Wild Rift Patch Note 5.3b

Apakah perasaan anda selepas menonton tayangan perdana Arcane Musim 2? Namun ini bukan masa untuk berlengah kerana terdapat mod permainan serba baharu buat anda!

Pakai tali pinggang keledar rakan-rakan, inilah patch sejurus selepas tayangan perdana Arcane musim 2. Walaupun patch note ini tampak pendek, jangan terpedaya, impaknya masih meninggalkan kesan, seperti watak Arcane kegemaran saya. Mungkin ada sesuatu yang akan datang tidak lama lagi... tetapi kami tidak boleh mendedahkan perkara itu lagi. Terdapat mod permainan serba baharu buat anda, serta kemas kini balance yang dijadualkan secara berkala. Selamat datang ke patch 5.3b.

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


BAHARU

REWORK

WARWICK

Kami akan melaraskan ability Warwick untuk pengalaman permainan yang lebih lancar. 

Statistik Asas

  • Mana asas: 300 → 340

  • Mana regeneration asas: 9 → 16

  • Pertumbuhan Attack Damage: 3.6 → 4.5

(P) Eternal Hunger

  • Damage: (12~46) + 15% Attack Damage bonus + 10% Ability Power → (12~61) + 20% Attack Damage bonus + 10% Ability Power

(1) Jaws of the Beast 

  • Melaraskan cara musuh disasarkan

  • [Removed] Tahan: Warwick juga mengapit pada sasaran, melompat di belakang mereka dan mengikuti pergerakan mereka

  • [New] Tekan: Menerkam ke hadapan dan menggigit musuh sasaran

  • Seret: Melompat di belakang sasaran dan mengikuti pergerakan mereka

  • Penggunaan mana: 40/45/50/55 → level penuh 40

(2) Blood Hunt 

  • [New] Penggunaan aktif meningkatkan jarak penglihatan Warwick, yang mengabaikan terrain (sehingga 1300)

  • [New] Meningkatkan jarak kesan penggunaan aktif (seluruh peta)

  • Cooldown: 80/70/60/50s → 70/60/50/40s

(3) Primal Howl 

  • [New] Menggunakan semula Primal Howl dalam masa 1 saat tidak akan mencetuskan kesan fear, dan 45% cooldown akan dikembalikan; jika fear dicetuskan, pengurangan cooldown tidak akan berlaku

  • Penggunaan mana: level penuh 40 → level penuh 30

(4) Infinite Duress 

  • Peringkat pertama Infinite Duress bukan lagi ability yang diarahkan pada sasaran, tetapi satu ability ranged

  • Kesan serangan akan diubah kepada 4 kali ketika sedang suppress sasaran

  • [New] Warwick melompat dengan jarak jauh yang berskala dengan Movement Speednya, 5 saat selepas mendarat attack asas seterusnya akan empower

  • [New] Jika attack asas diempower itu berjaya mengenai sasaran, dia melompat ke arah sasaran, mengenakan damage sambil suppress sasaran itu

CIRI BAHARU

SHOWDOWN

Bersama-sama tayangan perdana Arcane Musim2 yang telah berlaku minggu lalu, kami bawakan mod permainan masa terhad yang baharu buat keseronokan anda semua! Showdown merupakan mod permainan yang membolehkan pemain memilih item ultimate sejurus selepas permainan bermula, dan mengaktifkan kesan item itu yang berkuasa sepanjang permainan berlangsung.

Berikut ialah beberapa item ultimate yang dapat anda lihat dalam Showdown: 

Chemtech Exoskeleton 

Selamatkan diri anda daripada kematian melalui imuniti sambil menguatkan damage anda, menjana semula Nyawa anda dan membalikkan keadaan! 

  • In the Balance: Apabila menerima damage maut, menjadi imun terhadap kematian selama 3 saat (1 saat untuk champion ranged). Sepanjang tempoh ini, mendapat takedown champion akan memulihkan 30% daripada Nyawa maksimum anda dan reset cooldown In the Balance (Cooldown 60-45 saat).

