Wild Rift Patch Note 4.0a
Kami melancarkan dua mekanik baharu, pembakaran base dan respawn inhibitor serta kemas kini balance merentas seluruh Rift! Selamat datang ke Patch 4.0a!
PERUBAHAN CHAMPION

AATROX
Aatrox terus menyaksikan win rate yang kukuh dan ban rate yang tinggi. Untuk memerangi ini, kami mengurangkan pemulihan yang diperolehnya daripada World Endernya, yang merupakan salah satu kekuatannya yang lebih menjengkelkan.
WORLD ENDER
- Pemulihan Ditingkatkan: 30/45/60% → 25/35/45%

Akshan
Si jembel, jalanan dan bajingan semua, terimalah! Kami tahu bahawa mengejar Scoundrel tanpa mana bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, jadi kami menghulurkan bantuan kepada anda dan memberi anda sedikit lagi untuk digunakan.
GOING ROGUE
- Cooldown: 18/14/10/6s → 14/10/6/2s
- [BAHARU]: Mendapat 2% mana yang hilang setiap saat apabila mengejar Scoundrel

ASHE
Prestasi Ashe Support sedikit tinggi, jadi kami mengalihkan sebahagian daripada kuasa Volleynya kepada Ranger's Focus. Dengan cara itu kami boleh mengekalkan peranannya sebagai seorang marksman.
Ranger's Focus
- Attack speed asas: 25/30/35/40% → 25/35/45/55%
Volley
- Cooldown: 13/10/7/4s → 15/12/9/6s

BLITZCRANK
Mengenakan Rocket Grab dengan tepat lebih sukar pada tahap permainan yang lebih tinggi, jadi kami meningkatkan movespeed selepas kemerosotan pecutan Overdrive.
Overdrive
- Movement speed selepas kemerosotan pecutan pertama: 10% → 25%
- Movement speed selepas kemerosotan pecutan kedua: 25% → 50%

EKKO
Inilah waktu Jungle! Kami mendapati bahawa kelajuan clear jungle Ekko kurang memberangsangkan, jadi sudah tiba masanya untuk satu buff.
Z-DRIVE RESONANCE
- Pengubah monster: 110% → 140%

KAYN
Walaupun kami gembira dengan prestasi Kayn Darkin Slayer, Kayn Shadow Assassin sedang bergelut untuk bertahan melawan alter egonya. Kami memberi Shadow Assassin sedikit buff untuk menjadikan pilihan antara bentuk ini dan bentuk Darkin Slayer lebih bermakna.
THE DARKIN SCYTHE
- Masa reset pasif Shadow Assassin: 6s → 5s
- Damage bonus pasif Shadow Assassin: 14%~42% → 32%~46%
- Meningkatkan kuantiti cas yang diterima oleh Shadow Assassin apabila mengenakan damage pada champion ranged.
SHADOW STEP
- Cooldown Shadow Assassin: 8s → 7s
UMBRAL TRESPASS
- Jarak Shadow Assassin ditingkatkan sedikit

Lucian
Prestasi Lucian tidak mencapai sasaran akhir-akhir ini, jadi kami menguatkan tembakan marksman ini.
PIERCING LIGHT
- Damage asas: 95/140/185/230 → 110/150/190/230

LUX
Lux Mid berada di tempat yang baik, tetapi Lux support sedang menghadapi kesusahan. Kami mengalihkan sebahagian kuasa daripada kadar Ability Power kepada kerosakan damage asasnya untuk membantu, kerana peranan support tidak akan mempunyai Ability Power yang sama banyak.
Prismatic Barrier
- Shield: 40/70/100/130 + 15% Ability Power → 40/75/110/145 + 10% Ability Power
- Shield kembali: 80/140/200/260 + 30% Ability Power → 80/150/220/290 + 20% Ability Power
Lucent Singularity
- Damage: 60/120/180/240 + 60% Ability Power → 65/130/195/260 + 55% Ability Power

NAUTILUS
Win rate Nautilus telah meningkat tanpa disedari ramai, jadi kami menambatnya kembali dengan beberapa nerf Dredge Line.
DREDGE LINE
- Cooldown: 11/10/9/8s → 12/11/10/9s
- Damage asas: 70/130/190/250 → 60/120/180/240

RAKAN
Rakan masih menjulang tinggi walaupun dengan nerf baru-baru ini, jadi kami mengurangkan damage pada Grand Entrance dan meningkatkan cooldown untuk Battle Dance. Ini sepatutnya akan meriakkan beberapa bulu pelepah.
GRAND ENTRANCE
- Damage asas: 80/150/220/290 → 70/140/210/280
BATTLE DANCE
- Cooldown: 18/16/14/12s → 20/18/16/14s

SETT
Attack Damage asas Sett adalah rendah terutamanya jika dibandingkan dengan fighter lain, jadi kami menjadikan serangannya lebih kuat tetapi lebih perlahan. Kami mahu bos ini melemparkan Haymaker yang berat, bukan sekadar tumbukan yang pantas.
Statistik Asas
- Attack Damage asas: 52 → 58
- Attack speed setiap level: 1.7% → 1.2%

YONE
Yone kini sudah semakin kuat, dan maklum balas daripada anda semua sangat jelas bahawa dia sangat menjengkelkan untuk ditentang dalam bentuk semasanya. Oleh itu, kami mengurangkan sedikit keupayaan clear wave dan pertahanannya untuk memastikan dia mendedahkan dirinya kepada risiko yang sepadan.
SPIRIT CLEAVE
- Damage minimum pada minion: 50~400 → 60~200
- Had damage pada monster: 100~380 → 80~290
- Shield asas: 40 + 70% Attack Damage bonus → 30 + 70 % Attack Damage bonus

ZOE
Kami peminat besar Zoe di sini, dan berharap sungguh dia menang xd. Tetapi buat masa ini, dia mempunyai bug yang tidak menyeronokkan, jadi kami akan membetulkan bug itu dalam patch ini!
SPELL THIEF
- [BUG FIX]: Memperbaik isu yang menghalang ability ini daripada memberikan kesan on-hit.