Wild Rift Patch Note 5.3

Heimerdinger kini tiba!

Kami telah mengusiknya tanpa henti dan kini dia akhirnya telah tiba, Heimerdinger, champion pertama kami bagi 5.3 untuk membawa kami ke dunia Arcane. Dan dia membawa bersamanya event hari lahir, ganjaran log masuk serta kemas kini balance yang dijadualkan secara berkala (yang banyak jumlahnya). Selamat datang ke patch 5.3.


Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


BAHARU

CHAMPION BAHARU

HEIMERDINGER, THE REVERED INVENTOR

Seorang saintis yordle yang cemerlang namun eksentrik, Profesor Cecil B. Heimerdinger merupakan salah seorang pencipta yang paling inovatif dan disegani Piltover sepanjang zaman. Melakukan kerjanya tanpa henti hingga ke tahap obsesi neurotik, dia amat suka menjawab soalan-soalan alam semesta yang paling sukar dikaji. Walaupun teorinya sering sukar difahami dan bersifat esoterik, Heimerdinger telah mencipta beberapa jentera Piltover yang paling ajaib—dan juga boleh membawa maut, dan sentiasa menggodek-godek ciptaannya untuk menjadikan ciptaan itu lebih cekap.

Heimerdinger akan dikeluarkan pada 17 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8.

CIRI BAHARU

RANKED MUSIM 15

Kami sedang bersiap sedia untuk Ranked Musim 15, yang bermula pada 18 Oktober pukul 08:00 pagi GMT+8 dan dijangka berakhir pada bulan Januari 2025. Untuk butiran lebih lanjut, nantikan notifikasi di portal permainan Ranked!

Selain Glorious Crown Jhin, skin eksklusif musim kami, Glorious Crown Xin Zhao daripada Musim 12 juga akan kembali ke Kedai Ranked untuk menyertai pertempuran.

WILD PASS

Wild Pass baharu, Dream Raider Kha'Zix, akan tersedia selepas kemas kini patch. Naikkan level Wild Pass anda ke Lv. 75 untuk mengaktifkan Ascended Dream Raider Kha'Zix dan dapatkan ganjaran sepanjang proses itu. Ensign Pertempuran baharu, Dream Raider Kha'Zix, juga akan ditambahkan pada Wild Pass Emporium, bersama dengan kepulangan masa terhad Ascended Superhero Jayce, Ascended Supervillain Jhin, Ascended Soda Pop Ahri, Unleashed Dream Raider Thresh, Superhero Jayce, Supervillain Jhin, Soda Pop Ahri dan Dream Raider Thresh!

Mini Pass Elderwood Xayah baharu akan dikeluarkan selepas Wild Pass Dream Raider Kha'Zix berakhir. Semasa Mini Pass ini tersedia, level, ganjaran dan misi Pass akan dilaraskan mengikut Mini Pass tersebut. Wild Star boleh digunakan untuk Wild Pass dan juga Mini Pass apabila tersedia. Mana-mana Wild Star yang tidak digunakan akan tamat tempoh secara automatik apabila Mini Pass berakhir.

FIRELIGHTS REIGNITE

Dalam Firelights Reignite, anda akan mempelajari tentang asal usul Firelight dan cara geng jalanan itu ditubuhkan dalam Arcane. Kisah ini dibentangkan dalam bentuk babak, dengan setiap babak utama memaparkan beberapa objek interaktif yang memberikan gambaran tambahan tentang kisah tersebut. Walaupun anda tidak perlu menyelesaikan misi event untuk mengaktifkan babak kisah ini, berbuat demikian akan memberi anda ganjaran tambahan. Selepas patch ini tamat, kisah Firelights Reignite akan ditambah pada Koleksi, membolehkan anda untuk mengingati semula kisah ini pada patch akan datang.

PAPARAN KIRAAN PERINGKAT RANKED

Berdasarkan jumlah bilangan anda mencapai Master dan lebih tinggi di Ranked atau Immortal dan lebih tinggi di Legendary Ranked, kesan visual tambahan akan ditambah pada kesan paparan bagi peringkat tersebut.

  • Ikon untuk peringkat tertinggi anda pernah capai dan peringkat anda bagi musim semasa di bahagian bawah sebelah kanan profil anda

  • Bingkai skrin pemuatan peringkat semasa memasuki permainan

  • Bingkai ikon

  • Emblem pemain bermusim dipaparkan dalam Profil anda serta dalam lobi

LOG RIFT ADVENTURE

Dalam log Rift Adventure, anda boleh mengetahui tentang kemas kini dan perubahan dalam patch terbaharu dan bermain melalui tutorial. Naik level dalam Battle Academia untuk mengaktifkan Log Rift Adventure dan selesaikan misi untuk mendapatkan gelaran eksklusif yang kekal.

