Wild Rift Patch Note 6.0c

Terdapat musuh yang mengekori kami! Rework Corki, pelancaran Gnar, perubahan balance dan banyak lagi. Selamat datang ke Patch 6.0c!

Selamat datang ke Patch 6.0c! Kami akan terus kekal dalam era Yordle kami dan akan melancarkan Gnar, serta rework Corki pada patch ini, mujurlah! Terdapat musuh yang mengekori kami, jadi kami senang hati dia dapat menghulurkan bantuan. Selain itu, kami akan membawa kembali ARURF dan One for All, dan sudah pasti, terdapat juga sedikit perubahan balance biasa kami yang lain. 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


BAHARU

CHAMPION BAHARU

GNAR, THE MISSING LINK 

Gnar ialah yordle mudah teruja yang telatah suka bermainnya boleh meletus menjadi kemarahan anak kecil dalam sekelip mata, mengubahnya menjadi binatang besar yang mahu memusnahkan segala-galanya. Dibekukan dalam True Ice selama beribu tahun, makhluk yang ingin tahu itu telah membebaskan diri dan kini melompat-lompat di dunia yang berubah yang dilihatnya sebagai eksotik dan menakjubkan. Terpesona oleh bahaya, Gnar melemparkan apa-apa sahaja yang dia boleh capai kepada musuhnya, tidak mengira bumerang tulangnya... ataupun pokok yang sudah tumbang.

Gnar akan dikeluarkan pada 21 Februari pukul 08:01 pagi GMT+8.

EVENT 

GNAR! 

Untuk mengalu-alukan kedatangan Gnar ke Rift, selesaikan misi dan dapatkan ganjaran percuma! 

Event GNAR! akan bermula pada 21 Februari pukul 08:01 pagi GMT+8.

TOGETHER UNDER THE CRESCENT 

Sertai poro kegemaran anda sekali lagi ketika mereka mengisi keheningan malam dengan muzik, persahabatan dan makanan! Terdapat permainan mini untuk dimainkan, poro mengantuk untuk dibangunkan dan banyak ganjaran untuk diperoleh!

Event Together Under the Crescent akan bermula pada 01 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.

MOD BERGILIR MUSIM BUNGA 

Seraya kami menggilirkan beberapa mod permainan kembali, kami mahu memberi anda cara untuk menjejak mod tersebut. Mod Bergilir Musim Bunga akan bertindak sebagai kalendar kecil dalam permainan, memaklumkan anda masa dan mod yang akan bergilir masuk! Event ini juga akan memberi anda beberapa ganjaran!

Event Mod Bergilir Musim Bunga akan bermula pada 07 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.

MOD PERMAINAN 

ARURF (ALL RANDOM ULTRA RAPID FIRE) 

Regangkan otot ibu jari kerana ARURF akan kembali pada patch ini! Sertailah bersama-sama rakan untuk gameplay yang pantas, menyeronokkan dan rawak!

ARURF akan kembali pada 21 Februari pukul 08:01 pagi GMT+8.

ONE FOR ALL 

Dengan keluaran Gnar, kami berpendapat inilah masa yang paling sesuai untuk membawa kembali One For All! Bayangkanlah, lima Gnar melontar bumerang mereka di seluruh Rift? Masukkan nama kami!

One For All akan kembali pada 07 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.


PERUBAHAN CHAMPION

CORKI

Pada masa ini Corki tidak mencapai jangkaan kami sebagai marksman damage campuran. Mekanik Special Delivery pada ability keduanya, Valkyrie, memerlukan dia dive ke arah musuh yang telah mengekorinya sepanjang permainan. Hal ini bercanggah dengan cara marksman dan mage memposisikan diri mereka, yang menyukarkan keputusan cara membinanya dalam setiap perlawanan. Jadi kami mahu menekankan peranannya sebagai marksman berorientasikan burst dan mengalihkan tumpuan gameplaynya kepada gabungan attack asas dan ability. Namun begitu, kami tahu betapa seronoknya mengutip Packagenya, jadi kami telah mengekalkan hal itu dalam kitnya sambil memastikan anda tidak berasa seperti anda perlu melakukan serangan melulu dengan buff tersebut. Sila ambil perhatian bahawa beberapa statistik Corki mungkin akan berubah apabila dikeluarkan, tetapi kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya terdapat apa-apa perubahan.
Statistik tertentu mungkin akan berubah apabila dikeluarkan.

