Wild Rift Patch Notes 5.1c

Awas, anak pokok Maokai sedang menyerang!

Lihat! Di langit! Itu burung! Itu kapal terbang! Itu anak pokok Maokai yang disasarkan terus pada anda! Harap anda tidak berada di dalam semak. Mari pergi ke tempat yang lebih selesa untuk melihat patch note yang selebihnya. Terdapat mod permainan baharu yang menyeronokkan untuk dicuba, Wild Pass serba baharu untuk diusahakan dan perubahan balance yang dijadualkan secara berkala. Selamat datang ke Patch 5.1c!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


BAHARU

CHAMPION BAHARU

MAOKAI, THE TWISTED TREANT

Maokai ialah treant pemarah dan tinggi menjulang yang melawan kengerian luar biasa di Shadow Isles. Dia berubah menjadi kuasa dendam selepas malapetaka magik memusnahkan tanah airnya, terselamat daripada menjadi mayat hidup hanya melalui Waters of Life yang terseduh di dalam kayu hatinya. Dahulunya roh alam semula jadi yang damai, Maokai kini bertempur dengan penuh amarah untuk menghalau bencana mayat hidup dari Shadow Isles dan memulihkan tanah airnya agar ia indah seperti dahulu kala

Maokai akan dikeluarkan pada 14 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

CIRI BAHARU

ARENA: RUINOUS MIGHT

Terdapat seorang NPC baharu dan beberapa ubahsuaian baharu! Mari cubalah!

Arena: Ruinous Might akan tersedia pada 6 Jun

URF x LEAGUE OF DRAVEN

Anda Draven dan mereka Draven dan semua orang pun Draven!

Urf x League of Draven akan tersedia pada 17 Jun

EVENT

MAOKAI’S TRIVIA

Amaran champion baharu! Selesaikan misi untuk mendapatkan ganjaran!

Event Maokai’s Trivia akan bermula pada 14 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

KINI MENAYANGKAN: MOD BERGILIR

Cubalah barisan mod permainan kami yang berbeza-beza seperti PVP, ARAM, Ranked serta mod permainan istimewa seperti URF dan One for All dan dapatkan ganjaran!

Event Kini Menayangkan: Mod Bergilir akan bermula pada 17 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

WILD PASS SPRINT

Log masuk dan selesaikan misi Wild Pass untuk mendapatkan hadiah!

Event Wild Pass Sprint akan bermula pada 21 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8


PERUBAHAN CHAMPION

ZED

Prestasi Zed agak teruk berbanding dengan assassin yang lain, terutamanya pada awal permainan. Kami akan melaraskan beberapa nilainya untuk memastikan dia tidak ketinggalan.

Death Mark

    30%/42.5%/55% damage yang dikenakan semasa tanda aktif

Wukong

Wukong tidak dapat clear kem Jungle sepantas Jungler yang lain, mengakibatkan dia lebih lambat berbanding dengan mereka. Perubahan ini akan memastikan dia tidak ketinggalan supaya dia juga dapat membantu di lanenya dengan lebih baik.

GOLDEN STAFF

  • Damage: 50/70/90/110 + 35/40/45/50% Attack Damage → 60/80/100/120 + 35/40/45/50% Attack Damage

WARRIOR TRICKSTER

  • Cooldown: 17/16/15/14s → 14/13.5/13/12.5s

KENNEN

Anda tahu perkara yang terjadi apabila anda berjalan di atas permaidani sambil memakai kasut dan menyentuh pemegang pintu? Kejutan statik kecil itu boleh diumpamakan seperti perasaan memainkan Kennen akhir-akhir ini. Tidak ideal. Kami akan buff statistik asasnya serta damage dan cooldownnya supaya dia benar-benar dapat meributkan keadaan.

  • Attack Damage asas: 58 → 62
  • Armor asas: 40 → 43

ELECTRICAL SURGE

  • Damage pasif: 35/45/55/65 + 70/80/90/100% Attack Damage + 30% Ability Power → 45/55/65/75 + 70/80/90/100% Attack Damage + 30% Ability Power

LIGHTNING RUSH

  • Cooldown: 9/8/7/6s → 7.5/7/6.5/6s

RAKAN

Sebagai support yang menyerang, Rakan lebih mudah cedera berbanding dengan anak burung (dengan bulu pelepah yang lebih cantik). Bagaimanakah kami boleh mengharapkan dia terbang ke musuh apabila dia kalah dengan begitu mudah? Kami akan melaraskan nilai-nilainya supaya dia dapat terbang menjulang.

  • Nyawa asas: 540 → 570
  • Armor asas: 40 → 43

BATTLE DANCE

  • Nilai value: 35/70/105/140 + 65% Ability Power → 50/80/110/140 + 65% Ability Power

DIANA

Diana terasa agak kurang memberangsangkan akhir-akhir ini. Mungkin gerhana baru-baru ini telah membuatnya hilang tumpuan. Kami akan memastikan spellnya masih mampu meninggalkan kesan.

