Wild Rift Patch Notes 4.3b

Kami sedang memantau meta sejak rombakan sistem rune kami dan membuat beberapa pelarasan kepada beberapa champion yang memerlukan bantuan untuk mencari tempat mereka, serta mereka yang hampir melampaui batas. Terdapat juga penambahan barisan skin Mecha, kembalinya Stargazer, dan Wild Pass baharu! Selamat datang ke Patch 4.3b!

Tidaaaak, kami telah menukarkan Yuumi menjadi sandwic daging ham dan keju!

Patch ini terdapat Wild Pass baharu dengan beberapa ganjaran yang lebih lazat. Namun jangan risau, anda masih mempunyai masa untuk melengkapkan Wild Pass semasa, jadi pastikan anda masuk queue untuk beberapa permainan jika masih ada barangan yang diinginkan!

Kami sedang memantau meta sejak rombakan sistem rune kami dan membuat beberapa pelarasan kepada beberapa champion yang memerlukan bantuan untuk mencari tempat mereka, serta mereka yang hampir melampaui batas. Terdapat juga penambahan barisan skin Mecha, dan kembalinya Stargazer! Selamat datang ke Patch 4.3b!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

WILD PASS

08212023_WRPatchNotes4.3Article_BP-Food-Spirits-Yuumi_Final-Wild-Rift-Splash.jpg

Tidaaaak! Jangan tukarkan dia menjadi sandwic daging ham dan keju! Food Spirits Yuumi akan tersedia dalam Wild Pass baharu tidak lama lagi! Jika anda mempunyai Wild Pass semasa, pastikan anda melengkapkannya dan dapatkan semua ganjaran yang diinginkan sebelum wild pass baharu dengan ganjaran yang lebih sedap tiba di kedai tidak lama lagi!

Wild Pass Food Spirits Yuumi akan dikeluarkan pada 31 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8.

EVENT

JOIN THE FLUFT (SHADOW ISLES)

Poro-poro gebu itu telah berlepas untuk satu pengembaraan lagi! Sertailah mereka untuk keseronokan yang flufftastic!

Event Join the Fluft (Shadow Isles) akan bermula pada 07 September pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

AATROX

Prestasi Aatrox dalam jungle agak baik, tetapi agak bergelut di Baron Lane. Jadi kami memberinya sedikit lagi nyawa apabila dia menyerang minion, yang sepatutnya memberinya lebih banyak daya tahan di lane.

passive

  • Kesan pemulihan daripada menyerang minion: 50% → 60%

THE DARKIN BLADE

  • Kadar damage pada minion: 55% → 65%

AKALI

Rogue Assassin ini telah bergelut untuk menyesuaikan diri sejak perubahan kami kepada boot dan rune. Oleh itu, kami mengurangkan sebahagian daripada kos tenaganya sebagai bantuan dalam fasa laning, sambil melaraskan beberapa ability lain Akali untuk menjadikannya lebih fleksibel semasa teamfight.

passive

  • Bergerak ke arah luar lingkaran tenaga memberi anda movement speed bonus: 30% → 30/40/50/60%
  • Keluar dari lingkaran tenaga ke arah champion musuh memberi anda movement speed bonus: 30% → 30/40/50/60%

FIVE POINT STRIKE

  • Penggunaan energy: 120/100/80/60 → 105/90/75/60

Akshan

Akshan sedang bergelut untuk mencari tempatnya dalam meta, dan kami fikir dia boleh mengenakan lebih banyak damage, terutamanya pada peringkat akhir permainan. Jadi kami memberikan Rogue Sentinel ini beberapa buff yang sangat diperlukan untuk meningkatkan damagenya pada akhir permainan.

base_stats

  • Attack setiap level: 4.55 → 5.5

COMEUPPANCE

  • Damage minimum: 20/25/30 + 10% Attack Damage → 20/30/40 + 10% Attack Damage
  • Damage maksimum: 80/100/120 + 40% Attack Damage → 80/120/160 + 40% Attack Damage

FIORA

Baru-baru ini kami membuat perubahan pada Hullbreaker, dan perubahan itu akhirnya memberi kesan kepada keupayaan Fiora untuk push lane secara solo pada peringkat akhir permainan. Oleh itu, kami melaraskan ability pertamanya dan memberinya mekanik baharu supaya dia boleh menjadi ancaman split push yang lebih besar.

Lunge

  • [NEW] Lunge kini mengenakan damage pada turret.

IRELIA

Penguasaan ability Irelia memerlukan banyak masa, dan kami mahu memastikan pemain yang telah meluangkan masa untuk menguasainya dapat mempunyai lebih banyak detik kemuncak dalam permainan. Oleh itu, kami buff beberapa abilitynya supaya dia dapat bertahan dengan lebih baik semasa bertempur.

