Wild Rift Patch Note 4.4b

Pada patch ini kami akan memecut ke Rift bersama dengan Sivir! Banyak kemas kini balance juga akan mendatang. Sediakan diri anda dan selamat datang ke Patch 4.4b!

Ke garisan, sedia, mula! Inilah patch 4.4b!

Pada patch ini kami akan memecut ke Rift bersama dengan Sivir, the Battle Mistress. Menemaninya ialah event baharu yang menyeronokkan dan dua skin Blood Moon serba baharu! Dan seperti biasa, kemas kini balance yang dijadualkan secara berkala. Selamat datang ke Patch 4.4b!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

CHAMPION BAHARU

Sivir-Base-_Wild_Rift_Splash-_Final.jpg

SIVIR, THE BATTLE MISTRESS

Sivir ialah seorang pemburu nasib dan kapten tentera upahan terkenal yang menjalankan perniagaannya di padang pasir Shurima. Berbekalkan crossblade ditatah dengan permata legendanya, dia telah bertarung dan memenangi pertempuran yang tidak terkira banyaknya bagi mereka yang mampu membayar harganya yang terlalu tinggi. Dikenali dengan keazaman yang tidak kenal takut dan cita-cita yang tidak berkesudahan, dia berbangga dengan mendapatkan semula khazanah yang terkubur dari makam Shurima yang berbahaya—untuk ganjaran yang hebat. Dengan kuasa purba yang membangkitkan Shurima dari akar umbinya, Sivir mendapati dirinya terbelah antara takdir yang bercanggah.

Sivir akan dikeluarkan pada 24 November pukul 08:01 pagi GMT+8.

EVENT

sivir_hunt_-800x200.jpg

SIVIR’S HUNT

Buru musuh anda dan tuntut ganjarannya!

Event Sivir's Hunt akan bermula pada 24 November pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

DARIUS

Kami mendapati bahawa kesan Hemorrhage Darius tidak meninggalkan kesan pada patch ini, yang tidak ideal kerana pendarahan yang ability ini berikan adalah penting untuk kitnya. Buff ini akan mengembalikan Darius kepada keadaan lalunya yang gemilang. Selamat berseronok membuat dunk!

passive

  • Damage setiap stack: (13 + 1.5 x (berdasarkan level) + 30% Attack Damage bonus) physical damage dalam masa 5s → (13 + 2 x (berdasarkan level) + 40% Attack Damage bonus) physical damage dalam masa 5s

DECIMATE

  • Pemulihan: 12% Nyawa yang hilang (maksimum 36%) → 15% Nyawa yang hilang (maksimum 45%)

EZREAL

Penjelajah ini sedang bergelut untuk meninggalkan kesan, terutamanya jika dibandingkan dengan rakan seperjuangannya. Perubahan ini akan menjadikannya lebih kuat pada awal permainan, dengan membantunya dalam pertempuran awal di Dragon Lane.

base_stats

  • Attack Damage asas: 58 → 62

passive

  • Bonus Attack Speed setiap stack: 10% (maksimum 4 stack) → 13% (maksimum 4 stack)

Mystic Shot

  • Cooldown: 5.25/4.5/3.75/3s → 4.5/4/3.5/3s

GALIO

Adakah Galio agak lembik untuk seseorang yang diperbuat daripada batu, atau hanya imaginasi kami? Kami telah buff beberapa nilai asas untuknya dan kini diharapkan dia dapat melindungi pasukannya sebaik dia melindungi Demacia!

base_stats

  • Nyawa asas: 570 → 600
  • Armor asas: 30 → 34

HECARIM

Berada berdekatan dengan Hecarim sentiasa menyeramkan. Sejak kebelakangan ini, kuda ini semakin menyeramkan sejak dia memijak sesiapa sahaja yang menghalang laluannya! Perubahan ini akan memudahkan anda menguruskan dia, sama ada anda berhadapan dengannya di dalam jungle atau dia memecut ke lane anda untuk gank.

base_stats

  • Attack Damage asas: 58 → 54
  • Nyawa asas: 630 → 600

RAMPAGE

  • Damage: 10/20/30/40 + 110% Attack Damage → 5/15/25/35 + 110% Attack Damage
  • Guna semula dalam masa 8s: 135% damage empower → 125% damage empower

IRELIA

Prestasi blade dancer kami agak rendah di Rift, terutamanya dalam team fight yang dia sepatutnya menyerlah. Kami fikir buff kepada ability pasif dan ketiganya ini akan menyebabkan bilahnya menembusi musuh dengan lebih pantas daripada anda boleh bersorak “demi Ionia”!

IONIAN FERVOR

  • Damage bonus pada stack maksimum: 30~100 + 25% Attack Damage bonus → 30~120 + 30% Attack Damage bonus

FLAWLESS DUET

  • Cooldown: 13/12/11/10s → 12/11/10/9s

JINX

Terujalah! Untuk beberapa... pelarasan. Jinx telah mendominasi Dragon Lane dan perubahan ini akan memberi lawannya ruang untuk bernafas!

passive

  • Movement Speed bonus: 150% → 140%
  • Attack Speed bonus: 15% → 12%

Switcheroo!