CRESCENT STRIKE

  • Cooldown: 9/8/7/6s → 8/7/6/5s
  • Mana: 55/65/75/85 → 50/55/60/65

PALE CASCADE

  • Damage: 25/40/55/70 + 20% Ability Power → 25/40/55/70 + 25% Ability Power
  • Nilai shield: 40/60/80/100 + 40% Ability Power → 50/70/90/110 + 40% Ability Power
  • Peningkatan nilai shield selepas letusan sfera ke-3: 40/60/80/100 + 40% Ability Power → 50/70/90/110 + 40% Ability Power

VI

Semua armor padanya itu bukan hanya untuk ditunjuk-tunjuk! Armor itu sepatutnya mempunyai kesan, jadi kami akan buff kemandirian Vi untuk memastikan dia dapat menghadapi mana-mana Jungler musuh yang datang kepadanya.

  • Armor asas: 34 → 40

BLAST SHIELD

  • Cooldown: 12/11/10/9s → 10/9/8/7s

SHYVANA

Shyvana ialah champion yang memerlukan masa dan farm untuk membesar dan mencapai bentuk terakhirnya. Namun begitu, kelajuan keseluruhan permainan baru-baru ini terlalu laju untuknya berbuat sedemikian. Kami akan buff nilai-nilainya untuk memastikan dia tidak ketinggalan.

Fury of the Dragonborn

  • Memberikan 12 → 15 Draconic Bloodline dengan takedown champion musuh, membunuh Rift Herald atau Baron Nashor

Burnout

  • Damage setiap saat: 35/50/65/80 + 30% bonus Attack Damage → 40/55/70/85 + 30% bonus Attack Damage

GRAGAS

Prestasi Gragas tidak setanding yang lain, jadi kami menjadikannya lebih tanky supaya dia lebih bersesuaian untuk mana-mana situasi yang mungkin dihadapinya di Rift.

Happy Hour

  • Health Regen: 7% Nyawa maksimum → 8.5% Nyawa maksimum

Drunken Rage

  • Pengurangan damage: 8/11/14/17% + 0.04% Ability Power → 11/13/15/17% + 0.04% Ability Power
  • Damage: 20/60/100/140+90% Ability Power→ 50/80/110/140+90% Ability Power

EZREAL

Keistimewaan Ezreal ialah keupayaannya untuk mengubah posisinya mengikut kehendak. Kami akan memberinya buff kecil supaya dia lebih mudah dikendalikan tanpa mengira apa-apa jua situasi yang dia hadapi.

  • Armor asas: 30 → 34

Mystic Shot

  • Damage: 35/70/105/140+120% Attack Damage + 30% Ability Power → 50/85/120/155+120% Attack Damage + 30% Ability Power

Arcane Shift

  • Cooldown: 28/24/20/16s → 24/21/18/15s

YONE

Kami akan melaraskan sedikit nilai-nilai Yone untuk memastikan dia sejajar dengan semua champion lain.

  • Armor asas: 40 → 37

MORTAL STEEL

  • Damage: 25/50/75/100 + 100% Attack Damage → 30/50/70/90 + 100% Attack Damage
  • Damage pada monster: 80% → 70%

VIEGO

Viego 🤝 item Crit. Perubahan ini akan memastikan burst damagenya lebih munasabah.

BLADE OF THE RUINED KING

  • Damage serangan kedua: 30% Attack Damage → 20% Attack Damage
  • Damage daripada Aktif: (25/45/65/85 + 80% Attack Damage ) × (1 + 100% ×Crit rate)→ (25/45/65/85 + 80% Attack Damage ) × (1 + 75% × Crit rate)

HEARTBREAKER

  • Damage: 120%~240% Attack Damage × (1+ Crit rate) → 120%~210% Attack Damage × (1+Crit rate)
  • Bonus damage: (12/16/20 + 7.5% bonus Attack Damage)% Nyawa sasaran yang hilang → (12/16/20 + 6% bonus Attack Damage)% Nyawa sasaran yang hilang

LILLIA

Lillia kini sedang menghentam musuhnya seperti pin boling. Kami akan nerf damagenya sebelum dia mendapat satu lagi strike.

BLOOMING BLOWS

  • Damage: 40/60/80/100 + 45% Ability Power → 35/55/75/95 + 40% Ability Power
  • True damage daripada lingkaran luaran: 40/60/80/100 + 45% Ability Power → 35/55/75/95+40% Ability Power

WATCH OUT! EEP!

  • Damage: 70/110/150/190 + 40% Ability Power → 70/110/150/190 + 35% Ability Power
  • Damage bahagian tengah: 140/220/300/380 + 80% Ability Power→ 140/220/300/380 + 70% Ability Power

HECARIM

Hecarim telah menginjak-injak musuhnya dengan mudah. Kami akan melaraskan nilai-nilanya dan mengoptimumkan cara Rampagenya berfungsi untuk memastikan dia tidak terawang-awang.

