Wild Rift Patch Note 5.2d

Awas, Kayle sudah kembali dan lebih baik berbanding dengan sebelum ini!

Peringkat akhir 5.2 kini tiba! Apakah bahagian kegemaran anda sepanjang patch ini? Secara peribadi, saya peminat tegar Mordekaiser. Namun cukuplah setakat itu sahaja mengenang sesuatu yang masih belum berakhir. Kali ini kami membawakan anda rework Kayle, dan sudah tentu kemas kini balance yang dijadualkan secara berkala. Selamat datang ke patch 5.2d.

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


BAHARU

EVENT

MILIO’S ARRIVAL

Sudahkah anda berpeluang untuk mencuba Milio? Ada ganjaran untuk diperoleh!

WILD PASS SPRINT

Kami memberi anda rangsangan tambahan bagi Wild Pass anda. Selesaikan cabaran harian dan satu kali untuk mendapatkan hadiah!

AUTUMNAL ADVENTURES: MOD BERGILIR

Ajak rakan anda untuk menyertai satu mod permainan bergilir bersama! Yang manakah mod kegemaran anda? Secara peribadi, saya cenderung dengan Spellbook ARAM.


PERUBAHAN CHAMPION

KAYLE

Tiba masa untuk rework Kayle! Kami memendekkan masa saluran ultnya, serta melanjutkan tempoh hujan pedang. Perubahan ini patut membolehkan pemain untuk ult dan terus bertempur dengan lancar. Kayle juga akan dapat ascend dengan lebih awal, membolehkan anda mencapai bentuk terakhirnya dengan lebih cepat.  Cubalah dia dan beritahu kami pendapat anda!

Divine Ascent

  • Level champion untuk Ascension: 1/5/10/15 → 1/5/9/13

Radiant Blast

  • Pengurangan Armor dan Magic Resist: 15% → 20%

  • Damage: 60/110/160/210 + 60% Attack Damage bonus + 50% Ability Power → 70/120/170/220 + 60% Attack Damage bonus + 50% Ability Power

Celestial Blessing

  • Pemulihan: 70/110/150/190 + 30% Ability Power → 80/120/160/200 + 40% Ability Power

Starfire Spellblade

  • [New] Mengenakan 60% damage pada monster

Divine Judgment

  • [Adjustment] Masa saluran Divine Judgment dipendekkan daripada 1.5s kepada 0.5s 

  • [Adjustment] Tempoh hujan pedang dilanjutkan daripada 1.5s kepada 2.5s

LULU

Lulu ibarat mesin penjana shield yang menjadikannya lawan yang sukar untuk dihadapi di lane. Kami melaraskan nilainya untuk memastikan dia munasabah untuk dihadapi.

Pix, Faerie Companion

  • Damage: 7.5 + 7.5 setiap Level + 15% Ability Power → 6 + 6 setiap Level + 15% Ability Power

Wild Growth

  • Cooldown: 75/60/45s → 80/70/60s

YUUMI

Yuumi memang handal dalam menyokong pasangan Marksmannya. Kami akan mengurangkan sedikit buff yang diberikan kepada rakan baiknya demi memberikan ruang kepada musuhnya untuk melawan balas.

Statistik Asas

  • Attack Damage asas:58 → 50

Bop 'N' Block

  • Nilai shield: 50 + 10 setiap Level + 25% Ability Power → 35 + 10 setiap Level + 15% Ability Power

Zoomies

  • Movement speed diperoleh:15% + 0.05% Ability Power → 15% + 0.03% Ability Power

  • Attack speed diperoleh:30/35/40/45%→ 20/25/30/35%

SETT

Kami akan meningkatkan damage awal Sett, serta damage daripada Haymakernya agar dia dapat meninggalkan impak yang besar di Lane.

Statistik Asas

  • Attack Damage:58 → 62

Haymaker

  • Damage: 80/105/130/155 + (25% + 0.25% Attack Damage bonus) Grit yang digunakan → 80/105/130/155 + (25% + 0.275% Attack Damage bonus) Grit yang digunakan

  • Had atas stack Grit: 45% Nyawa maksimum → 50% Nyawa maksimum

SYNDRA

Kami akan meningkatkan bilangan splinter Syndra sambil buff damagenya agar dia tidak ditinggalkan oleh rentak semasa permainan.

