Wild Rift Patch Note 4.3

Kami meraikan pelancaran Soul Fighter dengan mod, event dan skin baharu! Selain itu, kami merombak sistem rune kami dan banyak lagi! Selamat datang ke Patch 4.3—Kemas Kini Fighting Spirit!

Selamat datang ke Patch 4.3—Kemas Kini Fighting Spirit! Kami harap anda sudah bersedia untuk perjuangan hidup anda, kerana patch ini akan datang dengan impak tambahan! 

Bersedia untuk melangkau ke Baron Lane dan menggentarkan musuhnya ialah Nilah! Dia akan menyertai Wild Rift pada patch ini dan kami pasti dia akan membawa banyak kegembiraan kepada semua permainan anda, sambil membantu anda menghukum musuh anda dengan cemetinya! Kami juga riuh dengan kemas kini gameplay, termasuk rombakan sistem rune kami, beberapa perubahan pada boot enchantment, serta pelarasan balance anda yang dijadualkan secara berkala. Kami tidak sabar untuk melihat semua binaan baharu yang anda reka dalam sistem rune baharu itu, jadi pastikan anda berkongsi binaan kegemaran anda dengan kami! 

Semua fighter kami sudah lengkap dan bersedia untuk Tournament of Souls yang penuh legenda! Terdapat skin baharu yang menunjukkan para fighter kami dalam pakaian tempur terbaik mereka, event, promosi dan mod permainan baharu serta banyak lagi! Kami tidak sabar untuk melihat anda turut serta apabila kemas kini ini dikeluarkan hari ini! 

Walaupun itu sahaja buat masa ini, ini hanyalah patch pertama kemas kini Fighting Spirit dan anda boleh menyemak lebih banyak kandungan yang bakal datang dalam Pratonton Patch terbaru kami: 


Nikmatilah segalanya dan kami akan jumpa anda lagi dalam Patch 4.3a!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

CHAMPION BAHARU

07182023_WRPatchNotes4.3Article_Nilahsplash.jpg

NILAH, THE JOY UNBOUND

Nilah merupakan seorang pahlawan pertapa dari negeri yang jauh, mencari lawan paling dahsyat di dunia supaya dia boleh mencabar dan memusnahkan mereka. Setelah memenangi kuasanya melalui pertemuan dengan demon kegembiraan yang lama dipenjarakan, dia tidak mempunyai emosi selain kegembiraan berpanjangan—harga yang kecil untuk dibayar demi kekuatan hebat yang dimiliki sekarang. Menyalurkan bentuk cecair demon itu menjadi pedang yang mempunyai kekuatan yang tiada tandingannya, dia berdiri teguh menentang ancaman purba yang telah lama dilupakan.

Nilah akan dikeluarkan pada 21 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8.

WILD PASS

Dia datang untuk mencuri mimpi anda—Dream Raider Thresh! Dia pasti akan membuat anda ketakutan, dan mengubah apa-apa mimpi menjadi mimpi ngeri, tetapi dia membawa banyak hadiah bersamanya! Jangan tertidur dan terlepas ganjaran ini, masuklah queue dan raih kemajuan anda sehingga penghujung wild pass! Anda juga boleh mendapatkan Unleashed Dream Raider Thresh daripada Wild Pass Emporium!

Sebagai peringatan, ini merupakan Wild Pass pertama kami untuk Patch 4.3, jadi Food Spirits Yuumi akan tersedia kemudian!

Wild Pass akan tersedia pada 18 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8

RANKED MUSIM 10

Patch 4.3 membawa bersamanya permulaan musim ranked yang baharu! Main permainan, capai matlamat anda dan dapatkan skin ranked yang serba baharu sepanjang perjalanan anda—Glorious Basilisk Jarvan! Sebagai tambahan kepada musim baharu dan skin ranked, kami juga telah membuat perubahan pada sistem ranked, menambahkan peringkat baharu di atas challenger, dan membuat pelarasan kecil pada Legendary Queue! Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang semua perubahan Ranked kami ini dalam blog Kemas Kini Ranked dan Soalan Lazim kami!

