Wild Rift Patch Note 5.0c

Selamat datang ke Patch 5.0c!

Cepatnya masa berlalu! Tidak percaya kami sudah tiba ke patch terakhir 5.0! Kami akan bawakan bukan satu, bukan dua tetapi tiga event untuk anda pada patch ini! Serta satu champion baharu, beberapa skin baharu, dan tentu sekali, perubahan balance kami yang dijadualkan secara berkala. Selamat datang ke patch 5.0c.

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.


BAHARU

CHAMPION BAHARU

KINDRED, THE ETERNAL HUNTER

Terpisah, tetapi tidak pernah berpisah, Kindred mewakili inti pati berkembar kematian. Busur Lamb menawarkan pelepasan pantas dari alam fana bagi mereka yang sudah menerima nasib mereka. Wolf memburu mereka yang lari dari penghujung mereka, memberikan kesudahan yang ganas dalam rahangnya yang menghancurkan. Walaupun tafsiran sifat Kindred berbeza-beza di seluruh Runeterra, setiap manusia mesti memilih wajah sebenar kematian mereka.

Kindred_00_Base.jpg

Kindred akan dikeluarkan pada 29 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.

EVENT

PASS NAUTILUS

Ward di jalanan mengatakan bahawa terdapat Warden baharu yang akan tiba! Mainkan misi dan dapatkan ganjaran!

Warden_Sivir_Nautilus_Splash.jpg

Event Pass Nautilus akan bermula pada 21 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.

KINDRED’S TRIVIA

Amaran spoiler, Kindred akan dikeluarkan pada patch ini! (Ayat itu masih dikira sebagai spoiler jika anda melangkau bahagian sebelum ini.) Tunjukkan pengetahuan anda dan dapatkan ganjaran!

Event Kindred's Trivia akan bermula pada 29 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.

NAME THAT CHAMPION!

Kindred sedang bergolek melalui Rift, dan mengekori mereka ialah champion baharu! Awas, jangan terlalu dekat atau anda mungkin terkena poke. Anda dapat memperoleh tekaan dengan menyelesaikan misi, dan jika anda berjaya meneka dengan betul, terdapat hadiah yang besar sedang menanti anda!

Name_that_champion_3C.jpg

Event Name That Champion akan bermula pada 29 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8


PERUBAHAN CHAMPION

KINDRED

[HOTFIX] Kindred sudah bergolek ke dalam Rift dan telah menyebabkan kematian di Lane dan juga Jungle, mendominasi dalam permainannya. Kami mengurangkan damage awal permainannya agar musuhnya dapat melawan balik.

base_stats

  • Attack Damage Asas: 70 → 66
  • Armor Asas: 40 → 37
  • Nyawa Asas: 630 → 600

DANCE OF ARROWS

  • Damage: 65/90/115/140 + 70% Attack Damage bonus → 50/75/100/125 +70% Attack Damage bonus

MOUNTING DREAD

  • Damage Terkaman Wolf: 80/105/130/155 + 70% Attack Damage bonus + (8 + 1* stack Mark of the Kindred)% Nyawa sasaran yang hilang → 80/105/130/155 + 70% Attack Damage bonus + (8+0.5* stack Mark of the Kindred)% Nyawa sasaran yang hilang
  • Damage Terkaman Wolf pada sasaran bernyawa rendah: 80/105/130/155 + 70% Attack Damage bonus + (12+1.5* stack Mark of the Kindred)% Nyawa sasaran yang hilang → 80/105/130/155 + 70% Attack Damage bonus + (12+0.75* stack Mark of the Kindred)% Nyawa sasaran yang hilang

BRAUM

Kami akan buff damage Braum supaya dia boleh melindungi pasukannya dengan lebih baik semasa awal permainan serta dalam teamfight lanjut dalam permainan. Kini apabila dia bersahut, “berdiri di belakang saya!” Anda boleh percaya bahawa dia akan kekal di situ.

