Wild Rift Patch Note 6.1a
Takut kegelapan? Kami harap tidak, kerana Nocturne akan membuat penampilan sulungnya pada patch ini, bersedia untuk menghantui mimpi ngeri anda dan menakutkan lawan anda dari bayang-bayang. Adventure's Star juga akan mengumpul tenaga kosmik yang mencukupi patch ini dan bersedia untuk anda mencuba keseronokan yang menanti di dalam! Terdapat juga beberapa perubahan balance dan beberapa skin baharu yang akan mencerahkan hari anda, selamat datang ke Patch 6.1a!
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
BAHARU
CHAMPION BAHARU
NOCTURNE, THE ETERNAL NIGHTMARE
Penggabungan demon yang diambil dari mimpi ngeri yang menghantui setiap fikiran yang hidup, perkara yang dikenali sebagai Nocturne telah menjadi kuasa purba ketakutan tulen. Secara zahirnya ia tampak sering berubah secara huru-hara, satu bayangan tidak berwajah dengan mata dingin dan bersenjatakan bilah yang mengerikan. Selepas membebaskan dirinya dari alam roh, kini Nocturne turun ke dunia nyata secara berterusan, untuk memakan kengerian yang hanya boleh berkembang dalam kegelapan sebenar.
Nocturne akan dikeluarkan pada 16 Mei pukul 08:01 pagi GMT+8.

MOD PERMAINAN
Tiga mod permainan akan dikeluarkan lewat patch ini, bersama dengan Adventure's Star! Ia akhirnya mengumpulkan tenaga yang mencukupi dan bersedia untuk anda melihat semua barangan dan keseronokan yang menanti anda!
A A A ARAM
Hextech ARAM telah kembali, tetapi dengan nama baharu dan pengembaraan yang lebih hebat untuk anda dan rakan-rakan anda! Lihatlah ubahsuaian bertatah bintang dan keseronokan baharu!
A A A ARAM akan tersedia untuk dimainkan pada 16 Mei pukul 08:01 pagi GMT+8
ARENA
Tiba masa untuk bertarung! Arena telah kembali, buktikan anda yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.
Arena akan tersedia untuk dimainkan pada 16 Mei pukul 08:01 pagi GMT+8.
ARURF
Regangkan ibu jari anda dan bersiap sedia untuk beberapa pengembaraan rawak yang menyeronokkan bersama-sama rakan anda!
ARURF akan tersedia untuk dimainkan pada 16 Mei pukul 08:01 pagi GMT+8.
SION
Kami meningkatkan kemandirian Sion supaya dia lebih mudah menjadi tank untuk pasukannya semasa teamfight.
Glory in Death
Damage untuk damage asas semasa Pasif Sion: 8% nyawa maksimum sasaran → 10% nyawa maksimum sasaran
Soul Furnace
Cooldown: 15/14/13/12s → 14/13/12/11s
Nilai shield bonus: 10/11/12/13% nyawa maksimum → 10/12/14/16% nyawa maksimum
GAREN
Damage Garen telah kekurangan, jadi kami menghulurkan bantuan kepadanya dengan menaikkan damage abilitynya.
Judgment
Damage asas setiap on-hit: 12/16/20/24 → 15/19/23/27
LEONA
Kami mahu Leona menjadi ancaman yang lebih besar apabila dia terjun ke barisan belakang musuh, jadi kami meningkatkan keupayaannya sebagai tank serta damagenya.
Eclipse
Armor diberikan: 35/50/65/80 + 20% armor bonus → 40/60/80/100 + 20% armor bonus
Magic resistance diberikan: 35/50/65/80 + 20% magic resistance bonus → 40/60/80/100 + 20% magic resistance bonus
Damage asas: 60/95/130/165 → 80/115/150/185
Wukong
Kemampanan Wukong semasa laning terlalu kuat, jadi kami mengurangkan kuasa trade awalnya.
