Wild Rift Patch Note 4.3a

Vladimir menyertai pertempuran pada patch ini, rework Annie hampir tiba, Poro hantu, dan sudah tentu kemas kini balance! Selamat datang ke Patch 4.3a!

Poro, Beruang dan Algojo... alamak! Selamat datang ke Patch 4.3a!

Pada patch ini kami akan rework seorang champion ruji, Annie! Namun begitu, harap maklum bahawa reworknya tidak akan dikeluarkan hingga 10 Ogos 08:01 pagi GMT+8. Tetapi apabila ia dikeluarkan, kami tidak sabar untuk melihat taktik permainan hebat anda yang tidak tertanggung dan mendengar pendapat anda! Jika Annie bukan mage Mid Lane pilihan anda, tidak mengapa, jangan terlalu negatif, kerana Vladimir, The Crimson Reaper akan turut menyertai Rift!

Poro hantu juga akan menyertai Rift pada patch ini! Rakan-rakan baharu yang gebu ini akan memberi anda dan pasukan anda penglihatan tambahan, jika anda sedang ketinggalan. Kami juga akan membuat sedikit pelarasan kepada beberapa champion dan boot selepas kemas kini besar kami kepada sistem rune pada patch lepas.

Itu sahaja buat masa ini, tetapi kami akan berjumpa anda kembali di sini untuk Patch 4.3b!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

CHAMPION BAHARU

080223_Vladimir_Splash.jpg

VLADIMIR, THE CRIMSON REAPER

Seorang iblis yang dahagakan darah manusia, Vladimir telah mempengaruhi hal ehwal Noxus sejak zaman awal empayar itu. Di samping memanjangkan hayatnya secara luar biasa, kepakarannya dalam hemomansi membolehkan dia mengawal minda dan badan orang lain seperti dirinya sendiri. Di salun-salun mewah bangsawan Noxus, hal ini membolehkannya membina kultus personaliti fanatik di sekeliling dirinya—sementara di lorong paling hina, hal ini membolehkan dia menghisap darah musuhnya hingga kering.

Vladimir akan dikeluarkan pada 17 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8.

EVENT

080223_Vlad_Trivia.jpg

VLADIMIR’S TRIVIA

Rasa anda mengetahui segalanya mengenai The Crimson Reaper? Inilah peluang anda untuk menunjuk-nunjuk!

Event Vladimir’s Trivia akan bermula pada 17 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

ANNIE

Annie merupakan salah satu champion pertama yang menyertai League of Legends dan Wild Rift! Dan walaupun dia dan kawan beruang baiknya sentiasa ikonik, kami juga melihat sedikit ruang untuk membuat beberapa pelarasan pada kitnya. Kami telah rework ability ketiga dan ultimatenya, yang sepatutnya membuatkan kitnya berasa lebih lancar dan lebih fleksibel. Perubahan pada ultimatenya akan membolehkan Annie menghantar Tibbers kepada salah satu musuhnya, yang sepatutnya membolehkan beruang itu melindunginya dengan lebih banyak dan juga memberi musuh anda sedikit kejutan.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 105 → 96
  • Armor setiap level: 3.9 → 3.5

Molten Shield

  • [DIBUANG]: Annie memberikan shield kepada Tibbers atau champion sekutu selama 3 saat, menyerap (50/110/170/230+40%AP) damage. Musuh yang menyerang shield akan menerima (25/40/55/70+30%AP) magic damage.
  • [BAHARU]: Annie memberikan shield kepada dirinya dan Tibbers, menyerap (50/110/170/230 + 40% Ability Power) damage dan mendapat 30/35/40/45% movement speed. Bonus speed merosot selepas 3 saat.

Summon: Tibbers

  • Tibbers bertahan selama: 30s → 20s
  • Attack Damage Tibbers: 50/75/100 + 20% Ability Power → 70/100/130 + 20% Ability Power
  • Syarat cetusan Enrage Tibbers: Baru summon/Annie menggunakan ability dengan [Pyromania] pada musuh/apabila Annie mati → Baru summon/menerkam musuh/apabila Annie mati
  • [DIBUANG] Tibbers membakar musuh berdekatan, mengenakan (24/40/56 + 12% Ability Power) magic damage setiap saat
  • [BAHARU] 2 saat selepas menggunakan Tibbers, Annie boleh mengaktifkan ability ini sekali lagi, mengarah Tibbers untuk menerkam sasaran, mengenakan (120/170/220 + 40% Ability Power) magic damage, dan juga menyebabkan sasaran menjadi airborne selama 1 saat.

CAITLYN

Sheriff of Piltover sentiasa bersedia untuk menangkap dan menumpaskan mana-mana musuh yang menghalangnya. Walau bagaimanapun, kami ingin menguatkan sedikit perangkapnya supaya lebih sukar bagi musuh untuk melepaskan diri daripada pihak berkuasa terbaik Piltover.

