Wild Rift Patch Note 3.3a

Selepas perubahan besar kami kepada pengurangan cooldown ultimate dalam 3.3, kami melakukan beberapa pelarasan dan perubahan secara menyeluruh. Anda juga akan menjadi tidak berdaya dan kebuntuan apabila Kassadin, The Void Walker muncul di Rift dalam 3.3a!

Buatlah cepukan—3.3a kini tiba!

Dalam 3.3, kami melakukan beberapa perubahan besar secara menyeluruh dengan pengurangan cooldown ultimate kepada hampir setiap champion, Elemental Rift, dan penambahan tiga enchantment baharu. Jadi patch ini kami mempunyai beberapa pelarasan dan perubahan selepas menilai beberapa data dan maklum balas umum yang kami terima. Kami akan terus memantau cara perubahan ini akan memberi kesan kepada gameplay pada minggu-minggu akan datang.

Sebelum kami pergi, anda juga akan menjadi tidak berdaya dan kebuntuan apabila Kassadin, The Void Walker muncul di Rift dalam 3.3a!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

WR_PatchNotes_3.3a_MS.jpg

BAHARU

CHAMPION BAHARU

KASSADIN, THE VOID WALKER

Kassadin-Splash-.jpg

Sambil menarah laluan terbakar melalui tempat paling gelap di dunia, Kassadin tahu hidupnya sudah tidak panjang. Sebagai pemandu dan pengembara Shuriman yang telah banyak mengembara, dia memilih untuk membesarkan keluarganya dalam kalangan puak selatan yang aman—sehinggalah kampungnya ditelan oleh Void. Dia berikrar untuk membalas dendam, menggabungkan beberapa artifak misteri dan teknologi terlarang demi perjuangannya yang akan datang. Akhirnya, Kassadin berangkat ke tanah terbiar Icathia, bersedia untuk menghadapi sebarang ciptaan Void yang mengerikan dalam pencarian seseorang yang mengaku dirinya nabi mereka, Malzahar.

Kassadin akan dikeluarkan pada 29 Julai pukul 08:01 GMT+8.

EVENT

Kassadin_800x200.jpg

KASSADIN’S TRIVIA

Apakah warna kegemaran Kassadin? Mungkin... ungu? Sejujurnya, kami tidak pasti…

Event Kassadin’s Trivia akan bermula pada 5 Ogos pukul 08:01 GMT+8

PoolParty2022.jpg

POOL PARTY 2022

Dapatkan cermin mata hitam anda, pergi menyelam dan buatlah cepukan di parti ini!

Event Pool Party akan bermula pada 12 Ogos pukul 08:01 GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

DRAVEN

Perubahan sistemik kami baru-baru ini bersama dengan buff yang kami berikan kepada Draven telah menjadikannya terlalu berkuasa. Kami menyukai sebahagian kuasa yang diberikan kepadanya oleh perubahan baru-baru ini, jadi daripada membuangnya terus, kami akan mengurangkan sedikit damage yang diberikan oleh Spinning Axe. Dengan cara ini Draven tidak mengenakan damage sebanyak sebelum ini selepas dia melakukan pembelian besar hasil gold daripada pasifnya.

SPINNING AXE

  • Ratio Attack Damage bonus: 100/110/120/130% → 90/100/110/120%

EKKO

Walaupun Ekko telah beraksi dengan baik di dalam jungle, prestasi yang sama tidak bergema di Mid Lane. Untuk mengimbangi kuasanya dalam kedua-dua peranan ini, kami mengurangkan kepantasan dia clear kem Jungle dan kos mana Timewinder supaya Ekko boleh mengganggu champion musuh dengan lebih cekap semasa fasa laning awal.

passive

  • Damage bonus kepada monster: 150% → 120%

TIMEWINDER

  • Kos mana: 60/70/80/90 → 50/60/70/80

JAYCE

Prestasi Jayce tidak begitu baik di luar permainan peringkat lebih tinggi. Untuk menjadikan champion terbaik Piltover ini sedikit lebih mudah didekati, kami berwaspada memberinya penskalaan tambahan pada Attack Damagenya.

