Wild Rift Patch Note 5.0

Adakah anda merindui kami? Kami merindui anda! Hari ini kami membawa patch yang besar untuk anda. Bersedialah untuk champion baharu, item baharu, perubahan peta baharu, perubahan mekanik permainan baharu dan BANYAK LAGI! Selamat datang ke Patch 5.0!

Tiba-tiba sahaja sudah tahun 2024?!?! Adakah anda merindui kami? Kami merindui anda! Hari ini kami membawa patch yang besar untuk anda. Bersedialah untuk champion baharu, item baharu, perubahan peta baharu, perubahan mekanik permainan baharu dan BANYAK LAGI! Selamat datang ke patch yang pertama untuk tahun ini, Patch 5.0! Jadi lebih baik anda pergi ke dapur dahulu dan ambil sebotol air. Patch note kali ini agak panjang.

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

CHAMPION BAHARU

SYNDRA, THE DARK SOVEREIGN

01172023_PatchNotes5.0Article_Syndra_base_Final.jpg

Syndra merupakan mage Ionia yang menggerunkan dengan kuasa yang luar biasa di bawah kawalannya. Semasa kecil, dia mengganggu orang tua kampung dengan magiknya yang melulu dan liar. Dia telah dihantar untuk diajar kawalan yang lebih kuat, tetapi akhirnya mendapati mentornya sendiri yang menghalang kebolehannya. Membentuk perasaan pengkhianatan dan terlukanya menjadi sfera tenaga gelap, Syndra telah bersumpah untuk memusnahkan semua yang cuba mengawalnya.

Syndra akan dikeluarkan pada 18 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8.

CIRI BAHARU

COMPANION

Companion (ujian beta) kini dikeluarkan secara rasmi! Rakan anda yang paling setia kini bersedia untuk menyaksikan semua detik kegemilangan anda di sisi anda. Sejumlah 29 Companion akan membuat debut mereka pada Patch 5.0.0. Temuilah Draghorn dan Fluffiee, makhluk magik yang datang dalam pelbagai gaya!

  • Companion anda akan mengikuti anda dalam permainan demi bersorak untuk anda!
  • Companion anda tidak akan mendedahkan posisi anda. Apabila anda tidak dapat dilihat oleh musuh, Companion anda juga tidak dapat dilihat oleh mereka.
  • Companion anda akan bersembunyi buat sementara waktu pada masa yang sesuai supaya anda boleh menumpukan perhatian pada pertempuran.
  • Companion tidak akan muncul dalam Legendary Ranked dan Arena.

Sistem Companion, Ekspedisi Menjelajah, akan tersedia tidak lama lagi selepas patch dikeluarkan. Nantikan untuk mengaktifkan Jurnal Pengembaraan anda serta banyak ganjaran! Tunggu apa lagi? Tiba masa untuk mengumpulkan Companion anda dan pergi mengembara dalam Rift!

RANKED MUSIM 12

01172023_PatchNotes5.0Article_Rank-XinZhao-Final.jpg

Kami akan melancarkan Ranked Musim 12 tidak lama lagi! Berilah sambutan hangat kepada Glorious Crown Xin Zhao, skin eksklusif musim terbaharu kami. Kami juga akan mengucapkan selamat tinggal dan menggilirkan skin dan gaya Glorious dari Musim Tahun 1 dalam Kedai Ranked. Glorious Armada Twisted Fate dari Musim 9 juga akan kembali, jadi jangan lupa untuk menantikan pengumuman di portal permainan Ranked apabila Musim 12 bermula!

Ranked Musim 12 akan dilancarkan pada 19 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8.

WILD PASS

01172023_PatchNotes5.0Article_FoodSpirit-Veigar-Wild_Rift_Splash-Final.jpg

Wild Pass baharu, Food Spirits Veigar, akan tersedia selepas kemas kini patch. Naikkan level Wild Pass anda ke Lv. 75 untuk mengaktifkan Ascended Food Spirits Veigar dan banyak ganjaran lain! Sekali lagi, Ensign Pertempuran baharu, Food Spirits Veigar, juga akan ditambahkan pada Wild Pass Emporium, bersama dengan kepulangan masa terhad Ascended Supervillain Graves, Ascended Superhero Vi, Supervillain Graves, Superhero Vi, Hexplorer Jax, dan Hexplorer Teemo!

Mini Pass Blackfrost Renekton baharu akan dikeluarkan selepas Wild Pass Food Spirits Veigar berakhir.

EVENT

WILD PUZZLE

Main permainan, dapatkan piza puzzle dan menang hadiah!

Event Wild Puzzle akan bermula pada 18 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

AURELION SOL

Rework Aurelion Sol yang lama dinanti-nantikan kini tiba! Perubahan ini akan memastikan dia dapat mengenakan damage dan crowd control yang lebih berkesan semasa team fight.

passive

  • [Removed] Center of the Universe
  • [New] Cosmic Creator
  • [New] Ability damage Aurelion Sol menukarkan musuhnya menjadi Stardust, yang seterusnya akan empower abilitynya.
    • (1) Breath of Light: Letusan ability ini mengenakan magic damage tambahan bersamaan dengan (3% daripada stack Stardust)% daripada Nyawa maksimum sasaran.
    • (2) Astral Flight: Meningkatkan jarak terbang maksimum sebanyak (62.5% daripada stack Stardust)%.
    • (3) Singularity: Meningkatkan ambang pembunuhan ability ini sebanyak (2.6% daripada stack Stardust)% serta kawasan impaknya.
    • (4) Falling Star/The Skies Descend: Meningkatkan kawasan impak ability ini.