Ranked Musim 10 akan bermula pada 18 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8

TAG DUEL

Kami harap anda telah berlatih dan bersedia untuk bertempur, kerana Tag Duel sudah tiba! Inilah mod 1v1 dengan matlamat untuk anda membunuh lawan anda beberapa kali! Dengan mod baharu ini terdapat beberapa peraturan baharu:

  • Anda boleh memilih tiga champion dan boleh bertukar-tukar antara mereka semasa permainan.
    • Pertukaran antara champion akan menggunakan cas meter super.
    • Meter super mengecas secara automatik dan boleh dilihat di bahagian atas skrin.
  • Apabila anda bertukar-tukar antara champion, semua cooldown anda akan dikembalikan.
  • Semua champion akan membeli item dan naik level secara automatik sepanjang permainan.
  • Semua champion berkongsi bar nyawa tunggal, apabila ia habis, anda akan kehilangan satu nyawa dan semua champion akan respawn dengan nyawa dan cooldown penuh.
  • Mod ini akan berlangsung di satu arena kecil tanpa minion, supaya anda tidak terganggu daripada bertempur!
  • Sudah tentulah kami perlu menambahkan tema yang sesuai untuk dipadankan dengan Soul Fighter!

Tag Duel akan tersedia pada 21 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8 sehingga 7 Ogos

SOUL FIGHTER BOUNTY

Semua orang, bersoraklah untuk DRAAAVEN! Soul Fighter Bounty merupakan promosi yang memberi anda peluang untuk mendapatkan Soul Fighter Draven (Edisi Khas)—walaupun Draven mungkin akan berhujah bahawa semua skinnya adalah “edisi khas.” Untuk mengambil bahagian, anda perlu membeli kotak yang berharga 400 Wild Core sebuah. Untuk setiap kotak yang anda buka, anda akan berpeluang menerima perkara berikut:



Item

Peluang

Soul Fighter Draven (Edisi Khas)

0.50%

5 Baucar

88.35%

10 Baucar

10.00%

30 Baucar

1.10%

100 Baucar

0.05%

Selepas membuka kotak dan menerima baucar, anda boleh menebus baucar untuk item berikut:

Item

Baucar Diperlukan

Soul Fighter Yasuo

15

Soul Fighter Xin Zhao

12

Soul Fighter Irelia

12

Soul Fighter Draven

12

Soul Fighter Nilah

12

Peti Skin Rawak

11

Recall Soul Fighter

7

Emote Soul Fighter Yasuo

3

Emote Soul Fighter Xin Zhao

3

Emote Soul Fighter Draven

3

Emote Soul Fighter Nilah

3

Bauble Soul Fighter

3

Ikon Soul Fighter

3

Gaya Soul Fighter Yasuo

3

Gaya Soul Fighter Xin Zhao

3

Gaya Soul Fighter Irelia

3

Gaya Soul Fighter Draven

3

Gaya Soul Fighter Nilah

3

Gaya Soul Fighter Draven (Edisi Khas)

3

Bingkai Soul Fighter Yasuo

5

Bingkai Soul Fighter Xin Zhao

5

Bingkai Soul Fighter Irelia

5

Bingkai Soul Fighter Draven

5

Bingkai Soul Fighter Nilah

5

Bingkai Soul Fighter Draven (Edisi Khas)

5

70 Poro Coin

1

EVENT

SOUL FIGHTER

Sudah tiba masanya untuk bersaing dalam Tournament of Souls yang penuh legenda! Ketahui lebih lanjut tentang perjalanan Yasuo dan Draven sambil anda mengaktifkan ganjaran!

Event Soul Fighter akan bermula pada 21 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

ORNN

Ornn telah menempa jalannya ke Rift dan abilitynya terlalu sukar untuk diatasi oleh musuhnya. Oleh itu, kami akan nerf beberapa statistiknya untuk menjadikan entiti separa dewa ini kurang kebal.

passive

  • Nyawa, armor dan magic resistance tambahan: 11/19/27/35% → 7/14/21/28%

BELLOWS BREATH

  • Brittle: 7-21% Nyawa maksimum → 5-24% Nyawa maksimum

SORAKA

Prestasi Soraka dan cara pemain menggunakan abilitynya tidaklah optimum. Jadi, kami membuat beberapa pelarasan untuk menjadikannya menarik dan berprestasi lebih baik dalam permainan!