  • Overcharged: Meningkatkan damage sebanyak 10% tambah bonus tambahan berdasarkan Nyawa yang hilang. Jumlah damage bonus dihadkan kepada 25%.

Shimmer 

Mengabaikan terrain untuk bergerak secara bebas, menyerang musuh dari posisi yang tidak dijangkakan dan melarikan diri selepas mendapatkan soul mereka!

  • Form Shift: Selama 3 saat selepas meninggalkan pertempuran, anda mendapat Phantom Stride, yang membolehkan anda mengabaikan terrain yang menghalang semasa bergerak. Apabila mendapat takedown, anda mendapat Phantom Stride yang tidak boleh diganggu, serta 30-60% bonus Movement Speed (berskala mengikut level) selama 3 saat.

  • Brutal Enhancement: Mendapat 1 Soul dan mengenakan adaptive damage bonus (30 hingga 120 + 15 × bilangan Soul + 20% Attack Damage bonus + 10% Ability Power) pada champion musuh dengan Nyawa lebih rendah daripada 50%. Takedown champion akan refresh cooldown.

Pow-Pow & Fishbones 

Attack sepuas hati! 

  • Supersonic High: Mendapat 0.6-9% Attack Speed (meningkat mengikut level) dan 4 Movement Speed bagi setiap attack pada champion musuh, yang boleh stack sehingga 15 kali (9 kali untuk champion melee).

  • Ambidextrous Shot: Setiap attack ketiga akan melancarkan attack tambahan.

Echoes of the Heart

Buff diri sendiri atau rakan sepasukan? Terpulang kepada anda! 

  • Amplified Crescendo: Ability buff akan buff 2 champion sekutu berdekatan tambahan.

  • Choral Song: Kuasa shield dan kemujaraban pemulihan ditingkatkan sebanyak 100%.

Warden's Power Shield 

Lambung duit syiling dan alamilah kuasa kemampanan yang luar biasa, pengurangan damage dan anda dapat mengabaikan penetration! Saksikanlah betapa lamanya anda dapat bertahan dalam team fight. 

  • Verdict: Menerima 30% damage berkurang dan lambung satu syiling setiap 5 saat. Jika syiling jatuh menghadap ke atas, anda pulih sebanyak 15% daripada Nyawa maksimum anda. Jika syiling jatuh menghadap ke bawah, petir akan memanah pada lokasi anda, mengenakan 10% daripada Nyawa maksimum sasaran sebagai true damage pada musuh berdekatan.

  • Iron Law: Armor Pen dan Magic Pen akan diabaikan apabila menerima damage ability.

Hextech Arm Cannon

Kesan rawak yang manakah akan anda dapat? CC bonus, true damage atau doublecast?

  • Hextech Six-Shooter: Selepas menggunakan ability, ability anda yang seterusnya mendapat kesan on-hit: 40% peluang untuk memberikan kesan crowd control dengan tempoh 1 saat selama 5 saat, 40% peluang untuk mengenakan 25% true damage bonus selama 5 saat dan 20% peluang untuk Doublecast selama 10 saat (Cooldown 5 saat).

  • Bejeweled: Ability damage dapat Critical Strike, mendapat Critical Rate bonus berdasarkan bilangan item dinaik taraf yang anda punyai (20% + bilangan item dinaik taraf × 7.5%).

Kemas Kini - Ciri baharu Showdown akan datang ke Wild Rift pada 6 Dis GMT+8 dalam patch 5.3c

EVENT

BLACK FRIDAY MADNESS 

Selesaikan misi dengan bermain permainan dan dapatkan ganjaran! 

Event Black Friday Madness akan bermula pada 22 Nov pukul 08:01 pagi GMT+8


PERUBAHAN CHAMPION

BLITZCRANK

Blitzcrank mungkin bergelut di Lane, walaupun jika cangkuk anda tidak tersasar. Kami melaraskan damagenya supaya lawannya dapat betul-betul merasakan tumbukannya. 

