Wild Rift Patch Note 4.3d

Inilah patch terakhir bagi Kemas Kini Fighting Spirit! Terdapat rework untuk Janna, kemas kini balance dan skin baharu! Selamat datang ke Patch 4.3d!

Kami tidak gentar semasa kemas kini Fighting Spirit dan sangat gemar memperkenalkan kandungan baharu untuk anda semasa kitaran patch ini. Walau bagaimanapun, kami mesti bercakap sekarang dan memberitahu anda semua bahawa penghujung era ini sudah tiba. Ini merupakan balance patch terakhir semasa kitaran 4.3, namun jangan risau kami sudah mula memasuki era baharu kami dan tidak sabar untuk memulakan parti bersama anda dalam masa beberapa minggu akan datang! 

Sebelum kami menutup 4.3, kami ingin meniupkan semangat anda, jadi rework Janna akan dikeluarkan dalam patch ini, bersama dengan beberapa kemas kini balance dan beberapa skin baharu. Selamat datang ke Patch 4.3d!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

PERUBAHAN CHAMPION

HECARIM

Hecarim merupakan champion yang tanky dan bermobiliti tinggi, yang menyukarkan musuh untuk mengalahkannya. Oleh itu, kami akan “mengekang”nya dengan nerf sedikit resistance dan regen yang dia peroleh semasa teamfight.

SPIRIT OF DREAD

  • Damage dan magic resistance: 20/25/30/35 → 6/12/18/24
  • Health regeneration: 10/15/20/25 + 1% Nyawa maksimum bonus → 5/10/15/20 + 1% Nyawa maksimum bonus
  • Health regeneration daripada damage yang dikenakan pada sasaran musuh: Damage dikenakan (25% + 0.02% Attack Damage Bonus) → Damage dikenakan (20% + 0.02% Attack Damage Bonus)

ONSLAUGHT OF SHADOWS

  • Cooldown: 90/80/70s → 100/85/70s

JANNA

Janna ialah The Storm’s Fury, dan dia memanfaatkan kuasa angin untuk menyokong rakan sepasukannya sepanjang permainan. Kami merasakan terdapat sedikit ruang untuk melaraskan beberapa abilitynya untuk menjadikan Janna lebih menyokong dan bersandar pada kekuatannya. Kami telah rework semua abilitynya untuk memastikan dia masih seorang mage angin pelindung, sambil meningkatkan kemandirian dan fleksibilitinya, agar Janna ibarat buluh ditiup angin dan boleh dimainkan dalam lebih banyak situasi.

passive

  • Movement speed bonus diperoleh: 8% → 5%
  • [REMOVED] Champion sekutu mendapat 8% bonus movement speed apabila bergerak ke arah Janna.
  • [NEW] Champion sekutu berdekatan mendapat 5% bonus movement speed.

Howling Gale

  • Magic damage: 60/90/120/150+40% Ability Power → 60/100/140/180 + 50% Ability Power
  • Masa yang diambil untuk ribut sampai ke destinasinya: 1s → 0.5s
  • [REMOVED] Damage daripada ribut, kesan hentam ke atas dan jarak bergantung pada masa pengecasannya, mencapai potensi maksimum pada 3 saat.
  • [NEW] Tempoh mengecas untuk ribut ditetapkan pada 0.75 saat. Howling Gale mendapat 1 cas setiap 12 saat untuk digunakan, dengan maksimum 2 stack pengecasan.

Zephyr

  • Magic damage: 55/105/155/205 + 60% Ability Power +25% Movement speed bonus → 50/90/130/170+50% Ability Power + 20% Movement speed bonus
  • Cooldown: 7.5/7/6.5/6s → 9/8.5/8/7.5s
  • [REMOVED] Pasif: Selepas cooldown ability, Janna mendapat 6% movement speed bonus, mengenakan magic damage bonus apabila menyerang musuh.
  • [REMOVED] Mengenakan damage dan slow sasaran terpilih selama 2 saat.
  • [NEW] Meningkatkan movement speed Janna sebanyak 15%/20%/25%/30% selama 2 saat.
  • [NEW] Mencari 3 champion sekutu berdekatan secara automatik dan meningkatkan movement speed mereka sebanyak 15%/20%/25%/30%, mengenakan magic damage pada musuh.

Eye Of The Storm

  • Nilai shield: 90/140/190/240 + 80% Ability Power → 65/90/115/140 + 60% Ability Power
  • [REMOVED] Janna memberikan shield kepada champion atau turret sekutu yang menyerap damage. Shield ini akan merosot dalam masa 5 saat.
  • [NEW] Janna kini memberikan shield yang menyerap damage pada dirinya dan champion sekutu dengan nyawa terendah, jika terdapat turret yang berada berdekatan, shield yang sama akan diberikan kepada turret itu juga. Shield ini bertahan selama 3 saat tanpa merosot.

Monsoon

  • Health regeneration setiap saat: 100/150/200 + 50% Ability Power → 50/75/100 + 30% Ability Power
  • [REMOVED] Semasa Monsoon, Janna perlu menyalurnya secara berterusan.
  • [NEW] Janna kini boleh bergerak dengan bebas selepas menggunakan Monsoon.