Rework Corki akan dikeluarkan pada 6 Mac GMT+8

Atribut asas:

  • Damage Attack Asas: 58 → 54

  • Attack Damage setiap level: 4 → 3.5

Hextech Munitions

  • [Adjustment] Hextech Shrapnel: mengenakan 20% Physical Damage + 80% Magic Damage → 100% Physical Damage + 20% True Damage

  • [New] The Package: Selepas menyerang champion musuh 6 kali dengan Missile Barrage, The Package akan dihantar kepada Corki. Dia boleh mengutip item itu untuk mendapat 4 Big One.

Phosphorus Bomb

  • [Adjustment] Kelajuan peluru ditingkatkan 

  • Cooldown: Level penuh 7s → 9/8/7/6s

  • Damage: 75/135/195/255 + 70% Attack Damage bonus + 50% Ability Power → 75/135/195/255 + 120% Attack Damage bonus + 100% Ability Power

Valkyrie

  • [Removed] Special Delivery: Corki dash ke hadapan. Musuh dihentam ke tepi dan zon mengenakan magic damage dan akan slow musuh

  • Cooldown: 19/18/17/16s → 18/16/14/12s

  • Penggunaan Mana: 100/100/100/100 → 80/85/90/95

  • Damage: 60/100/140/180 + 40% Ability Power → 60/100/140/180 + 60% Attack Damage bonus + 60% Ability Power

  • Jejak terbakar selama: 3s → 2.5s

Gatling Gun

  • [Damage type]: Magic Damage → Physical Damage

  • [Removed] Menghancurkan Magic Resistance sasaran sebanyak 10/15/20/25

  • [New] Menghancurkan Armor dan Magic Resistance sasaran sebanyak 10/15/20/25

  • Cooldown: Level penuh 14s → Level penuh 12s

  • Penggunaan Mana: 50/50/50/50 → 50/60/70/80

  • Damage: 32/48/64/80 + 60% Attack Damage bonus setiap saat → 25/40/55/70 + 60% Attack Damage bonus

Missile Barrage

  • [Damage type]: Magic Damage → Physical Damage

  • [Maximum stacks]: 6 → 4

  • [New] Attack asas terhadap champion mengurangkan masa antara cas sebanyak (2 + 200% kadar Critical Strike) saat apabila terkena.

  • Masa persediaan misil: 10/9/8s → Level penuh 20s

  • Damage misil biasa: 80/115/150 + 25%/50%/75% Attack Damage + 20% Ability Power → 70/140/210 + 70% Attack Damage bonus

  • Damage misil empower: 160/230/300 + 50%/100%/150% Attack Damage + 40% Ability Power → 140/210/280 + 140% Attack Damage bonus

KINDRED

Kami mahu meningkatkan damage Kindred pada fasa pertengahan dan akhir permainan. Apabila Kindred mendapat lebih banyak tanda sepanjang permainan, mereka kini akan diberikan sedikit Attack Speed dan damage tambahan. 

Dance of Arrows

  • Attack Speed ditingkatkan: 20 + 3% stack tanda → 25 + 5% stack tanda

Mounting Dread

  • Damage: 80/105/130/155 + 70% Attack Damage bonus → 90/115/140/165 + 80% Attack Damage bonus

GWEN

Gwen bergelut apabila dia perlu mengejar lawan yang melarikan diri. Jadi, kami meningkatkan kesan slow pada Ultimatenya sambil meningkatkan sedikit beberapa statistiknya juga untuk memberinya sedikit lagi kuasa ketika bertembung. Kami pasti hal ini akan membantu tukang jahit kegemaran ramai ini.

Snip Snip!

  • Penggunaan Mana: 40 → 35

Hallowed Mist

  • Armor dan Magic Resistance ditingkatkan: 14/16/18/20 → 18/20/22/24

Needlework

  • Kesan slow: 30/35/40% → 35/40/45%

Renekton

Sebagai champion yang kuasa utamanya ialah mendominasi lane, Renekton sepatutnya mempunyai kuasa laning yang mencukupi. Jadi, kami meningkatkan damagenya pada peringkat awal permainan untuk membantunya mengekalkan identitinya sebagai kuasa awal permainan yang terutama.

