Wild Rift Patch Note 4.2a

Mengikuti kemas kini marksman hebat kami adalah sedikit perubahan balance, ketibaan dua beradik titan, kembalinya event papan pendahulu dan beberapa skin baharu! Selamat datang ke Patch 4.2a!

Buas tidak terperi—Selamat datang ke Patch 4.2a!

Kami datang terus mengikuti kemas kini marksman hebat kami dan seronok melihat semua binaan, eksperimen dan klip baharu anda! Walau bagaimanapun, kami telah melihat bahawa beberapa champion hampir melampaui batasan dan mendapat terlalu banyak manfaat daripada kemas kini tersebut, jadi kami tiba dengan beberapa pelarasan balance. Kami juga membawakan keluaran dua titan: Ornn dan Volibear. Mereka mempunyai sejarah sesama sendiri, jadi berhati-hatilah kerana terdapat kemungkinan satu nemesis duel boleh dicetuskan jika anda berada dalam permainan dengan kedua-duanya! Event papan pendahulu juga akan kembali bersama dengan beberapa skin baharu yang menyeronokkan!

Semoga berjaya dalam permainan anda dan jumpa lagi di sini untuk Patch 4.2b!

*Sila ambil perhatian bahawa beberapa perubahan pada Gragas dan Kai’Sa tidak akan muncul dalam permainan, tetapi sudah diimplementasikan. Kemas kini kepada rentetan teks dalam permainan akan datang dalam patch yang seterusnya

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

CHAMPION BAHARU

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_Ornn_Splash.jpg

ORNN, THE FIRE BELOW THE MOUNTAIN

Ornn merupakan semangat penempaan dan ketukangan Freljord. Dia bekerja bersendirian di sebuah bengkel agam, dipalu keluar dari gua lava di bawah gunung berapi Hearth-Home. Di sana dia menyalakan kawah-kawah yang penuh dengan batu cair menggelegak untuk menulenkan bijih dan mencipta item berkualiti tiada tandingannya. Apabila dewa-dewa lain—terutamanya Volibear—berjalan di bumi dan masuk campur dalam urusan fana, Ornn bangkit untuk menundukkan makhluk-makhluk terburu-buru ini, sama ada dengan tukulnya yang dipercayai atau dengan kuasa api gunung itu sendiri.

Ornn akan dikeluarkan pada 20 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8.

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_Volibear-Classic-Wild-Rift-Splash.jpg

VOLIBEAR, THE RELENTLESS STORM

Bagi mereka yang masih memujanya, Volibear adalah penjelmaan ribut itu sendiri. Bersifat memusnah, liar, dan tegas dengan penuh keras kepala, dia wujud sebelum manusia berjalan di tundra Freljord, dan sangat melindungi tanah yang dicipta olehnya dan kerabat separa dewanya. Memupuk kebencian yang mendalam terhadap tamadun dan kelemahan yang ia bawakan, dia kini berjuang untuk kembali ke cara lama—apabila tanah itu tidak terurus, dan darah tumpah dengan bebas—dan bersungguh-sungguh memerangi sesiapa sahaja yang menentangnya, dengan gigi, cakar, dan penguasaan yang menggemparkan.

Volibear akan dikeluarkan pada 20 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8.

EVENT

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_LOLWR_ForgeFury.jpg

FORGE & FURY

Adakah anda akan berjaya mendaki ke tempat teratas papan pendahulu?

Forge & Fury akan bermula pada 20 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_LOLWR_PatchNotes_JointheFluft.jpg

JOIN THE FLUFT DEMACIA

Bersiap sedia untuk meneruskan satu lagi pengembaraan bersama-sama rakan gebu kegemaran semua orang!

