Wild Rift Patch Note 5.3c
Selamat datang ke patch 5.3c. Menampilkan rework kepada Diana dan terutamanya Singed, patch ini juga mengandungi pengalaman ARAM baharu, mod permainan baharu, event baharu dan akhirnya kemas kini balance yang dijadualkan secara berkala.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
BAHARU
CHAMPION
VIKTOR, HERALD OF THE ARCANE
Pewarta zaman teknologi baharu, Viktor telah mendedikasikan kehidupannya demi kemajuan umat manusia. Seorang idealis yang ingin mengangkat orang ramai ke tahap pemahaman baharu, dia percaya bahawa hanya dengan menerima evolusi teknologi yang gemilang, barulah potensi penuh manusia dapat direalisasikan. Dengan badan yang diubah suai dengan keluli dan sains, Viktor bersungguh-sungguh dalam mengejar masa hadapan yang cerah ini.
Viktor akan tersedia bermula dari 12 Dis pukul 08:01 pagi GMT+8
EVENTS
WISH UPON A SNOWY WINTER
Musim sejuk kini tiba secara rasminya. Selesakan diri anda di atas sofa dengan Wild Rift dan buka Wish Orb untuk mendapatkan ganjaran!
Wish Upon A Snowy Winter bermula pada 12 Dis pukul 08:01 pagi GMT+8
WINTER WONDERLAND: MOD BERGILIR
Cubalah Mod Permainan Bergilir kami dan menangi ganjaran.
Winter Wonderland: Mod Bergilir bermula pada 6 Disember pukul 08:01 pagiGMT+8
VIKTOR’S TRIVIA
Berapa banyakkah yang anda ketahui tentang Viktor? Cubalah Kuiz kami dan menangi hadiah!
Viktor’s Trivia bermula pada 12 Dis pukul 08:01 pagi GMT+8
WILD PASS SPRINT
Kami memberi anda rangsangan tambahan untuk melengkapkan Wild Pass anda. Selesaikan misi, capai milestone dan terima ganjaran tambahan!
Wild Pass Sprint bermula pada 12 Dis pukul 08:01 pagi GMT+8
DIANA
Kami melaraskan ultimate Diana untuk merangsangkan potensi kombo antara abilitynya, supaya dia dapat menggunakan setiap satu dengan cara yang lebih fleksibel.
Moonsilver Blade
[Removed] Menggunakan ability membolehkan 3 attack asas seterusnya mendapat attack speed bonus
[New] Menggunakan ability akan mendapatkan kelajuan attack asas bonus selama 4 saat
Moonfall
[Removed] Tahan untuk cas, lepas untuk menggunakan ability
[New] Summon bulan sehingga 1 saat, mencetuskan Moonfall Glow apabila pengecasan itu selesai. Diana dapat bergerak serta menggunakan ability dan spell sambil mengecas
[New] Tekan sekali lagi untuk berhenti mengecas dan mencetuskan Moonfall Glow
[New] Moonfall Glow: mengenakan (125/175/225 + 40% Ability Power) hingga (250/350/450 + 80% Ability Power) magic damage berdasarkan masa cas dan slow sasaran sebanyak 20% selama 2 saat
SINGED
Kami melaraskan mekanisme ability Singed dan merangsangkan prestasi abilitynya, supaya dia dapat memainkan peranan yang lebih proaktif dalam team fight. Perubahan Singed ini akan dikeluarkan di Rift pada 19 Dis pukul 08:01 pagi GMT+8.
Noxious Slipstream
[New] Menambahkan prestasi kesan shield baharu apabila diberikan bonus movement speed
Poison Trail
[New] Menambahkan prestasi kesan botol posyen baharu pada Singed apabila mengaktifkan Poison Trail
Damage asas: 20/30/40/50 → 30/40/50/60
Mega Adhesive
[New] Pelekat meletup apabila mencapai tanah, mengenakan (60/90/120/150 + 35% Ability Power) magic damage pada sasaran dalam kawasan itu
Cooldown: 13/12/11/10s → 11s
Fling
[New] Menaikkan perisainya dan dash ke arah sasaran. Jika dia berjaya menyerang sasaran, dia akan mencampak mereka ke belakangnya, dan musuh yang menghalangnya akan dihentam ke tepi
Bonus damage: 5/6/7/8% Nyawa Maksimum sasaran → 6/7/8/9% Nyawa Maksimum sasaran
[New] Mengenakan sehingga 500 damage pada sasaran bukan champion
Insanity Potion
[New] Meminum bru kimia yang kuat, mendapat buff dan memberikan 30% daripada buff itu kepada champion sekutu paling dekat
[New] Ketika aktif, posyen itu memberikan 40% Grievous Wounds
[New] Menambahkan kesan halo baharu di bawah Singed ketika posyen itu aktif
Boost atribut: 30/55/80 → 40/70/100
Health dan mana regeneration: 6/13/20 → 15/20/25
Tempoh: 18s → 20s
ORIANNA
Kami merangsangkan damage pasif dan Command: Attack Orianna pada fasa awal dan pertengahan, supaya dia dapat mengenakan damage yang lebih banyak pada musuhnya. Kami juga meningkatkan damage Ultnya, untuk meningkatkan detik sorotannya dalam teamfight.