Crushing Blows
Health regeneration setiap stack: 0.5% nyawa maksimum setiap saat → 0.35% nyawa maksimum setiap saat
Nimbus Strike
Damage asas: 80/120/160/200 → 70/110/150/190
VIKTOR
Poke dan burst jarak jauh Viktor sangat bagus untuk menghancurkan musuhnya, tetapi telah menjadi terlalu kuat pada peringkat permainan yang kemudian. Jadi kami memotong nisbah Ability Power untuk mengurangkan kuasanya pada pertengahan hingga akhir permainan.
Siphon Power
Damage attack asas seterusnya: 20/45/70/95 + 100% Attack Damage + 45% Ability Power → 20/40/60/80+100% Attack Damage + 40% Ability Power
Hextech Ray
Damage fasa pertama: 75/120/165/210 + 40% Ability Power → 75/120/165/210 + 30% Ability Power
Damage fasa kedua: 30/70/110/150 + 70% Ability Power → 30/70/110/150 + 60% Ability Power
SIVIR
Damage ricochet Sivir terlalu melampau untuk musuhnya, terutamanya pada awal permainan. Kami mengurangkan damage ini untuk menjadikan damagenya ketika laning dan teamfight lebih mudah dihadapi.
Ricochet
Damage: 8/10/12/14 + 17/20/23/26% Attack Damage → 4/6/8/10 + 15/18/21/24% Attack Damage
BLITZCRANK
Kami telah mengurangkan ketahanan dan damage pertengahan permainan Blitzcrank. Ini akan menjadikannya lebih bergantung pada mengenakan Rocket Grab, berbanding dengan sebelum ini yang hanya dapat mengambil bahagian dalam pertempuran disebabkan oleh shieldnya.
Statistik Asas
Nyawa asas: 720 → 660
Rocket Grab
Damage asas: 110/180/250/320 → 110/175/240/305
JINX
Kami mengurangkan damage awal permainan Jinx sambil meningkatkan crowd control dan kemandiriannya untuk lebih mencerminkan identitinya sebagai marksman berskala.
Statistik Asas
Attack Damage asas: 58 → 54
Flame Chompers!
Cooldown: 16/14/12/10s → 15/13/11/9s
PERUBAHAN GAMEPLAY
SISTEM
Smite
Kami telah melaraskan damage pada monster dan penskalaan pendapatan jungler pada pertengahan hingga akhir permainan. Sambil membuang penalti gold ke atas minion lane pada 7:30, kami juga mengurangkan gold tambahan dan faedah damage yang diberikan oleh Smite untuk melambatkan penskalaan jungle pertengahan permainan—tanpa menjejaskan laluan awal dan kelajuan clear.
15% damage attack asas bonus pada monster → Bermula pada 2:00, damage bonus ini merosot sebanyak 1% setiap 12 saat. Pada 5:00, bonus ini akan dibuang sepenuhnya
Bermula pada 7:30, jungler tidak lagi menerima 20% gold bonus daripada takedown monster
SKIN
Bioforge Darius Akan dikeluarkan pada 30 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 ![]() | Weather Entity Aatrox Akan dikeluarkan pada 30 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 ![]() |
Weather Entity Ezreal Akan dikeluarkan pada 30 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 ![]() | Weather Entity Orianna Akan dikeluarkan pada 30 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 ![]() |
Weather Entity Vladimir Akan dikeluarkan pada 30 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 ![]() | Prestige Select Weather Entity Ezreal Akan dikeluarkan pada 30 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8 ![]() |
Mecha Nocturne Akan dikeluarkan pada 16 Mei @ pukul 08:01 pagi GMT+8 ![]() | Mecha Volibear Akan dikeluarkan pada 16 Mei @ pukul 08:01 pagi GMT+8 ![]() |
Mecha Nautilus Akan dikeluarkan pada 16 Mei @ pukul 08:01 pagi GMT+8 ![]() | Mecha Maokai Akan dikeluarkan pada 16 Mei @ pukul 08:01 pagi GMT+8 ![]() |