Wild Rift Patch 5.1d

Kami sudah tiba ke minit terakhir patch 5.1! Mari lihat perkara yang kami sediakan untuk anda.

Kami sudah tiba ke fasa terakhir 5.1! Biarpun Maokai masih MVP kami, dari bangku simpanan akan datang lebih banyak mod permainan bergilir untuk anda cuba, serta perubahan yang dijadualkan secara berkala untuk champion, item dan Summoner Spell yang sudah dianggap sebagai legenda?! Selamat datang ke patch 5.1d! 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


BAHARU

CIRI BAHARU

ARURF X GOLD RUSH 

Hujan emas kini di negeri sendiri! Untuk masa yang terhad, pergilah ke ARURF untuk gold dan XP yang ditingkatkan. Jangan belanjakan semuanya sekali gus!

ARURF x Gold Rush akan tersedia pada 1 Julai. 

ONE FOR ALL X ORNN’S BLESSING 

Membeli-belah di fountain sangat lapuk seperti patch lalu, jadi apa kata kami semua salurkan Ornn dalaman masing-masing dan mula berbelanja DI MANA-MANA SAHAJA. Lagipun, siapalah yang akan menghalang kami?


One For All x Ornn’s Blessing akan tersedia pada 8 Julai.

USB X SCHRODINGER’S HEALTHBAR  

Jika anda tidak dapat melihat bar nyawa musuh, adakah bar itu masih wujud? Mari kita dapat tahu bersama-sama! 

USB x Schrodinger’s Healthbar akan tersedia pada 15 Julai.

EVENT

KUIZ TRIVIA PRA-MUSIM

Kami sedang bersedia untuk patch besar yang seterusnya dan tiada cara untuk menggempakkan diri lagi selain barangan percuma! Anda hanya perlu menjawab beberapa soalan trivia untuk menang. Tawaran yang bagus, bukan? 

Event Kuiz Trivia Pra-Musim akan bermula pada 11 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8


PERUBAHAN CHAMPION

BRAND

Berbeza dengan mage lain, Brand boleh mengenakan sejumlah besar damage dalam masa yang sangat singkat, menyukarkan lawan untuk menanganinya. Perubahan ini akan memberi musuhnya peluang untuk menarik nafas. 

Pillar of Flame

  • Damage: 70/125/180/235 + 55% Ability Power → 70/120/170/220 + 55% Ability Power

Conflagration

  • Damage: 60/90/120/150 + 50% Ability Power → 60/90/120/150 + 45% Ability Power

FIORA

Grand Duelist kami sudah tidak seagung dahulu di lane dan dalam team fight. Kami akan boost damagenya untuk memastikan dia mampu berlawan bagi menjadi tumpuan utama semula.

Duelist's Dance

  • Damage dikenakan dengan mengenai Vital: 3.5% (+ 5.5% untuk setiap 100 physical attack bonus) Nyawa maksimum sasaran → 4% (+ 6% untuk setiap 100 physical attack bonus) Nyawa maksimum sasaran

Lunge

  • Damage: 85/95/100/115 + 100/105/110/115% Attack Damage bonus → 85/95/100/115 + 110/115/120/125% Attack Damage bonus

Bladework

  • Penggunaan Mana: 40/45/50/55 → 30/35/40/45

GRAVES

Graves telah kurang memberangsangkan dalam aspek kelajuan clear dan juga damage pada pihak lawan. Perubahan ini akan memastikan dia tidak ketinggalan.

End of the Line

  • Cooldown: 13/11/9/7s → 11.5/10/8.5/7s

  • Damage awal: 55/75/95/115 + 80% Attack Damage bonus → 70/90/110/130 + 80% Attack Damage bonus

  • Kadar damage pada monster: 90% →105%

Quickdraw

  • Armor bonus daripada True Grit: 6/10/14/18 → 8/14/20/26

  • Stack maksimum: 8 → 6

JAYCE

Jayce telah mendominasi terutamanya pada awal dan pertengahan permainan. Perubahan ini akan memastikan dia tidak mengatasi lawannya.

SHOCK BLAST

  • Damage: 70/140/210/280/350 + 140% Attack Damage bonus → 65/130/195/260/325 + 140% Attack Damage bonus

KAI'SA

Kai’Sa mempunyai pelbagai bakat dalam melakukan apa-apa sahaja: mampu mengenakan damage yang banyak sambil mengekalkan mobiliti yang tinggi. Kami mahu pemain lebih memikirkan tindakan mereka apabila memainkannya, terutamanya apabila berkaitan dengan kedudukan.

Supercharge

  • Movement Speed tambahan: 60/65/70/75% + 100% Attack Speed → 50/55/60/65% + 80% Attack Speed

  • Attack Speed tambahan: 45/55/65/75% →40/50/60/70%

KATARINA

Berbeza dengan rakan assassinnya, pisau belati Katarina kerap gagal mencapai sasarannya. Kami akan melaraskan beberapa nilainya supaya dia dapat menyerang musuhnya dengan tepat.

Voracity

  • Damage: 40 + 10 untuk setiap level champion + 100% Attack Damage bonus + 33% Ability Power → 40 + 13 untuk setiap level champion + 100% Attack Damage bonus + 33% Ability Power

Shunpo

  • Damage: 20/45/70/95 + 50% Attack Damage + 25% Ability Power → 20/50/80/110 + 50% Attack Damage + 30% Ability Power

MAOKAI

Kemasukan terbaru kami ke Rift mungkin sudah makan terlalu banyak sungkup. Health Regennya agak melampau. Kami hanya akan memastikan dia tidak membesar menjangkaui akarnya.