Rocket Grab

  • Damage: 100/160/220/280 + 100% Ability Power → 110/180/250/320 + 100% Ability Power

Overdrive

  • Tempoh slow pada penghujung Overdrive: 1.5s → 1s

  • Tempoh slow pada penghujung gunaan kedua Overdrive: 2s →1s

Static Field

  • Damage aktif: 200/325/450 + 80% Ability Power → 275/400/525 + 80% Ability Power

SAMIRA

Agak ketara bahawa damage daripada Samira jauh lebih rendah berbanding dengan marksman lain, terutamanya semasa pertengahan permainan. Kami menguatkan damage daripada ultnya untuk memastikan dia tidak ketinggalan. 

Inferno Trigger

  • Damage: 5/20/35 + 50% Attack Damage → 5/20/35 + 60% Attack Damage

SHYVANA

Untuk farm stacknya, Shyvana perlu menjadi lebih tanky. Kami akan menguatkan kemandiriannya. 

Statistik Asas

  • Nyawa Asas: 610 → 630

  • Armor setiap Level: 4.3 → 5

Draconic Bloodline

  • Draconic Bloodline yang diperoleh daripada membunuh monster epik: 8 stack → 10 stack

Dragon's Descent

  • Fury yang diperoleh setiap saat: 1/1.5/2 → 1.5/2/2.5

  • Nyawa yang diperoleh daripada Dragon's Descent: 230/315/430 →300/400/500

EKKO

Sebagai mid-laner, prestasi Ekko agak tidak memberangsangkan. Kami memastikan dia lebih senang farm di Lane untuk menskala dengan lebih baik ke arah akhir permainan. 

Timewinder

  • Cooldown: 9/8.5/8/7.5s → 8/7.5/7/6.5s 

  • Damage peranti temporal yang dilontar: 85/105/125/145 + 30% Ability Power → 90/110/130/150 + 30% Ability Power

  • Damage peranti temporal yang kembali: 65/100/135/170 + 60% Ability Power → 70/105/140/175 + 60% Ability Power

  • Damage pada monster: 120% →115%

NAUTILUS

Nautilus terlalu bergantung pada item untuk menjadi tanky. Kami menguatkan Statistik Asasnya supaya dia dapat menerima damage bagi pasukannya walaupun pada awal permainan. 

Statistik Asas

  • Damage Serangan Asas: 58 → 62

Dredge Line

  • Damage: 60/120/180/240 + 80% Ability Power → 70/130/190/250 + 75% Ability Power

Titan's Wrath

  • Shield: 55/65/75/85+12/13/14/15% nyawa maksimum → 65/75/85/95+13/14/15/16% nyawa maksimum

RENGAR

Rengar telah berleluasa di Rift sejak reworknya. Kami melaraskan damagenya supaya pemain perlu memilih masa untuk melompat masuk dengan teliti. 

Statistik Asas

  • Attack Damage setiap Level: 4 → 3.5

Savagery

  • Damage bonus: 50/90/130/170 + 5/10/15/20% Attack Damage → 40/80/120/160 + 5/10/15/20% Attack Damage

  • Damage bonus dengan Ferocity: 35 + 15 setiap Level + 140% Attack Damage → 25 + 15 setiap Level + 140% Attack Damage

  • Boost damage dengan serangan asas empower: 0~75% → 0~55%

  • Boost damage dengan serangan asas empower dan Infinity Edge: 0~105% → 0~85%

Bola Strike

  • Damage: 70/130/190/250 + 80% Attack Damage bonus → 70/130/190/250 + 70% Attack Damage bonus

  • Damage dengan Ferocity: 47.5 + 17.5 setiap Level + 80% Attack Damage bonus →47.5 + 17.5 setiapLevel + 70% Attack Damage bonus

Thrill of the Hunt

  • Cooldown: 75/65/55s → 85/75/65s

MILIO

Milio merupakan support menyeluruh yang cemerlang dalam membantu marksman mencapai potensi penuh mereka. Kami akan melaraskan nilainya untuk memberi lawannya peluang untuk melawan balas. 


Statistik Asas

  • Nyawa Asas: 570 → 540

  • Armor Asas: 34 → 30

Fired Up!

