PERUBAHAN MOD PERMAINAN
Wild Rift Patch Note 6.0d
Ambillah baju tidur paling ungu serta tukul anda dan berayunlah masuk ke patch 6.0d dengan kedatangan Pajama Guardian Lulu dan Poppy!
Selamat datang ke Patch 6.0d! Kami berharap anda membawa baju tidur anda yang paling baik dan paling ungu, kerana sudah tiba masanya untuk parti bermalam yang paling seronok! Pajama Guardian Lulu akan membuat debutnya dalam Wild Pass baharu kami! Ini juga merupakan musim terakhir ARAM dan Arena sebelum kami memulakan pengembaraan galaksi, jadi pastikan anda membawa rakan anda untuk berseronok. Oh, dan tidak lupa juga. Poppy dan tukulnya akan berayun masuk ke Rift sambil membawa beberapa kejutan seronok bersama-samanya. Oh! Bukankah Ke sepatutnya berbincang dengan pasukan tentang barisan skin Poppy itu? Mungkin kami akan mendapat berita tentang hal itu dalam patch ini juga...
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU
CHAMPION BAHARU
POPPY, KEEPER OF THE HAMMER
Runeterra mempunyai ramai champion yang berani, tetapi tidak ramai yang setabah Poppy. Membawa tukul legenda Orlon, senjata yang dua kali ganda saiznya, yordle gigih ini telah menghabiskan masa bertahun-tahun mencari “Hero of Demacia” daripada dongeng secara rahsia, seseorang yang dikatakan merupakan pemilik sah tukul itu. Sehingga masa itu tiba, dia patuh menyerbu ke dalam pertempuran, membuatkan musuh negara berundur dengan setiap serangan berputar.

Poppy akan dikeluarkan pada 28 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.
WILD PASS

*Menguap* Menggosok Mata Oh! Apakah yang anda katakan? Tiba masanya untuk Wild Pass baharu? Dengan Pajama Guardian Lulu sebagai ganjaran baharu? Itu sudah cukup untuk mengejutkan kami dari tidur supaya log masuk dan membuat kemajuan dalam pass kami untuk memperolehnya!
Wild Pass baharu akan tersedia pada 13 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8
EVENT
WILD PASS SPRINT
Ketik tiket anda dan ambil bahagian dalam event Wild Pass Sprint, yang membolehkan anda melalui cabaran dengan mudah sambil memperoleh beberapa ganjaran baharu yang hebat!
Event Wild Pass Sprint akan bermula pada 13 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.
POPPY’S CHALLENGE
Poppy dan tukulnya akan berayun masuk ke Rift pada patch ini; alu-alukan dia ke Rift dengan menyertainya dalam cabaran baharu ini!
Event Poppy's Challenge akan bermula pada 28 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.
POPPY’S APRIL FOOL’S MISCHIEF
Apakah kenakalan yang Poppy lakukan kali ini...
Event Poppy's April Fool’s Mischief akan bermula pada 28 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.
MOD PERMAINAN
MUSIM TERAKHIR ARAM DAN ARENA
Patch ini merupakan musim terakhir untuk ARAM dan Arena, tetapi jangan risau! Kami cuma bersiap sedia untuk pengembaraan galaksi ranggi yang akan datang tidak lama lagi. Untuk semua pengumpul di luar sana, jangan lupa bahawa anda perlu mencapai rank yang diperlukan untuk memperoleh emote baharu sebelum hilang! Tambahan lagi, ganjaran akan diberikan berdasarkan pencapaian tertinggi dalam sejarah anda, ketahui lebih lanjut dalam permainan!
Memandangkan ini merupakan musim terakhir, kami akan melanjutkan musim hingga 15 Mei pukul 08:01 pagi GMT+8, dan musim terakhir Arena akan bermula pada 14 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8 dan berakhir pada 16 April pukul 08:01 pagi GMT+8.
HEXTECH ARAM DILANJUTKAN
Anda sangat menyukai hexifikasi ARAM, sehingga kami akan melanjutkan mod ini sedikit lagi sepanjang patch ini. Sila beritahu kami ubahsuaian yang paling anda suka gunakan!
Hextech ARAM akan tersedia untuk dimainkan hingga 16 April pukul 08:01 pagi GMT+8.
PERUBAHAN CHAMPION

CORKI
Prestasi Corki selepas rework tidak sebaik yang kami harapkan, jadi kami menaikkan Attack Speednya bagi setiap level dan mengurangkan masa henti ultimatenya. Ini akan membantunya menyelang-nyelikan attack asas dengan ability untuk output damage yang lebih berterusan.
Statistik Asas
Attack Speed setiap level: 0.022 → 0.032
Attack Damage setiap level: 3 → 3.5

Missile Barrage
Tempoh Cas Big One: 20s → 16s
Attack Auto Terhadap Champion Mengurangkan Tempoh Cas: (2+200% Kadar Critical Strike) saat → (2 + 300% Kadar Critical Strike) saat

ANNIE
Kami telah meningkatkan potensi laning pertengahan permainan dan potensi ganking Annie, membolehkan dia memanfaatkan kekuatannya lebih awal dan memberikan lebih banyak sokongan kepada rakan sepasukannya.

