Wild Rift Patch Note 4.4

BOO! Patch ini penuh dengan kejutan! Fiddlesticks datang ke Rift, kami meraikan ulang tahun ketiga kami, kemas kini mage kini tiba, dan banyak lagi! Selamat datang ke Patch 4.4!

BOO! Patch ini penuh dengan kejutan, sama ada anda mahu ditakutkan atau mencari kegembiraan Powerspike, kami sedia membantu anda! 

Kami akan melepaskan Fiddlesticks pada Rift, jadi berhati-hatilah. Dia akan menyelinap ke belakang anda serta memberi anda dan champion yang anda main satu kejutan apabila anda tidak menjangkakannya. Kami juga meraikan ulang tahun ketiga kami pada patch ini! Terima kasih kerana bermain bersama kami sejak beberapa tahun ini, andalah yang merupakan sebab Rift menjadi permainan seperti yang wujud kini, dan kami sangat teruja untuk meraikan bersama anda semua. Kami telah gempar dengan ganjaran yang akan kami berikan tahun ini, jadi pastikan anda log masuk setiap hari supaya anda memperoleh semuanya!

Kemas kini kepada mage kini tiba, serta beberapa kemas kini kepada item dan sistem lain merentas seluruh Rift. Terdapat juga Wild Pass dan Musim Ranked yang baharu serta banyak lagi! Selamat datang ke Patch 4.4! 

Masih banyak lagi kemas kini yang kami rancangkan dalam 4.4, tontonlah perkara lain yang akan datang dalam Pratonton Patch terbaharu kami: 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

CHAMPION BAHARU

FIDDLESTICKS, THE ANCIENT FEAR

100242023WRPatchNotes4.4Article_Fiddlesticks-Base--Wild-Rift-Splash.jpg

Sesuatu telah terjaga di Runeterra. Sesuatu yang kuno. Sesuatu yang dahsyat. Kengerian abadi yang dikenali sebagai Fiddlesticks menghendap pinggiran masyarakat fana, tertarik ke kawasan yang dipenuhi dengan paranoia untuk membaham mangsa yang diganas. Dengan menggunakan sabit bergerigi, makhluk yang cengkung dan bersifat sementara itu menuai ketakutan itu sendiri, menghancurkan fikiran mereka yang tidak bernasib baik untuk terus hidup selepas berhadapan dengannya. Berhati-hati dengan bunyi burung gagak, atau bisikan bentuk yang kelihatan hampir seperti manusia... Fiddlesticks telah kembali.

Fiddlesticks akan dikeluarkan pada 25 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8.

CIRI BAHARU

WILD PASS

100242023WRPatchNotes4.4Article_BP-Psychic-Detective-Ekko-Splash--Wild-Rift-Splash-Final.jpg

Dream Raiders itu masih mengejar kami... nasib baiklah mata-mata gelap kami akhirnya telah tiba, kami memerlukan bantuannya! Psychic Detective Ekko kini tersedia dan akan menjadi ganjaran anda kerana melengkapkan Wild Pass ini! Anda juga dapat memperoleh versi Ascendednya dan ganjaran lain sepanjang pass ini serta dalam Wild Pass Emporium! Wild Pass Emporium ini juga akan mengandungi Dream Raider Nasus, Superhero Jayce dan Supervillan Jhin!

Wild Pass akan tersedia pada 25 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8.

RANKED

100242023WRPatchNotes4.4Article_Glorious-Ashe_Wild-Rift-Splash--Final.jpg

Terdapat tug-ash-an untuk anda, dakilah rank dan buktikan kemahiran anda dalam Ranked Musim 11! Sambil anda bermain, anda akan dapat memperoleh skin baharu musim ini iaitu Glorious Armada Ashe, dan seperti biasa versi naik tarafnya akan tersedia dalam Kedai Ranked bersama dengan Glorious Crimson Nami!

Ranked Musim 11 akan tersedia pada 27 Oktober pukul 09:00 malam GMT+8.

MOD PERMAINAN

Akan datang dalam Patch 4.4, anda akan dapat masuk queue secara solo atau dengan duo kegemaran anda dalam mod serba baharu! Arena ialah mod 2v2v2v2, dengan setiap pemain akan ditempatkan dalam pasukan yang terdiri daripada dua orang. Mereka kemudiannya akan bertempur dalam satu siri duel di arena yang berbeza pada setiap peta. Setiap pusingan yang dimenangi akan mengurangkan jumlah nyawa musuh, dan pasukan terakhir yang tinggal akan menjadi pemenang! Akan terdapat berbagai-bagai ubahsuaian yang boleh dipilih oleh pemain, menjadikan setiap permainan menyeronokkan dan unik!