YORDLE SNAP TRAP

  • Tempoh mengecas: 30/24/18/12s → 27/22/17/12s

GRAVES

Kami menguatkan damage Grave supaya musuhnya lebih berhati-hati apabila menghadapinya atau riwayat mereka mungkin akan sampai penghujungnya.

End of the Line

  • Attack Damage bonus bahagian kedua: 70/100/130/160% → 80/110/140/170%

Collateral Damage

  • Damage asas: 275/425/575 → 300/450/600

GWEN

Pada peringkat awal permainan, kami mendapati bahawa Gwen terlalu lembik, yang menyukarkannya untuk laning dan mengambil bahagian dalam pertempuran awal permainan. Oleh itu, kami akan buff beberapa statistik asasnya supaya dia boleh menyertai pertempuran yang lebih agresif dan memotong dua musuhnya semasa fasa laning.

SNIP SNIP!

  • [BAHARU] Kadar damage pada monster: 80%

HALLOWED MIST

  • Cooldown: 20/18/16/14s → 17/16/15/14s
  • Armor dan magic resistance bonus: 11/14/17/20 → 14/16/18/20

LEE SIN

Pada masa ini, Lee Sin sedang bergelut untuk memberikan impak semasa teamfight, jadi kami membantunya dengan meningkatkan damage pada Sonic Wave/Resonating Strike. Hal ini sepatutnya membantu dalam mengenakan lebih banyak burst damage dan mempunyai lebih banyak impak semasa teamfight yang penting tersebut.

Sonic Wave / Resonating Strike

  • Attack Damage bonus Sonic Wave: 100% → 105%
  • Bonus Resonating Strike: 100~200% → 105~210%

LEONA

Sebelum perubahan kami kepada item, rune dan boot, kami berpendapat Leona tidak dapat dihalang dan mampu bertahan dalam teamfight serta mengunci lawan untuk rakan sepasukannya. Tetapi sejak kebelakangan ini, dia tidak dapat menimbulkan ancaman kepada musuhnya, jadi kami memberinya beberapa buff untuk membantunya terlibat dalam pertempuran.

base_stats

  • Attack asas: 58 → 62
  • Attack setiap level: 1.7 → 3

SOLAR FLARE

  • Damage asas: 100/175/250 → 150/225/300

NILAH

Nilah merupakan champion terbaharu yang menyertai Rift, dan dia sudah bersedia untuk menghukum musuh dengan cemetinya! Kami tahu dia mahu berada di tengah-tengah pertempuran, tetapi sejak kedatangannya, kami menyedari bahawa dia tidak dapat melakukan sebegitu, jadi kami meningkatkan sedikit kemandiriannya. Hal ini sepatutnya memberinya lebih banyak ruang untuk menunjukkan kemahirannya dan menjadi lebih agresif sedikit!

base_stats

  • Armor asas: 34 → 37
  • Health regeneration asas: 6 → 10

FORMLESS BLADE

  • [BAHARU] Kadar damage aktif Formless Blade pada monster: 60%

OLAF

Selepas semua pelarasan sistematik kami pada patch sebelum ini, pengamuk ini mula mengenakan terlalu banyak damage. Jadi kami melaraskan sedikit damagenya untuk mengelakkan dia daripada menjadi terlalu kuat.

Undertow

  • Attack asas: 60/120/180/240 → 50/110/170/230

Reckless Swing

  • Attack asas: 60/120/180/240 → 55/115/175/235

ORNN

Walaupun kami mahu entiti separa dewa Freljord ini menjadi tulang belakang kepada pasukannya, kami tidak mahu dia juga yang mengenakan damage yang paling banyak. Jadi kami akan nerf sedikit daripada damagenya supaya dia selaras dengan tank yang lain.

base_stats

  • Attack asas: 62 → 58
  • Nyawa setiap level: 128 → 112

BELLOWS BREATH

  • Damage Bellows Breath: 13/14/15/16% Nyawa maksimum → 10/11/12/13% Nyawa maksimum

SEARING CHARGE

  • Damage bonus: 50% Armor bonus dan 50% Magic resistance bonus → 40% Armor bonus dan 40% magic resistance bonus

RAKAN

Rakan semakin berjaya dengan rune baharu, jadi kami melaraskan sedikit kemandiriannya.

base_stats

  • Nyawa asas: 570 → 540

BATTLE DANCE

  • Shield asas: 45/80/115/150 → 35/70/105/140

RAMMUS

Rammus telah memecut di sekitar Rift sejak patch terakhir, dan movement speednya terlalu kuat, terutamanya jika dibandingkan dengan champion lain. Kami melaraskan kepantasan dia boleh berguling supaya ia lebih selaras dengan kelajuannya pada patch sebelum ini.