BREATH OF LIGHT

  • [Removed] Starsurge
  • [New] Breath of Light
  • [New] Aurelion Sol menghembuskan starfire selama 3.25 saat, mengenakan magic damage bersamaan dengan (0.5 x (level champion) + 8/11/14/17 + 12% Ability Power) setiap 0.2 saat pada musuh pertama yang terkena dan mendedahkan mereka. 50% daripada damage itu dikenakan pada musuh berdekatan. Untuk setiap saat hembusan itu mengenai sasaran yang sama, Aurelion Sol mengenakan satu letusan magic damage bersamaan dengan (15/20/25/30 (meningkat pada Level 5, 9, and 13) + 45/55/65/75 + 35% Ability Power + (3% daripada stack Stardust)% daripada Nyawa maksimum sasaran). Jika sasaran adalah champion, Aurelion Sol mendapat 1 stack Stardust. Damage yang dikenakan berdasarkan Nyawa maksimum sasaran dihadkan kepada 100 terhadap monster.
    • Kadar damage pada monster: 40%
    • Aurelion Sol boleh bergerak dengan perlahan semasa menggunakan Breath of Light.
    • Pada level ability maksimum, tempoh Breath of Light dilanjutkan tanpa had.
    • Apabila Breath of Light disalurkan untuk tempoh yang kurang daripada 0.25 saat, ability ini akan memasuki cooldown 1 saat.
  • [HOTFIX] 
    • Penggunaan mana setiap 0.5 saat: 10/14/18/22 → 10/12/14/16
    • Damage setiap 0.2 saat: 0.5 untuk setiap level + 8/11/14/17 + 12% Ability Power → 0.5 untuk setiap level + 11/14/17/20 + 12% Ability Power
    • Burst damage: 15/20/25/30 (meningkat pada Level 5, 9 dan 13) + 45/55/65/75 + 35% Ability Power + (3% stack Stardust)% Nyawa maksimum → 15/20/25/30 (meningkat pada Level 5, 9 dan 13)+ 55/65/75/85 + 35% Ability Power + (3% stack Stardust)% Nyawa maksimum

ASTRAL FLIGHT

  • [Removed] Celestial Expansion
  • [New] Astral Flight
  • [New] Aktif: Aurelion Sol terbang dalam satu arah. Semasa terbang, Breath of Light tiada cooldown dan damage ability itu ditingkatkan sebanyak 112.5%/115%/117.5%/120%. Kelajuan terbangnya dikurangkan sebanyak 50% jika Breath of Light digunakan semasa terbang.
    • Guna Semula: Menamatkan terbangnya awal.
    • Jika terdapat champion yang terbunuh dalam masa 3 saat selepas menerima damage daripada Aurelion Sol, 90% daripada cooldown ability ini dikembalikan.
    • Kelajuan terbang Aurelion Sol ialah 300 + 100% Movement Speed.
  • [HOTFIX]
    • Cooldown: 22/20/18/16 saat → 18/17/16/15 saat

SINGULARITY

  • [Removed] Comet of Legend
  • [New] Singularity
  • [New] Aurelion Sol summon lohong hitam, mengenakan (2/3.5/5/6.5 + 5% Ability Power) magic damage setiap 0.2 saat. Lohong hitam mengheret musuh ke arah pusat lohong hitam tersebut selama 5 saat. Musuh di dalam pusat lohong hitam itu mati serta-merta apabila di bawah (5 + 2.6% daripada stack Stardust)% daripada Nyawa maksimum mereka.
  • Apabila lohong hitam menyerap Stardust, untuk setiap saat champion musuh terperangkap dalam jarak lohong hitam itu, Aurelion Sol mendapat satu stack Stardust. Apabila musuh dibunuh dalam jarak lohong hitam itu, Aurelion Sol mendapat 5 stack Stardust untuk setiap champion atau monster epik yang dibunuh; 3 stack Stardust untuk setiap siege minion atau monster besar yang dibunuh; dan 2 stack Stardust untuk setiap minion atau monster kecil yang dibunuh.
  • [HOTFIX]
    • Damage setiap 0.2 saat: 2/3.5/5/6.5 + 5% Ability Power → 4/5.5/7/8.5 + 5% Ability Power

FALLING STAR / THE SKIES DESCEND

  • [Removed] Voice of Light
  • [New] Falling Star/The Skies Descend
  • [New] Falling Star: Aurelion Sol memetik bintang dari langit dan menghempasnya ke bumi, mengenakan (150/250/350 + 65% Ability Power) magic damage dan stun musuh dalam jarak selama 1 saat. Untuk setiap champion musuh yang terkena, Aurelion Sol mendapat 8 stack Stardust.
  • [New] The Skies Descend: Setiap kali Aurelion Sol mengumpulkan 65 stack Stardust, Falling Star yang seterusnya berubah menjadi The Skies Descend. Aurelion Sol menghujani kemarahan kosmik ke bumi, mengenakan (187.5/312.5/437.5 + 81.25% Ability Power) magic damage dalam kawasan yang lebih besar dan menghentam musuh yang terkena Ke Udara selama 1 saat. Dia juga memancarkan gelombang kejutan yang besar pada masa yang sama, mengenakan (150/250/350 + 65% Ability Power) magic damage pada champion musuh dan monster epik. Semua musuh yang terkena akan slow sebanyak 50% selama 1 saat dan didedahkan selama 1.5 saat.

GRAGAS

Body Slam

  • Apabila Gragas dash menggunakan Body Slam, dia juga boleh menggunakan Barrel Roll.

LEE SIN

Dragon's Rage

  • [Removed] Melancarkan tendangan berpusing yang kuat pada champion musuh, mengenakan (200/425/650 + 200% Attack Damage bonus) physical damage dan menghentam mereka ke belakang. Musuh yang dilanggar oleh sasaran dalam perjalanannya dihentam Ke Udara selama 1 saat dan menerima (200/425/650 + 200% Attack Damage bonus) physical damage dan physical damage bonus bersamaan dengan 12/15/18% daripada Nyawa bonus sasaran.
  • [New] Melancarkan tendangan berpusing yang kuat pada champion musuh, mengenakan (100/300/500 + 200% Attack Damage bonus + 10/13/16% daripada Nyawa maksimum sasaran) physical damage dan menghentam mereka ke belakang. Musuh yang dilanggar oleh sasaran dalam perjalanannya dihentam Ke Udara selama 1 saat dan menerima physical damage bersamaan dengan (100/300/500 + 200% Attack Damage bonus + 10/13/16% daripada Nyawa maksimum sasaran). Damage yang dikenakan pada monster dihadkan kepada 800.