Arena akan tersedia pada 10 November pukul 08:01 pagi GMT+8.

Selain itu, kami telah menambahkan beberapa easter egg untuk anda yang boleh dicetuskan dalam beberapa mod, jadi nantikannya dan beritahu kami kejutan yang anda temukan!

KEMAS KINI KUALITI KEHIDUPAN

  • Kami telah menambahkan ganjaran rank baharu untuk guild, serta membuat beberapa pelarasan pada tempoh musim guild.
  • Anda kini boleh menyesuaikan halaman yang anda kongsi dengan rakan anda selepas setiap permainan.
  • Kami telah menambahkan sistem ganjaran markah champion baharu.
    • Sistem yang baharu ini akan memberi anda Kad Perlindungan Markah Champion apabila rekod Markah Champion tertinggi anda pada musim itu mencapai 4000, 6000, 8000 dan 10,000.
    • Anda boleh menggunakan kad ini untuk mendapatkan semula 50% daripada mata yang ditolak daripada markah champion selepas kekalahan. Anda tidak boleh menggunakan kad ini jika markah champion anda melebihi 10,000, jika anda mempunyai kelakuan negatif dalam permainan, dan hanya tersedia untuk Ranked dan Legendary Queue.
  • Kami juga telah melaraskan peraturan pertumbuhan markah champion untuk Legendary Queue pada musim baharu ini.

EVENT

100242023WRPatchNotes4.4Article_100242023WRPatchNotes4.4Article_Cokeevent.jpg

EVENT COCA-COLA PLAY AS ONE 

Selesaikan misi dan dapatkan ganjaran bergas!

Event Coca-Cola Play As One akan bermula pada 25 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8.

100242023WRPatchNotes4.4Article_Anniversaryevent.jpg

EVENT ULANG TAHUN

Parti tidak lengkap tanpa sedikit hadiah! Terima kasih kerana bermain dengan kami selama tiga tahun yang lalu, kami sangat gembira untuk meraikan anda! Selamat Ulang Tahun Ketiga!

Event Ulang Tahun akan bermula pada 25 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8.

PERUBAHAN GAMEPLAY

Kami mendapati bahawa mage tidak menunjukkan prestasi yang baik, dan patch ini kami mahu fokus pada menunjukkan kasih sayang kepada mereka dan membantu mereka menyerlah. Matlamat utama kami dengan pelarasan ini adalah untuk memberi mereka tahap kemandirian dan mobiliti yang lebih tinggi. Oleh itu, kami telah memberikan segelintir mage movement speed tambahan, serta beberapa pelarasan pada masa gunaan ability serta gunaan sambil bergerak. Perubahan ini sepatutnya memberikan beberapa mage lebih banyak peluang untuk kite musuh mereka, terutamanya pada peringkat akhir permainan.

Kami juga ingin memberikan beberapa lagi pilihan binaan kepada mage, kerana pada masa ini mereka kekurangan item untuk membantu mereka menentang musuh yang telah diberikan shield besar, atau dalam pertempuran awal permainan. Banyak binaan juga terikat dengan sentiasa mempunyai Rabadon’s Deathcap dan Void Staff. Salah satu item yang akan kami tambahkan pada inventori pekedai ialah item klasik, Mejai’s Soulstealer. Jika anda mahu mengambil risiko, anda boleh membeli item ini dan melipatgandakan kelebihan anda jika anda mendapat beberapa kill awal. Mage juga sering bergelut dengan aktiviti push dan clear wave disebabkan oleh peta yang lebih kecil di Wild Rift, jadi kami juga telah melaraskan kedudukan bush di kedua-dua belah Mid Lane, yang sepatutnya memberi anda lebih banyak ruang untuk bertempur 1v1 dengan lawan lane anda.

Perubahan Champion

FIDDLESTICKS

[HOTFIX] Fiddlesticks telah menghancurkan musuhnya dalam team fight awal. Akibatnya, dia telah melipatgandakan kelebihan ini untuk menjadi raksasa yang terlalu besar pada akhir permainan dan pemain mendapati dia sukar untuk dilawan. Kami telah melaraskan beberapa nilai pada abilitynya untuk memudahkan dia ditangani.

