Wild Rift Patch Note 7.2b
Selamat datang ke Patch 7.2b! Patch ini memfokuskan kepada pelarasan balance susulan merangkumi champion, item, rune dan sistem. Kami menangani beberapa pilihan yang terlalu menonjol, memperkuat pilihan dan item yang kurang berprestasi, serta terus memperhalusi perubahan gameplay terkini berdasarkan maklum balas daripada pemain.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
JAYCE
Jayce terlalu berdaya tahan di lane kerana Armor asasnya yang tinggi, menjadikan trade awal lebih selamat daripada yang sepatutnya. Kami mengurangkan Armor asasnya supaya lebih sepadan dengan champion ranged yang lain, memaksanya berfikir dengan lebih teliti apabila hendak trade sambil memberi peluang yang lebih jelas kepada lawan untuk melawan balik.
Statistik Asas
- Armor asas: 46 → 37
NIDALEE
Walaupun selepas pusingan nerf sebelum ini, Nidalee masih menunjukkan prestasi yang terlalu baik. Movement Speed dan Armor asasnya yang tinggi membolehkan dia menguasai kebanyakan pertempuran jungle awal, manakala mobilitinya di akhir permainan menjadikannya sukar untuk dikekang. Kami ingin mengembalikan ketahanan dan mobilitinya ke tahap yang sepatutnya.
Statistik Asas
- Armor asas: 46 → 37
- Magic Resist asas: 40 → 36
Prowl
- Movement Speed bonus dalam semak: 15% → 10%
- Movement Speed bonus apabila musuh ditanda: 15% → 10%
AMBESSA
Ultimate Ambessa telah memberikannya kuasa penyudah yang terlalu tinggi terhadap semua jenis sasaran, daripada carry yang rapuh hinggalah barisan hadapan yang tahan lasak. Oleh kerana kekerapan ia tersedia agak tinggi, kami mengurangkan damage pembunuhan ability itu sambil juga mengurangkan sebahagian kuasa yang kurang ketara dalam kitnya.
Public Execution
- Pengurangan Damage: 30%/40%/50% → 10%/20%/30%
- Damage asas berdasarkan Nyawa yang hilang: 20/30/40% → 10/17.5/25%
AURORA
Pusingan terbaharu perubahan item dan rune memberi kesan yang lebih besar kepada Aurora daripada yang kami jangkakan. Untuk membantu mengembalikan dia kepada tahap kuasa yang lebih sihat, kami meningkatkan damage pada ability pertama dan ketiganya.
Twofold Hex
- Damage Gunaan pertama: 35/65/95/125+30% Ability Power → 40/70/100/130+33% Ability Power
- Damage Gunaan semula: 35/65/95/125 + 30% Ability Power → 40/70/100/130 + 33%Ability Power
The Weirding
- Damage: 75/125/175/225 → 80/130/180/230
SONA
Mengikuti buff sebelum ini dan perubahan pada barisan item Tear of the Goddess, kini Sona memberikan lebih banyak kuasa kepada pasukannya daripada yang sepatutnya. Kami berpuas hati dengan keupayaannya untuk tidak ditinggalkan oleh sekutunya, tetapi kami akan mengurangkan sedikit shield dan crowd control dalam kitnya untuk mengurangkan impaknya secara keseluruhan.
Aria of Perseverance
- Pemulihan: 45/60/75/90 → 35/50/65/80
Crescendo
Cooldown: 80/70/60s → 80/75/70s
EKKO
Ekko telah kurang berprestasi dalam semua binaannya sejak patch terbaharu. Kami memberikan himpunan buff yang menyeluruh untuk membantunya kembali seimbang dari segi kuasa keseluruhan dan memastikan dia kekal kompetitif dengan barisan champion yang lain.
Z-Drive Resonance
Kadar damage Ability Power: 70% → 80%
Parallel Convergence
- Kadar Nyawa yang hilang: 2% + 0.015% Ability Power → 3% + 0.025% Ability Power
KAYLE
Dengan sistem bounty baharu, kini Kayle terlalu boleh diharapkan untuk mencapai lonjakan kuasa akhir permainannya. Kami mengurangkan kemampanan dan kekuatan trade pada awal permainan untuk memberi lebih banyak peluang kepada lawan untuk menghukumnya sebelum dia menjadi lebih kuat. Pada masa yang sama, kami meratakan kos Mana supaya dia boleh lebih fokus pada melaksanakan permainannya berbanding dengan menguruskan Mana.
