Wild Rift Patch Note 5.2a

Mengapakah suasana di sini masih dingin? Siapakah yang meninggalkan serpihan ais berselerak ini?

Apakah pendapat anda terhadap Rift yang baru terkena Hex baharu kami? Secara peribadi, Rift ini agak dingin bagi saya. Namun saya tidak mahu menyalahkan sesiapalah. Terdapat ARAM versi serba baharu yang akan datang, serta beberapa event baharu untuk membantu anda menerokai Rift baharu ini. Bersama-sama semua itu, kemas kini balance yang dijadualkan secara berkala juga bakal datang. Selamat datang ke Patch 5.2a!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


BAHARU

CIRI BAHARU

HEXTECH ARAM

Hexifikasi akan datang ke Howling Abyss pada 9 Ogos! Ubahsuaian manakah yang anda akan pilih?

EVENTS

THE GREAT RIFT CHALLENGE

Selesaikan misi untuk mendapatkan Hextech Rift Badge dan ganjaran lain! Adakah anda seorang Rift Master ataupun seorang Rift Legend?

The Great Rift Challenge akan bermula pada 1 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8

PROJECT A: A RIFT STUDY

Bersaing dengan pemain lain untuk merebut tempat anda pada papan pendahulu. Pemain dengan kedudukan teratas dapat memperoleh ganjaran seperti Poro Energy, Orange Gemstone dan banyak lagi!

Project A: A Rift Study akan bermula pada 13 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8


PERUBAHAN CHAMPION

EVELYNN

Evelynn telah menimbulkan ketakutan ke dalam hati musuhnya. Kami melaraskan nilai-nilainya untuk memastikan dia masih boleh dihadapi di Lane dan juga di Jungle.

Whiplash

  • Damage: 55/75/95/115 + (3 + 1.5% Ability Power)% Nyawa Maksimum sasaran → 55/75/95/115 + (2 + 1% Ability Power)% Nyawa Maksimum sasaran

  • Damage empower: 75/110/145/180 + (5 + 2% Ability Power)% Nyawa Maksimum sasaran →80/110/140/170 + (4 + 1.5% Ability Power)% Nyawa Maksimum sasaran

VI

Prestasi Vi tidak memuaskan, terutamanya pada awal permainan. Perubahan ini akan memastikan penumbuknya kembali berbisa!

Denting Blows

  • Damage: (4 + 0.2* setiap level + 0.03* Attack Damage bonus)% Nyawa Maksimum sasaran → (4 + 0.3* setiap level + 0.03* Attack Damage bonus)% Nyawa Maksimum sasaran

Vault Breaker

  • Cooldown: 10/9/8/7s → 9/8/7/6s

Excessive Force

  • Damage: 10/35/60/85 + 15% Attack Damage + 70% Ability Power → 20/45/70/95 + 15% Attack Damage + 70% Ability Power

KHA'ZIX

Satu-satunya Voidreaver kami ini terkenal dengan keupayaannya untuk membunuh mangsa leka yang sedang berseorangan. Kami memastikan serangan utamanya benar-benar dapat melakukan perkara itu!

Taste Their Fear

  • Damage: 55/90/125/160 + 130% Attack Damage bonus → 65/100/135/170+130% Attack Damage bonus

  • Evolved Reaper Claws: 30% daripada cooldown Taste Their Fear akan dikembalikan terhadap sasaran yang terpisah → 40% daripada cooldown Taste Their Fear akan dikembalikan terhadap sasaran yang terpisah

TALON

Talon ialah tokoh masa kini, dia boleh melakukan segala-galanya! Namun hal ini tidak adil terhadap champion lain jadi kami akan memastikan dia tidak melebih-lebih.

Rake

  • Damage menghantar: 50/60/70/80 + 45% Attack Damage bonus → 35/45/55/65 + 45% Attack Damage bonus 

  • Damage kembali: 50/90/130/170 + 90% Attack Damage bonus → 60/100/140/180 + 90% Attack Damage bonus

Assassin's Path

  • Cooldown melompat di atas terrain atau struktur yang sama: 110/90/70/50s → 135/110/85/60s

MISS FORTUNE

Miss Fortune sedang ketinggalan, dan hal ini amat ketara semakin permainan berjalan. Kami akan meningkatkan damagenya dan memastikan dia cukup pantas untuk mengelak apa-apa sahaja serangan daripada musuhnya.

Love Taps

  • Damage ditingkatkan: (7.75 + 0.25* setiap level)% → (7.6 + 0.4* setiap level)%

Strut

  • Movement speed yang ditingkatkan apabila tidak menerima damage dalam masa 4s: level penuh 25 → 30/35/40/45

  • Peningkatan Movement speed pada level penuh: 80/85/90/95 → 80/90/100/110

SAMIRA

Samira semakin ditinggalkan lawannya. Kami akan meningkatkan peluangnya untuk mengenakan damage dengan perubahan ini bagi memastikan dia dapat mengejar mereka.