Disintegrate
Penggunaan Mana: 65/70/75/80 → 50/55/60/65
Damage: 80/125/170/215 + 80% Ability Power → 80/130/180/230 + 85% Ability Power

Molten Shield
Bonus Movement Speed: 20/25/30/35% → 25/30/35/40%

Lucian
Sebagai marksman, Lucian bergelut untuk menimbulkan ancaman besar kepada musuh sepanjang pertengahan hingga akhir permainan. Untuk menangani hal ini, kami telah membuatkannya lebih tangkas dalam pertempuran pertengahan permainan sambil juga meningkatkan damagenya buat peringkat seterusnya.
Statistik Asas
Attack Damage per level: 4 → 4.5

Relentless Pursuit
Cooldown: 22/19/16/13s → 20.5/18/15.5/13s

EZREAL
Kami telah meningkatkan damage akhir permainan Ezreal. Ini sepatutnya memastikan dia kekal sebagai ancaman yang ketara, walaupun pada peringkat akhir permainan.
Statistik Asas
Movement Speed: 335 → 340

Mystic Shot
Bonus damage: 120% Attack Damage + 30% Ability Power → 130% Attack Damage + 30% Ability Power

Wukong
Wukong telah bergelut untuk bertahan selepas bertempur secara solo semasa fasa laning. Tambahan lagi, kos mananya yang tinggi telah mengehadkan keupayaannya untuk saling membalas damage dengan musuhnya secara konsisten. Untuk membantunya, kami telah meningkatkan kemampanannya dan mengurangkan kos mananya. Kini, dia tidak lagi memerlukan Manaflow Band untuk mengimbangi masalah mana yang tidak mencukupinya pada awal permainan.

Stone Skin
Health regeneration daripada Strong Skin setiap 5s: 1.5% nyawa maksimum → 2.5% nyawa maksimum

Golden Staff
Cooldown bagi ability diempower: 12/10/8/6s → 10.5/9/7.5/6s
Penggunaan Mana: Level penuh 40 → Level penuh 30

Nimbus Strike
Penggunaan Mana: 45/50/55/60 → Level penuh 40

GRAVES
Berbanding dengan jungler lain, Graves bergelut untuk mengenakan damage pada peringkat awal permainan. Untuk membantunya, kami telah meningkatkan ability pertempuran awal permainannya, yang akan menambah baik kelajuan clear junglenya serta kemandiriannya ketika bertempur.
Statistik Asas
Magic Resistance Asas: 38 → 40

End of the Line
Cooldown: 11.5/10/8.5/7s → 10/9/8/7s
Damage pada monster: 105% → 110%

Quickdraw
Bonus armor bagi setiap stack True Grit: 8/14/20/26 → 13/18/23/28

MORDEKAISER
Mordekaiser cenderung bergelut semasa fasa laning, jadi kami telah menguatkan damage yang boleh dilakukannya di lane. Namun begitu, kami juga telah mengurangkan sedikit Realm of Deathnya yang menakutkan untuk memastikan dia lebih seimbang secara keseluruhan.

Obliterate
Damage: 70/95/120/145 + (4~90)+60% Ability Power → 80/110/140/170+(4~70)+70% Ability Power

Realm of Death
Cooldown: 100/85/70s → 105/90/75s

IRELIA
Irelia merupakan kuasa yang dominan di lane, terutamanya di tangan pemain yang mahir. Namun begitu, dia kerap bergelut untuk meninggalkan kesan dalam teamfight pertengahan hingga akhir permainan. Untuk mengimbangi hal ini, kami telah mengurangkan tekanan awal permainannya sambil meningkatkan kemandirian akhir permainannya.

Ionian Fervor
Damage: 30~120 + 30% Attack Damage bonus → 10~150 + 30% Attack Damage bonus

Bladesurge
Damage: 15/45/75/105 + 60% Attack Damage → 10/40/70/100 + 65% Attack Damage
Health regeneration: 19/21/23/25% Attack Damage → 16/20/24/28% Attack Damage

EKKO
Pada patch semasa, burst damage Ekko terlalu kuat, dan mobiliti serta kemandiriannya menjadikan dia terlalu sukar untuk dihukum. Jadi, kami mengurangkan kelajuan clear jungle dan potensi burstnya sambil juga meningkatkan cooldown awal ultimatenya. Kini, dia memerlukan penskalaan yang lebih baik dan peletakan diri yang lebih strategik untuk mengalahkan lawannya.

Z-Drive Resonance
Damage pada monster: 155% → 120%

Parallel Convergence
Damage pasif: (3% + 0.02% Ability Power) nyawa yang hilang → (2% + 0.015% Ability Power) nyawa yang hilang

Chronobreak
Cooldown: 70/55/40s → 80/60/40s

AMBESSA
Kami melambatkan kelajuan clear jungle Ambessa sambil juga mengurangkan damage dan kemampanan keseluruhannya. Kini dia perlu lebih berhati-hati dalam memilih masa untuk menyerang.