Radiant Blast
- Kos Mana: 80/85/90/95 → 70/80/90/100
- Damage: 70/120/170/220 → 60/100/140/180
Celestial Blessing
- Kos Mana: 85/90/95/100 → 75/80/85/90
- Pemulihan: 95/125/155/185 + 40% Ability Power → 60/95/130/165 + 30% Ability Power
HECARIM
Hecarim telah clear jungle dengan terlalu cekap dan melipatgandakan kelebihan dengan terlalu mudah. Kami menambah beberapa kekangan untuk memperlahankan momentum awalnya dan memberi lawan lebih banyak peluang untuk memastikan dia terkawal.
Rampage
- Movement Speed bonus apabila terkena: 30% → 18%
LEE SIN
Lee Sin telah kembali kepada gaya permainan fighter yang kami ingin lihat daripadanya. Untuk menyokong identiti itu dengan lebih baik, kami memberikan dia sedikit ketahanan tambahan supaya dia boleh bertahan lebih lama dalam pertempuran.
Safeguard/Iron Will
- Shield: 80/140/200/260 → 100/160/220/280
- Omnivamp: 16/24/32/40% → 20/30/40/50%
ZILEAN
Zilean telah mendominasi Dragon Lane terlalu lama, terutamanya dalam permainan berkemahiran tinggi dan di peringkat profesional. Kami mengurangkan sedikit pokenya di lane dan mengurangkan impak ultimatenya dalam teamfight untuk menjadikannya lebih seimbang dengan pilihan Dragon Lane yang lain.
Time Bomb
- Damage asas: 70/140/210/280 → 60/125/190/255
Chronoshift
- Cooldown: 100/85/70s → 110/95/80s
PERUBAHAN GAMEPLAY
ITEM
Iceborn Gauntlet
Iceborn Gauntlet agak kurang berprestasi, biarpun pada champion yang dimaksudkan ketika item ini direka. Untuk menjadikan item ini pembelian utama pertama yang lebih menarik di lane, kami meningkatkan kecekapan statistik dan menambah baik nilai yang diberikan oleh item ini pada awal permainan.
Statistik asas
- Harga: 3100 → 3000
- Nyawa Maksimum: 250 → 300
Luden's Echo
Kami berpuas hati dengan keadaan keseluruhan item mage peringkat tinggi, tetapi Luden's Echo telah ditinggalkan oleh item yang lain. Walaupun dengan kecekapan statistik yang kukuh, ia masih kurang berprestasi secara keseluruhan, jadi kami memperkuat pasif item ini untuk lebih menonjolkan identiti sebagai pilihan utama buat burst mage.
Echo:
- Damage: 110 + 10% Ability Power → 140 + 15% Ability Power
- Cooldown: 10 → 9
Magnetic Blaster
Marksman critical strike telah bergelut untuk tidak ketinggalan. Kami meningkatkan Attack Damage untuk menambah baik penskalaan mereka, sambil mengelakkan Attack Speed tambahan atau kuasa on-hit yang boleh memberi faedah kepada binaan lain secara tidak seimbang.
Statistik Asas
Attack Damage: 25 → 30
Lord Dominik's Regards
Marksman critical strike agak terlalu lemah dalam meta semasa, terutamanya dalam hal menembusi tank barisan hadapan. Untuk membantu penskalaan pertengahan dan akhir permainan mereka dengan lebih baik, kami meningkatkan Attack Damage pada Lord Dominik's Regards.
Statistik Asas
- Attack Damage: 25 → 30
Navori Quickblades
Navori Quickblade agak kurang berprestasi pada champion yang diniatkan buat item ini. Untuk membantu ia aktif dengan lebih awal dan bersaing dengan pilihan item lain dengan lebih baik, kami mengurangkan kos item ini.