Blade Whirl

  • Cooldown: 26/23.5/21/18.5s → 22/20/18/16s

Inferno Trigger

  • Damage setiap tembakan: 5/15/25 + 50% Attack Damage → 5/20/35 + 50% Attack Damage

ZED

Zed sedang bergelut untuk menghadapi carry musuh. Kami telah melaraskan damagenya untuk memastikan dia kekal sebagai ancaman yang perlu dikhuatiri.

Razor Shuriken

  • Damage on-hit: 70/120/170/220+100% Attack Damage bonus → 70/120/170/220 + 110% Attack Damage bonus 

  • Damage pada musuh dalam laluan: 42/72/102/132 + 60% Attack Damage bonus → 42/72/102/132 + 66% Attack Damage bonus

Shadow Slash

  • Damage: 70/100/130/160 + 70% Attack Damage bonus → 70/100/130/160 + 75% Attack Damage bonus

BLITZCRANK

Apakah perkara yang sepatutnya anda lakukan apabila cangkuk anda tersasar? Kini dengan kos mana yang lebih rendah, cangkuklah sekali lagi!

Statistik Asas

  • Attack Damage setiap Level: 1.7 → 2

Rocket Grab

  • Penggunaan mana: 100 pada semua level → 80 pada semua level

IRELIA

Irelia agak ketinggalan dalam team fight pada akhir permainan. Kami ingin memastikan bilahnya masih menyengat, terutamanya ketika detik penting seperti merebut objektif.

Statistik Asas

  • Armor setiap Level: 3.9 → 4.5

Vanguard's Edge

  • Damage Bladewall: 100/150/200 + 70% Ability Power → 100/175/250 + 70% Ability Power

NAUTILUS

Nautilus agak menakutkan untuk dihadapi apabila dia stack item mage. Kami melaraskan kadarnya agar sauh itu tidak mengenakan damage yang terlalu banyak.

Dredge Line

  • Damage: 60/120/180/240 + 90% Ability Power → 60/120/180/240 + 80% Ability Power

Depth Charge

  • Cooldown: 60/50/40s → 70/60/50s

  • Damage pada sasaran utama: 150/275/400 + 80% Ability Power → 150/275/400 + 70% Ability Power

HECARIM

Hecarim telah dapat berlari masuk dan keluar dari pertempuran tanpa risiko besar. Perubahan ini akan memastikan terdapat banyak lagi faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pemain apabila mereka memilih untuk memulakan pertempuran.

Rampage

  • Bonus movement speed on-hit: 40% → 30%

  • Peningkatan damage untuk Rampage seterusnya: 125% → 120%

LUCIAN

Lucian sedang ditinggalkan oleh rakan marksmannya. Kami memastikan dia kini dapat mengejar mereka.

Lightslinger

  • Damage peluru kedua: 50/55/60% (meningkat pada Level 1/6/11) → 50/57.5/65% (meningkat pada Level 1/6/11)

JARVAN IV

Kami akan buff damage akhir permainan Jarvan IV sambil memberinya lebih banyak mobiliti untuk melibatkan diri dalam team fight dengan lebih berkesan.

Statistik Asas

  • Attack Damage setiap Level: 4.55 → 5

Demacian Standard

  • Cooldown: 11s pada semua Level → 11/10.5/10/9.5s

  • Attack Speed bonus: 25/30/35/40% → 30/35/40/45%


PERUBAHAN GAMEPLAY

[HOTFIX] T-HEX MECHA

Kami mengoptimumkan ability T-Hex untuk memastikan ia mengenakan damage yang cukup. Kami juga meningkatkan kebolehgerakannya.

[HOTFIX] Statistik Asas

  • Mencapai kemuncak pertumbuhan statistiknya selepas 22 minit → 25 minit dalam permainan 

  • Attack Damage: 380 ~ 820 → 380 ~ 952

  • Nyawa Maksimum: 4000 ~ 10000 → 4000 ~ 11800

  • Armor: 80~140 → 80~158

  • Magic Resistance: 50~90 → 50~102

(1) Missile Blitz

  • [New] [HOTFIX] Slow musuh berdekatan sebanyak 20% selama 0.25 saat sambil mengenakan damage pada mereka 

  • [New] T-Hex boleh menggunakan ability lain serta serangan asas semasa Missile Blitz

(3) Irontail Sweep

  • Hentam ke belakang musuh → hentam ke belakang musuh dan stun mereka selama 0.2 saat

(4) Laser Ray

  • [New] HOTFIX] Slow musuh yang terkena selama 0.25 saat sambil mengenakan damage pada mereka

[HOTFIX] Mekanisme

  • Pengurangan damage untuk minion di sekeliling T-Hex Mecha: 50% 60% ~ 70% (meningkat mengikut masa)

HEXTECH BARON NASHOR

Hextech Baron Nashor telah meranapkan setiap musuhnya. Kami akan melaraskan damage monster ini serta mengurangkan nyawanya.

