14-10-2021Kemas kini permainan

Patch Note 2.5 Wild Rift

NYEHEHEHE! Satu sarang penuh dengan kemas kini dengan Veigar, yordle paling kecil dan paling jahat sebagai tajuk utama. Juga dalam 2.5: Guild, peningkatan matchmaking, rework untuk jungle dan banyak lagi perubahan balance dalam persiapan untuk Horizon Cup bulan depan.

AUTHOR
  • Ben Forbes
  • Alex Huang

PERUBAHAN CHAMPION

AHRI Image

AHRI

Prestasi Ahri terlalu tinggi di semua tahap kemahiran, jadi kami menurunkan kuasanya secara menyeluruh.


  • Statistik Asas

    • Nyawa Asas: 570 HP → 530 HP
    • Mana setiap Level: 57 → 49

  • Ability Icon

    Orb of Deception

    • Damage Asas (Kedua-dua Magic dan True) 40/75/110/145 → 35/70/105/140
Akshan Image

Akshan

Kami kini mempunyai teknologi untuk menjadikan Heroic Swing Akshan terasa lebih baik apabila digunakan pada sudut mencakah (lebih dari 90°). Tambahan pula, ini perubahan kualiti hidup untuk membantu pemain Akshan membuat keputusan yang lebih baik berhubung ultimatenya.


  • Ability Icon

    HEROIC SWING

    • Akshan kini akan meluncur sepanjang dinding jika dia melanggarnya pada sudut mencakah (<90°) di tengah ayunan


  • Ability Icon

    COMEUPPANCE

    • Kini ada penunjuk yang menunjukkan musuh dalam threshold kill
    • [BUGFIX] Tooltip kini menyatakan dengan tepat bahawa tembakan akan execute minion
ANNIE Image

ANNIE

Ultimate Annie terlalu senang membenarkannya stun sasaran dari jarak jauh, dan ia terlalu mudah baginya mengenakan beberapa musuh serentak dengan satu cast. Kami mengurangkan radius dan damage cast awal Tibbers, tetapi untuk mengimbanginya, kami menarik kuasa dari (3) Molten Shield untuk buff beruang itu sendiri, dan membuatnya menjadi ancaman yang lebih besar.


  • Ability Icon

    Molten Shield

    • Cooldown: 12/12/12/12s → 14/13/12/11s
    • Jumlah Shield: 60/110/160/210 + 60% AP → 50/110/170/230 + 40% AP

  • Ability Icon

    Summon: Tibbers

    • Radius kesan: 275 → 225
    • Damage asas: Dikurangkan daripada 150/275/400 → 140/250/360
    • Radius kesan aura api Tibbers: 200 → 300
    • Damage aura api Tibbers: 20/30/40 + 10% AP setiap 1 saat → 24/40/56 + 12% AP setiap 1 saat
      • Kekerapan: Dinaikkan daripada 1 tick setiap saat → 4 tick setiap saat
    • Attack Speed Enrage Tibbers: Merosot selama 3 saat → Tidak lagi merosot
ASHE Image

ASHE

Utiliti Ashe tidak mengenai sasaran secara umumnya, jadi kami menguatkan slow pasif Frost Archer ini untuk memberinya lebih ruang untuk kite lawannya dan menyediakan sekutunya.


  • Ability Icon

    Frost Shot

    • Jumlah Slow: 15 ke 25% mengikut level → 20 ke 30% mengikut level
    • Jumlah Slow Kritikal: 30 ke 50% mengikut level → 40 ke 60% mengikut level
AURELION SOL Image

AURELION SOL

Aurelion Sol sudah cukup lama menjadi pilihan mid lane yang selamat dan berkuasa. Kami mengurangkan Armor asasnya serta mobiliti yang dia dapat dari Celestial Expansion untuk memberi ruang kepada permainan balas yang sihat.


