Wild Rift Patch Note 5.1

Sertai Kalista dan berlayarlah ke Patch Note 5.1!

Bayangan dan mist sedang merayap di Rift, dan kami di sini untuk membawa anda bersama-sama untuk perjalanan ini! Selami lore Ruination dengan lebih mendalam, bermula dengan wanita berlembing kegemaran kami, Kalista. Terdapat perubahan gameplay bertemakan mist, musim ranked baharu, dan barisan skin baharu yang pasti akan meninggalkan kesan. Selamat datang ke Patch 5.1!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


HOTFIX

KALISTA

Kalista hangat di pasaran tetapi dia perlu lebih membara di Lane. Dia juga bergelut untuk tidak ketinggalan dalam team fight. Kami melaraskan beberapa nilai untuk memastikan lembing semangat ini akan sampaikan dendamnya!

Statistik Asas

  • Attack Damage setiap level: 3 → 3.5
  • Nyawa setiap Level: 104 → 120

(1) Pierce

  • Damage: 50/110/170/230 + 105% Attack Damage → 60/125/190/255 + 105% Attack Damage

(3) Rend

  • Damage Awal: 15/30/45/60 + 65% Attack Damage → 30/45/60/75 + 70% Attack Damage
  • Damage setiap lembing berikutnya: 7/11/15/19 + 26/28/30/32% Attack Damage → 10/15/20/25 + 30/34/38/42% Attack Damage

LIGHT - HORIZON FOCUS

Horizon Focus telah melakukan terlalu banyak damage jadi kami laraskan sedikit nilainya.

Hypershot

  • Mengenakan damage pada champion musuh menggunakan ability dari jarak 600 unit jauh mendedahkan mereka selama 6 saat dan meningkatkan damage yang dikenakan pada mereka sebanyak 12% → 9%

LIGHT - INFINITY ORB

Harga Infinity Orb tidak menggambarkan jumlah nilai yang ditawarkan dengan tepat jadi kami telah melaraskannya juga.

Statistik Asas

  • Kos: 3200 → 3400g

BAHARU

CHAMPION BAHARU

KALISTA, THE SPEAR OF VENGEANCE

Hantu kemarahan dan pembalasan, Kalista merupakan semangat dendam yang tidak akan mati, mimpi ngeri berperisai yang diseru dari Shadow Isles untuk memburu penipu dan pengkhianat. Orang yang dikhianati mungkin menangis tangisan darah supaya dendam mereka dibalas, tetapi Kalista hanya menjawab mereka yang sanggup membayar dengan jiwa mereka. Mereka yang menjadi tumpuan kemarahan Kalista baik menerima sahaja takdir mereka, kerana mana-mana perjanjian yang dimeterai dengan pemburu suram ini hanya boleh berakhir dengan tusukan api tombak jiwanya yang sejuk.

Kalista_-_Classic_-_WildRiftSplash.jpg

Kalista akan dikeluarkan pada 11 April pukul 08:01 pagi GMT+8.

WILD PASS

Perciklah aie sebesar-besarnya dengan Food Spirits Fizz, Wild Pass terbaharu kami! Ascended Food Spirits Fizz menanti anda di level 75. Terdapat juga Ensign Pertempuran baharu yang tersedia di Wild Pass Emporium, bersama dengan pengembalian masa terhad Hexplorer Galio, Hexplorer Shyvana, Hexplorer Tristana, Stargazer Karma dan Ascended Stargazer Karma!

Food_Spirits_Fizz.jpg

RANKED MUSIM 13

Glorious Crown Braum akan dilancarkan seiring dengan Ranked Musim 13! Bersama-samanya adalah Glorious Armada Jarvan IV, skin Musim 10 kami, yang tersedia melalui Kedai Ranked.

Glorious_Crown_Braum.jpg

EVENT

RUINATION: KALISTA’S ODYSSEY

Sertai Kalista and mengembaralah jauh ke pedalaman Shadow Isles. Aktifkan komik naratif untuk menyaksikan perubahan bersejarah Blessed Isles menjadi Shadow Isles.

Ruination_Kalista_s_Odyssey.jpg

Event Ruination: Kalista’s Odyssey akan bermula pada 12 April pukul 08:01 pagi GMT+8

PRESENTS FOR PRESENCE

Log masuk setiap hari dan tuntutlah hadiah seperti Blue Mote dan Orange Gemstone!

