Hala Tuju Champion 2026

Sebuah fail kes baru sahaja tiba di meja kami, meninggalkan petunjuk tentang beberapa champion yang akan tiba di Rift pada tahun 2026. Dapatkah anda selesaikan kes ini?

Salam sejahtera para detektif sekalian. Tahun 2026 sudah bermula, dan kami hampir selesai dengan patch pertama kami untuk tahun ini. Ketika anda semua sibuk mendaki ladder, mengalahkan rakan anda di AAA ARAM dan meluangkan masa dengan companion anda, kami telah bekerja keras. Sebuah fail kes yang sangat sensitif telah sampai ke meja saya, maklumat sulit tahap tertinggi. Sejujurnya, saya terkejut apabila membuka fail tersebut, kerana di dalam terdapat empat barang kes. Masing-masing memberikan petunjuk berbeza tentang desas-desus hal yang mungkin akan berlaku di Rift kami. Saya pasti akan dilanda masalah hanya kerana membangkitkan hal ini dengan anda semua, tetapi saya benar-benar terdesak. Saya langsung tidak faham maksud semua ini yang telah menyebabkan saya berjaga sepanjang malam. Saya perlukan bantuan anda. Sila semak secepat mungkin.

FAIL KES: Siasatan Barisan Champion Wild Rift 2026
STATUS: Siasatan sedang dijalankan, berbilang suspek utama

Barang Kes A: Sejelas Kristal

Bukti Terkumpul:

  • Aktiviti seismos direkodkan di bawah koridor utama jungle.

  • Satu rework operasi penuh telah disiapkan di tempat lain. 

Profil:

  • Perawakan yang menggerunkan.

  • Identiti baru sahaja dikemas kini. 

  • Cemerlang dalam ruang sempit. 

Motif: 

  • Wild Rift sentiasa boleh manfaatkan tank baharu… jadi mungkin itulah sebabnya pasukan dev ingin membawa champion ini ke Rift.

Kesimpulan Semasa:

  • Jika anda rasa Rift bergegar di bawah kaki anda, atau laluan menuju kemenangan tampak sejelas kristal, anda mungkin sudah bersedia untuk makhluk ini mengubah segalanya. 

Barang Kes B: Selera Meningkat

Bukti Terkumpul:

  • Permintaan komuniti terhadap champion ini telah mencapai tahap kritikal selama ini, malah ada yang mengatakan permintaan ini semakin meruncing. Terutamanya apabila monster turut diperkatakan. 

  • Dokumen yang ditinggalkan di atas meja oleh pasukan dev menunjukkan bahawa ia mempunyai cita rasa yang halus dan tahu dengan tepat perkara yang ingin ia bawa ke Rift. 

Profil:

  • Semakin lama kes ini berlanjutan, semakin kuat ia boleh jadi. 

  • Setiap team fight hanyalah satu hidangan daripada keseluruhan jamuan yang akan anda alami sepanjang permainan.  

  • Mudah diurus pada mulanya, namun berakhir dengan luar biasa. 

Motif: 

  • Kami ada assassin, kami ada orang-orang yang menakutkan, tetapi kami belum ada apa-apa yang benar-benar menguasai seluruh skrin anda… 

Kesimpulan Semasa:

  • Pasukan dev tahu selera kami semakin memuncak, tetapi adakah kami benar-benar bersedia untuk jamuan yang bakal berlaku apabila suspek ini mengambil tempat di meja?

Barang Kes C: Kurator Malapetaka

Bukti Terkumpul:

  • Ability dan perkara yang boleh anda lakukan dengan ability itu adalah agak kompleks. 

  • Corak gunaan dan kombo yang unik, sesuatu yang belum pernah dilihat di Rift kami setakat ini. 

  • Tahap kemahiran tinggi, yang memerlukan anda menyediakan, menggabungkan dan menerapkan kemahiran anda sebelum mencuba champion ini. 

Profil:

  • Boleh mengawal pertempuran hanya dengan satu sentuhan jari. 

  • Ketepatan jitu. 

  • Akan membuatkan lawan anda terasa tidak setanding. 

Motif: 

  • Pasukan dev tahu betapa anda semua suka bergaya di hadapan lawan dengan aksi hebat. Masuk akal untuk mereka memilih suspek ini untuk dilepaskan. 

Kesimpulan Semasa:

  • Jika suspek ini benar-benar muncul, satu perkara yang pasti ialah ia tidak akan menggegarkan Rift seperti beberapa suspek lain. Tidak… secara jujur, ia pasti akan membayangkan semula Rift ini sepenuhnya. 

Barang Kes D: Kuasa Pinjaman

Bukti Terkumpul:

  • Menurut sejarah, champion ini memang terkenal kerana mampu mengubah meta. 

  • Kekacauan adalah satu kepastian, yang ini tidak boleh dirantai. 

Profil:

  • Menukar kekuatan musuh menjadi kelebihan untuk pasukan sendiri. 

  • Lebih suka berhadapan dengan lawan yang lebih kuat… cabaran diterima, mungkin dia boleh ambil kesempatan daripada handikap itu. 

  • Mampu membalikkan keadaan. 

Motif: 

  • Terdapat banyak ability yang menjolok mata di Rift, lihat sahaja pada salah satu tambahan terbaru kami, Norra. Jadi, masuk akal yang pasukan ini ingin menambah seseorang yang bukan sahaja sedemikian, tetapi juga mampu mengubah sepenuhnya cara pertempuran berlangsung. 

Kesimpulan Semasa:

  • Keadaan di Rift kebelakangan ini terasa... terlalu teratur. Terlalu berstruktur, terlalu mudah dijangka. Namun adakah kami benar-benar bersedia untuk perkara yang bakal berlaku apabila seseorang menyertai Rift dan memutuskan bahawa peraturan hanyalah sekadar cadangan?

Baiklah, detektif, itulah semua bukti yang telah dikemukakan kepada saya dalam folder kes ini. Saya harap anda boleh bantu saya, kerana saya masih bingung memikirkan maksud petunjuk-petunjuk ini. Apa-apa pun, kami akan tahu identiti sebenarnya suspek-suspek tersebut sepanjang tahun ini, tetapi buat masa ini saya perlu mengucapkan selamat tinggal dan semoga berjaya menyelesaikan kes ini.