Starcall

  • [BAHARU]: Cooldown akan dikurangkan apabila ability ini mengenai champion musuh.

Astral Infusion

  • Cooldown: 5/4/3/2s → 6/5/4/3s
  • [BAHARU]: Semasa memulihkan sekutu, apa-apa pemulihan lebihan akan dipindahkan sebagai shield
  • [DIBUANG]: Semasa menggunakan Astral Infusion anda akan mengorbankan sebahagian nyawa anda sendiri
  • [DIBUANG]: Sekutu mendapat Rejuvenation daripada Soraka

PERUBAHAN GAMEPLAY

RUNE

Kami telah menerima banyak maklum balas yang anda semua inginkan sesuatu yang lebih daripada rune, jadi kami telah mereka semula sistem rune untuk memberi anda lebih banyak pilihan! Kami berharap sistem baharu ini memberi anda lebih banyak ruang untuk meneroka rune dan mencuba laluan binaan anda pada champion-champion. Jika anda tidak mahu mencuba atau mengeksperimen laluan rune anda sendiri, anda juga boleh memilih untuk menggunakan rune minimum jaminan umum yang kami letakkan di baris pertama pada bila-bila masa.

[BAHARU] GLACIAL AUGMENT

  • Attack akan slow champion musuh sebanyak 20% selama 1.5 saat. Untuk champion yang sama, slow ini hanya akan dicetuskan sekali setiap 10 saat.
  • Immobilize musuh akan mencetuskan 3 sinar glasier yang memancar daripada mereka ke arah anda dan champion musuh ini, mewujudkan zon berais yang bertahan selama 3 saat.
  • Musuh dalam zon berais akan slow sebanyak (1% nyawa bonus pemegang +20%) dan damage mereka dikurangkan sebanyak 15% terhadap sekutu anda. Kesan slow ini akan bertahan selama 1.5 saat selepas meninggalkan zon berais tersebut. (Cooldown 20 saat)

[BAHARU] FIRST STRIKE

  • Dalam masa 0.25 saat memasuki pertempuran menentang champion musuh, damage yang dikenakan pada musuh akan memberikan 5 gold dan kesan first strike yang bertahan selama 3 saat, yang menyebabkan anda mengenakan 9% true damage bonus pada musuh. Selepas kesan ini hilang, gold daripada tempoh kesan akan diberikan (serangan melee 100%/ serangan ranged 86%). (Cooldown 20 saat)

[BAHARU] LAST STAND

  • 5-11% adaptive damage tambahan terhadap champion musuh apabila nyawa lebih rendah daripada 60%.
  • Damage bonus maksimum akan diberikan apabila nyawa lebih rendah daripada 30%.

[BAHARU] LEGEND: ALACRITY

  • Mendapat 3% attack speed bonus apabila turut serta dalam takedown monster, champion dan minion musuh, sehingga 20% pada stack maksimum.

[BAHARU] LEGEND: TENACITY

  • Mendapat 3% tenacity dan 3% slow resist, sehingga 15% tenacity dan 20% slow resist bonus apabila turut serta dalam takedown monster, champion dan minion musuh.

[BAHARU] LEGEND: BLOODLINE

  • Mendapat 1% omnivamp, sehingga 7% omnivamp bonus apabila turut serta dalam takedown monster, champion dan minion musuh.

[BAHARU] LEGEND: SHIELD BASH

  • Selepas mendapat shield atau pemulihan, attack seterusnya terhadap musuh akan dikukuhkan dan mengenakan 5 - 30 + 20% Attack Damage +10% Adaptive Ability Power bonus. (Cooldown 7 saat)

[BAHARU] MARK OF THE WEAK

  • Menggunakan ability untuk mengenakan damage pada musuh akan menandakan mereka sebagai lemah, meningkatkan damage yang diterima oleh mereka sebanyak 4 - 7%, tanda itu akan hilang selepas mereka menerima ability damage sebanyak 3 kali, atau selepas 7 saat telah berlalu. (Cooldown 20 saat)

[BAHARU] EMPOWERED ATTACK

  • Setiap 10 saat, attack seterusnya akan dikukuhkan, mengenakan 35 - 50 adaptive damage bonus.