Event Presents for Presence akan bermula pada 21 April pukul 08:01 pagi GMT+8


CHAMPION CHANGES

AURELION SOL

Dragon kegemaran kami di Mid Lane telah melahap stardust dan mengatasi musuhnya, terutamanya sepanjang awal hingga pertengahan permainan. Perubahan ini memastikan dia tidak terawang-awang tetapi masih dapat berskala secara eksponen pada akhir permainan.

SINGULARITY

  • Stardust yang diberikan oleh minion dan monster kecil: 2 → 1
  • Stardust yang diberikan oleh siege minion, cannon minion dan monster besar: 3 → 5

FIORA

Kami memastikan semua ability Fiora dapat mengalir antara satu sama lain dengan lancar. Riposte kini boleh digunakan semasa dash Fiora ketika Lunge.

JHIN

Mampu mempamerkan prestasi yang baik ialah keutamaan bagi Virtuoso kami tetapi output damagenya telah menjejaskan matlamat ini. Kami melaraskan nilainya supaya dia mampu mengagumkan sekutu dan musuhnya pada masa yang sama.

passive

  • Peningkatan Attack Damage setiap level: 4% setiap level → 4.5% setiap level

MASTER YI

Blademaster kegemaran kami kerap terjerumus ke dalam situasi yang rumit selepas menggunakan Alpha Strike dan tidak mampu melepaskan diri. Perubahan ini akan memastikan dia dapat masuk dan juga keluar pertempuran!

Meditate

  • Master Yi kini boleh menggunakan Meditate serta-merta antara attack untuk mengurangkan damage teruk.
  • [New] Pengurangan damage meningkat kepada 90% semasa 0.5 saat pertama.

Wuju Style

  • [New] Ability kini akan set semula attack.

Highlander

  • [Removed] Mengurangkan Cooldown ability asas sebanyak 70% apabila takedown.
  • [New] Mengurangkan Cooldown Meditate sebanyak 90% dan Cooldown ability asas lain sebanyak 70% apabila takedown.

SYNDRA

Membaiki isu penunjuk pembunuhan yang muncul pada bar Nyawa musuh apabila Syndra mengumpul 100 Splinters of Wrath.

TALON

Kami melaraskan damage Talon pada monster kerana dia clear mereka lebih cepat berbanding dengan rakan seperjuangannya di Jungle.

RAKE

  • [New] Damage pada monster: 70%

URGOT

Urgot telah menduduki takhta sebagai salah satu champion dengan win rate tertinggi di papan pendahulu secara penuh selesa. Memandangkan betapa tankynya dia, terutamanya semasa akhir permainan, dia mengenakan terlalu banyak damage. Kami melaraskan beberapa nilai agar dia kekal sebagai pilihan yang bagus jika anda memerlukan sumber damage yang tanky, tetapi lebih munasabah untuk ditangani.

base_stats

  • Attack Damage setiap level: 4.5 → 3.5

passive

  • Damage: 50/65/80/95% Attack Damage + 2/3.5/5/6.5% Nyawa maksimum sasaran → 50/65/80/95% Attack Damage + 2/3/4/5% Nyawa maksimum sasaran (meningkat pada level 1/5/9/13)

Wukong

Kemas kini baharu Wukong bukan sahaja membawa ability baharu tetapi juga teks baharu untuk menerangkannya. Walau bagaimanapun, teks ini agak panjang, jadi kami telah menyusun semula penerangan tersebut menjadi lebih ringkas!

GOLDEN STAFF

  • Pasif: Meningkatkan kesan empower Golden Staff pada attack setiap 12/10/8/6 saat, meningkatkan damage bonus sebanyak 50%. Takedown champion mengurangkan cooldown pasif ability ini sebanyak 2 saat; mendapat kill akan refresh ability ini.
  • Aktif: Empower attack seterusnya untuk mengenakan (50/70/90/110 + 35/40/45/50% Attack Damage) physical damage bonus. Attack Wukong dan klonnya mengurangkan cooldown Golden Staff sebanyak 0.5 saat. Selepas menggunakan ability ini, attack Wukong yang seterusnya mendapat jarak bonus.

WARRIOR TRICKSTER

  • Menjadi invisible selama 1 saat dan dash ke hadapan, meninggalkan klon di kedudukan asalnya.
  • Klon bergerak mengikut pergerakan joystick kiri apabila ability digunakan, yang attack musuh berdekatan secara automatik dan meniru Golden Staff, Nimbus Strike dan Cyclone Wukong. Klon mengenakan 20/30/40/50% daripada damage Wukong.
  • Klon menerima 50% lebih banyak damage dan tidak mendapat kesan empower pasif Golden Staff apabila meniru ability itu.