TERRIFY

  • Damage: 7%/8%/9%/10% daripada nyawa semasa musuh (setiap 100 Ability Power +2%) → 4%/5%/6%/7% daripada nyawa semasa musuh (setiap 100 Ability Power + 1.5%)
  • Tempoh crowd control: 1.2/1.4/1.6/1.8s → 1/1.2/1.4/1.6s

BOUNTIFUL HARVEST

  • Damage: Setiap saat 60/100/140/180+30% Ability Power → 50/80/110/140 (+25% Ability Power)
  • Damage serangan terakhir Bountiful Harvest: 12%/14%/16%/18% nyawa yang hilang sasaran → 10%/11.5%/13%/14.5% nyawa yang hilang sasaran
  • Damage pada monster: 150% → 185%

CROWSTORM

  • Damage: Setiap 0.25s 32.5/52.5/72.5 + 11% Ability Power → Setiap 0.25s 25/42.5/60 (+ 10% Ability Power)

ITEM BAHARU

CROWN OF THE SHATTERED QUEEN

Statistik asas

  • Kos: 3000g
  • 150 Nyawa maksimum
  • 70 Ability Power
  • 200 Mana maksimum
  • 10 Ability Haste
  • 7% Magic penetration

Laluan binaan

  • Lost Chapter (900g) + Hextech Alternator (1400g) + 700g

Safeguard

  • Memberikan shield spell yang menyekat ability musuh yang seterusnya. Apabila shield ini dipecahkan, mengurangkan damage yang diterima sebanyak 70% selama 1.5 saat (cooldown 40 saat).

Poise

  • Memberikan 20 Ability Power semasa safeguard aktif. Jika anda mengenakan magic damage pada champion musuh semasa menggunakan ability aktif, ability itu akan mengurangkan cooldown Safeguard.

CHEMPUNK CHAINSWORD

Statistik asas

  • Kos: 2800g
  • 200 Nyawa maksimum
  • 40 Attack Damage
  • 10 Ability Haste

Laluan binaan

  • Caulfield's Warhammer (1200g) + Executioner's Calling (800g) + 800g

Punishment

  • Mengenakan physical damage pada champion musuh memberikan kesan 50% Grievous Wounds.

HEXTECH ALTERNATOR

Statistik asas

  • Kos: 1400g
  • 25 Ability Power
  • 150 Nyawa maksimum

Laluan binaan

  • Amplifying Tome (500g) + Ruby Crystal (500g) + 400g

Revved

  • Ability damage dan attack empower terhadap champion mengenakan 25-60 magic damage bonus. (Cooldown 20 saat)

MAGNETIC BLASTER

Statistik asas

  • Kos: 2900g
  • 25% Critical rate
  • 35% Attack speed

Laluan binaan

  • Zeal (1400g) + Kircheis Shard (900g) + 600g

Fervor

  • + 5% Movement speed

Energized

  • Menjana energized attack daripada pergerakan dan serangan asas

Power Blitz

  • Energized attack menjana 25% lebih pantas, mendapat 125 jarak attack (50 jarak untuk attack melee) dan mengenakan 50-120 magic damage bonus. Damage melantun kepada 5 musuh berdekatan dan boleh critical strike.

MEJAI’S SOULSTEALER

Statistik asas

  • Kos: 1500g
  • 100 Nyawa
  • 30 Ability Power
  • 7% Kadar magic penetration

Laluan binaan

  • Amplifying Tome (500g) + 1000g

Glory

  • Mendapat stack Glory apabila terlibat dalam takedown champion musuh, sehingga maksimum 30 stack. Hilang 10 stack apabila mati. Champion melee mendapat 3 stack untuk setiap kill champion dan 2 stack untuk setiap assist. Champion ranged mendapat 4 stack untuk setiap kill champion dan 2 stack untuk setiap assist.

Fear:

  • Mendapat 5 Ability Power untuk setiap stack Glory dan 10% movement speed bonus apabila anda mencapai sekurang-kurangnya 10 stack Glory.

OCEANID’S TRIDENT

Statistik asas

  • Kos: 2600g
  • 200 Nyawa maksimum
  • 80 Ability Power
  • 10 Ability Haste
  • 7% Kadar magic penetration

Laluan binaan

  • Blasting Wand (900g) + Haunting Guise (900g) + 800g

Lethal Weapon

  • Mengenakan ability damage pada champion musuh mengurangkan mana-mana shield yang mereka dapat selama 3 saat (Kawasan kesan ability memberikan 5% daripada Ability Power bonus + 25% pengurangan shield, dihadkan kepada 45%; sementara ability sasaran tunggal memberikan 5% daripada Ability Power bonus + 40% pengurangan shield, dihadkan kepada 60%). Apabila anda mengenakan damage pada musuh yang tidak terjejas oleh Lethal Weapon, semua shield pada mereka dikurangkan sebanyak nilai yang sama.