Statistik Asas
- Harga: 2800 → 2700
RUNE
Botanist
Botanist direka untuk memberi ganjaran kepada pemain yang bijak memanfaatkan tumbuhan di sekitar Rift. Namun begitu, lama-kelamaan ia telah menjadi rune penskalaan universal disebabkan jumlah gold yang diberikan oleh item ini. Kami mengurangkan penjanaan gold tersebut untuk mengembalikan rune ini kepada peranan asal dan memberi lebih penekanan kepada gaya permainan yang berfokuskan tumbuhan.
Gold diperoleh daripada memusnahkan tumbuhan: 30 → 10
PELARASAN LAIN
Pelarasan Sistem Bounty Champion
Sejak Sistem Bounty Champion baharu itu dilancarkan, kami telah melihat penurunan ketara dalam perlawanan berat sebelah manakala hanya peningkatan kecil kepada kadar kemenangan tampil kembali. Secara keseluruhannya, itu ialah hasil yang sihat, tetapi penjanaan bounty daripada farming dan kill agak terlalu agresif, menyebabkan pasukan yang mendahului terasa terlalu dihukum kerana bermain dengan baik. Kami mengurangkan pengumpulan bounty supaya pasukan yang sedang mendahului boleh memanfaatkan kelebihan mereka dengan lebih yakin.
- Bounty Positif / Neutral: Gold daripada minion, monster, item support, Smite dan sumber serupa yang diperlukan bagi setiap 1 bounty: 20 → 25
- Semua Keadaan: Gold yang di
PERUBAHAN MOD PERMAINAN
AAA ARAM
Pelarasan Champion
Bard
- Pemulihan diberikan: 100% → 120%
Rakan
- Damage dikenakan: 100% → 105%
- Damage diterima: 95% → 90%
- Perubahan ini juga terpakai untuk ARAM
Irelia
- Damage dikenakan: 110% → 115%
- Perubahan ini juga terpakai untuk ARAM
Nocturne
- Damage diterima: 85% → 75%
- Perubahan ini juga terpakai untuk ARAM
Diana
- Damage dikenakan: 110% → 115%
- Damage diterima: 110% → 115%
Riven
- Damage dikenakan: 110% → 115%
Vex
- Damage dikenakan: 100% → 110%
Kennen
- Damage diterima: 100% → 85%
- Perubahan ini juga terpakai untuk ARAM
Zilean
ARAM:
- Damage diterima: 100% → 110%
- Damage dikenakan: 100%→ 85%
AAA ARAM:
- Damage diterima: 100% → 85%
Xin Zhao
- Damage diterima: 105% →115%
Jarvan IV
- Damage dikenakan: 100% → 85%
- Perubahan ini juga terpakai untuk ARAM
Ahri
- Damage diterima: 100% → 90%
Galio
- Damage diterima: 100% → 90%
Lissandra
- Damage dikenakan: 100% → 105%
ARAM:
- Damage diterima: 100% → 90%
Pyke
- Damage diterima: 110% → 120%
Nasus
- Stack Ability (1) yang diperoleh kerana membunuh minion: 8 → 18
- Stack Ability (1) yang diperoleh kerana membunuh cannon minion atau champion: 32 → 24
- Perubahan ini juga terpakai untuk ARAM.
Be Magical
- Kadar penukaran: 240% → 270%
Cycle of Life
- Tempoh shield: 6s → 10s
Covenant Pact
- Kelajuan pengecasan ditingkatkan sebanyak 40%
Bloodborne Valor
- Kesan setiap stack: Digandakan. Stack maksimum dibahagi separuh.
- Tempoh: 12s → 20s
Arrowstorm: Mist
- Masa pelancaran sebelum stun pertama dipendekkan, tetapi tempoh stun juga adalah lebih singkat.
Samadhi Wind
- Kini menarik musuh ke arah pusat, membolehkan ia mencetuskan Shifting Debris.