XAYAH

Mobiliti dan damage Xayah semasa team fight agak kurang berbanding dengan marksman yang lain. Kami ingin memastikan bulu pelepahnya masih kencang dengan perubahan ini!

DEADLY PLUMAGE

  • Cooldown: 19/18/17/16s → 17/16/15/14s
  • Peningkatan Attack Speed: 35/40/45/50% → 45/50/55/60%

BLADECALLER

  • Damage: 60/70/80/90 + 80% Attack Damage bonus → 60/70/80/90 + 90% Attack Damage bonus

ZYRA

Sakitnya hati apabila orang memijak tumbuhan! Adakah semua orang sudah lupa tentang Hari Bumi? Kini tumbuhan Zyra adalah lebih tanky!

GARDEN OF THORNS

  • [New] Ability champion musuh mengenakan 40% damage pada Thorn Spitter.

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM BAHARU

TERMINUS

Statistik Asas

  • Jumlah harga: 3200g
  • Attack Damage: 40
  • Attack Speed: 30%

Laluan Binaan

  • Recurve Bow (1400g) + B. F. Sword (1500g) + 300g

    Shadow

    • Attack mengenakan 35 magic damage bonus on-hit.

    Juxtaposition

    • Berganti-ganti antara Light dengan Dark apabila attack. Attack Light memberikan 5-8 Armor dan Magic Resist selama 5 saat on-hit. Attack Dark memberikan 11% Armor Pen dan Magic Pen selama 5 saat on-hit. Setiap kesan on-hit akan stack sehingga 3 kali.

    ITEM DIBUANG

    HULLBREAKER

    PERUBAHAN ITEM

    NEEDLESSLY LARGE ROD

    Statistik Asas

    • Ability Power: 65 → 60

      BLASTING WAND

      Statistik Asas

      • Ability Power: 45 → 40

        TEMA: LIGHT DAN RUIN

        Apabila rahmat berkurangan, kegelapan tersebar. Black Mist yang menyelubungi Shadow Isles berkembang, menceroboh ke dalam Rift. Miasma gelap ini bukan sahaja melemahkan daya hidup tumbuhan di kawasan ini tetapi juga menjejaskan beberapa item pemain.

        • Senjata yang dicaskan dengan mist daripada Shadow Isles kini mempunyai kuasa kehancuran yang lebih besar, tetapi juga memberikan tindak balas yang kuat kepada pemegangnya.
        • Untuk melawan balas kegelapan dan melindungi Rift, pengikut cahaya telah menanamkan senjata mereka dengan rahmat, mempertingkatkan senjata itu dengan kuasa cahaya untuk menyaingi kuasa kehancuran.

          LIGHT - HORIZON FOCUS

          Statistik Asas

          • Kos: 2800g → 3100g
          • Ability Power: 80 → 90
          • Nyawa Maksimum: 150 → 0
          • Ability Haste: 15 → 20

          Laluan Binaan

          • [New] Ring of Revelation (400g) + Blasting Wand (900g) + Fiendish Codex (1000g) + 800g

          Hypershot

          • [Removed] Berikan 1 tanda pada champion musuh apabila anda mengenakan damage pada mereka dengan ability tanpa sasaran dari jarak 500 unit jauh. Berikan 2 tanda apabila anda immobilize mereka, tanpa mengira jarak. Musuh ditanda akan didedahkan dan diletuskan pada 3 stack, memberikan tanda baharu dan mengenakan 90 + 25% Ability Power sebagai magic damage pada sasaran.
          • [New] Mengenakan damage pada champion musuh menggunakan ability dari jarak 600 unit jauh mendedahkan mereka selama 6 saat dan meningkatkan damage yang dikenakan pada mereka sebanyak 12%.
          • [New] Focus: Apabila Hypershot dicetuskan, ability ini akan mendedahkan semua champion musuh dalam jarak 1,200 unit daripada sasaran selama 2 saat. (Cooldown 15 saat)

            LIGHT - INFINITY ORB

            Statistik Asas

            • Kos: 2900g → 3200g
            • Ability Power: 85 → 95

            Laluan Binaan

            • [New] Aether Wisp (950g) + Prophet's Pendant (1000g) + Amplifying Tome (500g) + 750g

            Inevitable Demise

            • Ability dan attack empower akan Critical Strike sebanyak 20% damage bonus terhadap musuh di bawah 35% → 45% Nyawa

              LIGHT - HARMONIC ECHO

              Statistik Asas

              • Kos: 2700g → 3000g

              Harmonic Echo

              • Bergerak dan menggunakan ability akan membina Harmony. Pada 100 Harmony, ability memulih atau shield anda seterusnya yang digunakan pada sekutu memulihkan 130 → 135 + 10% Ability Power sebagai Nyawa pada sasaran anda dan sehingga 3 champion sekutu berdekatan.
              • [New] Setiap 10 Ability Haste yang anda punyai akan meningkatkan pemulihan sebanyak 1%.