Drakehound's Step
Damage: 1 + level champion*4+(2%+0.02% Attack Damage bonus) → 1 + level champion*3+(1.5%+0.02% Attack Damage bonus)

Cunning Sweep
Damage pada monster: 110% → 100%

Public Execution
Health regeneration: (50/75/100 + 50% Attack Damage bonus) hingga (150/225/300 + 100% Attack Damage bonus)→ (25/50/75 + 45% Attack Damage bonus) hingga (75/150/225 + 90% Attack Damage bonus)
PERUBAHAN GAMEPLAY
ITEM
Manamune
Berbanding dengan item Tear of the Goddess lain, Manamune mendapat stack pada kadar yang lebih perlahan. Kami telah menambah baik kecekapan stack Manamune, supaya jika anda memilih item ini, anda boleh menjadi lebih berkesan pada pertengahan permainan.
Mana Charge:
Meningkatkan Mana maksimum sebanyak 10 setiap kali mana digunakan atau attack asas dilepaskan → Meningkatkan Mana maksimum sebanyak 15 setiap kali mana digunakan atau attack asas dilepaskan
Stoneplate Enchant
Dalam teamfight, Stoneplate Enchant telah memberikan shield yang terlalu besar dan menjadikan champion tertentu terlalu tanky. Kami mengurangkan nilai shield untuk menyelaraskan lagi item ini.
Stoneplate (aktif)
Bagi setiap musuh berdekatan, mendapat shield tambahan yang menyerap damage bersamaan dengan 14% daripada nyawa maksimum → Bagi setiap musuh berdekatan, mendapat shield tambahan yang menyerap damage bersamaan dengan 10% daripada nyawa maksimum
Glorious Enchant
Kami membuat beberapa pelarasan kepada Glorious Enchant supaya lebih menarik dibeli oleh champion yang boleh memanfaatkan enchant ini.
Glory (Aktif)
Jarak untuk mencetuskan gelombang kejutan: 200 → 250
[Optimization] Mekanisme: Selepas menggunakan gelombang kejutan, movement speed bonus 15% asal tidak akan dibuang
Locket Enchant
Dengan penambahan Forbidden Idol, Locket telah memberikan terlalu banyak shield pada pertengahan hingga akhir permainan. Jadi, kami melaraskan kuasa shield item ini.
Locket (aktif)
Nilai shield: 60~390 → 60~330
Magnetron Enchant
Kami memperkenalkan mekanik baharu kepada Magnetron untuk menambah baik kebolehgunaan enchant ini, terutamanya untuk champion yang bergantung pada peletakan diri semula yang pantas.
Magnetron (Aktif)
[New] Mekanik: mendapat 30% movement speed bonus selama 1.5s apabila mencapai posisi sasaran
PERUBAHAN RUNE
Empowerment
Pada masa ini, prestasi Empowerment agak lemah. Kami meningkatkan kesan amplifikasi damage untuk lebih menyerlahkan gabungan potensi damage burst dan berterusan rune ini.
Dalam keadaan vulnerable, semua damage yang diterima meningkat sebanyak 8% → Dalam keadaan vulnerable, semua damage yang diterima meningkat sebanyak 9%
SUMMONER SPELL
Cleanse
Cleanse menyediakan cara yang boleh diharap untuk membuang crowd control semasa fasa laning sambil juga mengurangkan berbilang kesan crowd control pada kos yang agak rendah. Bagi mencipta tetingkap perlawanan balas yang lebih baik untuk lawan dan meningkatkan pengalaman untuk champion berasaskan kawalan, kami meningkatkan cooldown dan mengurangkan tempoh imuniti spell ini.
Cooldown: 100s → 110s
Tempoh imun terhadap CC: 0.75s → 0.25s
SISTEM
Enchanted Ensemble
Enchanted Ensemble telah sangat berkesan untuk push turret dan dalam beberapa kes, telah menamatkan secara langsung fasa laning dalam permainan, yang boleh memberikan terlalu banyak tekanan pada laner. Untuk membantu dalam hal ini, kami mengurangkan damage yang ia dapat kenakan pada turret.
Damage berlanggar dengan turret: 60% nyawa maksimum turret → 50% nyawa maksimum turret
Baron Nashor
Apabila Baron Nashor dikalahkan terlalu awal dalam permainan, buff yang ia berikan kepada minion terlalu sukar untuk dihadapi oleh beberapa champion. Jadi, kami melaraskan keberkesanan buff itu untuk menjadikan serangan Baron awal lebih mudah diurus.
Pengurangan damage bagi minion yang diempower daripada champion musuh: 60% → 50%~60%
SKIN
Dragonmancer Jax Akan dikeluarkan pada 13 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8 ![]() | Truth Dragon Yasuo Akan dikeluarkan pada 13 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8 ![]() |
Dragonmancer Kassadin Akan dikeluarkan pada 13 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8 ![]() | Pizza Delivery Sivir Akan dikeluarkan pada 28 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8 ![]() |