TO THE SKIES! / SHOCK BLAST

  • Ratio Attack Damage: 120% Attack Damage bonus → 130% Attack Damage bonus

PYKE

Walaupun pemain berjaya memanjat lengkung penguasaannya, prestasinya tidak sebaik yang kami ingin lihat dalam peranan support. Kami memberinya sedikit kelonggaran untuk menerima sedikit damage tambahan di sana sini terutamanya dalam peranan support. Memandangkan prestasinya dalam peranan lain, kami juga mengurangkan abilitynya untuk clear wave dan kem jungle semudah yang dia mampu.

base_stats

  • Perkembangan nyawa: 115 → 125

passive

  • Penyimpanan nyawa Gray apabila dua atau lebih champion musuh berdekatan: 35% damage dialami → 45% damage dialami

PHANTOM UNDERTOW

  • Mengenakan 25% damage pada minion dan monster

DEATH FROM BELOW

  • Penerangan kemahiran telah diubah untuk memberikan penjelasan yang lebih baik tentang “potongan” yang diberikan kepada Pyke dan sekutunya

Renekton

Sepanjang beberapa patch terakhir, Renekton telah bergelut untuk mengemudi jalan di sekitar Baron Lane, jadi kami memberinya sedikit penskalaan tambahan dalam serangan dan pertahanan untuk membantunya.

CULL THE MEEK

  • Ratio pemulihan Attack Damage bonus untuk setiap musuh terkena: 8% → 10%

RUTHLESS PREDATOR

  • Damage asas setiap libasan: 10/20/30/40 → 10/25/40/55
    • Jumlah damage asas biasa: 20/40/60/80 → 20/50/80/110
    • Jumlah damage asas dipertingkat: 30/60/90/120 → 30/75/120/165

SENNA

Senna telah menjadi kuasa dominan dalam permainan pertandingan dan champion yang berkuasa dalam Ranked hampir sepanjang hayatnya di Wild Rift, jadi kami menilai semula sedikit kekuatan dan kelemahan dalam per-senna-jataannya. Kami mengurangkan abilitynya untuk mengenakan damage yang berterusan lewat dalam permainan dan kuasanya dalam trade pendek untuk mengehadkan abilitynya untuk menyamar sebagai carry Crit penuh tanpa membina sebarang Attack Speed atau Crit.

base_stats

  • Perkembangan Attack Speed: 2.2% → 1.2%

passive

  • Damage cetusan Mist: 1.6%-16% nyawa semasa (maksimum pada level 10) → 1.2%-12% nyawa semasa (maksimum pada level 10)

SHEN

Perubahan pengurangan Cooldown Ultimate champion dalam Patch 3.3 telah memihak kepada Shen lebih daripada yang kami jangkakan, menjadikannya salah satu champion paling berkuasa di Rift. Untuk memulihkan keseimbangan kembali ke Baron Lane, kami menarik balik potensi pertarungan keseluruhannya.

passive

  • Shield: 60-109 → 51-100

TWILIGHT ASSAULT

  • Ratio nyawa maksimum dipertingkat: 5.5/6/6.5/7% → 5/5.5/6/6.5%

SONA

Perubahan sistemik baru-baru ini sangat menguntungkan Sona, jadi kami mengurangkan sedikit kelantangan kuasa penskalaannya, sebelum dia mencapai Crescendo.

Aria of Perseverance

  • Shield: 25/65/105/145 → 25/55/85/115

Crescendo

  • Pengurangan cooldown ability asas: 10/25/40% → 10/20/30%

SORAKA

Soraka adalah salah satu champion yang paling banyak mendapat manfaat daripada pengurangan Cooldown Ultimate kami dalam patch lepas, terutamanya untuk build tankynya yang sangat bergantung pada nilai asas Wish. Kami akan mengalihkan sedikit kuasa ke dalam ratio Ability Power untuk memastikan Soraka diberikan ganjaran untuk membina magic damage.

Wish

  • Pemulihan Asas: 150/250/350 (+40% Ability Power) → 150/225/300 (+45% Ability Power)

YASUO

Ability Yasuo untuk melakukan trade pantas di lane dan mengabaikan damage ringan lewat dalam permainan adalah lebih kuat daripada yang kami inginkan, jadi kami mengurangkan kekuatan dan tempoh shield pasifnya.