base_stats

  • Attack Damage Asas: 54 → 58
  • Mana Asas: 300 → 380

passive

  • Tempoh masa stun: 1~1.5s → 1.25~1.75s

Unbreakable

  • Pengurangan Damage: 28/32/36/40% → 35/40/45/50%
  • Movement Speed Bonus: 10% → 15%

GRAVES

Graves tidak mampu bersaing dengan Jungler lain akhir-akhir ini, terutamanya apabila dia ketinggalan dari segi item. Kami melaraskan beberapa nilainya supaya dia dapat mengejar mereka.

base_stats

  • Attack Damage Asas: 64 → 66
  • Nyawa Asas: 570 → 630

JAYCE

Jayce tidak begitu berkesan pada peringkat akhir permainan seperti yang kami harapkan. Perubahan ini akan meningkatkan kemandiriannya supaya dia boleh mengharungi lebih banyak teamfight. Kami juga akan memanjangkan tempoh Acceleration Gatenya supaya meriamnya dapat menembak dengan lebih kuat!

base_stats

  • Mana Asas: 345 → 420
  • Nyawa Asas setiap level: 112 → 120
  • Armor Asas setiap level: 4.3 → 5

TO THE SKIES! / SHOCK BLAST

  • Cooldown Shock Blast: 8s → 7.5s

KENNEN

Damage AOE Kennen agak terlalu melampau akhir-akhir ini. Kami melaraskan nilai abilitynya untuk memastikan dia konsisten dengan lawannya.

LIGHTNING RUSH

  • Movement Speed Bonus: 110% → 100%
  • Damage: 70/125/180/235 + 70% Ability Power → 60/110/160/210 + 70% Ability Power

SLICING MAELSTROM

  • Damage setiap 0.5 saat: 30/60/90 + 15% Ability Power→ 20/55/90 + 13% Ability Power

LEE SIN

Lee Sin dapat memperoleh kelebihan awal dan mengenakan damage yang tinggi pada musuhnya. Perubahan ini akan memberikan peluang kepada lawannya untuk menarik nafas.

base_stats

  • Nyawa Asas: 650 → 630

Dragon's Rage

  • Damage: 100/300/500 + 200% Attack Damage bonus + 10/13/16% Nyawa maksimum sasaran → 100/250/400 + 200% Attack Damage bonus + 10/13/16% Nyawa maksimum sasaran

MORGANA

Kami telah buff keupayaan Morgana untuk melindungi rakan sepasukannya supaya dia boleh menyerlah sebagai support yang boleh mengenakan damage. Kami juga melaraskan damagenya pada monster supaya dia lebih selaras dengan Jungler yang lain.

TORMENTED SHADOW

  • Damage pada monster: 225% → 195%

BLACK SHIELD

  • Tempoh: 4s → 5s

NAUTILUS

Nautilus tidak begitu tanky seperti yang sepatutnya. Perubahan ini akan membolehkannya menyerap semua damage yang dia perlukan untuk membiarkan carry dia menyerlah.

TITAN'S WRATH

  • Nilai Shield: 55/65/75/85 + 11/12/13/14% Nyawa maksimum → 55/65/75/85 + 12/13/14/15% Nyawa maksimum
  • Damage: 40/50/60/70 + 40% Ability Power → 50/60/70/80 + 40% Ability Power

SERAPHINE

Bintang pop kami yang sedang berkembang ini boleh mendapat faedah daripada lebih banyak tumpuan. Perubahan ini akan membantunya mencapai kemasyhuran sewajarnya pada akhir permainan!

SURROUND SOUND

  • Cooldown: 23/20/17/14s → 22/19/16/13s
  • Movement Speed Bonus: level penuh 20% → 20/22.5/25/27.5%
  • Shield: 60/80/100/120 + 40% Ability Power → 60/90/120/150 + 35% Ability Power
  • Pemulihan: 6.5% + 0.01% Ability Power→ 7.5% + 0.01% Ability Power

SYNDRA

Kami sedang mengurangkan damage Syndra supaya dia tidak mengatasi mage lain dalam permainan. Dia masih merupakan carry akhir permainan yang kuat, tetapi kini lebih munasabah untuk ditangani.