STELLAR BOND

Stellar Bond merupakan langganan bulanan kepada program ganjaran berbayar yang menawarkan faedah seperti ganjaran harian, rebat dan item penyesuaian. 

Terdapat dua pelan langganan: Stellacorn's Gift dan Celestial Blessing. Setiap pembelian memberi anda akses selama 30 hari kepada faedah pelan tersebut, yang hanya tersedia untuk pembelian langsung. Setiap langganan 30 hari yang dibeli memberi anda XP yang akan menaikkan level Stellar Bond.

Apabila anda menaikkan level Stellar Bond, anda juga akan mengaktifkan lebih banyak faedah. Faedah yang diperoleh daripada menaikkan level Stellar Bond hanya berkesan ketika anda mempunyai langganan aktif kepada Stellacorn's Gift, Celestial Blessing atau kedua-duanya sekali.

  • Stellacorn’s Gift - $4.99
    • Peti Kedai Eksklusif: Pemain dapat membeli satu "Peti Bertuah Ganjaran (Mingguan)" tambahan daripada kedai setiap minggu.

    • Diskaun Pembelian Champion: Potongan 10% apabila membeli champion dengan menggunakan sama ada mata wang dalam permainan atau blue mote.

  • Celestial Blessing - $34.99
    • Peti Kedai Eksklusif: Pemain dapat membeli dua "Peti Bertuah Ganjaran (Mingguan)" tambahan daripada kedai setiap minggu.
      • Jika hanya Stellacorn's Gift yang aktif, pemain mendapat satu pembelian tambahan setiap minggu.

      • Jika hanya Celestial Blessing yang aktif, pemain mendapat dua pembelian tambahan setiap minggu.

      • Jika kedua-dua Stellar Bond adalah aktif, pemain dapat membeli tiga peti tambahan setiap minggu.

    • Boost Pengalaman Perlawanan: 50% pengalaman ditingkatkan selepas setiap perlawanan.

    • Percubaan Skin bagi Semua: Terima 10 hak [All Team Skin Trial] percuma, yang boleh digunakan sehingga dua kali sehari dalam mod ARAM dan URF selama 30 hari. Faedah ini boleh diaktifkan semasa pemilihan champion, membolehkan seluruh pasukan menggunakan skin rawak bagi champion yang dipilih.

    • Notifikasi Bar Sisi Eksklusif: Akses kepada notifikasi bar sisi eksklusif Celestial Blessing sepanjang tempoh Stellar Bond.

    • Koleksi Diperibadikan: Gunakan item eksklusif Celestial Blessing, seperti bingkai ikon, homeguard trail dan spawn tag sepanjang tempoh Stellar Bond.

    • Ciri Tolak Rakan Sepasukan: Dapatkan dua gunaan "Tolak Rakan Sepasukan" tambahan setiap minggu.

    • Diskaun Pembelian Champion: Potongan 10% apabila membeli champion dengan menggunakan mata wang dalam permainan atau blue mote. Jika kedua-dua Stellacorn's Gift dan Celestial Blessing adalah aktif, diskaun ini kekal pada 10% dan tidak akan stack.

Stellar Bond akan tersedia pada 22 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8

CIRI PERKONGSIAN FACEBOOK

Perkongsian di Facebook kini disokong! Siarkan sorotan permainan dan kemenangan anda di Facebook terus daripada permainan anda dan berkongsilah kegembiraan dengan rakan-rakan anda! (Tidak tersedia di Rusia)

EVENT

CHEERS TO ARCANE

Siapakah yang sudah bersedia untuk musim kedua Arcane? Masih ada masa beberapa minggu lagi sebelum siaran perdana rancangan itu. Sementara itu, sertailah kami dalam menerokai segala-gala yang ditawarkan oleh Wild Rift sepanjang pengembaraan anda ke dalam dunia Piltover dan Zaun! Lihatlah semua event dan dapatkan ganjaran sambil bermain.

Cheers to Arcane akan bermula pada 17 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8.

HEIMERDINGER’S TECH FRENZY

Heimerdinger telah tiba membawa hadiah! Daripada ganjaran log masuk harian hingga ganjaran untuk bermain dan menang, dia mempunyai hadiah untuk sesiapa sahaja.

Heimerdinger’s Tech Frenzy akan bermula pada 17 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8.