[BAHARU] CHEAP SHOT

  • Mengenakan 10 - 45 true damage bonus pada musuh yang pergerakannya terganggu. (Cooldown 7 saat)

[BAHARU] EYEBALL COLLECTOR

  • Mendapat 0.5 Attack Damage atau Ability Power apabila takedown musuh berlaku, sehingga 10 stack, dan mendapat 10 Attack Damage atau 20 Ability Power bonus apabila mencapai 10 stack.

[BAHARU] INGENIOUS HUNTER

  • 20 Item ability haste. Mendapat 4 item ability haste bonus apabila takedown musuh berlaku. Stack sehingga 5 kali.

[BAHARU] ZOMBIE WARD

  • Selepas memusnahkan ward musuh, spawn satu zombie ward di tempatnya, memberikan penglihatan di kawasan sekitarnya selama 120 saat. Juga mendapat 2 Attack Damage atau 4 Ability Power. Stack sehingga 5 kali. Memberikan 10 Attack Damage atau 20 Ability Power bonus apabila mencapai 5 stack.

[BAHARU] COURAGE OF THE COLOSSUS

  • Mendapat shield yang menyerap sehingga 25-45+1% daripada nyawa maksimum selama 3 saat apabila immobilize musuh. (Cooldown 10 saat)

[BAHARU] REVITALIZE

  • Mendapat 5% kesan amplifikasi semasa menggunakan heal atau shield. Jika nyawa sasaran lebih rendah daripada 40%, menguatkan kesannya sebanyak 10% tambahan.

[BAHARU] OVERGROWTH

  • Apabila takedown 1 monster atau 2 minion berlaku berdekatan, mendapat 2 nyawa maksimum kekal. Nyawa maksimum boleh ditingkatkan tanpa had. Mendapat 3.5% nyawa maksimum bonus apabila mencapai 30 stack.

[BAHARU] HEXTECH FLASTRAPTION

  • Item ini digantikan dengan Hex Flash apabila Flash masih dalam cooldown. Anda boleh blink ke lokasi baharu selepas menyalur selama 1.5 saat. (Cooldown 20 saat)

[BAHARU] ITEM CRAFTING

  • Mendapat peluang untuk membeli 1 item di luar fountain setiap 3 minit, tetapi perlu menggunakan 150 gold bonus.

[BAHARU] COUP DE GRACE

  • Apabila musuh mempunyai kurang daripada 40% nyawa, mengenakan 7% adaptive damage bonus.

[BAHARU] FUTURE’S MARKET

  • Anda boleh membeli item secara kredit. Had kredit: 145+7/minit. Pembelian kredit tersedia 2 minit selepas permainan bermula.

[BAHARU] NULLIFYING ORB

  • Shield: 60 + 50% Attack Damage bonus + 30% Ability Power → 60 - 190 (dengan naik level)

FONT OF LIFE

  • Pemulihan pasukan: 6% Nyawa maksimum + 30% Ability Power → 3% Nyawa maksimum + 15% Ability Power anda
  • Pemulihan diri: 2% Nyawa maksimum + 10% Ability Power → 1% Nyawa maksimum + 5% Ability Power

OVERHEAL

  • [LAMA]: Selepas turut serta dalam takedown champion musuh, memulihkan 10% daripada nyawa yang hilang, dan mengenakan 5% damage tambahan pada champion dengan kurang daripada 35% nyawa → [BAHARU]: Selepas turut serta dalam takedown champion musuh, memulihkan 10% daripada nyawa yang hilang, serta 10% daripada mana dan energy maksimum.