RING OF REVELATION

Statistik asas

  • Kos: 400g
  • 10 Ability Haste

Laluan binaan

  • Blasting Wand (900g) + Haunting Guise (900g) + 800g

SURGING SCALES

Statistik asas

  • Kos: 1300g
  • 40 Armor

Laluan binaan

  • Cloth Armor (500g) + Cloth Armor (500g) + 300 gold

Surge

  • Mendapat 20% Slow Resist semasa dalam pertempuran dengan champion musuh.

PERUBAHAN ITEM

Dalam patch sebelum ini, kami mendapati bahawa beberapa item terlalu mahal untuk dibina. Walaupun anda farm dengan baik, anda masih tidak mampu membeli item penuh pada recall pertama anda, yang melambatkan binaan dan lonjakan kuasa anda. Jadi matlamat kami dengan pelarasan ini adalah untuk memberi anda laluan binaan yang lebih lancar. Selain itu, kami juga ingin memeriksa beberapa item marksman. Walaupun kami berpuas hati dengan perubahan yang kami lakukan kepada marksman beberapa patch yang lalu, kami ingin membuat beberapa pelarasan lagi untuk menjadikan beberapa item semakin boleh digunakan sambil juga menggabungkan beberapa kesan daripada item yang berbeza.

AMARANTH’S TWINGUARD

Kemas kini laluan binaan

  • Surging Scales (1300g) + Negatron Cloak (900g) + 1000g

ARCHANGEL’S STAFF

Statistik asas

  • [NEW] +7% Kadar magic penetration

Kemas kini laluan binaan

  • Lost Chapter (900g) + Blasting Wand (900g) + Ring of Revelation (400g) + 800g

AWAKENED SOULSTEALER

Statistik asas

  • [NEW] +7% Kadar magic penetration

Kemas kini laluan binaan

  • Prophet's Pendant (1000g) + Fiendish Codex (1000g) + Ring of Revelation (400g) + 600g

B.F. SWORD

Kemas kini laluan binaan

  • Long Sword (500g) + Long Sword (500g) + 500g

BLACK CLEAVER

Kemas kini laluan binaan

  • Phage (1000g) + Kindlegem (1000g) + Long Sword (500g) + 500g

BLOODTHIRSTER

Bloodsworn

  • [OLD] Lifesteal memulih limpah. Mana-mana pemulihan yang melimpah akan mencipta satu shield yang menyerap 40-320 damage. Shield ini akan merosot dalam masa 10 saat di luar pertempuran. [NEW] Mendapat 11-25 Attack Damage dan 15% attack speed apabila nyawa anda berada di atas 50%.

COSMIC DRIVE

Statistik asas

  • [NEW] +7% Kadar magic penetration

CRYSTALLINE REFLECTOR

Statistik asas

  • Kos: 2900g → 3000g
  • Nyawa maksimum: 0 → 150
  • Armor: 45 → 35
  • Ability Haste: 15 → 0

Kemas kini laluan binaan

  • Seeker's Armguard (1200g) + Haunting Guise (900g) + 900g

Mirrored Force

  • [OLD] Menggunakan ability champion akan memberi anda mirror fragment (sehingga 3), setiap fragment boleh menyekat 10 + 5% physical damage daripada champion musuh dan mengenakan 20 + 10% magic damage. → [NEW] Mendapat mirror shard selama 3 saat setiap kali menggunakan ability champion, tempoh masa fragment tidak boleh stack. Semasa kewujudan fragment, fragment itu akan menghalang 8-15 physical damage daripada champion musuh, dan mengenakan 10 + 3% Ability Power + 1% nyawa bonus sebagai magic damage.

DEATH’S DANCE

Kami mendapati bahawa beberapa insiden kesan pendarahan daripada Cauterize pada monster dan minion akan mengganggu recall pemain, menyebabkan pemasa recall mereka dirugikan atau menyebabkan mereka ditangkap oleh musuh. Oleh itu, kami telah membuang kesan Cauterize pada monster dan minion supaya pemain dapat recall secepat mungkin.

  • Cauterize: Kini tidak berkesan pada minion dan monster.