SAMBUTAN ULANG TAHUN KEEMPAT

Hari lahir kami sudah tiba! Jangan gentar, kami tidak mengharapkan hadiah daripada anda, bahkan, kami ada sesuatu untuk anda! Log masuk setiap hari untuk ganjaran serta lawatan daripada rakan istimewa kami, Nunu & Beelump.

Sambutan Ulang Tahun Keempat akan bermula pada 17 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8.

PESTA CABUTAN BERTUAH SAMBUTAN ULANG TAHUN

Betapa bertuahkah anda? Cubalah nasib anda dalam event baharu kami! Dapatkan token dengan menyelesaikan misi dan cabutlah untuk mendapatkan ganjaran!

Pesta Cabutan Bertuah Sambutan Ulang Tahun akan bermula pada 24 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8.

BATTLE CHALLENGE

Ganjaran tidak berhenti-henti! Selesaikan misi dengan bermain permainan dan dapatkan blue mote dan banyak lagi!

Battle Challenge akan bermula pada 24 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8.


PERUBAHAN CHAMPION

EZREAL

Ezreal akan menerima pelarasan supaya dia lebih sejajar dengan marksman yang lain.

Statistik Asas

  • Attack Damage asas: 62 → 58

  • Attack Damage setiap level: 4 → 4.5

XAYAH

Xayah akan menerima pelarasan serupa yang diterima oleh Ezreal supaya dia boleh menanjak ke arah akhir permainan.

Statistik Asas

  • Attack Damage asas: 58 → 54

  • Attack Damage setiap level: 4 → 5

VAYNE

Ya, perkara yang sama.

Statistik Asas

  • Attack Damage asas: 58 → 54

  • Attack Speed setiap level: 2.2% → 2.7%

KALISTA

Kalista telah menang besar dengan rework Lethal Tempo sebelum ini. Kami akan mengurangkan dominasinya pada awal permainan tetapi akan memastikan dia masih dapat menskala menjadi carry akhir permainan yang berkebolehan.

Statistik Asas

  • Attack Damage asas: 66 → 58

  • Attack Damage setiap level: 3.5 → 4.5

Rend

  •  10/15/20/25 + 30/34/38/42% daripada Attack Damage → 10/15/20/25 + 35/39/43/47% Attack Damage

TRISTANA

Kami akan mengubah penskalaan Explosive Charge dengan item menjadi lebih baik, supaya anda boleh merasakan kuasa tembak anda meningkat sambil anda mencapai build akhir permainan anda.

Statistik Asas

  • Attack Damage asas: 64 → 58

  • Attack Damage setiap level: 5 → 6

Explosive Charge

  • Damage letupan aktif: 70/90/110/130 + 55/90/125/160% Attack Damage bonus + 50% Ability Power → 65/85/105/125 + 65/100/135/170% Attack Damage bonus + 50% Ability Power

MILIO

Pemuda lemah lembut kami ini tidak begitu lemah dalam cara dia boleh mengganggu musuhnya secara konsisten di lane sambil menyediakan masa yang selamat dan selesa untuk pasangannya. Pelarasan ini akan memberikan lebih banyak peluang kepada lawannya untuk melawan balas.

Fired Up!

  • Damage secara berkala: 15 + 2.5 setiap Level + 20% Ability Power → 13 + 2 setiap Level + 20% Ability Power

Cozy Campfire

  • Penskalaan jarak attack asas: 9.5%/13%/16.5%/20% → 9%/11.5%/14%/16.5%

Breath of Life

  • Cooldown: 90/80/70s → 100/90/80s


PERUBAHAN MOD PERMAINAN

ARENA

  • Arena tidak lagi akan diakses melalui tab berasingan tetapi melalui tab Normal. Apabila mod ini tersedia, menekan portal di sana akan membawa anda ke lobi Arena.

  • Hextech Lab Arena akan ditutup dan kami tidak akan mengeluarkan Ubahsuaian yang boleh diaktifkan menggunakan Energy Star buat masa ini. Apa-apa Ubahsuaian yang anda telah aktifkan masih boleh digunakan.

MOD PEMAIN TUNGGAL AND MOD LATIHAN

[New] Ciri

  • Menambah mod Latihan Simulasi dan Latihan Laning. Dalam mod ini, pemain dapat mencuba simulasi laning pemain tunggal bagi ketiga-tiga lane pada tahap kesukaran yang berbeza-beza.

  • Lebih banyak pilihan tahap kesukaran akan diperkenalkan dari semasa ke semasa untuk kedua-dua mod bagi memenuhi kehendak pemain daripada tahap kemahiran yang berbeza.

  • Menambah ciri yang menjeda permainan secara automatik apabila terganggu.

[Optimized] Ciri

  • Menyatukan portal Mod Luar Talian dan Mod Latihan ke dalam skrin bersatu yang membolehkan pemain memilih mod yang mereka ingin mainkan.


PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM BAHARU

HEXTECH SOULSTEALER

Statistik Asas

  • Jumlah harga: 3000g

  • Nyawa Maksimum: 150

  • Ability Power: 65

  • Magic Penetration: 7%

  • Ability Haste: 20

Laluan Binaan

  • Prophet's Pendant (1000g) + Fiendish Codex (1000g) + Ring of Revelation (400g) + 600g

Soul Hunt

  • +15 Magic Penetration

Wandering Soul

  • Setiap kali anda takedown champion musuh dalam masa 3 saat mengenakan damage pada mereka, cooldown ability anda akan dikurangkan sebanyak 25%. Anda mencuri 15% daripada Movement Speed asas mereka selama 10 saat dan 75% daripada Ability Haste mereka sehingga mereka respawn. Ability Haste yang dicuri dengan cara ini boleh stack.

HEXTECH STORMRAZOR

Statistik Asas

  • Jumlah harga: 3000g

  • Attack Damage: 40

  • Critical Rate: 25%

  • Attack Speed: 20%

Laluan Binaan

  • Noonquiver (1350g) + Long Sword (500g) + Brawler's Gloves (500g) + 650g

Energized

  • Bergerak dan menyerang akan menjana Energized Attack.

Stormarrow

  • Energized attack mengenakan 65–135 magic damage bonus yang slow sasaran sebanyak 75% selama 0.75s dan memberi anda 60 Movement Speed selama 0.75s.

HEXTECH BLACK CLEAVER

Statistik Asas

  • Jumlah harga: 3000g

  • Nyawa Maksimum: 400

  • Attack Damage: 40

  • Ability Haste: 20

Laluan Binaan

  • Phage (1000g) + Kindlegem (1000g) + Long Sword (500g) + 500g

Sunder

  • Mengenakan physical damage pada champion mengurangkan Armor mereka sebanyak 6% selama 6 saat, yang boleh stack sehingga 4 kali untuk pengurangan 24%.

Rage

  • Mendapat 20 Movement Speed apabila anda mengenakan physical damage dan mendapat 40 Movement Speed apabila bergerak menuju ke arah champion musuh dengan 4 stack Sunder. Champion ranged mendapat jumlah separuh.

Statistik Asas

  • Jumlah kos: 2700g

  • Nyawa Maksimum: 350

  • Armor: 40

  • Mana Maksimum: 150

  • Ability Haste: 15

Laluan Binaan

  • Glacial Shroud (1000g) + Giant's Belt (1000g) + 700g

Harbinger

  • Menggunakan Ultimate akan menyelubungi diri anda dengan ribut salji selama 10 saat. Ribut salji ini mengenakan maksimum 630-1050 damage, yang slow musuh berdekatan sebanyak 35% dan meninggalkan jejak di belakang anda. Champion sekutu di atas jejak ini mendapat 55 Movement Speed bonus selama 1 saat. (Cooldown 30 saat)

PERUBAHAN ITEM

RELIC SHIELD

Spoils Of War

  • [New] Mengenakan 1 damage tambahan pada Sight Ward yang didedahkan oleh Sweeping Lens, Control Ward dan Scryer's Bloom

SPECTRAL SICKLE

Tribute

  • [New] Mengenakan 1 damage tambahan pada Sight Ward yang didedahkan oleh Sweeping Lens, Control Ward dan Scryer's Bloom.

ANCIENT COIN

Offering

  • [New] Mengenakan 1 damage tambahan pada Sight Ward yang didedahkan oleh Sweeping Lens, Control Ward dan Scryer's Bloom.

BULWARK OF THE MOUNTAIN

Soulcast

  • [New] Mengenakan 2 damage tambahan pada Sight Ward yang didedahkan oleh Sweeping Lens, Control Ward dan Scryer's Bloom.

BLACK MIST SCYTHE 

Soulcast

  • b Mengenakan 2 damage tambahan pada Sight Ward yang didedahkan oleh Sweeping Lens, Control Ward dan Scryer's Bloom.

TAILSMAN OF ASCENSION

Soulcast

  • [New] Mengenakan 2 damage tambahan pada Sight Ward yang didedahkan oleh Sweeping Lens, Control Ward dan Scryer's Bloom.