ITEM

DUSKBLADE OF DRAKTHARR

Nightstalker:

  • [BAHARU]: Serangan asas pertama terhadap champion musuh menyebabkan 20 - 125 physical damage bonus dan slow musuh sebanyak 99% selama 0.25 saat. Cooldown akan refresh apabila takedown musuh berlaku.
  • [DIBUANG]: Tidak kelihatan selama 1 saat menyebabkan serangan asas anda yang seterusnya terhadap champion mengenakan 20 - 125 physical damage bonus dan slow mereka sebanyak 99% selama 0.25 saat. Buff bertahan selama 5 saat jika anda berada dalam pandangan satu musuh dan attack ranged tidak slow musuh.

PELARASAN ITEM SUPPORT

Patch ini kami ingin menawarkan pemain support beberapa item lagi dan juga memastikan laluan binaan lebih lancar sambil memberi mereka lebih banyak sokongan semasa fasa laning. Untuk melakukan hal ini, kami akan menambahkan item support baharu: Ancient Coin, dan melaraskan kesan Spectral Sickle dan Relic Shield. Kami juga mempercepat kelajuan peningkatan item quest dan memberikan item support lanjutan kesan pertumbuhan yang berterusan. Hal ini akan memberikan para support fleksibiliti untuk memilih item mereka bergantung pada champion yang mereka pilih, gaya permainan individu mereka dan lawan di lane mereka.

ANCIENT COIN

  • Harga: 500g
  • Statistik:
    • 80 Nyawa
    • 5 Ability haste
  • Pasif:
    • Cas sekali setiap 30 saat (maksimum 3 cas). Setiap takedown minion berdekatan yang berlaku akan memberikan 55 gold dengan menggunakan 1 cas, dan memulih semula 15-65 nyawa. Champion yang dilengkapi dengan Ancient Coin tidak akan turut serta dalam peruntukan ganjaran minion dan memberikan 50% daripada ganjaran semata-mata, ganjaran daripada takedown minion akan diberikan sepenuhnya kepada sekutu terdekat. Hanya memberikan 50% gold daripada monster.
  • Quest:
    • Tukar menjadi Talisman of Ascension selepas memberikan 500 gold.

SPECTRAL SICKLE

  • Harga: 500g
  • Versatile:
    • Mendapat 10 attack damage atau 20 ability power (adaptive)
  • Pasif:
    • Mendapat 1 cas setiap 30 saat (maksimum 3 cas). Apabila berdekatan dengan sekutu, ability yang mengenakan damage dan attack terhadap champion atau struktur memberikan 65 gold dengan menggunakan 1 cas dan memulih semula 20-80 nyawa. Champion yang dilengkapi dengan Spectral Sickle tidak akan turut serta dalam peruntukan ganjaran minion dan memberikan 50% daripada ganjaran semata-mata, ganjaran daripada takedown minion akan diberikan sepenuhnya kepada sekutu terdekat. Hanya memberikan 50% gold daripada monster.
  • Quest:
    • Tukar menjadi Black Mist Scythe selepas memberikan 500 gold.

RELIC SHIELD

  • Harga: 500g
  • Statistik:
    • 125 Nyawa
  • Pasif:
    • Mendapat 1 cas setiap 30 saat (maksimum 3 cas). Apabila attack minion, anda menggunakan 1 cas dan membunuh minion di bawah 65% nyawa, memberikan ganjaran penuh kepada champion sekutu dan 65 gold bonus kepada diri sendiri dan memulihkan anda sebanyak 20-80. Champion yang dilengkapi dengan Relic Shield tidak akan turut serta dalam peruntukan ganjaran minion dan memberikan 50% daripada ganjaran semata-mata, ganjaran daripada takedown minion akan diberikan sepenuhnya kepada sekutu terdekat. Hanya memberikan 50% gold daripada monster.
  • Quest:
    • Tukar menjadi Bulwark of the Mountain selepas memberikan 500 gold.

TALISMAN OF ASCENSION

  • Statistik:
    • 125 nyawa
    • 15 skill haste
  • Pasif:
    • Memberikan 75 gold setiap 60 saat dan mendapat 1 mata Spirit Power (maksimum 10). Setiap mata Spirit Power memberikan 25 nyawa, 2 Attack Damage atau 4 Ability Power (adaptive).