ZYRA

Tumbuhan Zyra telah berleluasa di Rift. Kami telah nerf tempoh ability crowd control Zyra dan melaraskan kuasa tumbuhannya. Anggaplah hal ini satu gotong-royong!

GARDEN OF THORNS

  • Tempoh aktif Thorn Spitter: 8s → 6s
  • Nyawa Thorn Spitter: (40~628) + 10% Ability Power → (20~260) + 35% Ability Power

GRASPING ROOTS

  • Tempoh root: 1.25/1.5/1.75/2s → 1/1.25/1.5/1.75s

STRANGLETHORNS

  • Kawasan Kesan: 500 → 430

PERUBAHAN ULTIMATE SPELLBOOK

Poro Energy kini boleh digunakan untuk reroll spell.

PERUBAHAN ARENA

CHAMPION CAMEOS

AURELION SOL

Aurelion Sol sekali-sekala menjana medan kosmik yang memberikan Movement Speed kepada pemain di dalamnya dan membantu mereka mengabaikan halangan.

KAI’SA

Apabila seseorang pemain takedown Kai'Sa, mereka mendapat buff yang berikut selama 15 saat: Setiap kali mereka mengenakan damage, mereka menggunakan Icathian Rain pada semua pemain secara automatik.

PANTHEON

Pantheon menghunus tombaknya pada lokasi sasaran, mengenakan damage pada sasaran berdasarkan Nyawa maksimum mereka. Apabila mendarat, tombak itu mengayun di sekelilingnya dan mengenakan damage pada musuh dalam jaraknya berdasarkan Nyawa maksimum mereka.

NASUS

Nasus membuat penampilan rawak di medan pertempuran, dan takedown terhadapnya akan memberikan Ascension.

  • Ascension: Saiz 200% dan Armor dan Magic Resist ditingkatkan; serta cooldown ability pertama anda dikurangkan kepada 1 saat. Jika ability itu menyimpan cas, cas juga akan dikembalikan. Buff ini bertahan selama 10 saat.

MORGANA

Pemain yang berdekatan dengan Morgana mendapat imuniti crowd control.

UBAHSUAIAN BAHARU

ARCANE OVERFLOW

  • Menyimpan Comet Force selepas menggunakan ability. Mengenakan ability damage pada champion melancarkan beberapa komet terhadap posisi mereka, mengenakan magic damage yang berskala dengan Attack Damage bonus dan Ability Power bonus. Comet Force boleh disimpan tanpa had.

ARTILLERY COVERAGE

  • Melancarkan ability Ultimate Ashe, Ezreal, Jinx, Lux dan Senna di lokasi sasaran pada masa yang sama.

BACKUP BATTERY

  • Jika dibunuh, hidup semula untuk seketika dengan statistik ditingkatkan sambil berdarah selama 7 saat, yang selepas tempoh itu anda akan mati sekali lagi.

BATTLE MAGE

  • Mendapat Nyawa, Armor dan Magic Resist bonus berdasarkan Ability Power.

BLACK HOLE

  • Summon satu Black Hole yang berpusat pada anda, menarik musuh berdekatan ke arah anda sambil mencuri Armor dan Magic Resist mereka.

BUTTER ROLL

  • Ability pertama anda mendapat 100 Ability Haste.

CHEESE ROLL

  • Ability ketiga anda mendapat 100 Ability Haste.

DUAL WIELD

  • Mendapat peningkatan Attack Speed dan Attack Speed maksimum, tetapi Attack Damage dan Ability Power dikurangkan.

MIRROR IMAGE

  • Pada selang masa yang tetap, menjadi invisible selama beberapa saat dan memancarkan klon cermin yang bergerak ke arah musuh. Klon cermin meletup apabila berdekatan dengan musuh atau dimusnahkan, yang akan membutakan musuh berdekatan.

FORTUNE COIN

  • Lontar sekeping Fortune Coin. Jika Fortune Coin jatuh menghadap ke atas, pulih sebanyak 10% daripada Nyawa maksimum anda. Jika Fortune Coin jatuh menghadap ke bawah, satu panahan petir menyambar posisi semasa anda, mengenakan true damage bersamaan dengan 10% daripada Nyawa maksimum anda. Terdapat peluang kecil untuk mencetuskan Easter Egg bagi bonus tambahan.

FULL STEAM AHEAD

  • Menjadi Unstoppable semasa bergerak secara bebas dan mendapat Movement Speed berterusan. Anda hanya boleh berhenti bergerak apabila guna semula atau berlanggar dengan musuh atau terrain, selepas itu anda mengenakan magic damage pada champion musuh berdekatan.

HEAD BLOWN

  • Attack mempunyai peluang 60% untuk stun selama 0.2 saat.

JAM ROLL

  • Ability kedua anda mendapat 100 Ability Haste.

MANA AEGIS

  • Apabila anda mempunyai lebih daripada 40% Mana, 40% daripada damage yang anda terima sebaliknya ditukar menjadi kehilangan Mana. Apabila anda dipulihkan, 40% daripada pemulihan yang anda terima juga diperoleh sebagai Mana. (Kehilangan Mana tidak mencetuskan peristiwa berdasarkan penggunaan Mana, tetapi Mana Regeneration yang dicetuskan oleh pemulihan akan meningkat berdasarkan bonus pemulihan.)

PLANETARY RING

  • Mendapat 3 peluru udara yang mengelilingi anda, mengenakan magic damage pada musuh yang terkena. Peluru ini terbang mengelilingi anda pada jarak serangan maksimum dan tidak memberikan apa-apa kesan on-hit. Kelajuan orbit berskala dengan Attack Speed.

