifying Orb
- Dialihkan ke: Resolve, baris kedua
Nimbus Cloak
- Dialihkan ke: Resolve, baris ketiga
Loyalty [Removed]
INSPIRATION
Item Crafting [Removed]
Future's Market [Removed]
Sweet Tooth [Removed]
Rune Inspiration lain
- Semua telah dialihkan ke halaman rune Sorcery. Untuk kedudukan dan kesan yang tepat, sila rujuk rune Sorcery.
PELARASAN LAIN
NAIK TARAF AUDIO
Kami telah menambah kesan bunyi kill dan multi-kill yang serba baharu untuk memberikan maklum balas yang lebih kuat dan memuaskan setiap kali anda melakukan takedown.
KEMAS KINI VISUAL MONSTER JUNGLE
Kini agro monster jungle dipaparkan di bawah bar nyawa setiap satu, membantu pemain menjejak penurunan agro dengan lebih jelas dan mengurangkan reset leash yang mengecewakan.
BATTLEFEST M5
Battlefest M5 akan bermula secara rasmi pada 10 April 2026 pukul 11:00 pagi (GMT+8), membawakan ganjaran dan pengalaman gameplay baharu yang menyeronokkan. Tema ganjaran musim ini semuanya berkisarkan Max Crit Tryndamere, termasuklah chroma, ikon, bingkai ikon, bingkai profil, bingkai skin dan banyak lagi! Jadi kumpulkan rakan anda dan masuklah queue untuk berseronok.
GAMEPLAY BAHARU
AAA ARAM - Kini Kekal
Kini AAA ARAM merupakan mod kekal, sertailah pada bila-bila masa dan roll ubahsuaian anda!
Tema Bermusim Baharu AAA ARAM
AAA ARAM juga akan bertemakan perlumbaan agar sepadan dengan patch kami yang selebihnya! Jadi mulakan enjin dan masuklah queue untuk mencuba pelbagai mod dan ubahsuaian baharu.
Pengoptimuman Peringatan Kedai Howling Abyss
Ketika di spawning platform, jika anda kekurangan tidak lebih daripada 200 gold untuk membeli suatu item, satu notis pembelian baharu akan muncul untuk membantu dalam mengelakkan terlepas pandang kerana jurang gold yang kecil.
Kemas Kini Berpasukan Berbilang Puak & Arkib Arena
Kini kerjasama berbilang pasukan tersedia di Arena, membolehkan sehingga tiga pasukan masuk queue bersama-sama. Keputusan akhir masih akan diberikan kedudukan mengikut pasukan. Pemain dengan gred peringkat Legend atau lebih tinggi tidak boleh bekerjasama secara berbilang pasukan. Arkib Arena juga telah dipertingkatkan, dengan penambahan arkib peralatan hanya untuk Arena.
Pengembangan Champion Unbound Frenzy
Kini Syndra, Kassadin dan Nocturne akan menyertai Unbound Frenzy secara rasmi, sertai sekarang dan alami mutasi liar baharu mereka!
Loadout Khusus Mod
Sistem loadout telah menerima kemas kini besar-besaran. Kini AAA ARAM, Arena dan Unbound Frenzy masing-masing mempunyai persediaan loadout tersendiri, yang tidak lagi dikongsikan dengan mod utama. Sekarang anda boleh bersedia dan menyesuaikan strategi anda untuk setiap mod lebih awal.
PELARASAN GAMEPLAY
AAA ARAM
Selamat datang ke Musim Era of Speed AAA ARAM! Vrooooom 🚗
Tema Peta Baharu
Pada musim ini, kami memperkenalkan baik pulih peta bertemakan perlumbaan, termasuk portal, pemulihan, penghalang base, versi Summoner Spell snowball bertemakan perlumbaan serta Ubahsuaian berkaitan dengan perlumbaan!
Sistem Naik Taraf Baharu
Ubahsuaian Naik Taraf kini tiba! Kini Ubahsuaian tertentu boleh dipertingkatkan dengan statistik lebih kuat atau mekanik dinaik taraf. Easter egg “Cabut Satu Lagilah” akan diaktifkan pada level 15, memberikan tiga reroll Ubahsuaian tambahan, supaya anda mendapat lebih banyak statistik dan penskalaan!
Pelarasan Gameplay
Kemas kini ini mengurangkan detik mati dan gold takedown champion. Kami juga telah menambah portal dari base anda ke mid lane supaya anda boleh kembali dengan lebih pantas, serta “lane laju” yang baharu di antara outer turret di mid, membuka lebih banyak pilihan strategik. Bersedialah untuk masa yang lebih pantas dan penuh aksi di Howling Abyss!
Perubahan Spell
Spell snowball asal telah dibuang dan digantikan dengan tiga Summoner Spell baharu: Snowball Chariot, Snowball Chariot of Ballistics, Snowball Chariot of Vitality. Spell baharu ini menawarkan damage AoE, lontaran jarak jauh dan pemulihan sekutu. Anda juga boleh menaik taraf kenderaan perlumbaan dan bola salji anda sepanjang perlawanan untuk pengalaman perlumbaan yang dipelbagaikan!
Perubahan Ubahsuaian
Kira-kira 40 Ubahsuaian baharu telah ditambah, termasuk jenis Automate, jenis Energized, Ubahsuaian Unknown dan Ubahsuaian kendiri lain yang berkuasa, 30+ Ubahsuaian Naik Taraf telah ditambah, 3 kad Prismatik baharu telah ditambah: Energized Expert, Fully Automated dan Snowball Enhancement Kit, Kumpulan Ubahsuaian telah dilaraskan untuk menawarkan lebih banyak kombinasi dan variasi binaan.