Statistik Asas

  • Nyawa setiap Level: 96 → 104

Transcendent

  • Mendapat Splinter apabila menaik taraf ability: 2 → 4 (mendapat sejumlah 60 Splinter apabila mencapai level 15)

Unleashed Power

  • Damage setiap Dark Sphere: 60/105/150 + 15% Ability Power → 60/110/160 + 15% Ability Power

  • Jumlah Damage Maksimum: 420/735/1050 + 105% Ability Power → 420/770/1120 + 105% Ability Power

  • Damage letupan apabila takedown (selepas Transcendent): 60/105/150 + 15% Ability Power → 60/110/160 + 15% Ability Power

ORNN

Prestasi Ornn agak lemah akhir-akhir ini yang menyebabkan dia agak sukar untuk mengumpulkan gold yang cukup bagi mula menempa. Kami meningkatkan damage fasa laningnya.

Statistik Asas

  • Attack Damage:58 → 62

Volcanic Rupture

  • Damage: 15/50/85/120 + 110% Attack Damage → 25/60/95/130 + 110% Attack Damage

Bellows Breath

  • Damage ketika berada dalam status Fragile: 5%~20% Nyawa maksimum → 7%~22% Nyawa maksimum

  • Damage minimum pada minion: 80/130/180/230 → 90/140/190/240


PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

ENCHANTMENT: RAVENOUS HYDRA

Ravenous Hydra merupakan Enchantment yang popular tetapi kami mendapati statistiknya tidak meninggalkan kesan yang mencukupi. Kami akan meningkatkan damage dan pemulihan Nyawa Enchantment ini sambil melanjutkan sedikit cooldown sebagai balasan.

Ravenous Crescent (aktif)

  • Mengenakan adaptive damage (110% Attack Damage + 30% Ability Power) dan memulihkan Nyawa sebanyak 30% daripada damage yang dikenakan. (Cooldown 6 saat)

    → Mengenakan adaptive damage (140% Attack Damage + 30% Ability Power) dan memulihkan Nyawa sebanyak 60% daripada damage yang dikenakan. (Cooldown 10 saat))


PERUBAHAN ARAM


PERUBAHAN SISTEM

GALIO’S AEGIS - MASA TERHAD (BETA)

Pemain yang kalah dalam sesuatu perlawanan tidak akan hilang kedudukan jika mereka mencapai rating Level S. 

  • Pampasan rating Level S diutamakan lebih daripada event dan kad Shield Kekalahan Ranked. Jika dicetuskan, pampasan ini tidak akan menggunakan kad atau bonus event tersebut. 

Pemain yang kalah dalam sesuatu perlawanan akan diberikan pampasan sebanyak 50% daripada Fortitude Ranked semasa mereka jika mereka mencapai rating Level A. 

  • Shield Kekalahan Ranked dan pampasan rating Level A boleh dicetuskan pada masa yang sama. 

  • Jika terdapat event yang memberi pampasan atas kekalahan dan telah dicetuskan, pampasan rating Level A tidak akan berlaku. 

Pemain perlu memenuhi syarat berikut untuk menerima Galio’s Aegis

  • Rank Platinum atau lebih tinggi 

  • Tempoh perlawanan adalah lebih panjang daripada atau sama dengan 600 saat 

  • Tiada kelakuan negatif semasa dalam perlawanan 

Ini satu perubahan uji kaji yang kami lakukan untuk membantu pemain yang berprestasi tinggi dalam permainan mereka walaupun permainan itu berakhir dengan kekalahan. Sila kongsikan pendapat anda dengan kami setelah mengalami Galio’s Aegis, kerana kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman ranked anda!


SKIN

Star Nemesis Fiddlestick

Akan dikeluarkan pada 29 September @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Star Guardian Akali 

Akan dikeluarkan pada 29 September @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Star Guardian Syndra

Akan dikeluarkan pada 29 September @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Prestige Star Guardian Syndra

Akan dikeluarkan pada 29 September @ pukul 08:01 pagi GMT+8