                LIGHT - RIFTMAKER

                Statistik Asas

                • Kos: 3200g → 3300g
                • Ability Power: 80 → 90

                Laluan Binaan

                • [New] Fiendish Codex (100g) + Hextech Alternator (1400g) + Amplifying Tome (500g) + 400g

                Void Corruption

                • Ketika bertempur dengan champion, mendapat 1 stack Corruption setiap saat. Setiap stack meningkatkan damage yang anda kenakan sebanyak 3% → 2.5%, sehingga 3 → 4 stack. Pada stack maksimum, damage tambahan yang diberikan oleh Corruption menjadi true damage.

                  LIGHT - YOUMUU’S GHOSTBLADE

                  Statistik Asas

                  • Kos: 3000g → 3200g

                  Momentum

                  • Bergerak membina Momentum, memberikan sehingga 40 → 50 Movement Speed dan 5-10 Armor Pen pada 100 stack. Menyerang akan membuang semua Momentum, tetapi Armor Pen akan bertahan selama 3 saat selepas hal itu.

                  LIGHT - DAWNSHROUD

                  Statistik Asas

                  • Kos: 2700g → 3000g

                  Dawnbringer

                  • Jika anda berada dalam lingkungan 400 unit champion musuh, dan anda immobilize champion atau diimmobilize, mendedahkan semua champion musuh berdekatan selama 3 saat dan mengenakan 80 + 5% Nyawa bonus sebagai magic damage, serta memulihkan diri sendiri sebanyak jumlah yang sama selama 3 saat. (Cooldown 3 saat)

                    RUIN - RABADON’S DEATHCAP

                    Statistik Asas

                    • Ability Power: 100 → 90

                    Overkill

                    • Meningkatkan Ability Power sebanyak 20 - 45% → 20 - 55% (berdasarkan level)

                    [New] Cinders

                    • Mengurangkan Nyawa asas anda sebanyak 10 - 100.

                      RUIN - BLADE OF THE RUINED KING

                      Statistik Asas

                      • Kos: 3200g → 3000g

                      Thirst

                      • +10% → 12% Physical Vamp

                      Ruined Strikes

                      • Attack mengenakan physical damage bonus bersamaan dengan 7% daripada Nyawa semasa musuh on-hit. (Attack melee mengenakan 10% → 9%). Damage minimum: 15. Damage maksimum lwn. monster: 60.

                      Drain

                      • Mengenai satu champion dengan 3 attack atau ability mengenakan 30-100 magic damage bonus dan mencuri 25% → 40% daripada Movement Speed mereka selama 2 saat. (Cooldown 60 saat)

                      [New] Repentance

                      • Mengurangkan Nyawa asas anda sebanyak 10 - 100.

                        RUIN - INFINITY EDGE

                        Statistik Asas

                        • Kos: 3400g → 3200g

                        Infinity

                        • Critical Strike mengenakan 205% → 225% damage dan bukan 175%.

                        [New] Self-Destruction

                        • Mengurangkan Nyawa asas anda sebanyak 10 - 100.

                          RUIN - AMARANTH’S TWINGUARD

                          Endurance

                          • Mendapat 1 stack Endurance setiap saat semasa bertempur dengan champion musuh (maksimum 5 → 3 stack). Pada stack maksimum, mendapat 20% saiz, 20% Tenacity, serta meningkatkan Armor sebanyak 30% → 35% dan Magic Resist sebanyak 30% → 35% sehingga keluar dari pertempuran dengan champion.

                          [New] Withering

                          • Mengurangkan Attack Damage anda sebanyak 1 - 15

                            RUIN - WARMOG’S ARMOR

                            Warmog's Heart

                            • Jika anda mempunyai sekurang-kurangnya 950 → 1150 Nyawa bonus dan tidak menerima apa-apa damage dalam 6 → 4 saat yang terakhir, memulihkan 5% Nyawa maksimum setiap saat.