DEFIANT DANCE

  • Pengurangan damage: (50 + 7% Ability Power)% → (60 + 7% Ability Power)%
  • Damage asas: 10/30/50/70 → 20/35/50/65

JARVAN IV

Walaupun Jarvan boleh dimainkan sebagai tank dan fighter, baru-baru ini kami melihat bahawa dia lebih banyak dipilih dan dibina sebagai fighter. Kami mahu memastikan bahawa membina dan memainkannya sebagai tank utama masih tidak kekok untuk pasukan anda, jadi kami membuat beberapa pelarasan pada kitnya agar dia lebih tegap berbanding dahulu.

passive

  • Cooldown memberikan kesan pada sasaran yang sama: 6s → 5s

Golden Aegis

  • Nilai shield asas: 80/120/160/200 → 80/120/160/200 + 4% Nyawa maksimum

Cataclysm

  • [NEW]: Damage daripada musuh dikurangkan sebanyak 12/16/20% di dalam Cataclysm, kesan ini akan dibuang apabila meninggalkan Cataclysm atau apabila penghalang yang mengelilingi terrain runtuh.

JAYCE

Jayce telah bergelut untuk beraksi di lane, tetapi baru-baru ini mula bersinar di dalam jungle. Kami telah membuat beberapa pelarasan pada bentuk hammernya, yang sepatutnya membuatkan lawannya berfikir dua kali sebelum melawan The Defender of Tomorrow ini. Kami juga telah melaraskan damage yang dia kenakan pada monster supaya dia tidak begitu cekap menukul kem-kem jungle.

base_stats

  • Attack Damage asas: 52 → 54

LIGHTNING FIELD / HYPER CHARGE

  • [NEW] Kadar damage pada monster: 70%

THUNDERING BLOW / ACCELERATION GATE

  • Kadar damage: 8/11/14/17/20% Nyawa maksimum sasaran + 100% Attack Damage Bonus → 10/12.5/15/17.5/20% Nyawa maksimum sasaran + 100% Attack Damage Bonus
  • Damage maksimum pada monster: 200/325/450/575/700 → 150/275/400/525/650

MERCURY CANNON / MERCURY HAMMER

  • Mendapat armor dan magic resistance bonus dalam hammer stance: 3 + 2 × Level → 3+2 × Level + 9% Attack Damage Bonus

Karma

Jika dibandingkan dengan Mid Lane dan mage support yang lain, Karma bergelut untuk bersaing dengan mereka dari segi mengenakan damage dan juga perlindungan. Jadi, kami melaraskan punca damage utamanya, dan menambah jumlah shield yang boleh diberikan kepada sekutunya pada peringkat akhir permainan.

INNER FLAME

  • Damage asas: 60/100/140/180 → 70/110/150/190
  • Damage bonus Mantra: 60/140/220/300 → 70/150/230/310

INSPIRE

  • Nilai shield: 60/90/120/150 + 50% Ability Power → 70/100/130/160 + 65% Ability Power
  • Shield bonus Mantra: 120/180/240/300 + 50% Ability Power → 140/200/260/320 + 65% Ability Power

MISS FORTUNE

Apabila dipilih, Miss Fortune biasanya menjadi tumpuan untuk pasukan musuh kerana dia mudah ditangkap dan dibunuh. Kami memberinya bantuan dan kini apabila anda memilihnya, anda sepatutnya mempunyai pengalaman yang lebih baik dalam memposisikan diri dan mengenakan damage semasa team fight.

base_stats

  • Armor asas: 30 → 34
  • Armor setiap level: 3.5 → 4

Double Up

  • Damage critical hit selepas menggunakan double up: 150% → 130/140/150/160%

Strut

  • [OLD] Pasif: Jika Miss Fortune tidak menerima damage selama 5 saat, dia mendapat 25 movement speed bonus. 5 saat kemudian, bonus movement speed meningkat kepada 60/70/80/90 → [NEW] Pasif: Jika Miss Fortune tidak menerima damage selama 4 saat, dia mendapat 25 movement speed bonus. 3 saat kemudian, bonus movement speed meningkat kepada 80/85/90/95
  • Attack speed bonus Aktif: 30/50/70/90% → 45/60/75/90%

PYKE

Sejak kemas kini kepada item support, Pyke telah bergelut untuk menjadi ancaman maut kepada support lain. Kami akan buff sedikit damagenya supaya kami boleh terus meletakkannya sebagai support assassin yang boleh menyerang pada bila-bila masa. Kami juga sedang melaraskan damage keseluruhannya pada monster dan minion supaya perubahan ini tidak menjadikannya terlalu kuat dalam peranan lain.

base_stats

  • Attack Damage setiap level: 2.65 → 3.5

BONE SKEWER

  • Damage asas: 120/185/250/315 → 130/195/260/325
  • Kadar damage pada minion: 80% → 50%
  • Kadar damage pada monster: 90% → 50%

PHANTOM UNDERTOW

  • Damage asas: 110/160/210/260 → 120/170/220/270
  • Tempoh stun asas: 1.25s → 1.5s
  • Kadar damage pada monster: 100% → 50%

RIVEN

Kami menyedari bahawa Riven sedang bergelut semasa fasa laning di Baron Lane. Untuk membantunya, kami memberinya damage dan boost, sambil melaraskan damagenya pada monster supaya dia tidak menjadi terlalu kuat di dalam jungle.