  • Nyawa pertumbuhan: 120 → 112

RAMPAGE

  • [Removed] Mekanik Rampage: tekan kali pertama untuk mengecas, kemudian tekan untuk menggunakan secara awal.
  • [New] Mengecas lembing Hecarim selama 0.75s, meluaskan kawasan yang dia kenakan damage. Digunakan secara automatik apabila sudah dicas penuh, mengenakan (5/15/25/35 + 110% Attack Damage) physical damage.

DEVASTATING CHARGE

  • Peningkatan movement speed berterusan: 65% → 55%

MISS FORTUNE

Miss Fortune pasca rework tidak meninggalkan kesan seperti yang kami harapkan. Kami akan meningkatkan damagenya supaya dia dapat kekal menjadi pilihan yang baik sebagai ADC yang kuat.

Double Up

  • Damage: 40/80/120/160 + 110/115/120/125% Attack Damage + 35% Ability Power → 60/95/130/165 + 115/120/125/130% Attack Damage + 35% Ability Power

Strut

  • Pengurangan cooldown selepas mengaktifkan Love Tap dengan stack penuh: 1s → 2s

Make It Rain

  • Damage setiap 0.25s: 10/16/22/28 + 10% Ability Power → 15/20/25/30 + 10% Ability Power
  • Cooldown: 16/14/12/10s →14.5/13/11.5/10s
  • Mana: 80/80/80/80 → 65/70/75/80

JAX

Bangun sayang, sudah tiba masa untuk rework Jax. Kami mahu menjadikannya lebih lancar untuk dimainkan, serta lebih kuat dalam teamfight. Rework Jax akan dikeluarkan pada 20 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

Leap Strike

  • Damage: 70/125/180/235 + (100% bonus Attack Damage + 60% Ability Power) → 70/125/180/235 (+100% bonus Attack Damage)

Empower

  • [New] damage pada monster: 125%

Counter Strike

  • Damage: (55/90/125/160 + 50% bonus Attack Damage) physical damage → (35/75/115/155 + 3% Nyawa maksimum sasaran + 70% Ability Power) magic damage

Grandmaster's Might

  • [Removed] Grandmaster’s Might
  • [Adjustment] Pasif: Mengenakan (60/110/160 + 70% Ability Power) magic damage tambahan dengan setiap 3 serangan asas berturutan yang dia lancarkan dalam masa 3 saat.
  • [New] Aktif: Mengayunkan tongkatnya, mengenakan (150/250/350 + 100% Ability Power) magic damage pada musuh berdekatan. Apabila mengenai hanya satu champion musuh, mendapat 30/50/70 (+ 40% Attack Damage bonus) Armor dan Magic Resist bersamaan dengan 60% daripada Armor tersebut. Jika dia mengenai lebih daripada satu champion, dia akan mendapat 15/20/25 (+ 10% Attack Damage bonus) Armor dan Magic Resist bonus bersamaan dengan 60% daripada Armor tersebut selama 8s untuk setiap champion tambahan yang terkena. Sepanjang tempoh ini, saiznya meningkat sebanyak 10% dan dia mengenakan magic damage tambahan dengan setiap attack kedua.
  • [New] Damage pada monster: 110%

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

ROD OF AGES

Kami akan memastikan Rod of Ages menyediakan lebih banyak statistik kepada champion pada akhir permainan supaya ia kekal sebagai item yang menarik untuk dibeli bagi pemain.

Veteran:

  • Setiap stack memberikan 20 Nyawa, 10 Mana dan 6 Ability Power, stack 1 setiap 45 saat. Maksimum 10 stack, memberikan 200 Nyawa, 100 Mana dan 60 Ability Power → Setiap stack memberikan 25 Nyawa, 10 Mana dan 6 Ability Power, stack 1 setiap 40 saat. Maksimum 10 stack, memberikan 250 Nyawa, 100 Mana dan 60 Ability Power

PERUBAHAN RUNE

RESOLVE: OVERGROWTH

Dengan item baru-baru ini yang memberikan Nyawa maksimum bonus, Overgrowth menjadikan beberapa champion terlalu sukar untuk dihadapi. Kami akan memberinya nerf yang kecil.

  • Mendapat 3.5% Nyawa maksimum bonus sehingga 30 stack → Mendapat 3% Nyawa maksimum bonus sehingga 30 stack.

SKIN

Tranquility Dragon Karma

Akan dikeluarkan pada 7 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Storm Dragon Lee Sin

Akan dikeluarkan pada 7 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Duality Dragon Volibear

Akan dikeluarkan pada 7 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Obsidian Dragon Sett

Akan dikeluarkan pada 7 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Steel Dragon Thresh

Akan dikeluarkan pada 7 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Zephyr Dragon Master Yi Mythic Chroma

Akan dikeluarkan pada 7 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Meowkai

Akan dikeluarkan pada 14 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Infernal Shen

Akan dikeluarkan pada 14 Jun @ pukul 08:01 pagi GMT+8