Statistik Asas

  • Armor asas: 46 → 43

  • Attack Damage asas: 70 → 66

Sap Magic

  • Health regeneration: 2~30 + 5~13.5% Nyawa maksimum → 2~30 + 4~12% Nyawa maksimum

Bramble Smash

  • Damage: 70/130/190/250 + 50% Ability Power → 60/120/180/240 + 50% Ability Power

Twisted Advance

  • Tempoh Root: 0.8/1/1.2/1.4s → 0.8/0.95/1.1/1.25s

  • Cooldown: 12/11/10/9s → 13/12/11/10s

NASUS

Nasus merupakan champion menskala akhir permainan terulung, tetapi tidak memuaskan apabila permainan berakhir sebelum anda sempat mencapai bentuk terakhir anda. Kami akan meningkatkan damage yang anda peroleh daripada Siphoning Strike untuk membantu anda mencapai bentuk itu dengan lebih cepat.

Statistik Asas

  • Mana Regen asas: 12 → 14

Siphoning Strike

  • Peningkatan damage apabila membunuh sasaran: 4 → 5

  • Peningkatan damage apabila takedown champion, minion besar dan monster besar: 8 →10

THRESH

Damage asas Thresh agak tinggi, menjadikan dia sukar untuk ditangani di lane. Kami akan memastikan dia kekal kuat tetapi bukan sehingga tahap yang tidak munasabah.

Statistik Asas

  • Attack Damage asas: 58 → 54

Damnation

  • Mengurangkan sedikit kadar minion menjatuhkan Soul

TRYNDAMERE

King of the North kami telah mengamuk di Jungle dan juga di lane. Kami akan melaraskan nilainya untuk memastikan angin dia tidak terus ditiup.

Battle Fury

  • Attack Speed yang diperoleh dengan attack champion: 55% → 35%

Bloodlust

  • Attack Damage bonus: 10/15/20/25 → 7/12/17/22

Undying Rage

  • Attack Speed bonus daripada Battle Fury: 60/65/70% → 45/55/65%

TWISTED FATE

Pilih satu kad, tidak kira mana-mana! Kad merah? Damage yang banyak. Kad biru? Damage yang banyak. Kad kuning? Ya betul, damage yang banyak! Twisted Fate mungkin mengenakan terlalu banyak damage akhir-akhir ini. Perubahan ini akan memastikan dia tidak berleluasa di Rift.

Pick a Card

  • Damage kad merah: 30/50/70/90 + 65% Ability Power + 100% Attack Damage → 30/50/70/90 + 60% Ability Power + 100% Attack Damage

  • Damage kad biru: 40/65/90/115 + 80% Ability Power + 100% Attack Damage →40/65/90/115 + 75% Ability Power + 100% Attack Damage

Stacked Deck

  • Damage pasif: 60/90/120/150 + 45% Ability Power → 50/80/110/140 + 45% Ability Power

  • Attack Speed diperoleh daripada Aktif: 40/45/50/55% →30/35/40/45%

VARUS

Varus puas menikmati segala item AP yang tersedia baru-baru ini. Kami telah mengemas kini penskalaan ADnya untuk membolehkan anda menerokai semua binaannya yang pelbagai.

Piercing Arrow

  • Damage: (20/70/120/170 + 115% Attack Damage) hingga (30/105/180/255 + 172.5% Attack Damage) → (20/70/120/170 + 125% Attack Damage) hingga (30/105/180/255 + 187.5% Attack Damage)

WARWICK

Serangan Warwick bagaikan tisu yang basah baru-baru ini. Kami menumpukan pada Health Regennya demi memastikan dia mampu kekal dalam pertempuran untuk jangka masa yang lebih lama dengan lebih baik.

Statistik Asas

  • Armor asas: 35 → 40

  • Pertumbuhan Armor setiap Level: 3.9 →4.3

Jaws of the Beast

  • Damage: 120% Attack Damage + 100% Ability Power + 7/8/9/10% Nyawa maksimum sasaran → 130% Attack Damage + 100% Ability Power + 7/8/9/10% Nyawa maksimum sasaran

  • Health Regen: 37.5/50/62.5/75% damage yang dikenakan →42.5/55/67.5/80% damage yang dikenakan


PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

TERMINUS

Terminus kini memberikan lebih banyak nilai untuk kosnya daripada yang diingini. Kami akan membawanya kembali agar sejajar dengan item yang lain. 

Harga

  • 3200g → 3400g

SUMMONER SPELL

HEAL

Cooldown Heal agak panjang berbanding dengan spell lain yang menjadikannya pilihan yang kurang menarik, terutamanya apabila spell ini bersaing untuk slot Summoner Spell serangan seperti Ignite. Kami akan melaraskan cooldown dan Health Regen supaya spell ini menjadi pilihan yang menarik untuk champion yang memerlukan kemandirian tambahan. 

Cooldown

  • 130s → 110s

Health Regen

  • 90~370 → 100~390

BARRIER

Barrier juga menghadapi masalah yang sama seperti Heal, jadi spell ini juga akan menerima pembaikan yang serupa. 

Cooldown: 

  • 120s → 100s

Shield:

  • 100~450 → 110~450

SKIN

Immortal Journey Kayle

Akan dikeluarkan pada 28 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Immortal Journey Zed

Akan dikeluarkan pada 28 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Immortal Journey Shyvana 

Akan dikeluarkan pada 28 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Enduring Sword Talon 

Akan dikeluarkan pada 28 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Prestige Splendid Staff Nami

Akan dikeluarkan pada 28 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8