Way of the Wanderer

  • Shield: 100-520 → 100-485
  • Tempoh shield: 2s → 1.5s

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

BLACK CLEAVER

Black Cleaver mempunyai statistik kukuh secara keseluruhannya, tetapi baru-baru ini ia telah dibeli dengan kerap dan mula menjadi item yang boleh dibeli oleh sebarang champion Attack Damage. Untuk menangani hal ini, kami menjadikannya lebih sukar untuk stack untuk mendorong penggunaannya lebih ke arah kecemerlangan dalam pertempuran berterusan dan spell terkena berbilang kali.

  • Armor reduction setiap stack: 5% → 4%
  • Stack maksimum: 5 → 6

DEATH’S DANCE

Death’s Dance mempunyai banyak kuasa dan telah mengecewakan para fighter baru-baru ini. Kami sedang berusaha untuk mengurangkan sedikit kekecewaan itu dengan mengurangkan kuasa bertindan-tindih pemulihan takedownnya.

  • Pemulihan apabila takedown: 15% Nyawa maksimum → 10% Nyawa maksimum

DIVINE SUNDERER

Prestasi Divine Sunderer telah mengatasi alternatifnya, terutamanya sebagai item yang dibeli awal, jadi kami meningkatkan kosnya untuk membawanya lebih sejajar dengan item lain seperti Trinity Force.

  • Jumlah kos: 3300g → 3450g

STAFF OF FLOWING WATER

Staff of Flowing Water adalah hebat untuk champion yang boleh mengekalkan buffnya secara konsisten, tetapi tidak begitu kuat untuk enchanter dengan cooldown yang lebih lama. Kami mengurangkan sedikit kuasa buff tersebut sambil meningkatkan tempohnya, supaya kuasa Staff akan lebih setara antara semua enchanter.

  • Tempoh buff: 4s → 6s
  • Ability Haste diberikan oleh buff: 20 → 15

PERUBAHAN RUNE

DOMINATION: SCORCH

Sebagai rune awal permainan, prestasi Scorch sedikit rendah, jadi satu rangsangan kecil kepada damage asasnya akan membantunya bersinar sebagai kuasa yang jelas untuk penguasaan lane.

  • Damage: 21~35 → 24~38

SKIN

07272022_KassadinHarbingerWR3_Skin.jpg

Harbinger Kassadin

Akan dikeluarkan pada 29 Julai pukul 08:01 GMT+8

07272022_Jarvan-IVWarringKingdoms_Skin.jpg

Warring Kingdoms Jarvan IV

Akan dikeluarkan pada 29 Julai pukul 08:01 GMT+8

07272022_WarringKingdomsKatarina_Skin.jpg

Warring Kingdoms Katarina

Akan dikeluarkan pada 29 Julai pukul 08:01 GMT+8

07272022_GodFist-Leesin_Skins.jpg

God Fist Lee Sin

Akan dikeluarkan pada 5 Ogos pukul 08:01 GMT+8

07272022_BeekeeperBuzzBuzz_Skin.jpg

Beekeeper Singed

Akan dikeluarkan pada 11 Ogos pukul 08:01 GMT+8

07272022_PoolPartyCaitlyn_Skin.jpg

Pool Party Caitlyn

Akan dikeluarkan pada 12 Ogos pukul 08:01 GMT+8

07272022_PoolPartyGraves_Skin.jpg

Pool Party Graves

Akan dikeluarkan pada 12 Ogos pukul 08:01 GMT+8

07272022_PoolPartyDr_Skin.jpg

Pool Party Dr.Mundo

Akan dikeluarkan pada 12 Ogos pukul 08:01 GMT+8

07272022_PoolPartyZiggs_Skin.jpg

Pool Party Ziggs

Akan dikeluarkan pada 12 Ogos pukul 08:01 GMT+8

AKSESORI

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

Bauble: Water Fight

Ikon: Kassadin

Recall: A Quack Dip

Emote: Speak No Mo’; Surf’s Up!; Sizzle

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

28 Julai - 3 Ogos: Corki, Dr. Mundo, Gragas, Graves, Kayle, Leona, Lulu, Tristana, Twisted Fate, Yasuo

4 Ogos - 10 Ogos: Draven, Ekko, Fiora, Janna, Kai’sa, Katarina, Morgana, Nunu & Willump, Olaf, Tryndamere