passive

  • Movement speed semasa keadaan berguling meningkat kepada: 60 + 90/14 × (Level - 1) → 35 + Level × 2

DEFENSIVE BALL CURL

  • Peningkatan armor: 60/65/70/75% → 55/60/65/70%

SAMIRA

Berbanding dengan marksman lain Samira mempunyai jarak serangan yang lebih pendek, jadi kami ingin memperkasakan dia untuk menggunakan abilitynya bagi mengelakkan damage dalam pertempuran. Pada pendapat kami hal ini akan memberikan kelebihan yang dia perlukan dalam duel menentang musuh dengan jarak yang lebih jauh.

FLAIR

  • Attack Damage bonus: 75/90/105/120% → 80/95/110/125%

BLADE WHIRL

  • Cooldown: 30/27/24/21s → 26/23.5/21/18.5s

VOLIBEAR

Entiti separa dewa Freljord ini sedang menakluki jungle, tetapi dia nampaknya masih bergelut di Baron lane. Kami meningkatkan sedikit daripada kemampanannya semasa fasa laning, supaya dia boleh beraksi lebih baik apabila bertanding melawan lawan lanenya.

FRENZIED MAUL

  • Health regeneration asas: 10/20/30/40 → 20/30/40/50
  • [BAHARU] Kadar damage pada monster: 80%

ZOE

Pemain Zoe yang mahir sering mengenakan damage yang terlalu banyak pada peringkat awal pertempuran. Kami melaraskan sedikit lengkung damagenya supaya dia kini tidak lagi boleh meniup buih kepada musuh tanpa apa-apa hukuman pada peringkat awal.

PADDLE STAR!

  • Damage asas: 45/85/125/165 → 35/75/115/155
  • Damage asas maksimum: 112.5/212.5/312.5/412.5 → 87.5/187.5/287.5/387.5

SLEEPY TROUBLE BUBBLE

  • Damage: 60/115/170/225 + 45% Ability Power → 40/95/150/205 + 50% Ability Power
  • Damage bahagian kedua: 60/115/170/225 + 45% Ability Power → 40/95/150/205 + 50% Ability Power

PERUBAHAN GAMEPLAY

PERUBAHAN ITEM

GLUTTONOUS GREAVES

Selepas melihat reaksi kepada beberapa pilihan boot baharu, kami berpendapat bahawa Gluttonous Greaves tidak menyediakan faedah yang mencukupi kepada pemain, terutamanya jika dibandingkan dengan pilihan lain. Oleh itu, kami akan meningkatkannya!

Statistik

  • Attack Damage: 30 → 35

BOOTS OF MANA

Boots of Mana terlalu hebat, jadi buat masa ini kami melaraskan hanya statistik yang item ini berikan kepada anda, kerana kami masih berpendapat statistik baharu ini akan memberikan banyak faedah berbanding dengan kosnya.

Statistik

  • Ability Power: 60 → 55
  • Mana regeneration asas: 200% → 150%

PLATED STEELCAPS

Pada masa ini, Plated Steelcaps merupakan pembelian yang terlalu kuat, terutamanya apabila berhadapan dengan assassin, fighter dan marksman. Jadi, kami melaraskan sedikit statistiknya untuk mengurangkan sedikit kuasanya.

Block

  • Block untuk mengurangkan physical damage: 15% → 12%

PERUBAHAN SISTEM

Apabila anda ketinggalan dalam permainan, kebanyakan peta masih gelap, menyukarkan pasukan anda untuk mencuba bangkit semula atau melaksanakan taktik, kerana sesiapa sahaja boleh bersembunyi di dalam jungle anda untuk membuat serangan hendap. Jadi, kami menambahkan mekanik baharu untuk membantu anda apabila anda ketinggalan, yang kami harap akan memberi anda peluang untuk melaksanakan lebih banyak bangkit semula dan taktik dengan rakan sepasukan anda. Jangan lupa untuk memberi rakan baharu anda tepukan kepala atau snek Poro yang lazat!

Mekanik Poro hantu:

  • Apabila turret dalaman dimusnahkan, Poro hantu akan spawn di dalam jungle yang sepadan untuk memberikan penglihatan, dan ia akan meronda di sekitar jungle.
  • Apabila ditemui oleh Poro, champion musuh akan mempunyai kesan mata kecil di kepala mereka untuk mengingatkan mereka bahawa mereka telah dilihat.

SKIN

080223_Hextech_Annie_Splash.jpg

Hextech Annie

Akan dikeluarkan pada 10 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8

080223_NightBringer_Vladimir_Splash.jpg

Nightbringer Vladimir

Akan dikeluarkan pada 17 Ogos pukul 08:01 pagi GMT+8