Thunderbolt
- Tempoh kesan dipertingkatkan selepas menggunakan ultimate: 12s → 20s
Quickcool
- Pengurangan cooldown setiap kali: 1.5s → 2s
Strength Through Steel
- Ability Haste bagi setiap nilai Armor dan Magic Resist: 0.2 → 0.3
- Saiz yang diperoleh bagi setiap 20 Armor dan Magic Resist: 1% → 2%
- Ability Haste Maksimum: 100 → 150
- Saiz Maksimum: 50% →100%
Empowered Crowd Control
- Kuasa Pemulihan dan Shield kekal: 0.4% → 1%
- Nyawa maksimum kekal: 4 + 1000% Kuasa Pemulihan dan Shield → 10 + 2000% Kuasa Pemulihan dan Shield
- Cooldown: 0.5s → 1s
Slow Detonation
- Damage: 15 + 5/level → 20 + 8/level
Calamitous Combo
- Adaptive Force kekal: 0.2 → 0.4
Mana Surge
- Pemulihan: 150% daripada Mana yang digunakan → 200% daripada Mana yang digunakan
Blood Pact: Armor
- Item Haste bagi setiap 1% Nyawa yang hilang: 0.8 →1.2
Blood Pact: Scorched
- Attack Damage Bonus Maksimum: 60 → 80
- Ability Power Bonus Maksimum: 120 → 180
Bug fix
- Membaiki isu yang statistik komponen beberapa item eksklusif adalah lebih kuat sedikit berbanding dengan item yang lengkap. Akibatnya, statistik atau laluan binaan item yang terjejas telah dilaraskan.
- Membaiki ketidakkonsistenan dalam butiran Darksteel Talons.
- Membaiki isu yang Ghostblade boleh tidak diaktifkan selepas menggunakan Legionary Potion.
- Membaiki lagi isu yang segelintir champion melee boleh roll Show Me Your Blade secara rawak.
Unbound Frenzy
Doomsday T-Hex
Wild Trample
- Damage asas: 50/75/100/125
- Kadar Ability Power: 0.2 → 0.1
- Kadar Nyawa Maksimum: 3% → 2%
(2)T-Hex Tailsweep
- Armor dan Magic Resistance bonus: 2/3/4/5% → 1.5/2/2.5/3%
- Kadar shield berdasarkan Nyawa maksimum: 2% → 1.5%
(3) T-Hex Strike
- Cooldown: 18/17/16/15s → 20/19/18/17s
(4) Doomsday Program/Impending Doom
- Nilai asas shield awal: 200/400/600 → 150/300/450
- Kadar Ability Power shield awal: 0.4 → 0.2
- Kadar Nyawa maksimum shield awal: 10/15/20% → 10/12.5/15%
PERUBAHAN SISTEM
Pelarasan Cabaran Hujung Minggu Legendary Ranked
- Kini Markah Champion bonus, Faktor Legendary Ranked dan nilai berkaitan lain yang boleh diperoleh pemain dalam Cabaran Hujung Minggu Legendary Ranked akan dilaraskan berdasarkan peringkat Legendary Ranked semasa mereka. Semakin tinggi peringkat ini, semakin tinggi had pada nilai tersebut.
- Pada masa yang sama, kami meningkatkan sedikit kecekapan penukaran untuk pemain di peringkat rendah dalam memperoleh Faktor Legendary Ranked, membantu para summoner menyertai cabaran ini dengan lebih lancar dan terus membuat kemajuan.
Pelarasan Syarat Aktiviti Ranked dan Legendary Ranked
- Kami akan membuang peraturan kemerosotan aktiviti lama yang terpakai kepada Master dan lebih tinggi, yang bermakna pemain tidak lagi akan kehilangan markah atau mata mereka menjadi merosot kerana tidak bermain Ranked atau Legendary Ranked selama tujuh hari berturutan.
- Selepas pelarasan ini, para summoner boleh mengatur masa perlawanan mereka dengan lebih fleksibel mengikut jadual sendiri tanpa terikat dengan peraturan kemerosotan aktiviti.
- Terima kasih semua atas perhatian dan sokongan anda yang berterusan. Kami berharap semua orang akan seronok bermain dan mengalami perjalanan yang lancar melalui Rift!
BUG FIX
- Membaiki isu yang skrin tidak akan berputar secara automatik selepas memasuki permainan pada beberapa peranti.
- Menambahkan pilihan poster kepada tetapan watak lobi di bawah pemeribadian luar perlawanan.
- Mengoptimumkan sokongan antara muka utama untuk iPhone 17 Pro Max.
- Menambahkan statistik champion terperinci kepada tab Champion dan Lane di Profil.