  • Attack Speed bonus Pow-Pow (senapang mini) pada stack maksimum: 30/60/90/120% → 35/60/85/110%
  • Damage Fishbones (pelancar roket) pada sasaran: 110% → 107%

Karma

Karma telah mengalami kesukaran untuk bersaing dengan mage lain. Kami memberinya beberapa buff secara keseluruhan untuk membantunya menjadi pilihan yang lebih berharga dan kompetitif di mid lane.

INNER FLAME

  • Cooldown: 10/9/8/7s → 9/8/7/6s

TRANSCENDENT EMBRACE

  • Damage: 150/250/350 + 60% Ability Power → 170/280/390 + 80% Ability Power

LULU

Lulu mampu duduk di barisan belakang dan buff rakan sepasukannya dari jarak yang selamat, yang menjadikannya sukar untuk dilawan. Perubahan ini akan mengimbangi sedikit utiliti yang dia mampu sediakan.

base_stats

  • Armor asas: 40 → 34

HELP, PIX!

  • Shield: 75/110/145/180 + 60% Ability Power → 60/100/140/180 + 60% Ability Power

Nunu & Willump

Nunu & Willump sedang berseronok bersama-sama di dalam jungle tetapi mereka tidak dapat melakukan banyak pengembaraan di lane. Perubahan ini akan membantu mereka clear kem jungle dengan lebih pantas, membebaskan Boy dan Yeti untuk menyertai keseronokan di tempat lain!

CONSUME

  • Cooldown: 11/10/9/8s → 10/9/8/7s
  • Pemulihan: 60/95/130/165 + 70% Ability Power + 9% Nyawa bonus → 80/115/150/185 + 70% Ability Power + 9% Nyawa bonus

ABSOLUTE ZERO

  • Damage minimum: 130/190/250 + 50% Ability Power → 180/240/300 + 50% Ability Power
  • Damage maksimum: 715/1045/1375 + 275% Ability Power → 915/1245/1575 + 275% Ability Power

PANTHEON

Wujudkah sesuatu yang lebih menyeronokkan daripada jatuh dari langit ke atas musuh anda? Bagaimanakah jika melakukannya dengan lebih kerap? Kini anda boleh membantu rakan sepasukan anda dengan lebih lagi, tidak kira tempat anda berada! Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa mabuk gerak yang mungkin disebabkan oleh ability ini.

GRAND STARFALL

  • Cooldown: 95/85/75s → 90/80/70s

Renekton

Kami mahu Renekton dash ke dalam pertempuran dan mencincang musuhnya, tetapi pada masa ini dia akan mati sebelum dia mendapat peluang untuk melakukan sedemikian. Perubahan pada ultnya ini akan membolehkannya tank lebih banyak damage sambil melakukan lebih banyak damage!

DOMINUS

  • Nyawa diperoleh: 250/500/700 → 300/525/750
  • Cooldown: 75/75/75s → 75/70/65s
  • Damage: 50/100/150 + 20% Ability Power setiap saat (selama 12s) → 70/110/150+20% Ability Power setiap saat (selama 12s)

RIVEN

Riven tidak dapat menggunakan pedangnya yang patah dengan penuh keberkesanan terhadap lawannya. Kami membuat beberapa pelarasan supaya dia boleh bermain dengan gaya yang lebih lasak dan berjuang untuk lebih banyak kelebihan awal.

RUNIC BLADE

  • Damage: (20% + 2% untuk setiap level champion) Attack Damage → (30% + 2% untuk setiap level Champion) Attack Damage

KI BURST

  • Cooldown: 10/9/8/7s → 8.5/8/7.5/7s

SWAIN

Bagi seorang Jeneral Besar, Swain nampaknya masih belum meninggalkan sebarang Kesan Besar. Jika anda mempunyai ornithophobia, perubahan ini mungkin tidak sesuai untuk anda!

passive

  • Nyawa maksimum diperoleh: 12 Nyawa untuk setiap stack Soul Fragment → 16 Nyawa untuk setiap stack Soul Fragment

Demonic Ascension

  • Pemulihan: 15/25/35 + 12% Ability Power setiap saat → 15/25/35 + 15% Ability Power setiap saat
  • Damage: 20/40/60 + 10% Ability Power setiap saat→ 15/35/55 + 15% Ability Power setiap saat

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

BLOODTHIRSTER

Laluan binaan Bloodthirster akan dikemas kini. Kami mahu meratakan laluannya supaya anda boleh memilih komponen setiap kali anda kembali ke base, dan tidak ditinggalkan dengan jumlah gold yang janggal apabila anda pergi ke kedai dan cuba membinanya sebagai item pertama anda. Kami juga melaraskan beberapa nilai untuk mengimbangi perubahan ini.