  • Statistik Asas

    • Armor asas: 35 → 30

  • Ability Icon

    ASTRAL FLIGHT

    • Movement speed bonus: 40% → 30%
CAMILLE Image

CAMILLE

Camille dominan di beberapa posisi untuk pemain yang berkemahiran tinggi, dan kami percaya bahawa dia mempunyai terlalu banyak fleksibiliti dalam pemilihan posisinya. Kami membuang ability untuk clear jungle dengan pantas kerana kini cast kedua Hookshot tidak lagi mengenai monster jungle. Ini juga akan melumpuhkan ability Camille mencetuskan buff attack speed Hookshot untuk membuatkan permainan junglenya lebih berisiko yang lebih mengharapkan gank untuk berjaya.


  • Ability Icon

    Hookshot

    • Memberikan Attack Speed dan berhenti apabila terkena champion musuh atau monster besar → Memberikan Attack Speed dan berhenti apabila terkena champion musuh
DIANA Image

DIANA

Diana sangat hampir untuk menjadi jungler yang layak digunakan jadi kami memberinya sedikit pertolongan agar dia lebih senang berjaya.


  • Ability Icon

    MOONSILVER BLADE

    • [BAHARU] Kini mengenakan 110% damage pada monster
FIZZ Image

FIZZ

Pemain telah memberikan maklum balas mengenai ikan ultimate Fizz yang tidak sepadan dengan hitboxnya—kami setuju! Kami membaikinya agar ia lebih sepadan dengan visual supaya kedudukannya lebih senang dilakukan.


  • Ability Icon

    Chum the Waters

    • Hitbox diubah agar lebih sepadan dengan visual
GALIO Image

GALIO

Prestasi build support tank Galio sedikit tinggi di semua tahap kemahiran yang membuatkannya pilihan yang terlalu fleksibel. Kami mengurangkan sedikit kuasa (2) Shield of Durand untuk mengurangkan keberkesanan gaya permainan yang awal melabur mata ke dalamnya.


  • Ability Icon

    SHIELD OF DURAND

    • Damage Asas: 40/80/120/160 → 40/70/100/130
GRAGAS Image

GRAGAS

Gragas ialah pilihan dominan dalam permainan profesional dan juga flex pelbagai posisi. Walaupun ia bagus apabila pemain Gragas berkemahiran menyediakan pasukan mereka dengan hentaman ke belakang yang kuat, damage (Ult) Explosive Cask terlalu tinggi dan tersedia terlalu kerap dalam permainan awal.


  • Ability Icon

    Explosive Cask

    • Cooldown: 80/70/60s → 90/75/60s
    • Damage asas: 200/300/400 → 150/275/400
JARVAN IV Image

JARVAN IV

Kombo bendera dan seret Jarvan terasa sedikit kekok jadi ia dilicinkan sedikit.


  • Ability Icon

    Demacian Standard

    • [BAHARU] Masa mula dash apabila menggunakan (1) Dragon Strike untuk dash ke (3) Demacian Standard dilajukan
JHIN Image

JHIN

Jhin kini berada di tahap kuasa yang boleh diterima secara umumnya, tetapi kekuatan utilitinya sedikir kurang dari tempat kami berharap ia berada.


  • Ability Icon

    Deadly Flourish

    • Tempoh root: 1/1.25/1.5/1.75s → 1.25/1.5/1.75/2s
KENNEN Image

KENNEN

Kami percaya Kennen sangat hampir mempunyai kehadiran yang sihat dalam meta, tetapi dia masih belum memberikan kesan dalam permainan peringkat tinggi. Kami menguatkan fasa laning Kennen dengan meningkatkan AD asasnya serta movement speed bonus yang diperoleh dari Lightning Rush.


  • Statistik Asas

    • Attack Damage asas: 52 → 58

  • Ability Icon

    LIGHTNING RUSH

    • Movement speed bonus: 100% → 110%
LEE SIN Image

LEE SIN

Lee Sin adalah seorang jungler yang popular dan berkuasa yang agak dominan dalam permainan peringkat tinggi. Untuk mengurangkan kelajuannya menerpa sasaran, kami rework Iron Will dengan lembut agar ia bertahan untuk dua attack tetapi damage yang dikenakan setiap attack dikurangkan.