REPRISAL ARMOR

  • Menyimpan satu peratusan daripada damage yang diterima dalam satu tempoh masa sebagai Fury. Pada selang masa yang tetap, gunakan semua Fury untuk mengenakan magic damage pada musuh berdekatan.

BAR NYAWA SCHRODINGER

  • Bar Nyawa anda Camouflage secara kekal dan disembunyikan daripada pandangan musuh.

SUBJUGATE

  • Serap nyawa bersamaan dengan 30% daripada Nyawa maksimum sasaran (dikenakan sebagai magic damage) dan mencuri 40% daripada Armor dan Magic Resist mereka. Separuh daripada damage dan curian berlaku serta-merta dan separuh lagi berlaku dalam masa 5 saat. Armor dan Magic Resist yang dicuri akan dikembalikan kepada sasaran 4 saat selepas penyerapan tamat.

TROPICAL PUNCH

  • Mendapat kesan ditingkatkan daripada Power Flower dan kongsikannya dengan sekutu anda.

UNBROKEN

  • Semua damage lebihan yang diterima melebihi 15% daripada Nyawa maksimum anda dikurangkan sebanyak 50% (semua damage melebihi ambang ini akan dikurangkan sebanyak 50%, termasuk true damage).

UNKNOWN DAMAGE

  • Mengenakan damage dalam julat antara 50% hingga 175%.

WHALE

  • Meningkatkan had item anda dan memberi anda item rawak sebelum setiap pertempuran bermula. Anda boleh mempunyai maksimum 12 item pada masa yang sama. Anda juga mengenakan 1 damage bonus untuk setiap 500 gold yang anda miliki lebih berbanding dengan sasaran anda.

PERUBAHAN UBAHSUAIAN

JUMLAH UBAHSUAIAN

  • Jumlah ditingkatkan kepada 6. Berbanding dengan tempoh semasa musim akses awal, kebanyakan pasukan kini boleh mendapatkan semua Ubahsuaian sebelum mereka disingkirkan.

UBAHSUAIAN DISYORKAN

  • Ubahsuaian yang sesuai untuk champion anda akan ditandakan dengan penunjuk. Jika tiada Ubahsuaian dipilih apabila tempoh masa tamat, Ubahsuaian yang disyorkan akan dipilih secara lalai.

SEGAR SEMULA UBAHSUAIAN

  • Walaupun Ubahsuaian boleh disegar semula tiga kali, jika seseorang pemain kalah dalam satu pusingan antara 2 pusingan pemilihan Ubahsuaian, mereka akan memperoleh 2 lagi peluang segar semula.

MENYERAH KALAH

  • Anda boleh menyerah kalah dalam sesuatu permainan jika rakan sepasukan anda menjadi AFK atau membolehkan AI mengawal champion mereka.

KAMERA

  • Anda boleh menyorot kamera, atau zum masuk dan keluar semasa menonton.
  • Satu kamera yang memaparkan champion yang mendapat tempat pertama telah ditambahkan.

POWER FLOWER

  • Satu notifikasi baharu akan muncul apabila Power Flower tersedia, dan lebih banyak Power Flower akan ditambahkan.

CIRI SISTEM

BALANCE CHAMPION

  • Dalam kemas kini ini, kami telah melakukan pelarasan balance kepada 76 champion untuk Arena. Kami juga telah melaksanakan pembaikan untuk champion mage, marksman dan support supaya mereka tidak akan mendapati diri mereka menghadapi situasi yang merugikan dengan begitu mudah lagi, tidak seperti semasa tempoh musim akses awal.
  • Champion melee akan menerima Nyawa asas bonus, Armor dan Magic Resist bonus, dan Health Regen asas bonus.
  • Champion ranged akan menerima Nyawa asas bonus, Armor dan Magic Resist bonus, Movement Speed bonus dan Ability Haste bonus.
  • Damage Critical Strike Champion ditingkatkan daripada 175% kepada 190%.
  • Item yang dinaik taraf penuh kini berharga 3,000 gold setiap satu, dan statistiknya telah dikenakan balance semula: setiap item Ability Power dalam mod ini kini akan memberikan 7% Magic Pen dan 7% Critical Rate. Tambahan lagi, item juga boleh dijual pada harga asalnya semasa fasa kedai.

FASA TEAMFIGHT BAHARU

  • Satu pusingan teamfight kasual telah ditambahkan. Pasukan yang belum disingkir akan memasuki medan pertempuran yang sama untuk pergaduhan besar-besaran. Bertahanlah seberapa lama yang anda mampu semasa pusingan ini untuk mendapatkan lebih banyak ganjaran!
  • Pusingan ini mempunyai tempoh tetap selama 60 saat. Tiada pengurangan terhadap Nyawa pasukan akan dilakukan apabila pusingan ini berakhir.
  • Pusingan ini akan sentiasa berlaku pada peta yang sama (Ancestral Woods).
  • Tiada mekanik menang/kalah dalam pusingan teamfight, dan pusingan ini tidak akan merosakkan kemenangan berturutan.
  • Peta ini akan spawn item pemulihan baharu (memulihkan 350 Nyawa) dan topi secara rawak. (Lingkaran luaran, pertengahan dan dalaman semuanya akan spawn topi dan item pemulihan secara rawak pada selang 5 saat dengan peluang respawn sebanyak 50%.)
  • Membunuh musuh akan menyebabkan mereka menjatuhkan 50% daripada topi mereka dahulu, kemudian akan spawn 4 topi tambahan. Topi yang telah dipungut akan dibawa ke pusingan seterusnya selepas pusingan teamfight berakhir.
  • Selepas pusingan teamfight berakhir, pasukan yang bertahan dengan bilangan topi paling banyak (>0) akan mendapat 25 Nyawa pasukan. Jika terdapat lebih daripada satu pasukan dengan bilangan topi yang sama, dan bilangan ini merupakan bilangan yang tertinggi di kalangan semua pasukan, semua pasukan dengan bilangan topi ini akan mendapat 25 Nyawa pasukan (Nyawa pasukan maksimum boleh melebihi 100).
  • Champion tidak boleh dihidupkan semula semasa pusingan teamfight. Pusingan berakhir apabila masa tamat, atau apabila hanya terdapat satu pasukan yang masih bertahan.