BLACK MIST SCYTHE

  • Statistik:
    • 14 Attack Damage atau 28 Ability Power (adaptive)
    • 10 Ability haste
  • Pasif:
    • Memberikan 75 gold setiap 60 saat dan mendapat 1 mata Spirit Power (maksimum 10). Setiap mata Spirit Power memberikan 25 nyawa, 2 Attack Damage atau 4 Ability Power (adaptive).

BULWARK OF THE MOUNTAIN

  • Statistik:
    • 175 Nyawa
    • 10 Ability haste
  • Pasif:
    • Memberikan 75 gold setiap 60 saat dan mendapat 1 mata Spirit Power (maksimum 10). Setiap mata Spirit Power memberikan 25 nyawa, 2 Attack Damage atau 4 Ability Power (adaptive).

[DIBUANG] HARROWING CRESCENT

[DIBUANG] TARGON’S BUCKLER

PELARASAN BOOT DAN ENCHANTMENT

Patch ini kami juga membuat pelarasan pada semua boot dan laluan binaan serta harga setiap satu untuk memastikan item-item ini memberikan sokongan yang mencukupi semasa pertempuran awal yang mungkin tercetus. Kami juga menambahkan boot baharu yang lebih sesuai dengan mage, marksman dan assassin, kerana pilihan yang tersedia tidak begitu baik untuk mereka. Kami juga membuang Protect Enchant, dan menambahkan enchantment pasif baharu untuk support: Revitalizing Grail. Kami juga berpendapat bahawa mempunyai enchantment aktif terlalu awal akan menyebabkan terlalu banyak huru-hara dalam teamfight awal itu, jadi pemain kini hanya boleh memilih enchantment aktif mereka selepas 6 minit dalam permainan.

[BAHARU] BOOTS OF MANA

  • Laluan binaan:
    • Boots of Speed (400g) + Amplifying Tome (500g) + 500g= 1400g
  • Statistik:
    • 60 Ability Power
    • 200% Pemulihan mana
    • 8 Magic penetration
    • 45 Movement speed

[BAHARU] BOOTS OF OUTBURST

  • Laluan binaan:
    • Boots of Speed (400g) + Long Sword (500g) + 600g= 1500g
  • Statistik:
    • 8 Armor penetration
    • 30 Attack Damage
    • 45 Movement speed

BERSERKER’S GREAVES

  • Laluan binaan:
    • Boots of Speed (400g) + Long Sword (500g) + 500g= 1400g
  • Statistik:
    • 15 Attack Damage
    • 30% Attack Speed
    • 45 Movement speed

IONIAN BOOTS OF LUCIDITY

  • Laluan binaan:
    • Boots of Speed (400g) + Ruby Crystal (500g) + 500g= 1400g
  • Statistik:
    • 30 Ability haste
    • 150 Nyawa
    • 45 Movement speed
  • Pasif:
    • Mengurangkan 15% cooldown ability

MERCURY’S TREADS

  • Laluan binaan:
    • Boots of Speed (400g) + Ruby Crystal (500g) + 450g= 1350g
  • Statistik:
    • 35 Magic resistance
    • 150 Nyawa
    • 100% Pemulihan nyawa
    • 45 Movement speed

PLATED STEELCAPS

  • Laluan binaan:
    • Boots of Speed (400g) + Ruby Crystal (500g) + 450g= 1350g
  • Statistik:
    • 35 Armor
    • 150 Nyawa
    • 100% Pemulihan nyawa
    • 45 Movement speed

GLUTTONOUS GREAVES

  • Laluan binaan:
    • Boots of Speed (400g) + Long Sword (500g) + 500g= 1400g
  • Statistik:
  • 7% Omnivamp
  • 30 Attack Damage
  • 45 Movement speed

[DIBUANG] BOOTS OF FUROR

MAGNETRON ENCHANT

  • Magnetron (Aktif):
    • Jarak gunaan: 6 → 8
    • [BAHARU]: Boleh digunakan pada minion/ monster
    • [DIBUANG]: Taunt

LOCKET ENCHANT

  • Locket (Aktif):
    • Jenis shield: Magic shield → Shield biasa
    • Nilai shield: 70 - 420 → 60 - 390

PROTOBELT ENCHANT

  • Harga enchant: 800g → 500g
  • Protobelt/Misil (Aktif):
    • Magic damage: 75 - 145 → 70
    • Damage misil tambahan: Ditetapkan sebagai 7
    • Kelajuan dash: Ditingkatkan kepada 20

REDEEMING ENCHANT

Redeem [BAHARU]: 50% cooldown akan dikembalikan jika champion sekutu tidak dipulihkan.

