Norra: Jalan Pulang yang Jauh
Norra: Jalan Pulang yang Jauh
Norra sudah lama tahu cara portal berfungsi. Dia tahu cara portal melipat ruang, cara ia berdengung sebelum terbuka, cara ia menarik kenangan agar terlekat seperti penanda buku yang ditinggalkan di halaman yang tepat. Perkara yang dia tidak tahu, sekurang-kurangnya belum tahu lagi, ialah cara seseorang mencari jalan pulang.
Tersesat di Realm’s End, suatu ruang poket yang terletak jauh dari Bandle City, Norra meneruskan usahanya dengan satu-satunya cara yang dia tahu: dengan berwaspada, teliti dan secawan teh yang tidak pernah terlalu jauh. Kami juga tidak boleh menyalahkannya, kerana siapa sahaja tidak suka secawan teh yang enak. Namun dengan Norra, setiap spell yang digunakan ialah satu eksperimen. Setiap trinket yang ditinggalkan ialah satu peringatan. Setiap letusan magik jarak jauh pula tersemat rasa terdesak yang senyap. Ini kerana semakin lama dia menghilang, semakin dia risau dirinya akan dilupakan.
Norra merupakan artillery mage di Wild Rift, dibina untuk mengenakan magic damage dahsyat dari jarak jauh sambil memberi ganjaran untuk persediaan, kesabaran dan pengalaman anda. Dia juga merupakan champion pertama ke Rift bagi kami, dan kami ingin membawakan sesuatu yang baharu dengan menumpukan pada arketip yang sangat khusus tertentu yang belum lazim di Wild Rift lagi, artillery mage. Kami harap semua penggemar artillery mage akan tertarik dengan kitnya dan seronok memainkannya pada telefon anda!
Portalpalooza!: Pilih Laluan
Untuk champion pertama ke Rift kami, adalah penting bagi kami untuk mereka bentuk kitanya supaya mementingkan mudah alih dahulu. Sebelum ini kami berupaya mengedit satu atau dua ability dalam kit sesuatu Champion agar sesuai untuk mudah alih, tetapi kami tidak pernah berupaya untuk mereka bentuk demi mudah alih dari awal, jadi hal itu merupakan keutamaan pertama kami. Hal itu juga merupakan sesuatu yang tidak sabar-sabar digarap oleh semua orang dalam pasukan ini. Walaupun kami berupaya untuk menyelitkan unsur-unsur mudah alih merentas seluruh kitnya, ability ultimate Norra, Portalpalooza!, ialah tempat yang kami benar-benar dapat meneroka kemungkinan ini.
Selepas memilih suatu kawasan, Norra memasuki keadaan menyihir dan akan summon satu rangkaian portal. Sepanjang tempoh ini, anda boleh memilih arah dia menggunakan spell, sehingga empat kali dengan meleret pada skrin telefon anda. Setiap pilihan akan membuka portal yang melepaskan projektil magik di sepanjang laluan, mengenakan damage pada musuh yang dilalui. Pada arah keempat dan terakhir pula? Yang itu datang dengan tamparan yang sedikiiiit lebih berbisa.
Portalpalooza sangat mementingkan analisis pertempuran. Menghalang jalan melarikan diri, memisahkan pasukan atau menghukum musuh yang berkumpul dengan terlalu rapat. Kitnya patut terasa menggemparkan dan meninggalkan kesan, sambil memanfaatkan ciri telefon mudah alih untuk menyampaikan pengalaman yang unik kepada anda semua. Seluruh pasukan kami amat berpuas hati apabila mereka menyambungkan titik dan menyerang berbilang musuh pada masa yang sama dengan setiap leretan pada skrin mereka dan kami harap anda alami keseronokan dan kepuasan hati itu apabila anda mencuba Norra juga!
Beloved Trinkets: Kenangan yang Ditinggalkan
Apabila Norra menggunakan abilitynya, trinket yang dipenuhi kenangan ini akan ditinggalkan. Jika terlalu didekati musuh, trinket ini akan diaktfikan, melepaskan magik yang disimpan sebagai letupan tertunda. Secara asasnya, pasif Norra mencipta lapangan periuk api yang berfungsi untuk menyekat sesuatu kawasan bagi musuhnya. Ketika musuhnya perlu berwaspada di sekeliling periuk api ini, Norra dapat meramalkan laluan mereka dengan lebih baik dan menyasarkan skill shotnya.
