Wild Rift patch Notes 5.2b

Iron Revenant kini tiba!

Lama telah kami nantikan, Mordekaiser kini tiba di HexRift! Bersiap sedialah kerana perjalanan ini pasti berliku-liku. Terdapat event baharu, skin baharu, serta kemas kini balance yang dijadualkan secara berkala. Selamat datang ke Patch 5.2b!


BAHARU

CHAMPION BAHARU

MORDEKAISER, THE IRON REVENANT

Dua kali dibunuh dan tiga kali dilahirkan, Mordekaiser ialah seorang panglima perang yang kejam dari zaman dahulu, yang menggunakan magik nekromantiknya untuk mengikat jiwa-jiwa ke dalam penghambaan yang kekal. Kini tidak ramai yang mengingati penaklukannya yang terdahulu, atau mengetahui tahap kekuatannya yang sebenar—tetapi ada beberapa jiwa purba yang masih mengingatinya, dan mereka takut akan hari apabila dia kembali untuk menuntut kuasa ke atas yang hidup dan juga yang mati.

Mordekaiser akan dikeluarkan pada 23 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8.

EVENTS

MORDEKAISER CHALLENGE

Cubalah Mordekaiser kami dan dapatkan ganjaran!

Mordekaiser Challenge akan bermula pada 23 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8.


PERUBAHAN CHAMPION

AHRI

Ahri semakin ditinggalkan lawannya jadi kami akan meningkatkan damagenya.

Orb of Deception

  • Damage: 35/70/105/140 + 35% Ability Power → 40/75/110/145 + 40% Ability Power 

  • True Damage: 35/70/105/140 + 35% Ability Power → 40/75/110/145 + 40% Ability Power

Fox-Fire

  • Cooldown: 9/8/7/6s  → 8/7/6/5s

  • Damage: 40/75/110/145+30% Ability Power → 45/80/115/150+35% Ability Power

LISSANDRA

Lissandra ialah champion yang lengkap dengan CC yang kuat, mobiliti yang tinggi serta damage yang banyak juga. Kami melaraskan nilainya untuk memastikan dia tidak membesar dengan melampau sehingga menjadi raksasa.

Ice Shard

  • Damage: 70/110/150/190 + 75% Ability Power → 70/110/150/190 + 70% Ability Power

Ring of Frost

  • Damage: 65/110/155/200+60% Ability Power → 55/100/145/190 + 55% Ability Power

CAMILLE

Prestasi Camille agak tidak baik baru-baru ini, jadi kami akan buff damage dan kelestariannya supaya dia dapat menghadapi musuh dengan lebih baik.

Precision Protocol

  • Empower serangan asas: 120/130/140/150% Attack Damage → 130/140/150/160% Attack Damage

Tactical Sweep

  • Penggunaan mana: 50/55/60/65  → level penuh 50

  • Damage: 90/120/150/180 + 110% Attack Damage bonus + Nyawa Maksimum sasaran 4/6/8/10% → 100/130/160/190 + 110% Attack Damage bonus + Nyawa Maksimum sasaran 4/6/8/10%

  • Health regeneration dengan on-hit pada separuh luar: 40% →50%

JHIN

Berbanding dengan marksman lain, Jhin tidak dapat mengenakan damage yang setanding dengan mereka. Kami memastikan setiap satu pelurunya kini akan meninggalkan kesan.

Whisper

  • Attack Damage bonus: (25% daripada Attack Speed bonus + 40% daripada Crit Rate + 4.5% daripada Level Champion)*Attack Damage → (30% daripada Attack Speed bonus + 45% daripada Crit Rate + 4.5% daripada Level Champion)*Attack Damage 

  • Attack Speed yang ditingkatkan oleh Crit Rate: 15% + 0.4% untuk setiap 1% attack speed bonus → 15% + 0.55% untuk setiap 1% attack speed bonus

Curtain Call

  • Damage: 50/125/200 + 25% Attack Damage → 75/150/225 + 25% Attack Damage

SIVIR

Sivir dibina untuk teamfight jadi kami akan meningkatkan damagenya, terutamanya pada fasa akhir permainan untuk memastikan dia cemerlang dalam bidang kepakarannya.

Statistik Asas

  • Attack Damage setiap Level: 3  → 3.5

Ricochet

  • Damage: 8/10/12/14 + 15/17/19/21% Attack Damage → 8/10/12/14 + 17/20/23/26% Attack Damage

RAKAN

Rakan merupakan support ofensif yang hebat tetapi cooldown yang lamanya boleh terasa menyekat dan menghukum. Kami memberinya cooldown yang lebih pendek supaya dia mendapat lebih banyak peluang untuk memulakan serangan.

Grand Entrance

  • Cooldown: 18/17/16/15s → 16/14.5/13/11.5s

Battle Dance

  • Cooldown: 20/18/16/14s → 18/16/14/12s


PERUBAHAN ARAM


PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEMS

INFINITY EDGE

Infinity Edge sebagai item attack terunggul kini akan memberikan lebih banyak Attack Damage.

Atribut: 

  • Attack Damage: 55 → 60

PERUBAHAN MEDAN PERTEMPURAN

T-HEX MECHA

Kami mempercepatkan masa untuk mengaktifkan T-Hex Mecha supaya ia tidak ditinggalkan oleh rakan sepasukan anda. Kami juga memanjangkan masa Homeguard supaya ia boleh tiba untuk bertempur dengan bergaya. 

Pelarasan Mekanik

  • 10s → 7s untuk mengaktifkan T-Hex Mecha selepas takedown Baron 

  • Tempoh homeguard yang lebih lama selepas diaktifkan

SKIN

Old God Mordekaiser 

Akan dikeluarkan pada 23 Ogos @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Coven Morgana

Akan dikeluarkan pada 23 Ogos @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Coven Nilah

Akan dikeluarkan pada 23 Ogos @ pukul 08:01 pagi GMT+8