Cull the Meek

  • Health regeneration asas dengan on-hit: 7/9/11/13 → 10/14/18/22

Ruthless Predator

  • Damage asas: 10/25/40/55 → 15/30/45/60

  • Damage asas Reign of Anger: 10/25/40/55 → 15/30/45/60

RAKAN

Rakan perlu memulakan serangan untuk membantu pasukannya mencapai kejayaan, tetapi pada masa ini dia bergelut untuk berbuat sedemikian disebabkan oleh kemandiriannya yang rendah. Untuk menghulurkan bantuan kepada penawan ini, kami meningkatkan mobilitinya, yang sepatutnya membantu dia mencari lebih banyak peluang untuk memulakan pertempuran bagi pasukannya serta menjadikan pengundurannya lebih selamat. 

Gleaming Quill

  • Cooldown: 12/11/10/9s → 10/9/8/7s

  • Regeneration asas: 15 + level champion *7 → 30 + level champion *6

Grand Entrance

  • Cooldown: 16/14.5/13/11.5s → 16/14/12/10s

Battle Dance

  • Jarak gunaan ability: 600 → 700

VEX

Kami meningkatkan ability laning Vex dan mengurangkan cooldown ultimatenya. Hal ini akan membolehkannya menyakitkan hati lawannya secara cekap dengan lebih kerap roam ke lane mereka pada pertengahan permainan serta membantunya mengisi peranannya sebagai pengatur serangan pasukannya dengan lebih baik.

Mistral Bolt

  • Damage asas: 50/110/170/230 → 60/120/180/240

Shadow Surge

  • Cooldown: 90/80/70s → 80/70/60s

SWAIN

Sebagai mage yang suka bertempur secara bersemuka; Swain sepatutnya mempunyai ketahanan dan juga damage berterusan. Untuk memastikan dia mempunyai kedua-dua sifat itu, kami menguatkan kemandirian akhir permainannya, yang akan membolehkan dia mengenakan damage tanpa henti dengan lebih cekap semasa ultimatenya. 

Statistik Asas:

  • Nyawa setiap level: 112 → 120

Death's Hand

  • Damage asas bolt pertama: 55/85/115/145 → 55/90/125/160

Demonic Ascension

  • Regeneration asas setiap saat: 15/25/35 → 20/30/40


PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM 

Rod of Ages

Rod of Ages mengambil masa terlalu lama untuk stack, yang menyukarkan champion yang membina item ini mempunyai kuasa yang mencukupi dalam pertempuran pada pertengahan permainan. Jadi, kami memendekkan masa yang diperlukan oleh item ini untuk stack.

Veteran:

  • Kelajuan stack: 1 stack setiap 40s → 1 stack setiap 35s

PERUBAHAN RUNE

Sudden Impact

Kami telah memerhatikan champion yang memilih Sudden Impact dan berpendapat kami boleh melaraskan lengkungan penskalaan damage rune ini. Hal ini akan membolehkan assassin dan fighter yang mengambil rune ini untuk mencapai lonjakan kekuatan dengan lebih cekap pada pertengahan permainan. 

  • True Damage: 10 - 80 (had pertumbuhan pada level 15) → 10 - 80 (had pertumbuhan pada level 10)

SISTEM

Enchanted Ensemble

Kami menyedari bahawa monster alat muzik yang spawn dari Enchanted Ensemble selepas bertembung dengan turret mempunyai nyawa yang sangat tinggi, menjadikan masa yang diperlukan oleh pasukan yang sedang bertahan untuk mengalahkan mereka sedikit terlalu lama. Kami melaraskan statistik monster ini untuk memastikan mereka masih menimbulkan ancaman yang ketara kepada turret sambil memudahkan mereka ditangani oleh pihak yang bertahan.

Enchanted Trumpet:

  • Nyawa: 300 - 1200 → 250-1000

  • Attack Damage: 50 → 60

Enchanted Organ/Drum:

  • Nyawa: 400 - 1600 → 350 - 1400

  • Attack Damage: 40 → 50


SKIN

Super Galaxy Gnar 

Akan dikeluarkan pada 21 Februari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Dragonblade Riven 

Akan dikeluarkan pada 28 Februari @ pukul 08:01 pagi GMT+8