KATARINA

Pemain Katarina sentiasa menjumpai cara untuk "mende-kat-i" pertempuran dan mencincang musuh mereka, terutamanya dalam tahap permainan yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, kami melaraskan sedikit damagenya supaya musuhnya berpeluang untuk melawan.

passive

  • Damage asas: 50 + 12 × Level → 40 + 10 × Level
  • Kadar Attack Damage: (45 + 3 × Level)% → (30 + 3 × Level)%

KAYN

Bentuk Darkin Kayn lebih lemah berbanding dengan bentuknya yang satu lagi, jadi kami meningkatkan kemampanannya yang sepatutnya menjadikan teamfight lebih mudah untuk dikendalikan.

passive

  • Health regeneration asas Darkin: 18% → 20%

REAPING SLASH

  • Damage nyawa maksimum sasaran Darkin: (5% + 0.04% Attack Damage Bonus)% → (6% + 0.06% Attack Damage Bonus)%

Renekton

Renekton telah bergelut di Baron Lane. Kami telah melihat bahawa dia tidak dapat memberikan tekanan yang mencukupi pada peringkat awal dan pertengahan permainan. Untuk membantu buaya ini, kami meningkatkan kemampanan dan damagenya supaya Renekton boleh mendapatkan semula kegemilangannya sebagai salah seorang fighter terbaik di Rift.

CULL THE MEEK

  • Damage asas: 70/120/170/220 → 80/130/180/230
  • Health regeneration asas: 5/7/9/11 → 7/9/11/13
  • Damage bonus: 105/180/255/330 → 120/195/270/345

Wukong

Kami membuat beberapa pelarasan untuk meningkatkan damage, kemampanan dan fleksibiliti Wukong supaya dia boleh menghadapi lebih banyak pertempuran dengan selesa.

GOLDEN STAFF

  • Health regeneration: 30/50/70/90 → 50/70/90/110
  • Damage asas: 30/50/70/90 → 40/60/80/100
  • Kadar damage: 0.3/0.35/0.4/0.45 → 0.35/0.4/0.45/0.5

WARRIOR TRICKSTER

  • Cooldown: 18/17/16/15s → 17/16/15/14s

XIN ZHAO

Walaupun Xin Zhao telah menjadi pilihan ramai, dia telah bergelut untuk menjadi ancaman terhadap musuhnya sejak perubahan sistematik yang telah berlaku sejak beberapa patch yang lalu. Kami meningkatkan sedikit damagenya supaya dia boleh berasa lebih yakin menghadapi pertempuran kecil di jungle.

Wind Becomes Lightning

  • Damage slash: 40/50/60/70 + 30% Attack Damage → 50/60/70/80 + 40% Attack Damage

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

ANCIENT COIN

Kami meningkatkan jumlah gold yang diperoleh sekali sahaja daripada Ancient Coin, dan meningkatkan pemulihan yang diberikan kepada pemegangnya. Hal ini sepatutnya membantu pemain mengalami fasa laning yang lebih lancar.

  • Gold diperoleh sekali sahaja: 55 → 65
  • Health regeneration sekali sahaja: 15-65 → 20-80

BERSERKER’S GREAVES

Kesan yang diberikan oleh Berserker's Greaves kini agak terlalu lemah, jadi kami akan buffnya untuk menjadikannya pilihan yang lebih baik untuk champion yang mencari lebih banyak attack speed dalam binaan mereka.

Statistik asas:

  • Attack Damage: 15 → 18

BOOTS OF DYNAMISM

Kuasa ledakan yang disediakan oleh boot ini kini lebih rendah daripada jangkaan kami sebelum ini, jadi kami perlu memberikan sedikit bantuan kepada Boots of Dynamism, supaya boot ini memenuhi keperluan assassin.

Statistik asas:

  • Kos: 1500g → 1400g

Pounce:

  • Armor penetration: 8 → 10

DUSKBLADE OF DRAKTHARR

Duskblade telah bergelut jika dibandingkan dengan item armor penetration yang lain, kerana sebahagian besar item ini memberikan burst damage dan baru-baru ini sudah semakin sukar bagi pemain untuk mendapat manfaat daripada kesan sebegini. Jadi, kami memperkuatkan kesan khusus serta armor penetration asas Duskblade, supaya anda boleh memanfaatkan dan merasakan kesan daripada damagenya pada peringkat awal dan pertengahan permainan.

Razor:

  • Armor penetration: 15 → 18

Nightstalker:

  • Damage asas: 20-125 → 60-160
  • Masa slow: 0.25s → 0.35s

HARMONIC ECHO

Walaupun Harmonic Echo memberikan kesan pemulihan, kami merasakan kesan ini tidak mencukupi. Oleh itu, kami meningkatkan jumlah pemulihan yang diberikannya dan mengurangkan kosnya, supaya pemain support dapat membelinya lebih awal dan mendapat manfaat daripada kesan pemulihannya dengan lebih cepat.