EASTER EGGS

STACK ‘EM HATS

  • Minion akan spawn memakai topi secara rawak. Bunuh unit yang memakai topi itu untuk memakai topi tersebut!

Lunar Dumpling

  • Apabila minion atau monster dibunuh, terdapat kemungkinan bahawa ia akan menjatuhkan satu ladu. Ambil ladu itu untuk memulihkan Nyawa dan mendapat boost Movement Speed sementara.

Red Envelope Clash

  • Apabila unit dengan sampul merah dibunuh, semua champion dalam jarak akan mendapat sejumlah gold yang rawak.

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

[HOTFIX] SPEAR OF SHOJIN

Statistik asas

  • Kos: 3200g
  • 300 Nyawa maksimum
  • Attack Damage: 45 → 50
  • Ability Haste: 20 → 25

Laluan binaan

  • B. F. Sword (1500g) + Kindlegem (1000g) + 700g

Dragon Awakening

  • Meningkatkan Ability Haste ability asas sebanyak 25% selama 6 → 8 saat selepas menggunakan Ultimate, dan memberikan 30% Movement Speed bonus yang merosot dalam masa 3 saat. Mendapat takedown dalam masa 6 → 8 saat akan refresh tempoh ability. (Cooldown 20 saat)

[HOTFIX] TITANIC HYDRA
Statistik asas

  • Kos: 3000g
  • 550 Nyawa maksimum

Laluan binaan

  • [NEW] Jaurim's Fist (1100g) + Bami's Cinder (1300g) + 600g
  • [REMOVED] Bami's Cinder (1300g) + Giant's Belt (1000g) + 700g

Colossus

  • Mendapat Attack Damage bersamaan dengan (5 → 15) + 2.5% Nyawa bonus

Cleave

  • Setiap 2.5 saat, attack anda yang seterusnya mengenakan physical damage bonus bersamaan dengan 25 + 3% Nyawa bonus (juga terpakai pada turret), mencipta gelombang kejutan yang mengenakan physical damage bersamaan dengan 80 + 10% Nyawa bonus pada musuh di belakang sasaran. (Champion ranged mengenakan 75% daripada damage ini.)

[HOTFIX] HEARTSTEEL

Statistik asas

  • Kos: 3000g → 2800g
  • 700 Nyawa
  • 150% Health regeneration asas
  • 20 Ability Haste

Laluan binaan

  • Kindlegem (1000g) + Giant's Belt (1000g) + Ruby Crystal (500g) + 500g

Colossal Consumption

  • Semasa berada dalam jarak 700 unit daripada champion musuh, mengecas selama 3 saat sebelum melakukan serangan besar terhadap champion musuh tersebut. Serangan dicas ini mengenakan physical damage bonus bersamaan dengan 120 + 5% Nyawa maksimum, dan memberikan Nyawa maksimum bersamaan dengan 12% → 15% daripada damage yang dikenakan. Cas untuk setiap sasaran mempunyai cooldown 20 saat.

MANTLE OF THE TWELFTH HOUR

Lifeline

  • [Removed] Damage yang akan meletakkan anda di bawah 35% Nyawa memberikan pemulihan sebanyak 200 + 50% Nyawa bonus dalam masa 3 saat, dan memberikan 50% Slow Resist serta 30 Movement Speed selama 3 saat. (Cooldown 90 saat)
  • [New] Damage yang akan meletakkan anda di bawah 35% Nyawa memberikan Nyawa maksimum bonus bersamaan dengan 200 + 50% Nyawa bonus dalam masa 3 saat, dan memberikan 50% Slow Resist serta 30 Movement Speed selama 3 saat. (Cooldown 90 saat)

RANDUIN'S OMEN

Determination

  • [Removed] Apabila anda terkena serangan critical, mendapat Determination bersamaan dengan 25% (melee)/18% (ranged) daripada damage pramitigasi selama 5 saat, sehingga maksimum 500. Apabila anda attack champion musuh, gunakan semua Determination dan pulihkan diri sendiri sebanyak jumlah yang sama.
  • [New] Apabila anda terkena serangan critical, mendapat Determination bersamaan dengan 25% (melee)/18% (ranged) daripada damage pramitigasi selama 5 saat, sehingga maksimum 500. Apabila anda attack champion musuh, gunakan semua Determination dan pulihkan diri sendiri sebanyak jumlah yang sama. Jika anda mempunyai Determination yang belum digunakan selepas 5 saat, gunakan semua Determination secara automatik untuk memulihkan diri sendiri sebanyak separuh jumlah itu.

ZEKE'S CONVERGENCE

Statistik asas

  • [Removed] 40 Magic Resist
  • [New] 350 Nyawa Maksimum

Laluan binaan diubah suai

  • Glacial Shroud (1000g) + Giant's Belt (1000g) + 700g

RUNAAN'S HURRICANE

Statistik asas

  • Kos: 2900g → 3000g
  • Attack speed: 45% → 35%

Wind's Favor

  • [Removed] Mendapat 15 Attack Damage atau 30 Ability Power (adaptive)
  • [New] Mendapat 20 Attack Damage atau 40 Ability Power (adaptive)

ANCIENT COIN

Quest

  • [REMOVED] Item ini dinaik taraf menjadi Talisman of Ascension selepas 500 gold diperoleh
  • [New] Item ini dinaik taraf menjadi Talisman of Ascension selepas 750 gold diperoleh.

RELIC SHIELD

Quest

  • [REMOVED] Item ini dinaik taraf menjadi Bulwark of the Mountain selepas 500 gold diperoleh
  • [New] Item ini dinaik taraf menjadi Bulwark of the Mountain selepas 750 gold diperoleh.