DEAD MAN’S PLATE

Kemas kini laluan binaan

  • Surging Scales (1300g) + Winged Moonplate (900g) + 600g

EDGE OF NIGHT

Kemas kini laluan binaan

  • Serrated Dirk (1000g) + Jaurim's Fist (1100g) + Long Sword (500g) + 550g

HARMONIC ECHO

Kemas kini laluan binaan

  • Lost Chapter (900g) + Blasting Wand (900g) + Ring of Revelation (400g) + 700g

HAUNTING GUISE

Statistik asas

  • Kos: 1100g → 900g
  • Nyawa maksimum: 150 100

HEXDRINKER

Statistik asas

  • Kos: 1200g → 1100g
  • Attack Damage: 15 20
  • Magic resistance: 30 20

Kemas kini laluan binaan

  • Long Sword (500g) + 600g

Lifeline

  • [REMOVED]

HORIZON FOCUS

Statistik asas

  • [NEW] +7% Kadar magic penetration

HULLBREAKER

Statistik asas

  • Kos: 3000g → 3100g
  • Nyawa maksimum: 300 → 325

INFINITY ORB

Statistik asas

  • [NEW] +7% Kadar magic penetration

JAURIM’S FIST

Statistik asas

  • Kos: 1200g → 1100g
  • Nyawa maksimum: 200 175

LAST WHISPER

Statistik asas

  • Kos: 1100g → 1300g

Last Whisper

  • [OLD] +10% Armor penetration [NEW] +15% Armor penetration

LIANDRY’S TORMENT

Statistik asas

  • Nyawa maksimum: 200 → 250
  • [NEW] +7% Kadar magic penetration

Kemas kini laluan binaan

  • Haunting Guise (900g) + Blasting Wand (900g) + Ruby Crystal + 700g

LICH BANE

Statistik asas

  • [NEW] +7% Kadar magic penetration

Kemas kini laluan binaan

  • Aether Wisp (950g) + Sheen (800g) + Amplifying Tome (500g) + 700g

LOST CHAPTER

Statistik asas

  • Kos: 1050g → 900g
  • Ability Power maksimum: 150 → 200
  • [REMOVED] Insight: +10 Ability Haste

LUDEN’S ECHO

Statistik asas

  • [NEW] +7% Kadar magic penetration

Kemas kini laluan binaan

  • Lost Chapter (900g) + Blasting Wand (900g) + Ring of Revelation (400g) + 800g

MANTLE OF THE TWELFTH HOUR

Kemas kini laluan binaan

  • Surging Scales (1300g) + Negatron Cloak (900g) + 700g

MAW OF MALMORTIUS

Statistik asas

  • Kos: 2800g → 3000g
  • Attack Damage: 45 55

Perubahan laluan binaan

  • Hexdrinker (1100g) + Hexdrinker (1100g) + 800g

Lifeline

  • [REMOVED]

Lifegrip

  • [REMOVED]

[NEW] Demonbane

  • 20% daripada damage yang dikenakan ditukarkan menjadi magic shield yang menyerap sehingga 60-400 magic damage. Shield itu merosot sebanyak 5% setiap saat.

MORELLONOMICON

Statistik asas

  • [NEW] +7% Kadar magic penetration

Affliction

  • [OLD] Mengenakan magic damage pada champion musuh menimpakan kesan 40% Grievous Wounds selama 3 saat, 60% jika nyawa champion musuh itu berada di bawah 50%. → [NEW] Mengenakan magic damage pada champion musuh menimpakan kesan 50% Grievous Wounds selama 3 saat.

MORTAL REMINDER

Statistik asas

  • Kos: 3000g → 3300g
  • Attack Damage: 45 30
  • Critical rate: 0 25%

Kemas kini laluan binaan

  • Last Whisper (1300g) + Executioner’s Calling (800g) + Brawler's Gloves (500g) + 700g

Sepsis

  • [OLD]: Mengenakan physical damage pada champion musuh memberikan kesan 40% Grievous Wounds selama 3 saat, 60% jika nyawa champion musuh itu berada di bawah 50%. [NEW]: Mengenakan physical damage pada champion musuh memberikan kesan 50% Grievous Wounds selama 3 saat.

NASHOR’S TOOTH

Kemas kini laluan binaan

  • Recurve Bow (1400g) + Nashor's Talon (800g) + 800g

NEEDLESSLY LARGE ROD

Statistik asas

  • Kos: 1400g → 1500g
  • Ability Power: 60 → 65

Kemas kini laluan binaan

  • Amplifying Tome (500g) + Amplifying Tome (500g) + 500g

NOONQUIVER

Statistik asas

  • Kos: 1200g → 1350g
  • Attack speed: 10% 15%

Kemas kini laluan binaan

  • Long Sword (500g) + Dagger (500g) + 350g

PHAGE

Statistik asas

  • Kos: 1100g → 1000g
  • Nyawa maksimum: 175 150

PHANTOM DANCER

Kemas kini laluan binaan

  • Noonquiver (1350g) + Dagger (500g) + Brawler's Gloves (500g) + 650g

RABADON’S DEATHCAP

Statistik asas

  • Ability Power: 110 → 100
  • [NEW] +7% Kadar magic penetration

Overkill

  • [OLD] Meningkatkan Ability Power sebanyak 40% → [NEW] Meningkatkan Ability Power sebanyak 20 - 45% (berdasarkan level).

RECURVE BOW

Statistik asas

  • Kos: 900g → 1400g

Kemas kini laluan binaan

  • Dagger (500g) + Dagger (500g) + 400g

[NEW] Reinforced

  • Attack mengenakan 15 on-hit physical damage bonus terhadap sasaran.

RIFTMAKER

Statistik asas

  • [NEW] +7% Kadar magic penetration

Kemas kini laluan binaan

  • Hextech Alternator (1400g) + Fiendish Codex (1000g) + 800g

ROD OF AGES

Statistik asas

  • [NEW] +7% Kadar magic penetration

RUNAAN’S HURRICANE

Statistik asas

  • Kos: 2800g → 2900g
  • Critical rate: 25% 0%

Perubahan laluan binaan

  • Nashor's Talon (800g) + Recurve Bow (1400g) + 700g

[NEW] Wind’s Favor

  • Mendapat 30 Attack Damage atau 60 Ability Power (Adaptive).

[NEW] Wind Blade

  • Attack mengenakan 15 physical damage bonus on-hit terhadap sasaran.

SERAPH’S EMBRACE

Statistik asas

  • [NEW] +7% Kadar magic penetration

SERPENT’S FANG

  • Shield Reaver: [NEW]: Mengenakan damage pada champion musuh mengurangkan mana-mana shield yang mereka dapatkan selama 3 saat. Champion melee memberikan (10% daripada Attack Damage bonus + 40)% pengurangan shield, dihadkan kepada 60%; manakala champion ranged memberikan (10% daripada Attack Damage bonus + 25)% pengurangan shield, dihadkan kepada 45%. Apabila anda mengenakan damage pada musuh yang tidak terjejas oleh Shield Reaver, semua shield pada mereka dikurangkan sebanyak nilai yang sama.

SHEEN

Statistik asas

  • Kos: 900g → 800g

Kemas kini laluan binaan

  • Ring of Revelation (400g) + 400g

STERAK’S GAGE

Kami mendapati bahawa kemerosotan shield tidak memberikan manfaat kepada pemain seperti yang kami mahukan, jadi kami telah melaraskan mekanik kemerosotan shield ini dan kini shield merosot berdasarkan nilai shield semasa, bukannya nilai maksimum.

  • Lifeline: Mengoptimumkan mekanik kemerosotan shield. Apabila hanya sebahagian shield ditelan oleh serangan musuh, shield itu tidak akan merosot menjadi 0 lebih awal.

THORNMAIL

Thorns:

  • [OLD]: Apabila terkena serangan daripada champion musuh, mengenakan 20 + 6% armor bonus + 1% nyawa bonus sebagai magic damage pada penyerang dan menimpakan kesan 40% Grievous Wounds selama 3 saat. Immobilize champion musuh juga menimpakan kesan 60% Grievous Wounds selama 3 saat. → [NEW] Apabila terkena serangan daripada champion musuh, mengenakan 20 + 6% armor bonus + 1% nyawa bonus sebagai magic damage pada penyerang, menimpakan kesan 60% Grievous Wounds selama 3 saat.

ZEAL

Statistik asas

  • Kos: 1300g → 1400g
  • Peluang critical strike: 10% → 15%

Kemas kini laluan binaan

  • Brawler's Gloves (500g) + Dagger (500g) + 400g

PERUBAHAN RUNE

Dalam patch sebelum ini kami melancarkan sistem rune baharu, yang menambahkan banyak rune baharu yang boleh memberikan champion anda lebih banyak cara untuk mengenakan damage pada musuh. Untuk memudahkan anda melihat cara damage anda dikira atau nilai yang rune anda berikan kepada anda dalam permainan, kami telah menambahkan ciri baharu untuk statistik kesan rune. Semasa permainan berjalan, anda kini boleh melihat faedah setiap rune yang anda ambil telah berikan kepada anda dalam masa nyata melalui tab rune dalam panel strategi. Jangan risau jika anda terlupa untuk memeriksanya dalam permainan atau terlalu sibuk sedang carry sehingga tidak berpeluang untuk menyemaknya, anda juga akan dapat melihat statistik ini selepas permainan anda, serta statistik daripada rune yang diambil oleh rakan sepasukan dan lawan anda dalam permainan itu.

PERUBAHAN SISTEM

REWORK DRAGON SOUL

  • [NEW]: Apabila suatu pasukan membunuh tiga dragon berturut-turut, mereka akan mendapat Buff Dragon Soul bonus, yang memberikan kesan bonus baharu.
  • Elemen buff dragon soul itu adalah sama dengan dragon pertama yang spawn, iaitu dragon yang mengubah persekitaran peta.
  • Jika kedua-dua pasukan tidak berjaya membunuh ketiga-tiga dragon dalam permainan, Buff Dragon Soul itu tidak akan diberikan kepada mana-mana pasukan.