  • Statistik asas:
    • Kos: 2900g → 2700g
  • Harmonic Echo:
    • Jumlah pemulihan: 70 + 10% Ability Power → 130 + 10% Ability Power

MAGNETRON ENCHANT

Walaupun Magnetron Enchant boleh memberikan champion di jungle pergerakan yang kuat, enchant ini masih tidak menunjukkan prestasi yang baik. Kami membuat beberapa pelarasan supaya kami dapat memperkuatkan kuasa unik Magnetron Enchant, dan kini jarak pergerakan maksimumnya boleh meliputi kebanyakan kawasan di dalam jungle. Kami juga melaraskan masa cooldownnya supaya anda bukan sahaja boleh bergerak lebih jauh di sekeliling peta, malah dengan lebih pantas.

Magnetron:

  • Jarak pergerakan maksimum: 500 → 550
  • Cooldown: 60s → 50s

MERCURY’S TREADS

Apabila anda menentang seseorang yang mempunyai Mercury’s Treads, kadangkala terasa seperti sudah patah kaki dan anda tidak dapat melakukan banyak damage terhadap lawan anda. Kami mahu strategi bertahan menjadi satu pilihan, tetapi kami juga mahu memastikan bahawa apabila musuh anda membina item pertahanan, permainan tidak terasa mustahil. Oleh itu, kami melaraskan pengurangan damage untuk memastikan penyerang tidak berasa terlalu kecewa, di samping memberikan sedikit nyawa tambahan supaya pemegang masih mempunyai ruang yang cukup untuk bertahan daripada burst magic damage daripada musuh mereka.

Statistik asas:

  • Nyawa maksimum: 150 → 200

Resolve:

  • Mengurangkan magic damage sebanyak: 15% → 12%

PLATED STEELCAPS

Dengan kes penggunaannya yang luas, Plated Steelcaps mempunyai ability pertahanan yang menakjubkan. Matlamat kami dengan pelarasan ini adalah untuk memberi pemain lebih banyak pilihan dalam kategori boot, supaya Plated Steelcaps tidak selalunya merupakan pembelian yang terbaik dalam slot.

Block:

  • Mengurangkan physical damage sebanyak: 12% → 10%

RELIC SHIELD

Ability Relic Shield memberi pemain banyak kawalan lane kerana ability ini membantu anda membunuh minion dan memberikan gold kepada anda serta carry anda, yang menjadikannya pilihan popular untuk support. Memandangkan ability ini memberikan nyawa bonus kepada pemegangnya, dan sudah pun mengatasi item support yang lain, kami akan melaraskan kesan pemulihannya. Hal ini sepatutnya menjadikannya bukan pilihan serta-merta untuk setiap support, serta lebih mengikut situasi dan bergantung pada champion yang anda pilih dalam setiap perlawanan.

  • Health regeneration sekali sahaja: 20-80 → 15-65

PERUBAHAN RUNE

DOMINATION: EYEBALL COLLECTION

Secara keseluruhan, rune Domination tidak menunjukkan prestasi yang baik. Kami memperkuatkan sebilangan daripada rune itu dengan harapan kami meningkatkan kelebihan yang diberikan kepada pemain.

  • Attack Damage diperoleh daripada setiap takedown: 0.5 → 1 (Maksimum 15 → 20)
  • Ability Power diperoleh daripada setiap takedown: 1 → 2 (Maksimum 30 → 40)

DOMINATION: INGENIOUS HUNTER

Secara keseluruhan, rune Domination tidak menunjukkan prestasi yang baik. Kami memperkuatkan sebilangan daripada rune itu dengan harapan kami meningkatkan kelebihan yang diberikan kepada pemain.

  • Item ability haste diperoleh daripada setiap takedown 4 → 5 (Maksimum 40 → 45)

DOMINATION: ZOMBIE WARD

Secara keseluruhan, rune Domination tidak menunjukkan prestasi yang baik. Kami memperkuatkan sebilangan daripada rune itu dengan harapan kami meningkatkan kelebihan yang diberikan kepada pemain.

  • Attack Damage diperoleh daripada menghapuskan ward setiap kali: 2 → 3 (Maksimum 20 → 25)
  • Ability Power diperoleh daripada menghapuskan ward setiap kali: 4 → 6 (Maksimum 40 → 50)

INSPIRATION: HEXTECH FLASHTRAPTION

Masa saluran yang panjang pada rune ini boleh menyebabkan anda terlepas peluang untuk melaksanakan taktik yang memenangi permainan. Jadi, kami mengurangkan masa penyaluran bagi Hextech Flashtraption untuk flash ke jarak maksimum, hal ini sepatutnya membolehkan anda merebut lebih banyak peluang untuk taktik yang menjolok mata apabila anda menyedarinya.

  • Masa penyaluran jarak flash yang lebih jauh: 3s → 2s
  • Masa perlu menyalur untuk flash ke jarak terjauh: 3.5s → 4.5s

SKIN

10112023_WildRiftPatch4.3dNotesArticle_AshenKnightPyke.jpg

Ashen Knight Pyke

Akan dikeluarkan pada 12 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8

10112023_WildRiftPatch4.3dNotesArticle_StargazerJaxWildRiftSplashFinal.jpg

Stargazer Jax

Akan dikeluarkan pada 23 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8