Join the Fluft Demacia akan bermula pada 22 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

AKALI

Akali telah bergelut pada peringkat awal permainan, terutamanya apabila menentang musuh dengan jarak yang lebih jauh. Kami membuat beberapa pelarasan untuk membantunya bertahan semasa fasa laning sambil turut memberinya keupayaan untuk clear wave minion dengan lebih mudah. Kami berharap bantuan ini akan menjadikan awal permainannya lebih lancar.

base_stats

  • Armor asas: 30 → 34

FIVE POINT STRIKE

  • Damage asas: 30/65/100/135 → 35/70/105/140

DARIUS

Dalam meta Baron Lane semasa, Darius sedang ketinggalan di belakang champion lain. Kami ingin membantu fighter ini dengan meningkatkan damagenya. Tetapi, kami juga mengurangkan jumlah damage yang boleh dikenakan pada monster supaya kami dapat memastikan rangsangan ini tidak mendorongnya ke lane yang berbeza.

passive

  • Damage bleed setiap stack: 11.5 - 31 → 14.5 - 34
  • Damage pada monster: 200% → 150%

EZREAL

Walaupun kami melaraskan banyak statistik untuk marksman pada patch terakhir, kami tidak membuat sebarang pelarasan pada statistik asas Ezreal. Kami menyedari bahawa disebabkan hal ini dia ketinggalan sedikit di belakang marksman yang lain, jadi kami telah memetakan beberapa buff yang kami fikir akan membantu penjelajah ini.

base_stats

  • Attack Damage setiap level: 3.6 → 4
  • Attack speed asas: 20% → 30%

Mystic Shot

  • Damage asas: 30/65/100/135 → 35/70/105/140

Trueshot Barrage

  • Cooldown: 70/70/70s → 70/65/60s

GALIO

Kami telah melihat Galio bergelut dalam meta semasa, jadi kami mengurangkan cooldown pada ultimatenya supaya dia boleh lebih kerap membuat kemasukan yang hebat dan peel untuk rakan sepasukannya.

HERO'S ENTRANCE

  • Cooldown: 110/100/90s → 100/90/80s

GRAGAS

Oleh sebab beberapa perubahan yang kami lakukan pada item dan rune, Gragas kini boleh spam ability ketiganya, Body Slam apabila dia memperoleh banyak Ability Haste sepanjang permainan. Oleh hal yang demikian, kami menambahkan peraturan baharu pada ability ini supaya kami boleh menghalangnya daripada menyerang anda berulang kali tanpa sebarang cooldown.

Body Slam

  • [BAHARU] Cooldown: Sentiasa mempunyai cooldown minimum 1.25s.

GRAVES

Patch sebelum ini kami membuat pelarasan untuk crit secara menyeluruh dan juga melaraskan damage critical strike asas Graves. Dengan melakukan hal ini, ia akhirnya melemahkan Graves lebih daripada yang kami jangkakan, walaupun dengan item baharu. Jadi kami membalikkan perubahan yang kami lakukan pada patch sebelum ini untuk melaraskannya.

passive

  • Crit: 6 peluru, 120% damage setiap satu → 6 peluru, 130% damage setiap satu
  • Crit dengan Infinity Edge: 6 peluru, 130% damage setiap satu → 6 peluru, 140% damage setiap satu

JHIN

Prestasi Jhin sedang berada di t-empat yang agak tinggi, terutamanya dalam tahap permainan yang lebih rendah, jadi kami ingin mengurangkan sedikit damagenya supaya dia tidak begitu mengancam semasa pertempuran. Kami juga akan meningkatkan movement speed yang diberikan oleh pasif Jhin supaya masih terdapat ruang bagi pemain di peringkat lebih tinggi untuk mengakali lawan mereka.

passive

  • Bonus Attack Damage: 5% setiap level → 4% setiap level
  • Kadar movement crit bonus: 10% → 15%

Dancing Grenade

  • Bonus Attack Damage: 40/50/60/70% → 35/45/55/65%

KAI'SA

Selepas pelarasan kami pada Kai'Sa dalam patch sebelum ini, dia boleh dikatakan adalah antara carry yang paling kuat dalam permainan. Kami sedang menala kembali beberapa statistik asasnya untuk membawanya lebih sejajar dengan rakan marksmannya, dan juga membuat beberapa pelarasan pada keupayaannya untuk membunuh monster jungle dengan begitu cekap.