RUNIC BLADE

  • [NEW] Kadar damage pada monster: 50%

BROKEN WINGS

  • Damage: 15/40/65/90+50/55/60/65% Attack Damage → 20/45/70/95+55/60/65/70% Attack Damage

VALOR

  • Cooldown: 10/9/8/7s → 9/8/7/6s

SION

Kami telah menyaksikan bahawa Sion telah bergelut dalam fasa laning, jadi kami melaraskan damage dan kos ability ketiganya, yang sepatutnya menjadikannya “kuasa yang tidak dapat dihalang” lagi menentang lawan lanenya.

ROAR OF THE SLAYER

  • Damage asas: 65/110/155/200 → 75/120/165/210
  • Penggunaan mana: 40/45/50/55 → 35/40/45/50

ZED

Kami mengurangkan cooldown ability kedua Zed, yang sepatutnya memberinya lebih fleksibiliti untuk bergerak di sekitar lane dan team fight supaya dia boleh mengakali lawannya.

Living Shadow

  • Cooldown: 20/18/16/14s → 17/16/15/14s

PERUBAHAN GAMEPLAY

PERUBAHAN RUNE

DOMINATION: MARK OF THE WEAK

Kami telah mengurangkan cooldown pada rune ini supaya jika anda membelinya, anda akan mengenakan damage tambahan dengan lebih kerap pada musuh yang lemah.

  • Cooldown: 20s → 15s

DOMINATION: SHIELD BASH

Kami menyedari bahawa Shield Bash tidak memberikan kuasa yang sepatutnya, jadi kami melaraskan damagenya supaya rune ini lebih berkesan pada peringkat awal permainan.

  • Damage asas: 5 - 30 → 15 - 50
  • Kadar attack bonus: 20% → 15%

INSPIRATION: GLACIAL AUGMENT

Glacial Augment telah menjadi keystone utama untuk ramai support dan telah menjadi sesuatu yang mengecewakan untuk dilawan. Kami mengurangkan kesan slow dan pengurangan damagenya.

  • Kesan slow zon slow: (2% Nyawa bonus pembawa + 20)% → (1.5% nyawa bonus pembawa + 20)%
  • Kesan pengurangan damage: 15% → 12%

INSPIRATION: PATHFINDER

Kami meningkatkan kemampanan Pathfinder supaya anda bergerak lebih pantas apabila anda melakukan rotasi melalui river untuk membantu rakan sepasukan anda.

  • [OLD]: Mendapat 30 movement speed bonus di river. Memulihkan 1.5% nyawa yang hilang atau 1.5% mana yang hilang setiap saat dan mendapat 20 movement speed bonus di river dan di luar pertempuran → [NEW]: Mendapat 50 movement speed bonus di river. Memulihkan 2% nyawa yang hilang atau 2% mana yang hilang setiap saat di river dan di luar pertempuran.

SISTEM

RIFT HERALD

Kami melaraskan damage yang dikenakan oleh Rift Herald pada turret, untuk memastikan rentak keseluruhan permainan tidak terlalu banyak berubah.

  • Damage serangan pertama: 80% Nyawa maksimum turret
  • Damage serangan kedua: 40% Nyawa maksimum turret

SKIN

08212023_WRPatchNotes4.3Article_Aatrox-Mecha-Wild-Rift-Splash.jpg

Mecha Aatrox

Akan dikeluarkan pada 25 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8

08212023_WRPatchNotes4.3Article_Galio-Mecha-Wild-Rift-Splash-Final.jpg

Mecha Galio

Akan dikeluarkan pada 25 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8

08212023_WRPatchNotes4.3Article_Urgot-Mecha-Wild-Rift-Splash.jpg

Mecha Urgot

Akan dikeluarkan pada 25 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8

08212023_WRPatchNotes4.3Article_Sion-Mecha-Zero-Wild-Rift-Splash.jpg

Mecha Zero Sion

Akan dikeluarkan pada 25 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8

08212023_WRPatchNotes4.3Article_Vex-Stargazer-Wild-Rift-Splash.jpg

Stargazer Vex

Akan dikeluarkan pada 8 September pukul 08:01 pagi GMT+8