Patch Note 2.1a Wild Rift

Katarina, the Sinister Blade adalah fokus utama patch kali ini dan dia didatangi bersama beberapa perubahan balance kepada Lulu, Olaf, Blade of the Ruined King dan banyak lagi.

Maaf kami terlewat, teruk betul keadaan trafik. Oleh kerana kami tidak melakukan sebarang perubahan dua minggu lalu (tetapi kami ada lakukan hotfix pada beberapa perkara), kini kami datang bersama patch yang baru dan panas. Terus perhatikan pada Katarina, the Sinister Blade yang akan dikeluarkan dalam beberapa hari lagi. Selamat datang ke Patch 2.1a!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang patch berlalu. Jika anda terlepas peluang, lihat pratonton ini untuk beberapa perkara baru yang akan datang ke Wild Rift dalam bulan Mac ini!


BARU

CHAMPION

KATARINA, THE SINISTER BLADE

Classic-Katarina-Splash-Art2.jpg

Sentiasa tahu apa yang perlu dilakukanya dan merbahaya dalam pertarungan, Katarina adalah seorang pembunuh upahan Noxus yang berkaliber tinggi. Anak perempuan sulung kepada legenda Jeneral Du Couteau, bakatnya terbukti dengan pembunuhan pantas tanpa diduga musuh-musuhnya. Cita-cita besarnya telah mendorong Katarina untuk memburu sasaran yang dilindungi dengan ketat walaupun ia akan membahayakan sekutunya sendiri—tanpa mengira apa misinya, Katarina tidak akan teragak-agak untuk melakukan tugasnya walaupun di sekelilingi dengan pisau belati.

Katarina akan dikeluarkan kemudian dalam patch.

SKIN

(Skin 2.1 yang akan dikeluarkan dalam patch 2.1b)

Semua skin akan dikeluarkan sepanjang patch.

  • Bilgewater Katarina
  • Death Sworn Katarina
  • Omega Squad Fizz
  • Teemo Skuad Omega
  • Omega Squad Tristana
  • El Tigre Braum
  • Super Galaxy Shyvana

EVENT

CABARAN KATARINA

Selesaikan misi untuk mendapatkan Katarina!

3_1_21_WildRiftPatchNotes21a_Article_Katarina_Legacy

Event Cabaran Katarina akan bermula kemudian selepas patch. Maklumat lebih lanjut akan tersedia tidak lama lagi.

CHAMPION

PatchNotes21_0007_Ashe_Skin01.jpg

ASHE

Bagi ability yang memerlukan serangan untuk digunakan dengan potensi tertinggi, (1) Ranger's Focus terasa agak kurang memuaskan. Kami mengurangkan cooldown untuk meningkatkan flow penggunaan ability ini.

(1) Ranger’s Focus

  • Cooldown: 8/7/6/5s → 7/6/5/4s

PatchNotes21_0008_Darius_Skin01.jpg

DARIUS

Darius tidak menunjukkan prestasi baik dalam play yang bertahap lebih tinggi jadi kami menambah baik ability hit untuk menjadi lebih bagus.

(1) Decimate

  • Pulih nyawa hilang %: 12 ke 36% → 15 ke 45%

(3) Apprehend

  • Tempoh slow: 1s → 1.5s

PatchNotes21_0000_Ezreal_Skin01_(1).jpg

EZREAL

Ezreal telah menjadi agak lemah sejak nerf kami yang sebelumnya. Kam membalikkan nerf kepada (1) Mystic Shot yang kami lakukan dalam Patch 1.1 untuk membantunya semula.

(1) Mystic Shot

  • Damage asas: 20/50/80/110 → 20/55/90/125

PatchNotes21_0001_Lulu_Skin01.jpg

LULU

Semua pemain sudah penat dengan warna ungu sekarang. Kami telah nerf Lulu selepas melihat win ratenya meningkat terlalu tinggi selepas pemain pandai menggunakan champion tersebut. Perubahan ini memberikan ruang kepada pihak lawan apabila berdapan dengan Lulu.

Base Stats

  • Nyawa asas: 570 → 530
  • Movement speed: 330 → 325

(2) Whimsy

  • Tempoh polymorph: 1.25/1.5/1.75/2s → 1/1.25/1.5/1.75s

(3) Help, Pix!

  • Tempoh shield: 5s → 2.5s
  • Jarak gunaan: 7 → 6

(Ult) Wild Growth

  • Jarak gunaan: 8 → 7

PatchNotes21_0002_MissFortune_Skin01.jpg

MISS FORTUNE

Pertahanan asas dan waveclear Miss Fortune terlalu tinggi sebagai champion ranged apabila dibandingkan dengan marksmen lain. Kami akan melaraskannya agar dapat mengenakan damage yang lebih untuk menghentikan Miss Fortune daripada menang.