base_stats

  • Attack speed asas: 30% → 20%

ICATHIAN RAIN

  • [BAHARU] Faktor damage pada monster: 50%

VOID SEEKER

  • Bonus Attack Damage: 130% → 110%
  • Bonus Ability Power: 70% → 60%

KAYN

Pelarasan kami untuk marksman pada patch sebelum ini telah menyebabkan Shadow Assassin Kayn semakin sukar untuk mengecas semula dan berubah. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja dia berjaya berubah menjadi bentuk ini, keadaan masih sukar, kerana abilitynya tidak cukup kuat untuk menyasar dan membunuh lawan berjarak jauh. Jadi, kami telah melaraskan kecekapan transformasinya dan meningkatkan damagenya secara menyeluruh.

passive

  • Energy diperlukan untuk transformasi: 8000 → 7000
  • Energy diperoleh daripada mengenakan damage pada champion ranged: 18 → 24
  • Energy diperoleh daripada takedown champion ranged: 90 → 120
  • Damage bonus Shadow Assassin: 38 - 52% → 44 - 56%

BLADE'S REACH

  • Kadar Attack Damage bonus: 120% → 130%

SHADOW STEP

  • Kos mana: 80 → 50
  • Kadar Attack Damage bonus: 40% → 50%

KHA'ZIX

Pelarasan kami sebelum ini nampaknya telah memenyekkan serangga ini, jadi kami kembali untuk memberinya lebih banyak damage bagi membantu clear jungle dan ganknya.

TASTE THEIR FEAR

  • Damage asas: 50/85/120/155 → 55/90/125/160

MASTER YI

Master Yi telah berprestasi rendah terutamanya dalam perlawanan bertahap tinggi. Kami meningkatkan kelajuan clear junglenya dan memberinya ruang untuk menggunakan abilitynya bagi mengelak damage daripada musuh dengan lebih kerap dalam teamfight.

base_stats

  • Attack Damage: 52 → 54

Alpha Strike

  • Cooldown: 17/16/15/14s → 16/15/14/13s

MISS FORTUNE

Miss Fortune bukanlah pilihan yang berdaya maju dalam perlawanan bertahap tinggi, walaupun selepas pelarasan kami dalam patch terakhir. Kami juga merasakan item-item baharu kami tidak begitu sesuai dengannya berbanding dengan champion lain, jadi kami memberinya sedikit kasih sayang dan meningkatkan sedikit damagenya.

base_stats

  • Attack Damage asas: 52 → 54

passive

  • Damage bonus apabila menyerang sasaran baharu: 44% - 100% Attack Damage → 49% - 105% Attack Damage

PANTHEON

Pantheon sedang bergelut secara menyeluruh dan telah mengalami kesukaran untuk mencari tempatnya di Rift. Untuk membantu Unbreakable Spear ini, kami menjadikan lembingnya lebih kuat dan memberinya lebih banyak mana supaya dia boleh melemparkannya dengan lebih banyak sepanjang permainan.

base_stats

  • Mana asas: 390 → 420
  • Mana regeneration asas: 9 → 12

COMET SPEAR

  • Kadar Attack Damage bonus: 110% → 120%
  • Kadar Attack Damage bonus Mortal Will: 110% → 120%
  • Cooldown dikembalikan jika tidak dilepaskan: 50% → 60%

GRAND STARFALL

  • Kadar Attack Damage bonus damage lembing: 110% → 120%

PYKE

Pyke telah mengalami kesukaran mencari jalan untuk menyertai pertempuran pada peringkat akhir permainan kerana dia sedikit squishy. Kami meningkatkan sedikit resistance dan damagenya supaya kami dapat membantu dalam meningkatkan prestasinya pada akhir permainan.

base_stats

  • Armor setiap level: 4.3 → 5
  • Magic resist setiap level: 1.6 → 2.5

passive

  • Had damage disimpan: Nilai yang lebih rendah antara 60% Nyawa dan 140 + 800% Attack Damage bonus → Nilai yang lebih rendah antara 65% Nyawa dan 160 + 800% Attack Damage bonus

BONE SKEWER

  • Damage asas: 110/175/240/305 → 120/185/250/315

DEATH FROM BELOW

  • Ambang pembunuhan: 250/375/500 → 250/400/550

SETT

Walaupun kami berpuas hati dengan perubahan pada patch terakhir, kami merasakan kekuatan pukulan brawler ini tidak mencukupi, jadi kami memberinya lebih banyak damage.