[BAHARU] REVITALIZING GRAIL

  • Harga Enchantment: 500g
  • Bless (Aktif): 20% kesan bonus untuk shield atau heal kepada champion sekutu.

[DIBUANG] PROTECT ENCHANT

SISTEM

[BAHARU] MASA MEMBELI ENCHANTMENT DI KEDAI

  • Pemain hanya boleh membeli item enchantment di kedai selepas tempoh masa tertentu dalam permainan (6 minit dalam Summoner’s Rift).

[BAHARU] MEKANISME MATA STRATEGIK

Kami ingin memastikan bahawa permainan adalah lebih adil dan bahawa tiada pasukan yang hanya dibelasah teruk, jadi kami melaksanakan mekanik baharu yang akan membolehkan pemain yang berada dalam keadaan yang kurang bernasib baik berpeluang mengubah keadaan permainan dan membawa pasukan mereka kembali bersaing.

  • Pada pertengahan atau lewat permainan, apabila satu pasukan berada dalam keadaan yang kurang bernasib baik, mata strategik akan diberikan kepada mereka, yang boleh memberi mereka ganjaran bonus jika mata dirampas.
  • Jika jurang semakin besar, permainan akan mencetuskan ganjaran kill bonus. Pasukan yang kurang bernasib baik akan berkongsi sedikit bonus dengan takedown champion musuh.

SHIELD NEXUS

Shield Nexus menunjukkan prestasi seperti yang kami jangkakan, tetapi ia memanjangkan terlalu banyak permainan. Jadi, kami telah melaraskan masa tamat mekanik shield Nexus ini.

  • Masa tamat mekanisme shield Nexus: 18 minit → 16 minit

SCRYER’S BLOOMS

Kami telah mengoptimumkan Scryer’s Blooms di base dan melaraskan mekanismenya supaya ia memberikan lebih penglihatan untuk pemain yang kurang bernasib baik, dan juga menjadikannya lebih lancar untuk digunakan.

  • Arah tetap Scryer’s Blooms base, serang dari mana-mana arah hanya akan menyebabkan mereka memberikan penglihatan pada jungle yang sepadan.
  • Scryer’s Blooms akan mati serta-merta apabila diserang oleh musuh, tanpa apa-apa kesan penglihatan.
  • Memperluas penglihatan Scryer’s Blooms pada bahagian hujungnya supaya mereka dapat memberikan penglihatan pada lubuk dragon.

SKIN

07182023_WRPatchNotes4.3Article_Soul-Fighter-Draven.jpg

Soul Fighter Draven

Akan dikeluarkan pada 21 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8

07182023_WRPatchNotes4.3Article_Soul-Fighter-Draven-Special-EditionFinal.jpg

Soul Fighter Draven (Special Edition)

Akan dikeluarkan pada 21 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8

07182023_WRPatchNotes4.3Article_Soul-Fighter-Xin-Zhao.jpg

Soul Fighter Xin Zhao

Akan dikeluarkan pada 21 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8

07182023_WRPatchNotes4.3Article_Soul-Fighter-Yasuo.jpg

Soul Fighter Yasuo

Akan dikeluarkan pada 21 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8

07182023_WRPatchNotes4.3Article_Soul-Fighter-Nilah.jpg

Soul Fighter Nilah

Akan dikeluarkan pada 21 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8

07182023_WRPatchNotes4.3Article_Soul-Fighter-Irelia.jpg

Soul Fighter Irelia

Akan dikeluarkan pada 21 Julai pukul 08:01 pagi GMT+8