Pengoptimuman Mekanik Saiz
Kami telah menambah baik mekanik saiz dalam mod ini; kini champion boleh menjadi lebih besar atau lebih kecil, dan kelajuan animasi pergerakan mereka akan disesuaikan mengikut saiz.
Item Baharu
Actualizer [New]
Statistik asas
- Harga: 3000 Gold
- Laluan Binaan: Lost Chapter (900) + Lost Chapter (900) + Ring of Revelation (400)
- Ability Power: 80
- Magic Penetration: 7%
- Mana Maksimum: 40
- Ability Haste: 10
Realm of Heavenly Emperor (Aktif)
- Menjadi diempower selama 8 saat. Ability anda memerlukan 100% lebih banyak Mana, tetapi damage ability, shield dan pemulihan anda meningkat sebanyak (15% + 0.3% Mana bonus)%, serta cooldown ability asas anda berdetik 30% lebih pantas. (Cooldown 60 saat)
Spectral Cutlass [New]
Statistik Asas
- Harga: 3000 Gold
- Laluan Binaan: Serrated Dirk (1000) + Long Sword (500) + Long Sword (500)
- Attack Damage: 55
- Armor Penetration: 20
Soul Anchor (Aktif)
- Menandakan lokasi semasa anda dan dash ke hadapan pada satu jarak tetap. Selepas 4 saat, kembali ke lokasi itu. Anda boleh guna semula sepanjang tempoh Soul Anchor untuk kembali ke lokasi yang telah ditanda lebih awal.
Edge of Durand [New]
Statistik Asas
- Harga: 3000 Gold
- Laluan Binaan: Noonquiver (1350) + Cloak of Agility (1000)
- Attack Damage: 25
- Critical Rate: 25%
- Attack Speed: 25%
Barrier Break
- Apabila terkena: attack dan ability mengenakan physical damage bonus (15 + 40% Attack Damage) pada champion musuh yang mempunyai shield. Damage ini boleh Critical Strike. Mendapat shield bersamaan dengan 50% daripada damage bonus yang dikenakan selama 3 saat secara tambahan.
Gambler's Blade
Statistik Asas
- Harga: 1700 Gold
- Ability Haste: 10
- Movement Speed: 20
Fortune
- Mengenakan damage pada champion musuh akan menandai mereka sebagai Prosperous dan memberikan stack Fortune. Setiap 100 damage yang anda kenakan pada musuh itu akan memberikan 3 stack Fortune selama 5 saat. Stack sehingga 300 kali.
Red Envelope
- Apabila champion musuh yang Prosperous mati, anda akan menerima gold bersamaan dengan stack Fortune pada musuh itu. Anda dan semua rakan sepasukan yang memiliki Gambler's Blade akan berkongsi 60% gold secara sama rata, manakala baki 40% akan dibahagikan sama rata kepada rakan sepasukan lain yang assist. Champion musuh tidak akan mencetuskan kesan Fortune lagi selama 60 saat berikutnya.
ARENA
Kerjasama berbilang pasukan
Kerjasama berbilang pasukan di Arena akan tersedia sepanjang musim ini. Setelah didayakan, anda boleh bekerjasama dengan rakan dalam pasukan berbeza, dengan sehingga tiga pasukan bertanding dalam perlawanan yang sama. Keputusan akhir masih akan diberikan kedudukan secara berasingan mengikut pasukan, dan kedudukan anda tidak akan mempengaruhi satu sama lain. Sila ambil perhatian bahawa pemain dengan gred peringkat Legend atau lebih tinggi tidak boleh menggunakan ciri ini. Panggil rakan anda dan sertailah bersama-sama!
Ubahsuaian dan Koleksi Item
Arkib Arena akan menerima naik taraf besar-besaran! Kami telah menambah baik Arkib secara menyeluruh dan menambah arkib item hanya untuk Arena, memudahkan anda untuk melihat dan memahami item Arena eksklusif. Terokailah ciri ini dalam permainan!
Item Prismatic & Legendary Aktif Baharu
Kemas kini ini memperkenalkan 4 item Prismatic baharu: Prowler’s Claw, Everfrost, Empyrean Promise dan Goredrinker. Selain itu, item daripada AAA ARAM; Actualizer, Spectral Cutlass dan Edge of Durand juga telah ditambah kepada mod ini. Di bawah, kami akan menggunakan Prowler’s Claw sebagai contoh. Untuk mengetahui butiran lanjut, sila rujuk arkib item dalam permainan selepas kemas kini ini.
Prowler's Claw [Prismatic Items]
Statistik Asas
- Attack Damage: 45
- Armor Penetration: 15
- Ability Haste: 15
Sandstrike (Aktif)
- 3 attack anda yang seterusnya dalam masa 5 saat akan diempower untuk mendapat 200 jarak. Dash ke belakang sasaran yang anda attack, mengenakan 6% daripada Nyawa semasa sasaran itu sebagai physical damage. Sepanjang tempoh ini, anda mendapat 20% Movement Speed dan boleh berjalan menembusi tembok.
SKIN
Psy Ops Master Yi (Edisi Khas) Akan dikeluarkan pada 9 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Soul Fighter Viego Akan dikeluarkan pada 9 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Soul Fighter Senna Akan dikeluarkan pada 9 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Soul Fighter Ambessa Akan dikeluarkan pada 9 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Soul Fighter Viktor Akan dikeluarkan pada 9 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
Soul Fighter Varus Akan dikeluarkan pada 9 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |





