Wild Rift Patch Note 4.3c

Pada patch ini kami akan menerjah masuk untuk membawakan Hecarim ke Rift! Gadis-gadis Star Guardian kegemaran ramai juga akan kembali, dan terdapat juga kemas kini balance anda yang dijadualkan secara berkala. Selamat datang ke Patch 4.3c!

Terang Membara—Inilah Patch 4.3c!

Pada patch ini kami akan menerjah masuk untuk melepaskan Hecarim, The Shadow of War ke Rift. Dia hebat dalam membawa anda terus ke dalam pertempuran, menangkap musuh anda semasa mereka tidak bersedia apabila anda memecut ke lane mereka dengan gank mengejut. Star Guardian juga kembali pada patch ini, dengan skin baharu untuk ditambahkan pada koleksi anda serta event untuk meraikan mereka! Sudah tentu kami membawakan anda kemas kini balance yang dijadualkan secara berkala! Selamat datang ke Patch 4.3c!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

CHAMPION BAHARU

HECARIM, THE SHADOW OF WAR

09132023_WRPatchNotes4.3cArticle_Hecarim.jpg

Hecarim adalah gabungan berhantu manusia dan binatang, disumpah untuk menunggangi jiwa-jiwa yang hidup untuk selama-lamanya. Apabila Blessed Isles jatuh ke dalam kegelapan, kesatria bangga ini ditewaskan oleh tenaga pemusnah dari Ruination, bersama dengan semua pasukan berkuda dan tunggangan mereka. Kini, setiap kali Black Mist menjangkau Runeterra, dia mengetuai serangannya yang dahsyat, menikmati pembantaian dan menghancurkan musuh di bawah kaki kuda berperisainya.

Hecarim akan dikeluarkan pada 21 September pukul 08:01 pagi GMT+8.

EVENT

09132023_WRPatchNotes4.3cArticle_HecarimEvent.jpg

HECARIM’S CHARGE

Menerjah masuk ke Rift dan pijaklah musuh anda!

Event Hecarim’s Charge akan bermula pada 21 September pukul 08:01 pagi GMT+8

09132023_WRPatchNotes4.3cArticle_StarGuardian.jpg

STAR GUARDIAN

Terang membara dan berpasukanlah dengan rakan-rakan anda untuk menentang kuasa kejahatan!

Event Star Guardian akan bermula pada 27 September pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

AHRI

Tidak perlu "wahri", kami akan buff sedikit regen dan fleksibiliti Ahri, supaya dia boleh menerkam di sekeliling teamfight dan kite musuhnya dengan lebih lancar.

passive

  • Regeneration daripada takedown: 70/110/150/190 + 30% Ability Power → 80/120/160/200 + 35% Ability Power

Fox-Fire

  • Movement speed bonus: 40% → 45%

ANNIE

Selepas reworknya, Annie telah membakar musuhnya sehingga rentung dengan burst damagenya yang tinggi dan Tibbers yang menerkam. Untuk memberi lawannya lebih banyak pilihan apabila mereka bermain menentangnya, kami mengurangkan sedikit damage yang dia dan rakan berbulunya boleh kenakan.

passive

  • Tempoh stun: 1.25/1.5/1.75s → 1/1.25/1.5s

Disintegrate

  • Damage asas: 80/130/180/230 → 80/125/170/215

Molten Shield

  • Cooldown: 14/13/12/11s → 14s
  • Shield asas: 50/110/170/230 → 50/100/150/200
  • Movement speed bonus: 30/35/40/45% → 20/25/30/35%

Summon: Tibbers

  • Damage pada lepasan pertama: 140/250/360 + 60% Ability Power → 130/230/330 + 60% Ability Power
  • Damage pada lepasan kedua: 120/170/220 + 40% Ability Power → 110/150/190 + 30% Ability Power
  • Jarak gunaan terkaman: 800 → 700

JHIN

Jhin terlalu kuat berbanding dengan marksman yang lain pada awal dan pertengahan permainan dengan damagenya, dan kami meramalkan jika kami tidak "s-empat" membuat apa-apa pelarasan hal ini akan berterusan. Jadi kami akan nerf sedikit damage yang dia boleh kenakan.

passive

  • Damage bonus peluru terakhir: 14% + level × 1% (mencapai had atas 25% pada level 11) Nyawa yang hilang → 10% + level × 1% (mencapai had atas 25% pada level 15) Nyawa yang hilang

Deadly Flourish

  • Damage: 50/100/150/200 + 50% Attack Damage → 60/100/140/180 + 40% Attack Damage

LEE SIN

Apabila permainan maju ke peringkat kemudian, Ninja Tabi mula menjadi lebih lemah, kerana semua orang telah mencapai atau hampir mencapai binaan penuh mereka. Oleh itu, kami telah membuat beberapa pelarasan supaya Lee Sin tidak terlalu ketinggalan apabila champion lain mencapai binaan penuh mereka.

Sonic Wave / Resonating Strike

  • Cooldown: 10/9/8/7s → 9/8/7/6s

Safeguard

  • Cooldown: 17s → 17/16/15/14s

Tempest / Cripple

  • Attack Damage bonus: 100% → 125%
  • Cooldown: 10s → 8s

Dragon's Rage

  • Damage asas: 175/400/625 → 200/425/650

MORGANA

Berbanding dengan rakan seperjuangannya, Morgana tidak menunjukkan prestasi yang baik pada peringkat awal dan pertengahan permainan. Kami akan buff damage daripada abilitynya serta shieldnya supaya dia dapat melindungi rakan sepasukannya dengan lebih baik pada peringkat awal permainan.

TORMENTED SHADOW

  • Damage asas: 5/10/15/20 → 7/12/17/22

BLACK SHIELD

  • Cooldown: 16/14/12/10s → 13/12/11/10s

ORNN

Dalam patch-patch kami sebelum ini, kami telah nerf damage Ornn supaya dia sesuai dengan peranan tank tegap untuk pasukan anda, tetapi kami mendapati bahawa dia masih bertahan jauh lebih baik berbanding dengan champion tank lain dalam permainan. Oleh itu, kami akan nerf keupayaannya untuk bertahan dalam teamfight yang lebih lama, dan juga akan nerf keupayaan laning dan pushingnya pada peringkat awal permainan.

passive

  • Kadar nyawa, armor dan magic resistance bonus: 7/14/21/28% → 7/12/17/22%

BELLOWS BREATH

  • Damage Brittle: 5% - 24% Nyawa maksimum → 5% - 20% Nyawa maksimum
  • Damage minimum pada minion: 110/160/210/260 → 80/130/180/230

SAMIRA

Samira telah bergelut ketika menentang musuhnya di Dragon Lane. Memandangkan dia seorang marksman yang perlu memulakan pertempuran dan bukannya bermain secara selamat dan farm dari jarak jauh, kami merasakan Samira tidak mengenakan jumlah damage yang sepatutnya untuk risiko yang dia terpaksa tanggung. Oleh itu, kami meningkatkan sedikit damagenya supaya dia diberikan ganjaran untuk taktik berisiko yang perlu dilakukan untuk memberinya kelebihan menentang musuhnya.

passive

  • Movement speed bonus untuk setiap stack: 2.5% → 3.5%

FLAIR

  • Damage asas: 10/15/20/25 → 15/20/25/30
  • Attack Damage: 80/95/110/125% → 90/105/120/135%

INFERNO TRIGGER

  • Penggunaan mana: 100/50/0 → 60/30/0
  • Attack Damage: 50% → 55%

TEEMO

Sudah agak lama sejak kami menunjukkan kasih sayang kepada pengakap kegemaran kami, Teemo, dan kami merasakan masih ada ruang untuk beberapa penambahbaikan! Memandangkan Teemo mempunyai beberapa aspek unik pada kitnya, kami akan memberinya lebih banyak ruang untuk mengenakan lebih banyak damage pada peringkat pertengahan hingga akhir permainan, yang akan membolehkan Teemo memberikan lebih banyak bantuan kepada pasukannya selepas peringkat laning.

passive

  • Damage setiap saat: 5 + Level × 2 + 7.5% Ability Power → 5 + Level × 3 + 9% Ability Power

MOVE QUICK

  • Cooldown: 17s → 17/16/15/14s

ultimate

  • Damage letupan asas: 100/150/200 → 125/175/225

TRYNDAMERE

Tryndamere sedang bergelut untuk bersaing dengan champion carry yang lain di Baron Lane, terutamanya dalam tahap permainan yang lebih tinggi, jadi kami akan buff regenerationnya yang sepatutnya membantunya beraksi dengan lebih baik di lane.

Bloodlust

  • Setiap mata Fury memberikan regeneration bonus: 0.7/1.3/1.9/2.5 + 1.2% Ability Power → 1/1.6/2.2/2.8 + 1.2% Ability Power

Mocking Shout

  • Cooldown: 14s → 12s

VAYNE

Marksman sangat bergantung pada attack speed, dan sejak semua pelarasan kami pada sistem rune dan boot, Vayne telah memperoleh terlalu banyak faedah. Kami melaraskan sedikit attack speednya untuk setiap level dan menurunkan kemandiriannya sedikit supaya jika anda memilih Vayne di Baron Lane, anda akan menghadapi lebih banyak risiko pada peringkat awal permainan.

base_stats

  • Attack speed setiap level: 3.2% → 2.2%

passive

  • Movement speed bonus semasa bergerak menuju ke arah champion musuh: 15/20/30 → 10/15/20

Condemn

  • Cooldown: 18/16/14/12s → 21/18/15/12s

VLADIMIR

Sejak Vladimir dikeluarkan, dia telah mendominasi Rift dengan sustain yang sangat baik dan damage yang tinggi pada peringkat akhir permainan. Tambahan lagi, dia juga beraksi dengan baik di setiap lane, jadi kami melaraskannya agar permainan lebih adil.

TRANSFUSION

  • Regeneration Crimson Rush: 20 + Level × 12 + (5%+ 0.04% Ability Power) × Nyawa yang hilang → 20 + Level × 10 + (5% + 0.03% Ability Power) × Nyawa yang hilang

SANGUINE POOL

  • Damage: 20/40/60/80 + 3% Nyawa maksimum → 20/40/60/80 + 2% Nyawa maksimum

TIDES OF BLOOD

  • Damage: 30/50/70/90 + 40% Ability Power +3% Nyawa maksimum → 20/40/60/80 + 35% Ability Power + 2.5% Nyawa maksimum

SKIN

09132023_WRPatchNotes4.3cArticle_HighNoon-Hecarim-Splash.jpg

High Noon Hecarim

Akan dikeluarkan pada 21 September pukul 08:01 pagi GMT+8

09132023_WRPatchNotes4.3cArticle_Prestige_Riven_FINAL.jpg

Prestige Valiant Sword Riven

Akan dikeluarkan pada 21 September pukul 08:01 pagi GMT+8

09132023_WRPatchNotes4.3cArticle_Diana-Immortal-Journey-Wild-Rift-Splash-Final.jpg

Immortal Journey Diana

Akan dikeluarkan pada 21 September pukul 08:01 pagi GMT+8

09132023_WRPatchNotes4.3cArticle_Tryndamere-Immortal-Journey-Wild-Rift-Splash-Final.jpg

Immortal Journey Tryndamere

Akan dikeluarkan pada 21 September pukul 08:01 pagi GMT+8

09132023_WRPatchNotes4.3cArticle_Star-Guardian-Ahri-Mythic-Chroma-Wild-Rift-Splash.jpg

Star Guardian Mythic Chroma Ahri

Akan dikeluarkan pada 27 September pukul 08:01 pagi GMT+8

09132023_WRPatchNotes4.3cArticle_SGKaisa.jpg

Star Guardian Kai’Sa

Akan dikeluarkan pada 27 September pukul 08:01 pagi GMT+8

09132023_WRPatchNotes4.3cArticle_StarGuardian_Sona_Final.jpg

Star Guardian Sona

Akan dikeluarkan pada 27 September pukul 08:01 pagi GMT+8

09132023_WRPatchNotes4.3cArticle_Star-Guardian-Soraka.jpg

Star Guardian Soraka

Akan dikeluarkan pada 27 September pukul 08:01 pagi GMT+8

09132023_WRPatchNotes4.3cArticle_Star-Guardian-Zoe.jpg

Star Guardian Zoe

Akan dikeluarkan pada 27 September pukul 08:01 pagi GMT+8