SPECTRAL SICKLE

Quest

  • [REMOVED] Item ini dinaik taraf menjadi Black Mist Scythe selepas 500 gold diperoleh
  • [New] Item ini dinaik taraf menjadi Black Mist Scythe selepas 750 gold diperoleh.

PERUBAHAN PETA

CERUK BARON LANE

01172023_PatchNotes5.0Article_iShot_2024-01-08_13.09.29.jpg

Sebuah ceruk akan ditambahkan pada Baron Lane agar menyediakan lebih banyak peluang untuk mengakali lawan dan strategi gank.

PENEMPATAN SEMULA HONEYFRUIT DI BARON LANE

01172023_PatchNotes5.0Article_iShot_2024-01-08_13.14.00.jpg

Kami telah menempatkan semula Honeyfruit di belakang turret, dengan tujuan untuk mengelakkan champion dengan jarak serangan yang lebih jauh daripada memusnahkan buah lawan mereka dengan mudah.

PERUBAHAN MEKANIK PERMAINAN

MINION BAHARU: CANNON MINION

Semasa fasa laning, terdapat percanggahan yang ketara antara kekuatan wave siege minion dengan wave minion yang lain. Hal ini menimbulkan cabaran kepada pemain dalam membuat keputusan tentang masa untuk recall, roam atau memberikan sokongan kepada rakan sepasukan mereka. Dengan menggantikannya dengan cannon minion, pemain diharapkan dapat menumpukan perhatian pada laning semasa awal permainan sambil mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap wave minion. Pelarasan ini juga akan menambahkan mata pengalaman dan gold lane, meningkatkan impak Baron Laner.

  • Siege minion yang muncul antara 50 saat hingga 12 minit 5 saat daripada permulaan permainan akan digantikan dengan cannon minion.
  • Cannon minion mempunyai serangan ranged dan lebih lemah berbanding dengan siege minion, tetapi lebih kuat berbanding dengan melee minion. Secara keseluruhan, kekuatan wave minion kekal konsisten seperti sebelum ini.

MATA PENGALAMAN WAVE MINION

Kami akan mengubah suai kadar pengalaman minion di lane yang berbeza.

  • Dalam 7 minit pertama permainan, mata pengalaman dikongsi daripada wave minion akan dikurangkan manakala solo laner akan memperoleh mata pengalaman yang lebih tinggi di top dan mid lane. Selepas 7 minit, perubahan mata pengalaman ini akan tamat tempoh.

MELARASKAN MEKANIK KETINGGALAN PENGALAMAN

Mekanik ketinggalan pengalaman akan dicetuskan dengan serta-merta apabila champion jatuh di bawah level purata sebanyak 1 level (sebelum ini ialah 0.75 level)

MELARASKAN MATA PENGALAMAN UNTUK NAIK LEVEL

Mata pengalaman yang diperlukan untuk mencapai level 10 dan ke atas telah meningkat. Champion memerlukan lebih banyak pengalaman untuk menaikkan level selepas mencapai level 9.

PERUBAHAN GOLD SOLO ASSIST

Apabila hanya satu champion yang assist suatu takedown, gold yang dianugerahkan untuk assist tersebut akan berubah daripada 50% ganjaran kepada 35% ganjaran.

Tiada perubahan apabila lebih daripada satu champion yang assist takedown itu.

PENGOPTIMUMAN CIRI STATISTIK RUNE DALAM PERMAINAN

Pada Patch 4.4, kami telah melancarkan ciri Statistik Rune dan pada patch ini, kami telah memperbaik ciri ini.

  • Statistik baharu telah ditambahkan pada beberapa rune
  • Peraturan statistik dioptimumkan untuk beberapa statistik rune

PERUBAHAN OBJEKTIF STRATEGIK

Dengan mengambil kira maklum balas pemain dan analisis data permainan kami, kami telah melaraskan objektif strategik dan memperhalusi cara ia dicetuskan berdasarkan syarat tertentu.

  • Objektif strategik kini boleh dicetuskan dengan lebih awal.
  • Gold yang diperoleh melalui beberapa ability champion dan kesan rune tidak lagi memberi kesan kepada objektif strategik, termasuk:
    • Ability champion: Twisted Fate's (P) Loaded Dice; Draven's (P) League of Draven; Pyke's (4) Death from Below
    • Kesan rune: First Strike, Sweet Tooth

PERUBAHAN BALANCE DRAGON SOUL

Infernal Dragon Soul

  • Mengenakan damage pada champion musuh dengan attack atau ability akan mencipta letupan dengan radius 250 di sekeliling sasaran, mengenakan adaptive damage bersamaan dengan (110 + 20% Attack Damage bonus + 10% Ability Power → 135 + 25% Attack Damage bonus + 12.5% Ability Power). Cooldown 5 saat.

Mountain Dragon Soul

  • Selepas 5 saat tidak menerima damage daripada champion atau turret musuh, mendapat shield normal yang menyerap (210 → 260) damage.

Ocean Dragon Soul

  • Memulihkan Nyawa bersamaan dengan (150 + 30% Attack Damage bonus + 15% Ability Power + 6% Nyawa bonus → 190 + 36% Attack Damage bonus + 18% Ability Power + 7.5% Nyawa bonus) dalam masa 4 saat mengenakan damage pada champion musuh dengan attack atau ability. Cooldown 6 saat.

Ice Dragon Soul

  • Mengenakan damage pada champion musuh dengan attack atau ability akan menandakan mereka selama 3 saat. Apabila tanda itu hilang, mereka slow sebanyak 50% untuk seketika dan menerima true damage bonus bersamaan dengan (12% → 15%) daripada damage yang mereka terima apabila ditandakan. Cooldown 15s → 12s.

PERUBAHAN KEPADA PENGURANGAN DAMAGE BOLEH STACK

Patch ini memperkenalkan item baharu dengan pengurangan damage dan apabila digabungkan dengan ability pengurangan damage champion, hasilnya agak melampau. Jadi kami akan mengubah cara pengurangan damage akan stack.