Buff dragon soul

  • Kesan buff Infernal Dragon Soul: Mendapat 3% Attack Damage dan Ability Power.
    • Kesan Infernal Dragon Soul: Menyebabkan letupan (radius 250) pada posisi sasaran apabila mengenakan damage pada champion musuh dengan attack dan ability anda. Mengenakan adaptive damage (110 + 20% Attack Damage bonus + 10% Ability Power). (Cooldown 5 saat)
  • Kesan buff Mountain Dragon Soul: Mendapat 3 + 2% armor dan magic resistance.
    • Kesan Mountain Dragon Soul: Mendapat 210 shield pelbagai atribut jika anda tidak menerima damage daripada champion atau turret selama 5 saat.
  • Kesan buff Ocean Dragon Soul: Memulihkan semula 2% nyawa yang hilang setiap 5 saat.
    • Kesan Ocean Dragon Soul: Apabila mengenakan damage pada champion musuh dengan attack atau ability, anda akan memulihkan semula nyawa sebanyak nilai tertentu dalam masa 4 saat (150 + 30% Attack Damage bonus +15% Ability Power +6% nyawa bonus). (Cooldown 6 saat)
  • Kesan buff Ice Dragon Soul: Mendapat 7 ability haste.
    • Kesan Ice Dragon Soul: Tanda sasaran selama 3 saat apabila mengenakan damage pada champion musuh dengan attack atau ability. Slow champion musuh apabila tanda itu hilang dan mengenakan true damage bonus bersamaan dengan 10% daripada damage yang diterima oleh champion musuh sepanjang tempoh ditandakan.

PELARASAN DAMAGE PADA TURRET

Dalam patch sebelum ini, terdapat beberapa isu dengan damage daripada champion pada struktur. Isu yang pertama ialah champion dengan damage hibrid tidak dapat mengenakan damage dengan sebahagian daripada Attack Damage atau Ability Power mereka kepada turret. Isu yang kedua adalah daripada champion dengan item Ability Power yang mengenakan damage pada struktur. Jumlah damage yang boleh dikenakan, terutamanya pada peringkat akhir permainan, jauh lebih tinggi berbanding dengan champion Attack Damage. Jadi, kami telah membuat pelarasan untuk menangani masalah ini.

  • [OLD] Damage asas daripada champion pada struktur = Attack Damage asas champion + ("Attack Damage bonus" dan "50% Ability Power", pilih yang lebih tinggi daripada dua nilai ini) [NEW] Damage asas daripada champion pada struktur = Attack Damage asas champion + Attack Damage bonus + 40% Ability Power.

PORO HANTU

  • [NEW]: Poro Hantu mempunyai 3 nyawa, dan akan terkena stun selepas 3 serangan. Poro Hantu tidak lagi dapat memberikan penglihatan semasa stun, pulih selepas 60 saat.
  • [NEW]: Jika Poro Hantu tidak terkena stun, ia memulihkan semula nyawa selepas 5 saat, memulihkan semula 1 nyawa setiap 3 saat.

HEAL

  • [OLD] Memulihkan 60-242 nyawa kepada anda dan champion sekutu berdekatan yang paling tercedera, dan memberikan kedua-kedua pihak 20% movement speed bonus selama 1 saat. (Kesan ini ditingkatkan sebanyak 100% kepada champion sekutu) Jumlah pemulihan adalah separuh untuk champion yang baru sahaja terkesan oleh Heal. [NEW] Memulihkan 90-370 Nyawa kepada anda dan champion sekutu berdekatan yang paling tercedera, dan memberikan 30% movement speed bonus selama 1 saat. Jumlah pemulihan adalah separuh untuk champion yang baru sahaja terkesan oleh Heal.

SMITE

  • Apabila anda melengkapkan spell Smite, nyawa monster akan memaparkan ambang nyawa pembunuhan bagi Smite.

RIFT HERALD

Terasa agak mengecewakan apabila pasukan musuh summon Rift Herald untuk menyerang Nexus secara langsung tanpa minion. Hal ini juga tidak sihat untuk kepantasan permainan, jadi kami telah membuat beberapa pelarasan pada Shelly.