Kemas kini laluan binaan

  • Vampiric Scepter (1200g) + Cloak of Agility (1000g) + Long Sword (500g) + 600g
    • Jumlah kos: 3300g (tidak berubah)

Statistik asas

  • Attack Damage: 55 → 50

Bloodsworn:

  • Mendapat attack speed apabila Nyawa berada di atas 50%: 15% → 10%

CHEMPUNK CHAINSWORD

Kami memperkenalkan Chempunk Chainsword dalam Patch 4.4, tetapi ia bukan pembelian yang popular sejak dikeluarkan. Walaupun Grievous Wounds merupakan pilihan yang lebih khusus, kami ingin membuat beberapa pelarasan supaya item ini mempunyai kuasa selain anti-pemulihannya sahaja.

Statistik asas

  • Attack Damage: 40 → 45
  • Nyawa maksimum: 200 → 250
  • Ability Haste: 10 → 15

CRYSTALLINE REFLECTOR

Crystalline Reflector tidak berkesan seperti yang kami harapkan dalam menentang lawan physical damage. Buff ini akan menjadikannya pembelian yang boleh diharapkan apabila anda bergelut dengan sesiapa sahaja yang menyerang anda dengan terlalu kuat.

Statistik Asas

  • Nyawa maksimum: 150 → 200
  • [BAHARU] +7% magic penetration

Mirrored Force

  • Physical damage disekat: 8~15 → 8~25

IMMORTAL SHIELDBOW

Ability unik Immortal Shieldbow telah menjadi hambar, menjadikannya pilihan yang kurang popular berbanding dengan item physical lain. Perubahan ini akan menjadikannya pilihan utama sekali lagi bagi mereka yang memerlukan sedikit lagi perlindungan.

Lifeline

  • Shield: 200 + 3 untuk setiap 1% Critical Rate (200~500) → 300 + 3 untuk setiap 1% Critical Rate (300~600)

Battle Furor

  • Apabila Lifeline dicetuskan: 5% Physical Vamp → 8% Physical Vamp

MORELLONOMICON

Kami melaraskan harga Morellonomicon dan memberinya nyawa supaya kami dapat meratakan utiliti dan statistik yang disediakannya.

Statistik asas

  • Jumlah kos: 2500g → 2600g
  • [BAHARU] +150 Nyawa maksimum

RANDUIN’S OMEN

Kami telah melaraskan beberapa nilai serta kosnya untuk menjadikan item ini pembelian yang lebih cekap apabila anda menghadapi pasukan musuh yang mempunyai crit tinggi.

Statistik asas

  • Jumlah kos: 2900g → 2800g
  • Armor: 60 → 65

Determination

  • Cas diperoleh: Melee 20%/ranged 14% daripada damage pramitigasi → Melee 25%/ranged 18% daripada damage pramitigasi

TRINITY FORCE

Lebih banyak damage, lebih banyak gold? Hmm... tidak juga. Pada masa ini, kami merasakan Trinity Force tidak mengenakan damage seperti yang sepatutnya, dan kosnya juga terlalu tinggi untuk perkara yang dilakukannya, jadi kami melaraskan kedua-duanya!

Statistik asas

  • Jumlah kos: 3533g → 3333g
  • Attack Damage: 25 → 30

PERUBAHAN RUNE

KRAKEN SLAYER

Kraken Slayer bukanlah pilihan yang popular, dan Keystone lain telah pun mengatasinya. Kami memberi rune ini lebih banyak damage untuk cuba menjadikannya pilihan yang lebih diingini semasa memilih rune anda.

Damage: 28~84 + 30% Attack Damage bonus + 20% Ability Power → 30~95 + 40% Attack Damage bonus + 20% Ability Power

ICE DRAGON SOUL

Berbanding dengan rakan Dragon yang lain, jiwa yang ditawarkan oleh Ice Dragon adalah anugerah yang kurang melimpah. Perubahan ini akan menaikkannya ke tahap yang sama seperti yang lain.

True Damage bonus

  • 10% daripada damage yang diterima semasa penandaan → 12% daripada damage yang diterima semasa penandaan

Slow

  • 40% → 50%

PERUBAHAN ID RIOT

Anda mungkin telah mendengar bahawa kami sedang membuat beberapa kemas kini berkaitan dengan ID Riot bermula pada 20 November.

  • Penukaran nama berbayar kini adalah percuma.
  • Anda kini boleh menukar nama anda sekali setiap 90 hari.

SKIN

Pantheon-_Ashen_Conqueror_-_Wild_Rift_Splash-Final_.jpg

Ashen Conqueror Pantheon

Akan dikeluarkan pada 24 November pukul 08:01 pagi GMT+8

Sivir-Blood_Moon_-Wild_Rift_Splash_-Final_(1).jpg

Blood Moon Sivir

Akan dikeluarkan pada 24 November pukul 08:01 pagi GMT+8

Olaf_-_Glorious_Armada-_Wild_Rift_Splash-Final_(1).jpg

Glorious Armada Olaf

Akan dikeluarkan pada 1 Disember pukul 08:01 pagi GMT+8