Wild Rift Patch Note 6.0e

Ini merupakan patch terakhir 6.0 dan kami membongkar rahsia tentang perubahan balance terkini sebelum kami menuju ke Patch 6.1!

Selamat datang ke patch terakhir 6.0! Kami mempunyai beberapa pelarasan balance secara menyeluruh sebelum kami menuju ke Patch 6.1! Tambahan lagi, Cafe Cuties yang dinantikan kini tiba untuk menghidangkan, menumpahkan dan menghirup teh. 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


BAHARU

TRYNDAMERE

Tryndamere telah menunjukkan prestasi sederhana secara menyeluruh. Kami memberi dia rangsangan yang akan menjadikannya lebih kuat dalam pertarungan satu lawan satu dengan musuhnya dan membantunya dalam pertempuran yang dia mulakan apabila dia bernyawa rendah.

Bloodlust

  • Attack Damage Bonus diperoleh dengan setiap 1% nyawa yang hilang: 0.25/0.3/0.35/0.4 → 0.35/0.4/0.45/0.5

Mocking Shout

  • Attack Damage dikurangkan: 35% → 40%

NASUS

Kami akan melepaskan anjing ini keluar! Kami telah memberi Nasus beberapa buff yang akan membantunya menskala dengan lebih berkesan dan mendapatkan stack dengan lebih cepat. Ini akan menjadikannya ancaman lewat permainan yang lebih besar yang boleh memberikan serangan yang dahsyat.

Siphoning Strike

  • Cooldown: 7/6/5/4s → 6.5/5.5/4.5/3.5s

  • Penggunaan Mana: Level penuh 20 → Level penuh 15

  • Damage asas: 30/55/80/105 → 30/60/90/120

Spirit Fire

  • Armor dikurangkan: 15/20/25/30% → 20/25/30/35%

TWITCH

Walaupun Twitch merupakan pakar dalam permainan licik, bukan rahsia lagi bahawa tikus ini mempunyai prestasi yang rendah. Jadi, kami menaikkan damage awal permainannya untuk memberinya kuasa membalas serangan yang lebih baik di lane.

Contaminate

  • Damage asas bonus bagi setiap stack poison: 15/20/25/30 → 20/25/30/35

YONE

Kami telah meningkatkan kuasa pertengahan hingga akhir permainan Yone, menekankan kekuatannya dalam pertempuran berlanjutan dan apabila dia mahu poke di lane.

Statistik asas:

  • Pertumbuhan Attack Damage: 3.6 → 4

Soul Unbound

  • Cooldown: 20/18/16/14s → 22/19/16/13s

AATROX

Kami mahu memastikan Aatrox mengekalkan peranannya sebagai seorang pejuang pasukan yang tahan lama. Jadi, kami mengalihkan sebahagian kuasa Aatrox dengan mengurangkan mobilitinya dan sebagai balasan, meningkatkan damagenya yang berterusan.

The Darkin Blade

  • Cooldown: 15/12/9/6s → 12/10/8/6s

  • Damage bonus: 70/75/80/85% Attack Damage → 75/80/85/90% Attack Damage

World Ender

  • Peningkatan Movement Speed: 60/80/100% → 60/75/90%

LUX

Burst damage awal Lux bersinar terlalu terang, terutamanya di lane. Kami telah mengurangkan damage awal dan kuasa shieldnya sambil mengekalkan potensi skala dan burstnya pada akhir permainan.

Illumination

  • Damage asas: 25 + level champion × 7 → 18 + level champion × 7.5

Light Binding

  • Damage asas: 70/130/190/250 → 60/120/180/240

Prismatic Barrier

  • Shield: 30/55/80/105 + 15% Ability Power → 25/50/75/100 + 18% Ability Power

  • Fasa kedua shield: 48/88/128/168 + 24% Ability Power → 40/70/100/130 + 28% Ability Power

GNAR

Gnar telah terlalu dominan dalam teamfight pertengahan permainan. Kami mengurangkan sebahagian pengezonan dan tekanan pokenya untuk mengimbangi impak yang dia boleh berikan dalam pertempuran itu.

Boomerang Throw

  • Slow oleh bumerang: 25/30/35/40% → 20/25/30/35%

  • Damage asas bumerang: 15/65/115/165 → 5/55/105/155

Hyper

  • Damage bonus pasif: 8/10/12/14% nyawa maksimum sasaran → 6.5/9/11.5/14% nyawa maksimum sasaran

ZED

Kami menyedari di peringkat yang lebih tinggi bahawa kehadiran jungle Zed adalah terlalu menekan disebabkan oleh mobiliti dan cooldown ultnya yang rendah. Ini telah menyukarkan musuhnya untuk berhadapan dengannya, jadi kami mengurangkan kelajuan clear jungle untuk mengekangnya sebagai jungler, tanpa menjejaskan kekuatannya di Mid Lane.

Razor Shuriken

  • Damage pada monster: 100% → 80%

Shadow Slash

  • Damage: 70/100/130/160 + 75% Attack Damage bonus → 65/95/125/155 + 70% Attack Damage bonus

  • Damage berikutnya daripada berbilang tetakan: 60% → 50%

TEEMO

Potensi burst Teemo dengan stealth dan racun telah menjadikannya terlalu mengancam. Kita akan nerf sedikit burstnya supaya dia perlu lebih bergantung pada cendawannya dan damage berterusan untuk menimbulkan ancaman.

Toxic Shot

  • Damage bonus dikenakan oleh attack asas on-hit: 8 + level Champion × 3 + 20% Ability Power → 8 + level Champion × 2 + 20% Ability Power

Blinding Dart

  • Damage: 70/120/170/220 + 60% Ability Power → 60/110/160/210 + 55% Ability Power


SKIN

Cafe Cuties Gwen

Akan dikeluarkan pada 03 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8



Cafe Cuties Yuumi

Akan dikeluarkan pada 03 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8


Cafe Cuties Zoe

Akan dikeluarkan pada 03 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Cafe Cuties Yuumi Mythic Chroma 

Akan dikeluarkan pada 03 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8