  • Ability Icon

    Safeguard

    • Iron Will: Empower attack seterusnya untuk mengenakan 50/75/100/125 + 80% AP magic damage dan mendapat 35/50/65/80% physical dan magic vamp → Memperkuatkan dua attack seterusnya untuk mengenakan 26/39/52/65 + 40% AP magic damage dan mendapat 16/24/32/40% physical dan magic vamp
LUX Image

LUX

Lux sangat hampir mencapai kedudukan yang sihat di mid. Kami menguatkan penskalaan ultimatenya untuk memberikan ganjaran kepada build AP tinggi.


  • Ability Icon

    Final Spark

    • Ratio AP: 0.75 → 0.85
Nunu & Willump Image

Nunu & Willump

Tahap kuasa Nunu & Willump telah menjadi di luar kawalan selepas mereka dikeluarkan. Semakin pemain memahami the Boy and His Yeti, mereka telah menjadi ancaman bagi pemain dari semua peringkat kemahiran, jadi kami menurunkan kemandirian dan clear speednya.


  • Statistik Asas

    • Armor setiap level: 3.9 → 3.5

  • Ability Icon

    CONSUME

    • True damage pada monster dan minion: 350/560/770/980 → 350/500/650/800
    • Pemulihan asas: 60/100/140/180 → 60/95/130/165
    • Ratio Heal HP Bonus: 9% → 8%
PANTHEON Image

PANTHEON

Pantheon bergelut mencari tempat antara Baron laner yang lain dalam permainan peringkat tinggi, jadi kami mengurangkan cooldown (Ult) Grand Starfall untuk memberi pemain berkemahiran tinggi lebih banyak peluang untuk membuat permainan yang memberi kesan.


  • Ability Icon

    GRAND STARFALL

    • Cooldown: 120/105/90s → 110/95/80s
RIVEN Image

RIVEN

Prestasi Riven terlalu tinggi untuk beberapa peranan, jadi kami mengambil peluang ini untuk mengurangkan dua kekecewaan besar apabila bermain menentang Riven: output damage permainan awalnya dan tempoh ability defensifnya bertahan.


  • Ability Icon

    BROKEN WINGS

    • Damage asas: 20/45/70/95 → 15/40/65/90

  • Ability Icon

    VALOR

    • Cooldown: 9/8/7/6s → 10/9/8/7s
SERAPHINE Image

SERAPHINE

Seraphine menerima ciri kualiti hidup yang sama dengan versi PC-nya. Bermula dengan stack maksimum Echo, bermakna dia mempunyai beberapa pilihan tambahan pada level 1.


  • Ability Icon

    STAGE PRESENCE

    • [BAHARU] Seraphine memulakan permainan dengan stack maksimum Echo
SHYVANA Image

SHYVANA

Shyvana sedikit bergelut dalam pertandingan dan ranked berkemahiran tinggi, jadi kami meningkatkan kuasa strategiknya sebagai seorang farmer kuat dan pembunuh dragon.


  • Ability Icon

    Fury of the Dragonborn

    • Damage bonus terhadap Elemental Drake dan Elder Dragon: 20% → 25%

  • Ability Icon

    Burnout

    • Magic Damage asas: 25/40/55/70 setiap saat → 30/45/60/75 setiap saat
SORAKA Image

SORAKA

Soraka semakin ketinggalan di permainan perigkat tinggi selepas pusingan terakhir perubahan kami. Kami mahu dia mendapat ganjaran yang besar apabila berjaya mengenakan crowd control kerasnya.


  • Ability Icon

    Equinox

    • Tempoh root: 1/1.25/1.5/1.75s → 1.25/1.5/1.75/2s
TRISTANA Image

TRISTANA

Prestasi Tristana terlalu rendah di semua rank menentang komposisi yang sepatutnya dia kuat terhadapnya, jadi kami mengurangkan waktu rehat serangannya agar dia kurang dihukum sepanjang permainan.