RUNE BAHARU

INSPIRATION: IXTALI SEEDJAR

  • [Removed] Item sedia ada: Ixtali Seedjar

  • [New] Tumbuhan yang terkena serangan anda atau sekutu anda akan menjatuhkan benih. Apabila diambil, benih tersebut akan menggantikan trinket anda selama 60 saat dan memberi anda Movement Speed. Benih mengambil masa 1 saat untuk matang selepas ditanam di lokasi sasaran. Benih boleh diambil 2 minit selepas permainan bermula

    • Movement Speed bonus: 40% (merosot dalam masa 2.5 saat)

    • Cooldown: Setiap tumbuhan mempunyai cooldown 45 saat unik

PERUBAHAN RUNE

KEYSTONE: FLEET FOOTWORK

  • [New] Pada 100 stack Energy, attack anda yang seterusnya mendapat 100% Attack Speed.

INSPIRATION: SWEET TOOTH

  • Setiap kali anda atau sekutu berdekatan memakan Honeyfruit, mendapat 15 gold → Setiap kali anda memakan Honeyfruit, mendapat 15 gold


PERUBAHAN SISTEM

PERMAINAN

HEX ELDER DRAGON

Mekanik

  • Elder Dragon telah menerima naik taraf Hextech dan ability baharu! Membunuhnya juga akan memberikan ganjaran baharu.

  • Seperti dragon yang lain, ia akan mula terbang apabila memasuki pertempuran, menghentam musuh berdekatan ke belakang.

  • Attack Elder Dragon menyeru petir berantai yang memanah sehingga 3 musuh dalam jarak. Semakin kurang musuh yang terkena petir berantai yang melantun itu, semakin tinggi damage yang dikenakan.

Perubahan ganjaran takedown

  • Pemain yang membunuh Elder Dragon akan mendapat buff Aspect of the Dragon.

    • Aspect of the Dragon: Semasa mengenakan damage, seru petir berantai pada sasaran. Petir berantai memantul kepada musuh berdekatan, memanah sehingga tiga sasaran dan mengenakan 100 true damage setiap kenaan. Jika petir berantai ini hanya memanah satu sasaran, panahan itu akan mengenakan 100% true damage tambahan. (Cooldown 1s). Membunuh champion musuh dengan Nyawa lebih rendah daripada 15%.

T-HEX MECHA

Ability 1 baharu untuk T-hex Mecha! T-Hex Rampage akan memberikan mobiliti yang lebih kuat, sesuatu yang penting apabila anda sedang merempuh ke arah pasukan musuh. Kami juga menjadikan buff minionnya berkesan merentas seluruh peta demi memastikan fleksibiliti apabila memilih tempat untuk membahagikan sumber anda apabila anda sedang push ke arah kemenangan.

Statistik Asas

  • Attack Damage: 380 – 952 → 265 – 665

  • Nyawa: 4,000 – 11,800 → 5,000 – 11,800

  • Armor: 80 – 158 → 80 – 230

  • Magic Resist: 50 – 102 → 50 – 150

(1) T-Hex Rampage

  • [Removed] Ability sedia ada: Missile Blitz

  • [New] T-Hex Rampage: Selepas satu delay singkat, charge ke arah sasaran, mengenakan physical damage pada musuh sepanjang laluan. Berhenti apabila menghentam champion musuh ke belakang atau bertembung dengan terrain.

  • Physical damage: 115% Attack Damage

  • Jarak: 700

  • [New] Mengenakan 1,200 physical damage bonus pada minion.

[New]Cooldown: 10s

(2) Amplifying Field

  • Cooldown: 15s → 8s

  • Shield: 80% daripada Attack Damage → 70% daripada Attack Damage

  • Movement Speed: 15% → 20

(3) Irontail Sweep

  • Cooldown: 8s → 6s

  • Damage: 50% daripada Attack Damage → 90% daripada Attack Damage

  • [New] Mengenakan 1,200 physical damage tambahan pada minion.

  • Memperbaik paparan penunjuk.

(4) Laser Ray

  • Damage pada Champion dan minion setiap saat: 80% daripada Attack Damage → 100% daripada Attack Damage

  • Cooldown: 40s → 20s

  • Pengurangan Movement Speed anda semasa Laser Ray: 150 → 80

Mekanik

  • Selepas anda menaiki T-Hex Mecha, semua minion yang baru spawn dalam pasukan anda akan mendapat buff Hand of Baron selama tempoh yang tetap. Kesan buff ini akan menskala dengan masa permainan.

  • T-Hex Mecha juga akan memberikan buff Hand of Baron kepada minion berdekatan, yang mempunyai kesan yang sama dengan buff yang diberikan kepada minion yang baru spawn. Buff ini tidak boleh stack.