Kami telah melaraskan pengiraan untuk cara pelbagai kesan pengurangan damage berdasarkan peratusan akan stack. Pelarasan ini akan mengurangkan sedikit manfaat keseluruhan apabila pengurangan damage distack.

PERUBAHAN PORO HANTU

Poro Hantu akan diubah suai menjadi Jungle Spirit.

Semasa meronda, Jungle Spirit akan bergerak ke hadapan musuh yang ia kesan dan fear mereka sebelum kembali kepada laluan rondaannya.

Satu kem jungle baharu telah ditambahkan. Apabila Jungle Spirit dibunuh, ia akan mengecas di kem jungle ini. Setelah pengecasan ini selesai, Jungle Spirit akan respawn daripada kem ini.

PENGOPTIMUMAN RIFT HERALD

Kami telah melaraskan cara Rift Herald memilih sasaran dan serangannya untuk memfokuskan aggronya pada turret dan bukannya minion (champion masih boleh menyerang mereka).

Kami juga telah menambahkan satu ikon peta mini yang muncul apabila Rift Herald disummon. Ikon ini memberi pemain pemberitahuan yang lebih jelas apabila hal itu berlaku.

PENGOPTIMUMAN STACK RUNE

Kami telah membuat pelarasan supaya stack untuk Conqueror dan Kraken Slayer hilang pada kadar 1 stack setiap 0.5 saat, sama seperti Lethal Tempo. (Sebelum ini, semua stack akan hilang.)

PENGOPTIMUMAN KEDAI

Dalam masa 30 saat pertama permainan, item boleh dijual pada harga asalnya.

Item dinaik taraf penuh yang boleh dibeli seterusnya akan ditunjukkan terlebih dahulu berhampiran portal kedai, bersama dengan jumlah baki gold yang diperlukan.

PERUBAHAN MOD LATIHAN

Dalam mod Latihan, pemain boleh membeli boot enchantment sejurus selepas permulaan permainan.

VFX ITEM BAHARU

Lifeline

  • Apabila menerima damage yang lebih besar daripada jumlah yang boleh diserap oleh shield, satu VFX shield pecah akan berlaku.

Item yang terkesan: Seraph's Embrace, Sterak's Gage, dan Immortal Shieldbow.

VFX SPELL

Barrier

  • Apabila menerima damage yang lebih besar daripada jumlah yang boleh diserap oleh shield, satu VFX shield pecah akan berlaku.

RUNE HEXFLASH

Rune Hexflash menggantikan spell Flash dengan Hexflash apabila Flash berada dalam cooldown. Namun begitu, semasa Hexflash aktif, pemain tidak boleh melihat baki cooldown Flash.

Hexflash

  • Kesan fius yang menyala ditambahkan untuk Hexflash, menunjukkan baki masa cooldown untuk Flash

PENGOPTIMUMAN PENGUMUMAN DALAM PERMAINAN

  • Pengumuman dalam permainan yang tidak diperlukan telah dibuang dan beberapa pengumuman kill telah digabungkan.
  • Menyerlahkan pengumuman milestone penting yang perlu dititikberatkan dalam permainan.
  • Intensiti/format pengumuman kesan bernilai dipertingkat:
    • [New] Apabila dragon soul diperoleh, satu kesan dragon soul akan ditambahkan pada pengumuman pemerolehan.
    • [New] Maklumat ganjaran akan ditambahkan pada pengumuman kill dan kesan animasi baharu akan ditambahkan untuk pemain dengan ganjaran pada papan mata.
  • Kesan paparan bagi pengumuman kill chat dalam permainan dipertingkat.
  • Pengumuman untuk damage turret atau apabila inhibitor turret sedang diserang dipertingkat.

PENGOPTIMUMAN PAPARAN STACK BUFF

Nombor stack buff akan ditunjukkan dalam 3 digit. Stack buff yang terdiri daripada 4 digit dan ke atas akan disingkatkan dalam ribuan (K), seperti 32.1K. Paparan sebelum ini ialah 999+.

PENGOPTIMUMAN PAPARAN STACK ITEM PASCAPERMAINAN

Item dengan stack kini akan memaparkan bilangan stack pada bahagian kanan bawah ikon item tersebut pada skrin akhir permainan.

PENGOPTIMUMAN PAPARAN BUFF BARON NASHOR/ELDER DRAGON

Apabila suatu pasukan memperoleh buff Baron Nashor/Elder Dragon dalam suatu permainan, satu pemasa cooldown untuk buff tersebut akan muncul.

HUD TERSUAI, PENGALAMAN INTERAKTIF DINAIK TARAF

Kami telah menambah baik antara muka dalam permainan dan pengalaman interaktif, serta menambah kawalan baharu dan halaman setting antara muka.

  • Apabila kurang daripada 10 saat cooldown yang tinggal untuk Ultimate atau spell rakan sepasukan pemain, bilangan saat akan muncul di sebelah ikon mereka di sebelah peta mini dan pada papan mata.
  • Bahagian 'antara muka dalam permainan' akan ditambahkan pada tab 'Kawalan' pada halaman Setting.
    • Pemain boleh menyesuaikan ketelusan HUD, panel strategi dan kedai, menghidupkan atau mematikan garis masa panel strategi dan melaraskan gaya penunjuk untuk unit menyerang.
    • Menyediakan konfigurasi HUD yang ringkas dan tidak berselerak secara lalai untuk pemain baharu.
    • Untuk pemain sedia ada, setting semasa mereka tidak berubah.

KOMBO FLASH

Jika menyasar auto diaktifkan semasa menggunakan ability kombo tertentu, champion akan mengesan champion musuh paling optimum dalam jaraknya dan dash ke arah mereka.