[HOTFIX] Statistik Asas

  • Nyawa Asas: 10000 → 9500

  • Peningkatan Nyawa setiap minit: 530 500

(1) Hextech Pulse

  • Damage: 100% Attack Damage Baron Nashor → 60% Attack Damage Baron Nashor

HEXTECH GUERRILLA TURRET

Hextech Guerrilla Turret telah berasa kurang memberangsangkan apabila ia menghabiskan seluruh tenaganya untuk berjalan semata-mata. Kami akan memastikan ia terkunci pada Turret musuh.

Pelarasan Mekanik

  • Hextech Guerrilla Turret akan berhenti menggunakan tenaga secara serta-merta apabila turret sasaran dimusnahkan

  • Hextech Guerrilla Turret tidak akan menggunakan tenaga apabila bergerak dan menyerang minion

HEXTECH MIMIC

Kami akan mengoptimumkan masa yang diperlukan untuk mengaktifkan Hextech Mimic supaya menjadikan pengalaman keseluruhan monster ini lebih lancar.

Pelarasan Mekanik

  • Meningkatkan radius ambilan Hextech Mimic mini di belakang turret

  • Jarak cetusan Mimic mini untuk menyerang turret: 8 → 9

HEXTECH TOOLKIT

Kami mengoptimumkan tempoh dan kesan beberapa alat ini. Kami juga membuang beberapa alat yang tidak meninggalkan kesan seperti yang kami harapkan.

Pelarasan Mekanik

  • Tempoh Hextech Tool Kit di lane: 50s → 30s

  • Tempoh masa aktif alat yang dimiliki: 45s → 65s

Deceleration Ray

  • Slow → Damage

  • Damage: 80 → 80~120 (meningkat seiring dengan level champion)

[REMOVED] Exploding Puppets

ITEMS

Riftmaker

Kami melaraskan nilai pada Riftmaker untuk memastikan item ini pilihan yang berbaloi sebagai item untuk lama bertahan.

Assimilation

  • 12% Omnivamp → 13% Omnivamp

Void Corruption

  • Meningkatkan damage sebanyak 3% dengan setiap lapisan Corruption → Meningkatkan damage sebanyak 2.5% dengan setiap lapisan Corruption

Liandry's Torment

Liandry’s Torment memberikan damage yang banyak yang menjadikan item ini terlalu kuat apabila dibandingkan dengan item mage yang lain. Kami akan melaraskan kuasa awal item ini.

Torment

  • Ability damage atau attack empower mengenakan (0.5% → 0.4% + 0.005% Ability Power) daripada Nyawa Maksimum musuh sebagai magic damage bonus setiap saat, dalam masa 3 saat.

Blade of the Ruined King

Selepas patch Ruination, Blade of the Ruined King sudah tidak memberikan Attack Damage yang mencukupi. Kami meningkatkan statistik yang diberikan untuk memastikan item ini kekal sebagai pembelian yang menarik.

Statistik Asas

  • Attack Damage: 20 → 25

PERUBAHAN RUNE

KEYSTONE: ARCANE COMET

Kami akan meningkatkan damage Arcane Comet yang berdasarkan jumlah stack.

  • Damage: 30~100 + 1*stack + 35% Attack Damage bonus + 20% Ability Power → 30~100 + 2*stack + 35% Attack Damage bonus + 20% Ability Power

PRECISION: COUP DE GRACE

Berbanding dengan Rune Precision lain, Coup de Grace tidak memberikan kesan yang sama. Kami akan buff damage yang dikenakan untuk menjadikan rune ini pembelian yang menarik apabila mempertimbangkan pilihan di bawah Precision. 

  • Mengenakan 7% adaptive damage bonus pada champion musuh di bawah 40% Nyawa → Mengenakan 8% adaptive damage bonus pada champion musuh di bawah 40% Nyawa

KEMAS KINI

HACK DAN CHEAT

Anticheat kami sentiasa berkembang untuk memastikan permainan sentiasa adil. Walaupun cheating di Wild Rift agak jarang berlaku, perkara ini boleh meninggalkan kesan yang mendalam pada pengalaman para pemain. Kami telah ban sekitar 1300+ cheater pada minggu lalu, dengan 3000+ lagi akan datang pada minggu ini. Jika anda percaya akaun anda telah terjejas, sila hubungi sokongan pemain.

SKIN

Debonair Jayce
Akan dikeluarkan pada 2 Ogos @ pukul 08:01 pagi GMT+8


TAMBAHAN

  • Memperbaik bug yang hujung laser Hextech Guerilla Turret tidak dapat menyerang minion 

  • Memperbaik bug yang model Hextech Mimic yang salah mungkin muncul apabila memasuki semak semasa ia sedang menyerang turret

  • Memperbaik bug yang muzik latar akan hilang apabila menyambung semula permainan selepas proses pembaharuan

  • Memperbaik bug yang dua versi muzik latar berlainan akan dimainkan pada masa yang sama dalam mod latihan dan Panduan Pemain Baharu