  • Buff Hand of Baron mengurangkan damage daripada champion yang diterima oleh minion: 60–70% → 45–60%

  • Buff baron mengurangkan 20% daripada damage yang diterima oleh minion sekutu daripada minion musuh

HEX RIFT SCUTTLER

[New] Mekanik

  • Selepas Rift Scuttler dibunuh, semua champion sekutu yang mengambil bahagian dalam takedown itu dalam masa 8 saat terakhir sebelum kill berlaku akan menerima 25% bonus gold berkongsi pada ganjaran tersebut.

[Adjusted] Mekanik (Mod Normal sahaja)

  • Sepanjang 7 minit 30 saat pertama permainan, mekanik Rift Scuttler akan kekal tidak berubah.

  • Rift Scuttler yang spawn 7 minit 30 saat selepas permainan bermula akan berubah menjadi versi lebih kuat yang memberikan kesan baharu apabila takedown:

    • Rift Scuttler di Baron lane: Spawn Speed Shrine yang memberikan penglihatan dan Movement Speed bonus. Ia juga akan membuka pintu di belakang lubuk Baron, yang hanya boleh diakses oleh pasukan yang membunuhnya.

    • Rift Scuttler di Dragon lane: Spawn Speed Shrine yang memberikan penglihatan dan Movement Speed bonus. Speed Shrine ini akan bergerak ke hulu dan ke hilir river secara berkala.

HEXTECH TOOL KIT 

[New]Mekanik

  • Mekanik refresh Hextech Tool Kit di jungle:

  • Setiap 100 saat pada awal permainan (dari 1 minit 10 saat hingga 8 minit 30 saat selepas permainan bermula dan sementara kedua-dua pasukan belum mempunyai turret luaran yang musnah), tanda Hextech Tool Kit akan ditambahkan pada satu monster dalam jungle setiap pasukan. Monster yang boleh ditanda termasuk: Red Brambleback, Blue Sentinel, Greater Murk Wolf, Crimson Raptor, Ancient Krug dan Gromp. Monster epik dan Rift Scuttler tidak akan ditanda.

  • Apabila monster ditanda daripada jungle anda dibunuh oleh champion sekutu, monster itu akan menjatuhkan Hextech Tool Kit yang akan despawn selepas 20 saat. Mengambil item ini akan memberikan satu Hextech Tool yang rawak.

  • Penanda untuk monster di dalam jungle anda (dipaparkan pada peta mini dan sebagai penunjuk pada monster itu sendiri) hanya dapat dilihat oleh pasukan anda. Monster yang ditanda itu hanya menjatuhkan satu Hextech Tool Kit apabila dibunuh oleh champion sekutu.

  • Tanda kekal selama 50 saat. Jika monster yang ditanda tidak dibunuh dalam had masa tersebut, tanda itu akan hilang. Jika monster itu sedang dalam pertempuran apabila tanda tamat tempoh, tanda tersebut akan kekal sehingga monster itu keluar daripada pertempuran.

  • Mengambil Hextech Tool Kit baharu akan menggantikan item yang lama jika sudah dimiliki.

  • Hextech Tool Kit tidak dapat memberikan item yang sama berturut-turut 

  • Pemain yang sama dalam suatu permainan akan menerima Siege Cannon sekali sahaja

  • [New] Item

    • Jungle Rover

      • Spawn ward yang menjaga bahagian terdekat jungle pasukan anda.

      • Apabila champion musuh memasuki bahagian tersebut, ward ini akan mengejar mereka dan mendedahkan mereka selama tiga saat sebelum hilang.

      • Jika ward ini kehilangan sasaran atau jika sasaran meninggalkan jungle, ward akan meletus dan memberikan penglihatan musuh berdekatan selama tiga saat.

    • Hextech Lens

      • Mengimbas kawasan yang luas selama 10s, memberi amaran terhadap musuh tersorok, mendedahkan perangkap invisible dan mendedahkan serta disable ward musuh berdekatan. Semasa Hextech Lens aktif, attack akan memusnahkan perangkap dan ward secara serta-merta.

      • Sweeping Lens dan Hextech Lens tidak boleh diaktifkan secara serentak.

    • Hextech Mood Module 

      • Sasaran: semua champion sekutu → hanya diri sendiri

      • Pemulihan Nyawa: 15% nyawa yang hilang → 15% nyawa maksimum

IXTALI SCORPION 

[Adjusted] Mekanik

  • Selepas summon Ixtali Scorpion, anda akan mendapat gold yang ia peroleh serta gold dan XP daripada minion yang dibunuh berdekatan dengannya, walaupun jika anda berjauhan daripada Ixtali Scorpion.

NAIK TARAF SISTEM PING

Butang ping pintar baharu

  • Butang ping pintar boleh diseret ke unsur antara muka untuk menghantar ping yang berkaitan (termasuk ability, gold difarm, detik mati, buff Baron/Dragon, ward dan banyak lagi).