Statistik Asas
Nyawa asas: 530 → 570
Clockwork Windup
Attack asas disertakan dengan damage bonus: 5 + 3 setiap Level + 15% Ability Power → 10 + 3 setiap Level + 15% Ability Power
Command: Attack
Penggunaan mana: 30/40/50/60 → 30/35/40/45
Damage asas: 60/100/140/180 → 60/105/150/195
Command: Shockwave
Damage: 200/275/350 + 75% Ability Power → 250/350/450 + 85% Ability Power
Maokai
Health regeneration dan crowd control Maokai yang berkuasa membolehkannya teamfight dengan kuat pada pertengahan hingga akhir permainan. Kami melaraskan pasif dan Twisted Advancenya supaya memberi musuh ruang untuk mengalahkannya.
Sap Magic
Health regeneration: (2~30 + 4~12%) Nyawa Maksimum diri → (2~30+4~10%) Nyawa Maksimum diri
Bramble Smash
Damage bonus: 2/3/4/5% Nyawa Maksimum sasaran → 2.5/3/3.5/4% Nyawa Maksimum sasaran
Twisted Advance
Cooldown: 13/12/11/10s → 14/13/12/11s
MORDEKAISER
Mordekaiser dapat menindas musuhnya dengan mudah semasa fasa laning, memberi musuhnya cabaran yang lebih besar untuk melawan balas. Kami melaraskan beberapa statistiknya supaya Mordekaiser perlu lebih berhati-hati di lane.
Statistik Asas
Nyawa asas: 660 → 630
Darkness Rise
Damage bonus dikenakan oleh attack asas: 40% Ability Power → 30% Ability Power
Death's Grasp
Damage asas: 70/90/110/130 → 60/80/100/120
Realm of Death
Cooldown: 90/80/70s → 100/85/70s
PYKE
Sebagai champion support, prestasi Pyke tidak begitu baik di duo lane. Kami meningkatkan ability crowd controlnya untuk memudahkan dia takedown musuh.
Bone Skewer
Cooldown: 9.5/9/8.5/8s → 10/9/8/7s
Movement speed yang dikurangkan semasa mengecas: 20% → 15%
Phantom Undertow
Tempoh stun: (1.25 + 1% armor penetration)s → (1.5 + 1% armor penetration)s
Lucian
Kami mengurangkan damage Lucian supaya sama dengan nilai pada marksman lain.
Lightslinger
Damage peluru kedua: 40/55/70% Attack Damage (meningkat pada level 1/6/11) → 40/52.5/65% (meningkat pada level 1/6/11)
Damage Vigilance: 20 + 20% Attack Damage → 20 + 10% Attack Damage
Piercing Light
Damage asas: 100/145/190/235 → 90/135/180/225
XIN ZHAO
Kami nerf burst damage Xin Zhao, mengukuhkan peranannya sebagai fighter dan memberikan lebih banyak masa untuk musuhnya bertindak balas.
Wind Becomes Lightning
Damage asas fasa pertama: 50/60/70/80 → 40/50/60/70
Damage bonus fasa kedua: 80% Attack Damage → 75% Attack Damage
TALON
Mudah sekali untuk Talon gank musuh pada fasa awal permainan. Kami nerf beberapa cooldownnya sambil memastikan damagenya tidak terjejas. Dia masih boleh membawa maut, tetapi musuhnya dapat menyelamatkan diri daripada serangannya yang bertubi-tubi.
Noxian Diplomacy
Cooldown: 6/5.5/5/4.5s → 7/6.5/6/5.5s
Shadow Assault
Cooldown: 60/50/40s → 70/60/50s
LEE SIN
Sebagai fighter jungler, sukar untuk Lee Sin kekal selamat dalam team fight. Kami buff kemandiriannya supaya dia mempunyai lebih banyak masa untuk mengenakan damage dan lebih banyak ruang untuk melakukan kesilapan.