  • Ability Icon

    RAPID FIRE

    • Cooldown: 19/18/17/16s → 18/17/16/15s

  • Ability Icon

    EXPLOSIVE CHARGE

    • Cooldown: 16/15/14/13s → 15/14/13/12s
TRYNDAMERE Image

TRYNDAMERE

Konsisten merentas semua tahap kemahiran, tetapi terutamanya dalam permainan peringkat tinggi, Tryndamere bergelut sebagai laner tetapi berprestasi tinggi sebagai jungler. Patch ini, kami membuat perubahan besar dalam menyeimbangi posisinya dengan memberi Tryndamere mekanik baharu yang lebih menguntungkannya di lane berbanding dengan di dalam jungle. Akibatnya, kami juga menyeimbangi beberapa statistik dan ability untuk memastikan Trynd tidak terlalu mendapat buff di jungle. Ini perubahan besar, jadi kami akan memantau prestasinya. RAAAARGH!


  • Statistik Asas

    • Attack Damage asas: 64 → 52
    • AD setiap level: 4.55 → 5.5
    • Attack speed bonus permulaan: 20% → 10%

  • Ability Icon

    Battle Fury

    • Crit Rate diperoleh daripada Fury: 1.6% ke 3% (berdasarkan level) dan berganda pada 100 Fury → 3.2% ke 5% untuk setiap mata Fury (berdasarkan level—dihadkan kepada Level 10)
    • Fury diperoleh daripada kill unit dengan attack: 10 → 15
    • [BAHARU] Menyerang champion memberikan 50/55/65/75% (berskala dengan rank ultimate) attack speed selama 5 saat (cooldown 6 saat selepas attack speed hilang)

  • Ability Icon

    Bloodlust

    • Jumlah heal setiap mata Fury: Ditingkatkan daripada 0.5/1.1/1.7/2.3 HP → 0.7/1.3/1.9/2.5 HP

  • Ability Icon

    Mocking Shout

    • Jumlah Slow: 30/40/50/60% → 20/30/40/50%

  • Ability Icon

    Undying Rage

    • [BAHARU] Pasif: Meningkatkan Attack Speed bonus Battle Fury kepada 55/65/75% berdasarkan Rank Ability
Wukong Image

Wukong

Clear speed jungle Wukong terlalu laju, jadi kami membuang ability menggandakan damage terhadap monster besar untuk clearnya. Ambil perhatian: Tooltip telah menyatakan dengan salah bahawa pasif ini boleh stack pada apa-apa unit, sedangkan ia hanya stack pada champion dan monster besar.


  • Ability Icon

    CRUSHING BLOWS

    • Stack pada champion musuh atau monster besar → Stack pada champion musuh atau monster epik
ZIGGS Image

ZIGGS

Ziggs terlalu kuat pada pertengahan permainan apabila dia boleh mengacau lawan dan berpusing keliling peta untuk memusnahkan turret dengan bebas. Kami mengembalikan lengkung damage asas pasifnya agar ia lebih lemah di pertengahan permainan, tetapi bermula dengan nilai yang sama dan berskala ke nilai yang sama pada level 15.


  • Ability Icon

    Short Fuse

    • Damage asas: 20/30/40/50/60/70/80/90/100/110/120/130/140/150/160 → 20/25/30/35/43/51/59/67/79/91/103/115/130/145/160
  • BenForbes_Avatar.jpg

    Ben Forbes

    Ketua Komunikasi

    Ben “Draggles” Forbes ialah ketua komunikasi dalam Wild Rift. Peranan utamanya ialah sokongan, berasal dari UK dan… ada perkara yang kami belum terfikir lagi buat masa ini.

  • AlexHuang.jpg

    Alex Huang

    Pereka Balance Utama

    Alex “Wav3Break” Huang ialah Pereka Balance Utama untuk Wild Rift. Sebelumnya, beliau sudah bekerja untuk champion dan balance League PC selama lima musim. Alex merupakan ahli teras dalam pembangunan Wild Rift dari peringkat awal lagi dan juga merupakan pereka utama kawalan.