                            [New] Strength of Will

                            • Memulihkan 0.3% Nyawa maksimum setiap saat.

                            [New] Dead End

                            • Mengurangkan Attack Damage anda sebanyak 1 - 15.

                              RUIN - STERAK’S GAGE

                              Sterak's Fury

                              • Mencetuskan Lifeline meningkatkan saiz, empower anda, membuang semua kesan crowd control pada anda (kecuali Di Udara) dan memberikan 30% → 50% Tenacity selama 8 → 4 saat.

                              [New] Guilt Bearer

                              • Mengurangkan Movement Speed anda sebanyak 5.

                                NEW RUNES

                                [NEW] KEYSTONE: EMPOWERMENT

                                Mengenai champion musuh dengan 3 attack berturutan akan mengenakan 40-180 adaptive damage bonus dan menjadikan mereka Vulnerable, meningkatkan semua damage yang mereka terima sebanyak 8% selama 6 saat.

                                Selepas menjadi Vulnerable, attack anda pada sasaran mengenakan 6-20 true damage bonus. Apabila sasaran bebas daripada keadaan Vulnerable, Vulnerability memasuki cooldown dan tidak boleh diberikan kepada apa-apa musuh untuk 6 saat seterusnya.

                                [NEW] KEYSTONE: ARCANE COMET

                                Mengenakan damage pada champion menggunakan ability akan melemparkan komet ke lokasi mereka. Apabila satu komet terkena champion musuh, damage komet yang seterusnya akan ditingkatkan. (Cooldown 8-16 saat)

                                Damage: (30 hingga 100) + (Jumlah kenaan pada champion musuh) + 35% Attack Damage bonus + 20% Ability Power

                                [NEW] RESOLVE: ONSLAUGHT

                                Mendapat 5% Tenacity tambah Tenacity tambahan berdasarkan jumlah champion musuh yang hidup berdekatan. Jumlah Tenacity yang dapat diperoleh dihadkan kepada 20%.

                                [NEW] DOMINATION: PSYCHIC WAVE

                                Attack seterusnya selepas mengenakan damage pada champion menggunakan ability, dan begitu juga sebaliknya, mencipta letupan yang mengenakan adaptive damage ((22 hingga 50) + 15% Attack Damage bonus + 7.5% Ability Power bonus) dalam kawasan yang kecil. Mengenakan 70% damage apabila digunakan oleh champion Ranged. (Cooldown 6 saat)

                                RUNE CHANGES

                                DOMINATION: EMPOWERED ATTACK

                                • Setiap 10 → 8 saat, attack seterusnya akan empower, mengenakan 35-50 adaptive damage bonus (terhadap champion sahaja).

                                REMOVED RUNES

                                • Keystone: Kraken Slayer

                                GAMEPLAY

                                IXTALI SCORPION

                                • Satu lingkaran magik elemental telah ditambahkan di ceruk Baron lane.
                                • Antara minit ke-2 hingga ke-12, champion boleh summon Ixtali Scorpion ke dalam medan pertempuran apabila mereka berdiri di dalam lingkaran magik tersebut untuk seketika.
                                • Ixtali Scorpion membuat attack AoE jarak jauh dan akan assist pemain untuk push lane apabila disummon. Semua gold yang diperoleh akan disalurkan kepada champion yang summonnya.
                                • Ixtali Scorpion dapat disummon sekali lagi 75 saat selepas ia mati.

                                RUINED FRUIT

                                • Scryer’s Bloom, Blast Cone, dan Cryoblossom juga boleh menjadi Ruined, mengakibatkan Ruined Fruit yang bercambah apabila mereka spawn. Selepas dimusnahkan, Ruined Fruit menghasilkan awan asap hijau selama 7s. Champion sekutu akan memasuki stealth dalam asap hijau itu. Champion musuh tidak akan memasuki stealth dalam asap itu. Jika penglihatan disediakan dalam asap, champion sekutu akan didedahkan.