  • Kombo Demacian Standard-Dragon Strike Jarvan IV
  • Dash kedua Camille semasa Hookshot
  • Body Slam Gragas
  • Justice Punch Galio
  • Vault Breaker Vi
  • Kombo Sweeping Blade-Steel Tempest Yasuo

PENGOPTIMUMAN SISTEM SOSIAL

CIRI INTERAKSI MOTIVASI

  • Ciri interaksi motivasi telah ditambahkan pada skrin pemuatan permainan. Pemain boleh menekan butang Poro yang bersorak atau mengejek untuk menghantar mesej motivasi atau mengejek, membolehkan mereka berinteraksi dengan rakan sepasukan dan lawan mereka.
  • Kesan interaksi motivasi telah ditambahkan pada permulaan permainan. Tekan butang Poro di penjuru kanan atas untuk mengaktifkan kesan bunga api khas bagi meningkatkan semangat! Apabila semua 5 ahli pasukan menekan butang itu, satu pertunjukan bunga api berterusan akan dicetuskan!

PENGOPTIMUMAN PEMBENTUKAN PARTY

  • Panel party terbuka dalam lobi telah dinaik taraf menjadi panel perekrutan party. Selain setting party terbuka semasa, pemain juga boleh melihat pasukan yang sedang merekrut dalam tab baharu.
  • Pemain boleh memulakan party terbuka secara terus pada skrin Party Finder.

CIRI GUILD BAHARU

[New] Profil Guild

  • Pemain boleh menyemak maklumat asas guild dan dengan segera menyertai guild pada profil guild.

[New] Wall of Fame

  • Ketua Guild boleh menetapkan slot Wall of Fame kepada 5 ahli dan menetapkan gelaran tersuai untuk mereka. Wall of Fame dipaparkan pada halaman utama dan profil Guild dan boleh dilihat oleh orang lain.

PENGOPTIMUMAN INTERAKSI PRAPERMAINAN

  • Semasa fasa pemilihan champion, animasi dipertingkat akan ditambahkan pada notifikasi smite berganda, menekankan amaran untuk menjadikannya lebih kelihatan supaya disemak oleh pemain dan rakan sepasukan mereka.
  • Semasa fasa pemilihan champion, gesaan untuk memperbaik barisan pasukan yang luar biasa ditambahkan untuk mengelakkan pemain daripada membuat pilihan yang salah.

KOLEKSI

  • Koleksi galeri kini boleh ditetapkan sebagai latar belakang skrin utama.
  • Portal baharu ke "Koleksi Patch" telah ditambahkan pada Menu Utama. Tekan portal tersebut untuk masuk dan melihat semua koleksi yang baru ditambahkan pada patch ini.
  • Ciri baharu telah ditambahkan pada bahagian atas Koleksi: "Koleksi Patch". Ciri ini membolehkan anda melihat semua skin dan ganjaran baharu yang telah ditambahkan pada patch terbaharu dan menyediakan cara untuk mengakses kandungan ini dengan cepat.
  • Skor Koleksi (berdasarkan musim) digunakan dalam Koleksi Patch. Setelah anda mengumpulkan Skor Koleksi yang cukup daripada patch semasa, anda akan mengaktifkan ganjaran seperti karya seni visual utama dan emote beranimasi.
  • Mengumpulkan Skor Koleksi yang diperlukan untuk suatu patch juga akan menghidupkan ikon Poro emas, yang akan dipaparkan pada papan pendahulu Pengumpul.

SKIN

01172023_PatchNotes5.0Article_FoodSpirit-Veigar-Wild_Rift_Splash-Final.jpg

Food Spirits Veigar

Akan dikeluarkan pada 18 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

01172023_PatchNotes5.0Article_SpiritBlossomSyndra_Final.jpg

Spirit Blossom Syndra

Akan dikeluarkan pada 18 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

01172023_PatchNotes5.0Article_Rank-XinZhao-Final.jpg

Glorious Crown Xin Zhao

Akan dikeluarkan pada 19 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

01172023_PatchNotes5.0Article_Lunar-Empress-Morgana--Splash-Final2.jpg

Lunar Empress Morgana

Akan dikeluarkan pada 19 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

01172023_PatchNotes5.0Article_Lunar-Empress-Kaisa--Wild-Rift-Splash-Final.jpg

Lunar Fairy Kaisa

Akan dikeluarkan pada 19 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

01172023_PatchNotes5.0Article_Lunar-Empress-Kaisa-Special-Edition-Wild-Rift-Splash-Final.jpg

Lunar Fairy (Special Edition) Kaisa

Akan dikeluarkan pada 19 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

01172023_PatchNotes5.0Article_Lunar-revel-Nasus.jpg

Lunar Guardian Nasus

Akan dikeluarkan pada 19 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

01172023_PatchNotes5.0Article_Lunar-Empress-Pantheon-Final.jpg

Lunar Guardian Pantheon

Akan dikeluarkan pada 19 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

01172023_PatchNotes5.0Article_LunarEmpress-AureluonSO-Wild-Rift-Splash-Final.jpg

Lunar Guardian Aurelion Sol

Akan dikeluarkan pada 25 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

TAMBAHAN

  • Memperbaik isu yang menyebabkan Savagery Rengar tidak mencetuskan Essence Reaver apabila dia berada di dalam semak.
  • Memperbaik isu yang menyebabkan To the Skies!/Shock Blast Jayce dipaparkan sebagai Thundering Blow/Acceleration Gate apabila digunakan serta-merta selepas Thundering Blow/Acceleration Gate dan ability itu memasuki cooldown. Tempoh kombo To the Skies!/Shock Blast dioptimumkan.
  • Memperbaik isu yang menyebabkan Headbutt Alistar dipaparkan sebagai Pulverize apabila digunakan serta-merta selepas Pulverize dan ability itu memasuki cooldown.
  • Memperbaik isu salah jajaran untuk Dark Passage Thresh apabila kedua-dua pasukan mempunyai Thresh.
  • Memperbaik isu yang menyebabkan Zenith Blade Leona tidak dapat memecahkan ability shield yang diberikan oleh Crown of the Shattered Queen.
  • Memperbaik beberapa bug yang berkaitan dengan statistik rune.