Statistik Asas
Nyawa setiap Level: 105 → 112
Armor asas: 35 → 40
Safeguard
Shield asas: 60/120/180/240 → 70/130/190/250
MALPHITE
Prestasi Malphite sebagai tank agak rendah, jadi kami melaraskan statistiknya untuk mengukuhkan peranannya sebagai champion tank. Untuk mencapai matlamat ini kami nerf magic damagenya tetapi buff damage pada musuh di sekelilingnya, dan meningkatkan damage yang menskala mengikut armor.
Seismic Shard
Bonus damage: 50% Ability Power → 45% Ability Power
Thunderclap
Armor ditingkatkan: 20/25/30/35% → 25/30/35/40%
Damage attack asas pertama: 30/50/70/90 + 40% Ability Power + 30% armor → 40/60/80/100+40% Ability Power + 40% armor
Bonus damage untuk attack asas susulan: 20% Ability Power + 15% armor → 20% Ability Power + 20% armor
Ground Slam
Damage bonus: 50% Ability Power + 35% armor → 45% Ability Power + 45% armor
PERUBAHAN GAMEPLAY
PERUBAHAN SISTEM
IXTALI SCORPION
Kami nerf ability push dan damage Ixtali Scorpion. Walaupun ia masih dapat berkhidmat dalam push, musuh mempunyai lebih banyak masa dan peluang yang lebih baik untuk melawan balas.
Damage dikenakan pada turret: 175% → 125%
Damage dikenakan pada champion: 100% → 50%
Mod Permainan
HEXTECH ARAM
Akan dikeluarkan pada 20 Dis pukul 08:01 pagi GMT+8
UBAHSUAIAN HEXTECH BAHARU
Mad Scientist: Mengurangkan saiz dan meningkatkan Movement Speed dan Ability Haste dengan banyak.
The Brutalizer: Mengurangkan saiz dan meningkatkan Attack Damage dan Armor Penetration dengan banyak.
Giant's Adversary: Mengurangkan saiz dan meningkatkan damage berdasarkan perbezaan saiz.
PELARASAN UBAHSUAIAN HEXTECH
Dual Wield
Attack speed dan had atas statistik ini ditingkatkan 80% → 100%
Thrust Punch
Cooldown: 2s → 1s
Earthwake
Damage: 5 setiap Level + 30% Attack Damage Bonus + 15% Ability Power → 8 setiap Level + 48% Attack Damage Bonus + 24% Ability Power
Suction Punch
Cooldown: 25s → 10s
Mystic Punch
0.8s cooldown ability dikurangkan dengan setiap attack asas → 1s cooldown ability dikurangkan dengan setiap attack asas
Frost Wraith
Cooldown: 8s → 5s
Executioner
10% damage bonus → 15% damage bonus
Don't Blink
0.6% boost damage bagi setiap 10 movement speed → 0.8% boost damage bagi setiap 10 movement speed
Deft
30% attack speed bonus → 40% attack speed bonus
Uppercut Punch
Menggunakan ability mendapatkan 30% attack speed bonus dan 20 physical damage bonus untuk 3 attack asas empower → Menggunakan ability mendapatkan 100% attack speed bonus dan 30 physical damage bonus untuk 3 attack asas empower
Thread the Needle
Armor penetration dan magic penetration 20% → 30%
Balance Champion
Morgana: Damage dikenakan: 90% → 80%
Teemo: Damage dikenakan: 95% → 85%
Tristana: Damage dikenakan: 100% → 95%
Janna: Damage diterima: 105% → 115%
Katarina: Damage diterima: 85% →75%
Aatrox: Damage diterima: 85% → 75%
Senna Damage dikenakan: 90% → 100%
Lee Sin: Damage diterima: 80% → 70%
Evelynn: Damage diterima: 80% → 70%
Akali: Damage diterima: 80% → 70%
Samira: Damage diterima: 100% → 90%
Swain: Damage dikenakan: 100 → 110%
Zoe: Damage dikenakan: 110 → 120%
Thresh: Damage diterima: 85% → 75%
Yone: Damage diterima: 85% → 75%
Kha’Zix: Damage diterima: 80% → 70%
Pantheon: Damage diterima: 85% →75%
MOD PERMAINAN BAHARU: SHOWDOWN
Bersama-sama episod terakhir Arcane Musim 2, kami bawakan mod masa terhad baharu: Showdown. Semua pemain boleh memilih item ultimate sejurus selepas permainan bermula, dan mengaktifkan kesan item itu yang berkuasa sepanjang permainan berlangsung. Showdown akan dilancarkan pada 6 Disember GMT+8.