                                SLOW RESIST

                                • Mengubah interaksi antara kesan slow dengan slow resist pada ability beberapa champion.
                                  • Kesan slow daripada Mocking Shout Tryndamere kini terjejas oleh slow resist.
                                  • Kesan slow yang Blitzcrank berikan pada dirinya semasa Overdrive kini terjejas oleh slow resist.
                                  • Kesan slow yang diberikan pada diri sendiri yang disebabkan oleh ability tidak terjejas oleh slow resist untuk champion lain.
                                  • Kesan slow yang disebabkan oleh Fear, Charm atau apabila sasaran ditarik ke satu arah tidak terjejas oleh slow resist.
                                • Apabila slow diberikan berbilang kali, slow resist akan dikira secara berasingan untuk setiap kejadian slow dahulu. Kesan slow terakhir kemudian akan dikira berdasarkan jumlah bilangan stack slow yang dipunyai champion itu.

                                  PAPARAN ABILITY BERJARAK AMAT JAUH

                                  • Sasaran yang berada dalam penunjuk jarak ability berjarak amat jauh (cth., Final Spark Lux, Super Mega Death Rocket! Jinx dan Trueshot Barrage Ezreal) akan mencetuskan kamera mini ability. Jika berbilang musuh berada dalam penunjuk jarak pada masa yang sama, kamera mini akan memaparkan musuh yang terdekat dengan champion.

                                  PENGOPTIMUMAN KESAN PERMAINAN

                                  PENGOPTIMUMAN PANEL STRATEGI

                                  • Panel strategi kini dibuka ke tab Papan Mata secara asal.

                                  MESEJ BUAL PANTAS PINTAR MENGIKUT SITUASI

                                  • Mesej Bual Pantas akan dijana dan disyorkan dalam masa nyata berdasarkan faktor termasuk tetapi tidak terhad kepada champion yang anda gunakan, lane yang anda berada, aktiviti musuh, peringkat permainan semasa dan jumlah gold yang anda punyai.
                                  • Apabila mesej Bual Pantas yang disyorkan tersedia untuk anda dalam keadaan tertentu, mesej itu akan dipaparkan dalam bahagian Bual Pantas.
                                  • Tidak lebih daripada 2 mesej Bual Pantas dalam permainan pintar akan disyorkan pada satu-satu masa.
                                  • Mesej Bual Pantas dalam permainan pintar tidak akan menggantikan mesej Bual Pantas yang anda telah tetapkan di luar permainan. Mesej-mesej ini boleh ditatal bersama dengan mesej Bual Pantas yang ditetapkan oleh pemain lain.

                                    KOMBO FLASH

                                    • Menambahkan togol untuk Kombo Flash dalam Setting.

                                    SKIN

                                    Soul_Fighter_Kalista.jpg

                                    Soul Fighter Kalista

                                    Akan dikeluarkan pada 11 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8

                                    Soul_Fighter_Samira.jpg

                                    Soul Fighter Samira

                                    Akan dikeluarkan pada 11 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8

                                    Soul_Fighter_Gwen.jpg

                                    Soul Fighter Gwen

                                    Soul Fighter Gwen Akan dikeluarkan pada 11 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8

                                    Soul_Fighter_Jhin.jpg

                                    Soul Fighter Jhin

                                    Akan dikeluarkan pada 11 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8

                                    SoulFighter-XinZhao-Prestige-Wild_Rift_Splash-Final.jpg

                                    Prestige Soul Fighter Xin Zhao

                                    Akan dikeluarkan pada 11 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8

                                    Food_Spirits_Fizz.jpg

                                    Food Spirit Fizz

                                    Akan dikeluarkan pada 11 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8

                                    Glorious_Crown_Braum.jpg

                                    Glorious Crown Braum

                                    Akan dikeluarkan pada 12 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8


                                    TAMBAHAN

                                    • Membaiki isu yang jika pemain menekan ikon Poro yang bersorak dalam skrin pemuatan, chatbox dalam permainan mungkin tidak akan muncul.
                                    • Membaiki isu yang menggunakan Flash ke arah sasaran yang dihentam Ke Udara oleh kombo Demacian Standard-Dragon Strike Jarvan IV akan menyebabkan bar penunjuk Ke Udara sasaran diset semula.
                                    • Membaiki isu yang Singularity Aurelion Sol dapat digunakan untuk membunuh Rift Herald yang disummon.
                                    • Membaiki isu yang Warwick mengikuti pergerakan Aurelion Sol selepas mengapit padanya menggunakan Jaws of the Beast semasa Aurelion Sol sedang dash menggunakan Astral Flight.
                                    • Membaiki isu yang damage daripada First Strike Zoe akan membangunkan sasaran yang dia telah tidurkan.
                                    • Membaiki isu yang sekutu Lux tidak menerima fasa kedua shield Prismatic Barrier apabila ability itu digunakan dari jarak maksimum.