Memory Surge: Berpegang Teguh, Kemudian Menerima Seadanya
Spell utama Norra, Memory Surge, menakrifkan kemampuan artilerinya.
Dengan mengecas ability ini, Norra mengumpul kenangan tanah airnya, menjadikan dirinya slow sambil tenaga itu terkumpul. Apabila dilepaskan, dia menembak letusan tenaga magik dan mengenakan magic damage.
Semakin lama Memory Surge dicas:
-
Jarak spell ini ditingkatkan
-
Damage spell ini ditingkatkan
Mengecas dengan sepenuhnya akan mengaktifkan hasil terbesar spell ini. Pada jarak maksimum, letupan itu mencetuskan Memory Trinket juga, menghasilkan tindak balas berantai kuat yang boleh mengenakan damage yang besar untuk menjamin kill dari jarak yang amat jauh dari barisan hadapan.
Journey to Nowhere: Melangkah Mengelak Mudarat
Dengan Journey to Nowhere, Norra membuka portal misteri yang mengenakan damage pada champion musuh dan mengusir mereka ke ruang yang tidak diketahui untuk seketika. Ketika diusir, musuh tidak boleh attack atau menggunakan ability, tetapi mereka masih boleh melihat posisi champion di luar dan bergerak dalam ruang poket ini. Bagi Norra, spell ini pertama-pertama sekali ialah satu talian hayat.
Apabila musuh terlalu dekat atau pertempuran menjadi berbahaya, Journey to Nowhere memberi Norra ruang untuk bernafas. Spell ini boleh mengganggu ancaman dan melengahkan masa yang berharga untuk mengubah posisi atau berundur. Dalam pertempuran Wild Rift yang pantas, diam sejenak itu dapat membezakan antara melengkapkan gunaan spell dengan dihantar kembali ke fountain.
Pakar portal berpengalaman tahu bahawa pengusiran sejenak dapat menjadi peluang untuk menyediakan damage susulan. Namun secara asasnya, Journey to Nowhere ialah Norra meminta diri daripada bahaya dengan sopan.
Thread of Homecoming: Kurang Kenangan Terbuang
Magik Norra lama bertahan.
Apabila trinketnya meletup, musuh akan terjejas dengan Thread Sigil, yang akan slow mereka dan menjadikan mereka lebih mudah diserang oleh ability susulan. Dengan Thread of Homecoming, Norra menyebarkan kesan ini dengan sengaja, mengenakan magic damage dan memberikan Thread Sigil kepada musuh dalam satu kawasan.
Namun jangan lupa, kesan ini bukan sahaja terpakai untuk Norra tetapi seluruh pasukannya juga. Kami tidak sabar melihat champion manakah yang ingin bekerjasama dengan Norra untuk memanfaatkan enchantment unik ini.Kami juga tidak sabar untuk memperkenalkan Thread Sigil kepada permainan ini, memandangkan ia juga merupakan jenis debuff baharu yang membesarkan saiz perlanggaran mereka yang terjejas, menjadikan skillshot lebih mudah untuk terkena. Walaupun jenis debuff baharu ini mengimbuhkan keupayaan artileri Norra, kami juga berminat untuk melihat komposisi pasukan baharu yang berkisar pada Norra menaik dalam meta.
Perwatakan Norra: Nenek Dengan Masalah Portal
Norra merupakan Yordle yang mesra, prihatin dan sentiasa peramah. Dia percaya setiap ruang boleh terasa seperti rumah sendiri jika anda tambahkan teh, buku dan perhatian yang mencukupi. (Dan kami setuju dengannya.) Dia mengingati semua orang yang dia temui, kadangkala lebih baik berbanding dengan perkara yang orang tersebut ingat. Trinketnya bukanlah trofi. Semua itu merupakan tanda kenangan.
Namun di sebalik sikapnya yang lemah lembut itu, tersimpan rasa cemas yang semakin mendalam. Semakin lama dia kekal sesat di Realm’s End, semakin dia bimbang pondoknya, rakan-rakannya, dan mungkin juga Yuumi akan hilang tanpa dia di sana untuk menjaga mereka. Itulah sebab Norra mengumpul kenangan, bukan kerana sikap tamak tetapi kerana ketakutan. Apabila kenangan tersebut diancam, magiknya menjadi mustahil untuk diendahkan.
Sehingga masa itu, dia menjaga kenangannya seperti unggun api, percaya bahawa selagi dia mengingati orang tersayang, tiada portal yang benar-benar tertutup.