  • Butang ping pintar juga boleh diseret ke sasaran pada persekitaraan untuk menghantar ping yang berkaitan (termasuk turret, semak, champion, ward, Red Brambleback, Blue Sentinel, monster epik, Hexgate, Hextech Tool Kit dan banyak lagi).

  • Naik taraf untuk ping kerap digunakan:

    • Menambah ciri yang butang ping kerap digunakan boleh diseret ke unsur pada persekitaraan untuk menghantar ping yang berkaitan (termasuk turret, semak, champion, ward, Red Brambleback, Blue Sentinel, monster epik, Hexgate, Hextech Tool Kit dan banyak lagi).

  • Notifikasi ping baharu:

    • Semasa menyeret butang ping kerap digunakan dan butang ping pintar ke suatu unsur (termasuk peta mini, unsur antara muka dan sasaran pada persekitaran), pratonton ping itu akan dipaparkan, membolehkan anda menyemak sasaran dan maklumat ping itu sebelum dihantar.

  • Paparan 4 butang yang lama telah dibuang.

AMARAN WARD & PENGOPTIMUMAN SWEEPING LENS

[New] Amaran ward

  • Apabila musuh memasuki medan penglihatan ward yang dimiliki oleh pasukan anda, satu amaran segara akan dihantar kepada champion sekutu berdekatan.

[Optimized] Sweeping Lens

  • Apabila champion menggunakan Sweeping Lens, pemasa cooldown berbentuk bulat baharu akan dipaparkan

SHOWDOWN 

Di Summoner's Rift, anda boleh memilih Item Ultimate pada permulaan permainan, kemudian membina dan menaik taraf item itu dengan ganjaran misi yang diperoleh melalui pertempuran. Anda boleh memanfaatkan kuasa regeneration Chemtech Exoskeleton untuk mendapatkan imuniti terhadap damage maut atau mengaktifkan Pow-Pow & Fishbones untuk melampaui had Attack Speed anda dan mendapatkan serangan tambahan. Anda boleh menggunakan kesan perkongsian buff daripada Echoes of the Heart untuk memberi mereka faedah ability buff yang anda gunakan. Sebagai alternatif, jika anda berasa bertuah, anda juga boleh mencuba Hextech Arm Cannon atau Warden's Power Shield—kejutan rawak yang item ini berikan boleh menjadi sangat menarik! Namun berhati-hati dengan serangan mengejut daripada musuh yang membawa Shimmer kerana mereka boleh mengabaikan terrain yang menghalang dan bergerak secara bebas di sekitar Rift dengan Phantom Stride, jadi jangan alihkan pandangan anda daripada musuh! Langkaui gameplay standard untuk mengaktifkan evolusi muktamad, champion sekalian!

RANKED

PENGOPTIMUMAN PERINGKAT MASTER

Bermula dengan Musim 15, peringkat Master akan dibahagikan kepada tiga divisyen.

Ganjaran baharu untuk dua divisyen baharu ini akan ditambahkan pada ganjaran bermusim sedia ada kerana mencapai peringkat Master, serta ganjaran peringkat Master di Sejarah Kenaikan.

PENGOPTIMUMAN DAN PELARASAN FASA BAN RANKED

Fasa ban tidak lagi akan tersedia bagi pemain dengan rank Gold dan lebih rendah. Mereka akan dialihkan terus ke pemilihan champion selepas matchmaking berjaya.

PEMERIBADIAN

TAG CHAMPION DALAM PERMAINAN DAN PENGESYORAN CHAMPION

Menambah ciri pengesyoran champion kepada mod Normal dan Ranked. Ciri ini akan mengesyorkan champion dengan gaya permainan yang serupa berdasarkan level Champion Mastery anda serta champion yang telah anda pilih, membantu pemain baharu dan mereka yang ingin mencuba champion berbeza untuk meneroka pilihan lain.

PENGOPTIMUMAN GELARAN

[New] Ciri

  • Butang hantar pantas untuk gelaran telah ditambah dalam permainan. Apabila syarat untuk memaparkan gelaran anda dalam permainan dipenuhi, anda boleh menghantar gelaran itu dengan cepat dari panel mesej Bual Pantas.

[Optimized] Ciri

  • Menyatukan berbilang titik masukan yang anda boleh mengakses skrin untuk melaraskan tetapan gelaran. Titik masukan untuk tetapan gelaran dan latar belakang gelaran telah disatukan ke dalam tab "Pilih gelaran" pada senarai ciri di Profil.