  • Damage pada Nexus: 775-1125 (berdasarkan level) Nyawa maksimum Nexus × 25%
  • [NEW]: Rift Herald akan mati selepas menyerang Nexus sekali

PERUBAHAN KUALITI KEHIDUPAN DALAM PERMAINAN

  • Apabila champion musuh diserang secara berterusan oleh turret, serangan terakhir tidak akan diganggu oleh jarak kerana champion musuh melebihi jarak serangan.
  • Mengoptimumkan halaman kedai dalam permainan.
  • Mengoptimumkan pengumum respawn Buff Merah dan Biru. Kini terdapat pengumum baharu dalam bar chat apabila buff dinaik taraf yang pertama spawn.
  • Menekan ikon mini rakan sepasukan berhampiran peta mini kini akan berkongsi Cooldown Ultimate mereka.
  • Membuat pengoptimuman pada papan markah.

SKIN

100242023WRPatchNotes4.4Article_Beemo.jpg

Beemo

Akan dikeluarkan pada 25 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8

100242023WRPatchNotes4.4Article_Kassadin-Count-Wild-Rift-Splash.jpg

Count Kassadin

Akan dikeluarkan pada 25 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8

100242023WRPatchNotes4.4Article_Fiddlesticks-Pumpkinhead-Wild-Rift-Splash.jpg

Pumpkinhead Fiddlesticks

Akan dikeluarkan pada 25 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8

100242023WRPatchNotes4.4Article_Prestige_Spirit_Blossom_Master_Yi_Splash.jpg

Prestige Spirit Blossom Master Yi

Akan dikeluarkan pada 3 November pukul 08:01 pagi GMT+8

100242023WRPatchNotes4.4Article_Spirit-Blossom-Ahri.jpg

Spirit Blossom Ahri

Akan dikeluarkan pada 3 November pukul 08:01 pagi GMT+8

100242023WRPatchNotes4.4Article_SpiritBlossom_MasterYi_Final.jpg

Spirit Blossom Master Yi

Akan dikeluarkan pada 3 November pukul 08:01 pagi GMT+8

100242023WRPatchNotes4.4Article_Spirit-Blossom-Riven.jpg

Spirit Blossom Riven

Akan dikeluarkan pada 3 November pukul 08:01 pagi GMT+8

100242023WRPatchNotes4.4Article_Spirit-Blossom-Sett.jpg

Spirit Blossom Sett

Akan dikeluarkan pada 3 November pukul 08:01 pagi GMT+8

100242023WRPatchNotes4.4Article_SpiritBlossomTristana_Final.jpg

Spirit Blossom Tristana

Akan dikeluarkan pada 3 November pukul 08:01 pagi GMT+8

TAMBAHAN

  • Memperbaik bug yang menyebabkan ability kedua Gwen menjadikannya tidak dapat disasarkan oleh kesan menerkam dan damage Tibbers daripada gunaan semula Ultimate Annie.
  • Memperbaik bug yang menyebabkan terkaman Tibbers daripada gunaan semula Ultimate Annie tidak mengganggu kesan camouflage ability ketiga Senna.
  • Memperbaik bug yang menyebabkan gunaan semula ability pertama Thresh ditamatkan oleh Quicksilver Enchant musuh selepas on-hit pertama.
  • Memperbaik bug yang menyebabkan gunaan semula Ultimate Pantheon terkena champion musuh dengan shield ability, memecahkan shield itu tetapi hanya mengenakan separuh daripada damage asal.
  • Memperbaik bug yang menyebabkan ability kedua Shyvana menelan shield apabila attack champion musuh dengan shield ability.
  • Memperbaik bug yang menyebabkan cendawan Teemo membuang shield ability pada champion musuh secara langsung.
  • Memperbaik bug yang menyebabkan cooldown ability pertama Varus dikurangkan apabila Blight daripada attacknya pada sasaran dengan shield ability tidak diletuskan oleh on-hit ability pertama itu.
  • Memperbaik bug yang menyebabkan Ultimate Urgot menjadikan nama champion musuh di atas bar nyawa hilang selepas champion itu mati dan respawn.
  • Memperbaik bug yang menyebabkan cooldown ability pertama Warwick tidak dikurangkan selepas membunuh minion.
  • Memperbaik bug yang menyebabkan attack Vladimir hilang di hadapan platform spawn, menyebabkan attack itu tidak terkena champion musuh.
  • Memperbaik bug yang menyebabkan assist tidak dikira apabila Ultimate Vladimir terkena Sion dan Sion dibunuh oleh turret.
  • Memperbaik bug yang menyebabkan ability kedua Sett menunjukkan jarak yang tidak konsisten berbanding dengan jarak sebenar kesan itu.
  • Memperbaik bug yang menyebabkan pergerakan Morgana terpaku selepas menggunakan Ultimatenya pada champion musuh dengan shield ability.