Wild Rift Patch Note 6.2c

Patch ini kami menumpu pada pengasahan identiti beberapa champion dan melaraskan lengkung kuasa mereka merentasi semua peringkat permainan. Serta nerf buat beberapa champion yang telah mendominasi permainan. Selamat datang ke Patch 6.2c!

Pembaca Patch Note yang dihormati,

Kami telah membuka tirai dan menjemput anda ke event terhebat musim ini, Gala Crystal Rose yang termasyhur. Kami harap anda seronok melihat semua orang bersinar dan bergemerlapan, tetapi sementara event ini berlangsung, kami telah menyedari kewujudan champion tertentu di Rift yang sedang membuat onar, sementara yang lain memerlukan bantuan.

Jangan takut para pembaca sekalian, kerana perubahan sudah hampir tiba. Dalam versi terbaharu ini, yang dikenali sebagai Patch 6.2c, keseimbangan kuasa sedang ditangani dengan bijak oleh para pembangun kami. Kami mempertingkatkan beberapa identiti, dan bagi mereka yang selama ini menguasai Rift... mereka akan mendapati dominasi mereka disekat dengan anggun.

Jadi, regangkan ibu jari anda dan bersedia untuk memanfaatkan patch dengan pelarasan yang teramat adil.

~ Pasukan Balance Wild Rift 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


PERUBAHAN CHAMPION

Patch ini kami menumpu pada pengasahan identiti beberapa champion dan melaraskan lengkung kuasa mereka merentasi semua peringkat permainan. Champion berskala seperti Nasus, Senna, Kalista, Jinx dan Twitch akan mendapat rangsangan. Jadi, anda boleh menjangkakan lebih banyak gigitan akhir permainan daripada anjing kegemaran anda di Baron Lane dan beberapa keseronokan tambahan daripada Jinx apabila dia mendapatkan kill itu. Kami juga memastikan champion yang sepatutnya kuat pada awal permainan, seperti Jayce, Vi dan Kha'Zix, mendapat kuasa yang cukup supaya mereka boleh berjaya menakutkan musuh mereka di jungle. Akhir sekali, kami juga akan nerf Ambessa, Corki dan Kayle, kerana mereka telah mendominasi Rift.

NASUS

Siphoning Strike

  • Apabila menggunakan ability ini untuk mengalahkan champion, minion besar, monster besar, damage: 10 → 14

SENNA

Statistik Asas

  • Attack Damage asas: 52 → 54

  • Nyawa asas: 570 → 600

Absolution

  • Peningkatan Attack Damage bagi setiap Stack Mist: 1 → 1.25

JAYCE

Statistik Asas

  • Attack Damage asas: 58 → 62

Shock Blast

  • Damage bonus melalui Acceleration Gate: 40% → 45%

  • Damage pada Monster Jungle: 50% → 80%

To the Skies!

  • Damage pada Monster Jungle: 50% → 80%

Lightning Field

  • Damage: 100/180/260/340/420 → 120/200/280/360/440

VI

Relentless Force

  • Tempoh cas: 14/12/10/8 → 11/10/9/8

Cease and Desist

  • Cooldown: 70/60/50s → 60/55/50s

KHA'ZIX

Statistik Asas

  • Attack Damage asas: 54 → 58

Taste Their Fear

  • Cooldown: 5/4.5/4/3.5 → 4.5/4/3.5/3

  • Damage asas: 65/100/135/170 → 75/110/145/180

KALISTA

Statistik Asas

  • Attack Damage setiap level: 4.5 → 5

Rend

  • Damage setiap stack: 12/16/20/24 + 34/38/42/46% Attack Damage → 12/20/28/36 + 36/43/50/57% Attack Damage

JINX

Statistik Asas

  • Attack Damage setiap level: 4 → 4.5

  • Attack Speed setiap level: 1.7% → 2.2%

TWITCH

Statistik Asas

  • Attack Damage setiap level: 3.5 → 4.5

Contaminate

  • Kos Mana: 50/60/70/80 → 35/45/55/65

  • Damage bonus bagi setiap stack: 30% Attack Damage Bonus + 18% Ability Power → 42% Attack Damage Bonus + 18% Ability Power

Spray and Pray

  • Cooldown: 80/70/60s → 70/65/60s

  • Attack Damage bonus: 20/35/50 → 30/45/60

AMBESSA

Statistik Asas

  • Attack Damage asas: 62 → 58

Drakehound's Step

  • Damage asas: 14~49 → 5~40

Cunning Sweep

  • Cooldown: 10/9/8/7s → 12/11/10/9s

KAYLE

Statistik Asas

  • Attack Damage asas: 52 → 50

  • Attack Damage setiap level: 3.5 → 3

Starfire Spellblade

  • Damage Bonus Pasif: 15% Ability Power + 10% Attack Damage Bonus → 15% Ability Power + 5% Attack Damage Bonus

CORKI

Hextech Munitions

  • Hextech Shrapnel: Attack Asas dan spellblade mengenakan 20% True Damage Bonus → Attack Asas dan spellblade mengenakan 16% True Damage Bonus

Phosphorus Bomb

  • Damage bonus: 120% Attack Damage Bonus → 110% Attack Damage Bonus


PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

Untuk item, kami meningkatkan statistik Hullbreaker dan mengoptimumkan senario aplikasi item ini, menjadikan kesan pasif itu lebih mudah untuk dicetuskan. Kami juga telah meningkatkan kecekapan stack mana bagi barisan item Tear of the Goddess, untuk beberapa item dan melaraskan statistik Yordle Sunfire Aegis. Dan akhir sekali, Bloodthirster terlalu bernilai pada awal permainan, jadi kami mengurangkan kuasa kesan Lifeline dan melaraskan harga item ini.

Hullbreaker

Statistik

  • Attack Damage: 45 → 50

Set Sail

  • Movement Speed: 4% → 5%

Skipper: 

  • Setiap serangan ke-5 mengenakan Damage Bonus → Setiap serangan ke-4 mengenakan Damage Bonus

Tear of the Goddess

Mana Charge

  • Mencetus sehingga 3 kali setiap 12 saat → Mencetus sehingga 3 kali setiap 10 saat 

Mana Mune

Mana Charge

  • Mana maksimum meningkat apabila Mana digunakan: 15 → 18
  • Mencetus sehingga 3 kali setiap 12 saat → Mencetus sehingga 3 kali setiap 10 saat

Archangel's Staff

Mana Charge

  • Mana maksimum meningkat apabila Mana digunakan: 15 → 18
  • Mencetus sehingga 3 kali setiap 12 saat → Mencetus sehingga 3 kali setiap 10 saat

Winter's Approach

Mana Charge

  • Mencetus sehingga 3 kali setiap 12 saat → Mencetus sehingga 3 kali setiap 10 saat

Yordle Sunfire Aegis

Statistik

  • Nyawa maksimum: 500 → 425
  • Armor: 0 → 20
  • Laluan Binaan: Bami's Cinder (1300 Gold) + Kindlegem (1000 Gold) + 600 Gold → Bami's Cinder (1300 Gold) + Ruby Crystal (500 Gold) + Cloth Armor (500 Gold) + 600 Gold 

Bloodthirster

Statistik

  • Harga: 3000 Gold → 3100 Gold (Laluan Binaan Kekal sama)

Lifeline

  • Armor: 20 → 10
  • Magic Resist: 20 → 10