  • Damage bonus: 15% Attack Damage champion sekutu → 10% Attack Damage champion sekutu

Cozy Campfire

  • Cooldown: 20/18/16/14s → 22/20.5/19/17.5s 

  • Peningkatan jarak attack: 9/11.5/14/16.5% →9/11/13/15%

Warm Hugs

  • Bonus movement speed: 12/15/18/21% → 10/13/16/19%

JANNA

Janna merupakan support yang sangat selamat untuk dimainkan. Kami akan meningkatkan cooldownnya untuk mengembangkan ruang membuat keputusan dari segi masa untuk menggunakan abilitynya.

Howling Gale

  • Tempoh mengecas: level penuh 12s → level penuh 14s 

  • Damage: 60/100/140/180 + 50% Ability Power →50/90/130/170 + 50% Ability Power

Eye of the Storm

  • Cooldown: 13/12/11/10s → 16/14/12/10s 

HEIMERDINGER

Kami melaraskan kuasa Heimerdinger untuk mengurangkan penindasannya semasa fasa laning.

H-28G Evolution Turret

  • Damage on-hit turret: 5/10/15/20 + 35% Ability Power → 5/10/15/20 + 25% Ability Power

  • Damage laser turret: 30/50/70/90 + 55% Ability Power →25/45/65/85 + 45% Ability Power

CH-2 Electron Storm Grenade

  • Jarak slow: 250 → 230

  • Jarak stun: 125 → 115

UPGRADE!!!

  • Damage on-hit H-28Q Apex Turret: 80/105/130 + 40% Ability Power → 80/100/120 + 35% Ability Power

  • Damage laser H-28Q Apex Turret: 100/140/180 + 70% Ability Power →100/140/180 + 60% Ability Power

Lucian

Kami melaraskan ability Lucian untuk meningkatkan prestasinya sebagai marksman.

Statistik Asas

  • Attack Damage Asas: 64 → 58

  • Armor setiap Level: 3.9 → 4.5

  • Magic Resistance setiap Level: 0.8 →1.5

Lightslinger

  • [NEW] Vigilance: Apabila dipulihkan atau diberikan shield oleh champion sekutu, atau apabila champion musuh berdekatan terkena immobilize, dua attack Lucian yang seterusnya mengenakan (20 + 20% Attack Damage) magic damage tambahan (sehingga empat attack empower dapat disimpan).

  • Damage peluru kedua: 50/57.5/65% Attack Damage →40/55/70% Attack Damage

Ardent Blaze

  • [NEW] Apabila champion sekutu mencetuskan tanda itu, Lucian akan mendapat Vigilance.

AMBESSA

Memandangkan Ambessa kini sedang galak membunuh di Rift, kami akan melaraskan kemandiriannya supaya memberi lawannya ruang untuk melawan balas.

Statistik asas:

  • Nyawa setiap Level: 120 → 112

  • Armor setiap Level: 5 → 4.5

(P)Drakehound's Step

  • Damage bonus: 10+ (level champion-1) * 7 → 4 + (3%+0.02% AD bonus) Nyawa Maksimum sasaran

(1)Cunning Sweep

  • Cooldown: 8/7/6/5s → 9/8/7/6s

(2)Repudiation

  • Cooldown: 12/11/10/9s→ 14/13/12/11s

  • Nilai shield: 73+ 12 setiap Level +150% → 125% attack damage bonus


PERUBAHAN GAMEPLAY

PERUBAHAN RUNE

KEYSTONE: AFTERSHOCK

Kami akan meningkatkan damage bonus daripada Aftershock dan kemandirian yang diberikan oleh rune ini. Bagi champion yang bertempur dalam jarak dekat dan CC lawan mereka, Aftershock patut menjadi pilihan pertama mereka.

  • Pasif: Immobilize champion musuh memberikan 35 (+ 60 → 80% armor bonus) armor bonus dan 35 (+ 60 → 80% magic resistance bonus) magic resistance bonus selama 2.5 saat.

  • Damage:12~110 25~125 + 3% Nyawa maksimum


PERUBAHAN ARAM

HEIMERDINGER

  • Damage dikenakan: 100% → 90%

KASSADIN

  • Damage diterima: 90% → 85%

GWEN

  • Damage dikenakan: 110% → 115%