Base Stats

  • Armor asas: 35 → 30
  • Health regen asas: 9 → 6
  • Health regen asas setiap tahap: 0.81 → 0.55
  • 21 di tahap 15 → 14 di tahap 15

(P) Love Tap

  • Love Tap Damage vs minion: 100% → 50%
  • [BUGFIX] Love Tap Damage vs monster: 50% (Tidak berubah - kini di tooltip)

PatchNotes21_0003_Olaf_Skin01.jpg

OLAF

Olaf menjadi terlebih konsisten sebagai champion yang mengambil risiko untuk mengenakan damage. Kami telah mengurangkan utiliti dan kuasa early game untuk menjadikan dia kurang berkuasa secara keseluruhan.

Base Stats

  • Armor asas: 40 → 35
  • AD asas: 70 → 64

(1) Undertow

  • Slow: 30/35/40/45% → 20/25/30/35%
  • Tempoh slow: 2.5s → 2s

PatchNotes21_0004_Varus_Skin01.jpg

VARUS

Sedikit saja lagi sebelum Varus berada di kedudukan yang sesuai. Kami meningkatkan abilitynya yang seronok dan unik untuk mengukuhkan kedudukannya dalam barisan marksman.

(1) Piercing Arrow

  • Cooldown: 18/16/14/12s → 16/14/12/10s

PatchNotes21_0005_Vayne_Skin01.jpg

VAYNE

Vayne agak lemah dalam duo lane dan berisiko untuk menjadi yang paling terjejas dengan perubahan Blade of the Ruined King (lihat di bawah). Mengenakan buff ringan yang kami rasa akan menguatkan Vayne ketika berkongsi lane dengan rakan sekutu berbanding seorang diri.

(3) Condemn

  • Stun damage pada terrain: 75/120/165/210 → 105/145/185/225

(Ult) Final Hour

  • Cooldown: 100/80/60s → 90/75/60s

PatchNotes21_0006_Xayah_Skin01.jpg

XAYAH

Xayah apabila dikeluarkan adalah lebih lemah daripada jangkaan kami. Kami memberikan dia buff besar untuk membantunya berkembang.

(1) Double Dagger

  • Damage asas: 35/65/95/125 → 50/75/100/125

(2) Deadly Plumage

  • Attack speed bonus: 25/30/35/40% → 35/40/45/50%

(3) Bladecaller

  • Cooldown: 12/11/10/9s → 11/10/9/8s
  • AD ratio: 0.6 → 0.8

(Ult) Featherstorm

  • Damage asas: 100/200/300 → 125/250/375

ITEM

Blade of the Ruined King telah menjadi item yang sering dipilih untuk semua marksmen walaupun tiada synergy dengan champion tersebut. Kami telah nerf dan mengubah semula item ini supaya lebih selaras dengan champion yang bergantung kepada attack speed. Kami tidak melihat mana-mana champion melee menyalahgunakan item ini, tetapi kami akan meningkatkan on-hit damage daripada serangan melee untuk memastikan ia power-neutral bagi melee champion.

BLADE OF THE RUINED KING

  • Attack damage: 30 → 20
  • Attack speed: 30% → 35%
  • On-hit damage
    • Melee: 6% → 9% daripada nyawa musuh sebagai physical damage
    • Ranged: 6% daripada nyawa musuh sebagai physical damage (tidak berubah)
  • Tempoh drain movement speed: 3s → 2s

Banyak champion yang mendapat terlalu banyak manfaat daripada kuasa Torment Liandry. Kami akan tune semula AP item menjadi lebih rendah supaya item ini mengenakan damage yang tinggi dalam perlawanan panjang menggunakan pasifnya berbanding daripada menjadi item yang memberi satistik AP tinggi. Kami melaraskan Haunting Guise untuk menyeimbangkan perubahan ini.

LIANDRY’S TORMENT

  • Ability power: 90 → 70
  • Jumlah Kos: 3150g (tidak berubah)
  • Kos Gabung: 800g → 950g

HAUNTING GUISE

  • Ability power: 35 → 25
  • Jumlah Kos: 1450g → 1300g
  • Kos naik taraf: 950g → 800g

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIPILIH

4 Mac - 10 Mac: Aurelion Sol, Fiora, Gragas, Kai'Sa, Lee Sin, Lulu, Sona, Teemo, Tristana, Twisted Fate

11 Mac - 17 Mac: Alistar, Amumu, Braum, Camille, Evelynn, Jhin, Seraphine, Singed, Vayne, Yasuo