passive

  • Ability Power meningkat selepas mendapat 120 Splinters of Wrath: 15% → 12%

FORCE OF WILL

  • Cooldown: 11/10/9/8s → 12/11/10/9s
  • Damage: 60/105/150/195 + 55% Ability Power → 60/100/140/180 + 45% Ability Power

TALON

Assassin Noxus terbaharu kami telah clear Jungle dengan amat pantas jadi kami akan nerf damagenya pada monster. Kami juga mendapati dia agak perlahan melompat melepasi tembok, tidak sepadan untuk assassin berkaliber sepertinya. Kini dia mampu melepasi terrain dengan lebih fleksibel.

passive

  • Damage pada monster: 120% → 90%

ASSASSIN'S PATH

  • Meningkatkan kelajuan Talon melompat melepasi terrain dan turret sebanyak 10%

VOLIBEAR

Siapakah yang memberitahunya yang dia boleh disable Nexus?!

STORMBRINGER

  • Disable tidak lagi memberi kesan kepada Nexus musuh.

Wukong

Monkey King akan mendapat rework yang ditunggu-tunggunya pada patch ini! Kini dia sepatutnya mampu untuk terus hidup dengan lebih lama semasa teamfight, mengenakan lebih banyak damage serta mempunyai lebih banyak ruang untuk mengakali lawan.

base_stats

  • Health Regen Asas: 9 → 12

passive

  • [Removed] Crushing Blow: Attack memberikan tanda pada sasaran dan mengenakan damage bonus daripada setiap stack, maksimum sehingga 5 stack
  • [New] Stone Skin: Wukong mendapat stack Stone Skin apabila dia attack champion musuh menggunakan serangan asas dan ability. Setiap stack memberikannya 10-18 armor dan 1.5% health regeneration maksimum setiap 5 saat, sehingga 3 stack.

GOLDEN STAFF

  • [Removed] Health Regen.
  • [New] Pasif: Golden Staff menambahkan kesan empower pada serangan asas Wukong setiap 12 saat. Takedown akan mengurangkan Cooldown pasif Golden Staff sebanyak 2 saat. Cooldown pasif akan dikurangkan sebanyak 2 saat untuk setiap level, dan membunuh champion musuh akan refresh Cooldown ini.
  • Damage serangan asas empower: 40/60/80/100 + 35/40/45/50% Attack Damage → 50/70/90/110 + 35/40/45/50% Attack Damage

WARRIOR TRICKSTER

  • [New] Kini klon boleh bergerak menggunakan kawalan joystick dan boleh meniru (3) Nimbus Strike untuk dash.

NIMBUS STRIKE

  • [Removed] Dash berulang kali pada sasaran yang sama.
  • Damage: 60/95/130/165 + 80% Attack Damage bonus → 80/120/160/200 + 80% Attack Damage bonus

CYCLONE

  • Damage: 220% Attack Damage + 8/12/16% Nyawa maksimum sasaran → 220% Attack Damage + 10/14/18% Nyawa maksimum sasaran


Rework Wukong akan dikeluarkan pada 21 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8

YUUMI

Yuumi telah melindungi rakan rapatnya dengan agak terlalu baik. Perubahan ini akan memastikan dia lebih selaras dengan lawannya dan membolehkan pemain mempunyai lebih kuasa membuat keputusan apabila berkisar dengan abilitynya.

YOU AND ME!

  • Adaptive power: (8/14/20/26 + (5 + 0.25 untuk setiap level)% Attack Damage bonus) atau (16/28/40/52 + (5 + 0.25 untuk setiap level)% Ability Power) → (8/14/20/26 + (2+ 0.15 untuk setiap level)% Attack Damage bonus) atau (16/28/40/52 + (2 + 0.15 untuk setiap level)% Ability Power)

FINAL CHAPTER

  • Cooldown: 75/65/55s → 85/75/65s
  • Tempoh Root: 1.75s → 1.5s

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

BERSERKER’S GREAVES 

Kami akan buff kecekapan kos Berserker’s Greaves untuk menjadikannya pilihan yang bagus bagi champion yang bergantung pada attack. 