  • Mengoptimumkan skrin gelaran untuk membezakan antara Gelaran Rift dengan Gelaran ARAM.

  • Menambah butang yang menghantar anda ke skrin yang membolehkan anda pratonton latar belakang gelaran pada skrin Ganjaran Musim.

  • Mengoptimumkan pengesanan gelaran: Apabila gelaran yang telah anda pilih sebagai pilihan pertama untuk dipaparkan telah tamat tempoh dan tidak boleh digunakan lagi, sistem akan menyemak sama ada gelaran pilihan kedua anda boleh digunakan.

BATTLE ACADEMIA: PENGOPTIMUMAN PATCH BERTEMA

  • Setiap kali suatu patch bertema dikeluarkan, kami akan memperkenalkan unsur gameplay baharu atau diubah melalui tutorial dan misi untuk melancarkan penerimaan pemain terhadap perubahan ini. 

  • Anda juga boleh mengetahui tentang perubahan gameplay umum dan peta untuk setiap tema di Log Rift Adventure.

  • Anda boleh mengumpul kemajuan dengan menyelesaikan misi. Mencapai milestone tertentu akan mengaktifkan ganjaran.

PENGOPTIMUMAN “CARI PARTY”

  • Menambah ciri Berpasukan Prapermainan. Jika anda ingin menyertai party rakan tetapi mereka masih dalam permainan, anda boleh menghantar permintaan awal untuk menyertai party mereka bagi perlawanan seterusnya sementara menunggu mereka menamatkan permainan semasa mereka.

  • Ciri jemputan party telah ditambahkan pada senarai rakan di lobi, membolehkan anda untuk menjemput rakan untuk berpasukan tanpa perlu mencipta party terlebih dahulu.

GALERI TERSUAI

  • Galeri Tersuai telah dinaik taraf dengan kawalan yang lebih jelas dan lebih mudah digunakan.

  • Menambah beberapa latar belakang baharu untuk mencetuskan kreativiti anda, termasuk Crystal Rose, Garden Party dan banyak lagi. Lebih banyak latar belakang akan ditambah pada patch akan datang, jadi sila nantikan tambahan itu!

  • Proses untuk mengaktifkan latar belakang di Galeri Tersuai kini lebih mesra pemain. Anda boleh mengaktifkan suatu latar belakang untuk digunakan jika anda memiliki separuh atau lebih daripada skin bagi mana-mana koleksi skin galeri itu. Menekan butang pada bahagian bawah sebelah kanan mana-mana latar belakang yang dikunci membolehkan anda untuk melihat syarat mengaktifkan latar belakang itu.

  • Penapis bagi skin telah ditambah untuk membantu anda menemukan skin yang anda cari dengan cepat. Tanda istimewa juga telah ditambah pada bahagian bawah sebelah kiri ikon skin dengan berbilang gaya. Pastikan anda melihat semuanya!

  • Anda kini boleh menyesuaikan nama galeri anda, yang juga boleh dipaparkan pada imej perkongsian galeri tersebut. Tiba masa untuk menunjukkan karya ulung anda kepada rakan!


SKIN

Dragon Trainer Heimerdinger

Akan dikeluarkan pada 17 Oktober @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Stargazer Talon

Akan dikeluarkan pada 17 Oktober @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Stargazer Gwen

Akan dikeluarkan pada 17 Oktober @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Stargazer Sona

Akan dikeluarkan pada 17 Oktober @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Prestige Stargazer Talon

Akan dikeluarkan pada 17 Oktober @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Dream Raider Kha’Zix

Akan dikeluarkan pada 17 Oktober @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Nunu & Beelump

Akan dikeluarkan pada 17 Oktober @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Glorious Crown Jhin

Akan dikeluarkan pada 18 Oktober @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Shan Hai Scrolls Jax

Akan dikeluarkan pada 1 November @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Shan Hai Scrolls Ahri

Akan dikeluarkan pada 1 November @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Shan Hai Scrolls Ornn

Akan dikeluarkan pada 1 November @ pukul 08:01 pagi GMT+8


TAMBAHAN

  • Membaiki isu yang champion musuh yang dibunuh oleh Lissandra mungkin tidak menjadi Frozen Thrall.

  • Membaiki isu UX yang berlaku semasa Realm of Death Mordekaiser sedang aktif.

  • Membaiki isu yang tanda Kindred tidak muncul pada peta mini selepas monster ditanda dengan Mark of the Kindred.

  • Membaiki isu yang menggunakan The Show Stopper Sett pada sasaran yang unstoppable, kemudian tersasar daripada mereka menyebabkan Sett menghentam tanah tanpa mengenakan apa-apa damage pada musuh berdekatan.