Chemtech Exoskeleton (Baharu dalam Showdown)
Ambil peluang penting untuk menjadi imun terhadap kematian dan meningkatkan damage anda, menjana semula sejumlah besar nyawa, masa untuk mengubah haluan pertempuran
In the Balance: Apabila menerima damage maut, menjadi imun terhadap kematian selama 3 saat (1 saat untuk champion ranged). Sepanjang tempoh ini, mendapat takedown champion akan memulihkan 30% daripada Nyawa maksimum anda dan reset cooldown In the Balance. (Cooldown 60-45 saat)
Overcharged: Meningkatkan damage sebanyak 10% tambah bonus tambahan berdasarkan Nyawa yang hilang. Jumlah bonus dihadkan kepada 25%.
Shimmer (Baharu dalam Showdown)
Mengabaikan terrain untuk bergerak secara bebas, menyerang musuh dari posisi yang tidak dijangkakan dan melarikan diri selepas mendapatkan soul mereka
Form Shift: 3 saat selepas meninggalkan pertempuran, anda mendapat Phantom Stride, yang membolehkan anda mengabaikan terrain yang menghalang semasa bergerak. Apabila mendapat takedown, anda mendapat Phantom Stride yang tidak boleh diganggu, serta 30-60% bonus Movement Speed (berskala mengikut level) selama 3 saat.
Brutal Enhancement: Mendapat 1 Soul dan mengenakan adaptive damage bonus (30 hingga 120 + 15 × bilangan Soul + 20% Attack Damage bonus + 10% Ability Power) pada champion musuh dengan Nyawa lebih rendah daripada 50%. Takedown champion akan refresh cooldown.
Pow-Pow & Fishbones (Baharu dalam Showdown)
Lebih banyak attack asas, movement speed yang lebih cepat dan bonus pada setiap attack ketiga.
Supersonic High: Mendapat 1.6-10% Attack Speed (meningkat mengikut level) dan 4 Movement Speed bagi setiap attack pada champion musuh, yang boleh stack sehingga 15 kali (9 kali untuk champion melee).
Ambidextrous Shot: Setiap attack ketiga akan melancarkan attack tambahan.
Echoes of the Heart (Baharu dalam Showdown)
Pilih item ini apabila anda boleh memberi buff kepada diri sendiri atau rakan sepasukan, dan nikmati kesan berkuasa yang tidak terjangka
Amplified Crescendo: Ability buff akan buff 2 champion sekutu berdekatan secara tambahan
Choral Song: Meningkatkan kuasa shield dan kemujaraban pemulihan sebanyak 100%
Warden's Power Shield (Baharu dalam Showdown)
Lambung syiling untuk lebih banyak kemampanan, pengurangan damage dan pengabaian penetration yang membuatkan anda bertahan dengan lebih lama dalam teamfight!
Verdict: Menerima 30% damage berkurang dan lambung satu syiling setiap 5 saat. Jika syiling jatuh menghadap ke atas, anda pulih sebanyak 15% daripada Nyawa maksimum anda. Jika syiling jatuh menghadap ke bawah, petir akan memanah pada lokasi anda, mengenakan 10% daripada Nyawa maksimum sasaran sebagai true damage pada musuh berdekatan.
Iron Law: Armor Pen dan Magic Pen akan diabaikan apabila menerima damage ability.
Hextech Arm Cannon (Baharu dalam Showdown)
Apakah kesan rawak yang akan anda dapat? CC bonus, true damage atau doublecast?
Hextech Six-Shooter: Selepas menggunakan ability, ability anda yang seterusnya mendapat kesan on-hit: Peluang 40% untuk memberikan kesan crowd control dengan tempoh 1 saat selama 5 saat, peluang 40% untuk mengenakan 25% true damage bonus selama 5 saat dan peluang 20% untuk Doublecast selama 10 saat. (Cooldown 5 saat)
Bejeweled: Ability damage dapat Critical Strike, mendapat Critical Rate bonus berdasarkan bilangan item dinaik taraf yang anda punyai (20% + bilangan item dinaik taraf × 7.5%)
Showdown akan dikeluarkan pada 6 Dis pukul 08:01 pagi GMT+8
SKIN
Dark Star Thresh Akan dikeluarkan pada 19 Disember @ pukul 08:01 pagi GMT+8 | Dark Star Karma Akan dikeluarkan pada 19 Disember @ pukul 08:01 pagi GMT+8 |
---|