Statistik Asas 

  • Attack Damage: 18 → 20

  • Attack speed: 30% → 35%

DIVINE SUNDERER

Divine Sunderer sudah tidak berbaloi untuk nilai goldnya kepada pemain berbanding dengan item lain. Kami melaraskan harga dan statistiknya untuk menjadikan item ini lebih konsisten dengan item yang lain. 

Statistik Asas

  • Harga penuh: 3450g → 3400g

  • Nyawa Maksimum: 400 → 425

GARGOYLE 

Kami akan buff ability aktif Gargoyle supaya tank boleh menggunakan shieldnya dengan lebih berkesan dalam pertempuran. Kami juga membuat perubahan agar pengurangan damagenya akan hilang apabila shield tersebut pecah. 

Stoneplate

  • Mendapat shield yang menyerap damage sebanyak (20% → 25%) daripada Nyawa maksimum, merosot dalam masa 4 saat (Cooldown 75s → Cooldown 60s

  • [New] Jika shield pecah lebih awal, pengurangan damage akan tamat. 

SPEAR OF SHOJIN

Prestasi awal permainan Spear of Shojin agak tidak bagus. Kami akan buff kuasanya di lane, sambil memastikan ia tidak terlalu kuat semasa teamfight. 

Dragon Awakening 

  • Meningkatkan Ability Haste ability asas sebanyak 25% selama (8s → 10s) selepas menggunakan Ultimate, dan memberikan (30% → 25%) Movement Speed bonus yang merosot dalam masa 3 saat. Mendapat takedown dalam masa (8s → 10s) akan refresh tempoh ability. (Cooldown 20s)

[New] Rising Dragon

  • +5% Movement Speed

STORMRAZOR

Stormrazor tidak dapat menandingi item-item marksman sesamanya. Kami akan buff pasifnya untuk menjadikan ia item yang lebih bernilai untuk dibeli sekali lagi. 

Paralyze

  • Attack Energized mendapat (50 - 120 → 65 - 135) magic damage bonus dan slow musuh sebanyak 75% selama (0.5s → 0.75s)

TRINITY FORCE

Nama pasif Trinity Force telah diubah supaya ia tidak berkongsi nama yang sama dengan pasif pada Black Cleaver. 

Rage → Valor

PERUBAHAN RUNE

CONTRACTION: HEXTECH FLASHTRAPTION 

Masa saluran telah dioptimumkan untuk keadaan masa tersebut kurang daripada 1 saat. 

  • [New] Semasa disalurkan selama kurang daripada 1 saat, anda akan dash sejauh jarak seolah-olah anda menyalur selama 1 saat. 

CONTRAPTION: ITEM CRAFTING

Item Crafting terlalu mahal untuk digunakan, jadi rune ini telah dibiarkan tanpa dipilih, mengumpul habuk. Untuk menjadikan rune ini pilihan yang lebih menarik, kami akan melaraskan jumlah gold yang diperlukan untuk membeli item di luar. 

Pasif

  • Menjana satu stack setiap 180 saat. Anda boleh membeli item di luar fountain, yang berkos 1 stack dan (150 → 50) Gold tambahan

SKIN

Warden_Sivir_Nautilus_Splash.jpg

Warden Nautilus

Akan dikeluarkan pada 21 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Warring_Kingdoms-Jarvan_IV-Mythic-_Chroma-Wild_Rift_Splash-Final.jpg

Warring Kingdoms Jarvan IV Mythic Chroma

Akan dikeluarkan pada 21 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Cats_And_Dogs_-_Kled_And_Kindred_Duo_Splash_-_Final.jpg

Woof and Lamb Kindred

Akan dikeluarkan pada 29 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Pajama_Guardian_Cosplay_Urgot.jpg

PajPajama Guardian Cosplay Urgot

Akan dikeluarkan pada 29 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8

Battle_Academia_Jayce.jpg

Battle Academia Jayce

Akan dikeluarkan pada 3 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8

BattleAcademia_Caitlyn_FINAL_(1).jpg

Battle Academia Caitlyn

Akan dikeluarkan pada 3 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8