passive

  • Damage bonus tumbukan kanan: Level 5 + 50% Attack Damage Bonus → Level 7 + 50% Attack Damage Bonus

HAYMAKER

  • Ability damage: (25% + 0.2% Attack Damage Bonus) penggunaan Grit → (25% + 0.25% Attack Damage Bonus) penggunaan Grit

TWITCH

Licik, betul-betul licik! Twitch menggunakan stealth... ia sangat berkesan! Tikus ini telah galak menyerang hendap lawan dari jungle dan hal ini adalah agak kuat. Jadi kami mengurangkan sedikit keberkesanan jungle dan ganknya.

passive

  • Pengubah damage monster: 170% → 130%

AMBUSH

  • Bonus movement speed apabila tidak dikesan oleh champion musuh: 30% → 20%

CONTAMINATE

  • Faktor damage pada monster: 170% → 130%

URGOT

Semasa Urgot berjalan ketam ke Rift, dia telah bergelut untuk mencapai rentaknya, jadi kami menghulurkan bantuan kepadanya dengan meningkatkan sedikit damagenya.

PURGE

  • Kadar kesan on-hit: 50% → 70%

FEAR BEYOND DEATH

  • Kadar Attack Damage bonus: 50% → 70%

VARUS

Keupayaan Varus untuk membunuh musuh adalah terlalu tinggi, jadi kami mengurangkan sedikit burst damagenya.

Blighted Quiver

  • Damage letupan Blight: (4.5/5/5.5/6% + 0.02% Ability Power) Nyawa maksimum → (4/4.5/5/5.5% + 0.01% Ability Power) Nyawa maksimum

VAYNE

Vayne tidak bergantung pada crit seperti marksman yang lain, jadi dia tidak mendapat banyak manfaat daripada perubahan kami dalam patch sebelum ini. Dan disebabkan kekuatan marksman telah meningkat secara keseluruhan, kami akan memberikan beberapa buff kepada statistik Vayne untuk meletakkannya pada tahap yang sama seperti champion lain.

base_stats

  • Attack speed asas: 20% → 30%
  • Attack speed setiap level: 2.2% → 3.2%

YONE

Dengan penambahan item baharu, kami telah melihat Yone menjadi kuasa yang tidak dapat dihalang di dalam jungle, jadi kami mengurangkan sebahagian daripada kuasanya.

base_stats

  • Attack speed asas: 30% → 20%

SPIRIT CLEAVE

  • Damage maksimum pada monster: 80 - 290 → 30 - 280

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

BLOODTHIRSTER

Selepas menambahkan Shieldbow dan beberapa item vamp baharu yang lain, jumlah pemberian vamp Bloodthirster adalah terlalu tinggi, jadi kami membuat sedikit pelarasan pada statistiknya.

  • Statistik: 50 Attack Damage → 55 Attack Damage
  • Bloody: 15% Physical vamp → 12% Physical vamp

ESSENCE REAVER

Pelarasan kami pada Essence Reaver dalam patch sebelum ini tidak memenuhi matlamat kami, jadi kami melaraskan nilainya lagi. Kami berharap perubahan ini menjadikannya pilihan yang lebih diingini pada peringkat awal permainan.

  • Cooldown Essence Flare: 6s → 4s
  • Kadar Ability Damage: Crit rate × 30% → 20% + Crit rate × 10%

IMMORTAL SHIELDBOW

Serupa dengan Bloodthirster, apabila Shieldbow dipasangkan dengan item vamp lain, jumlah vamp yang boleh distack oleh pemain adalah terlalu tinggi. Di samping itu, shield yang diberikan oleh item ini kepada beberapa champion seperti Yasuo dan Yone adalah terlalu tinggi. Jadi kami mengurangkan kuasa vamp dan shieldnya.

  • Nilai shield Lifeline: 200 + 5 Mata setiap 1% crit rate → 200 + 3 Mata setiap 1% crit rate (200-500)
  • Physical vamp Battle Furor: 10% → 5%

PHANTOM DANCER

Apabila diambil sebagai item pertama, Phantom Dancer telah terbukti terlalu kuat. Oleh itu, kami meningkatkan kosnya dan mengurangkan jumlah attack speed yang diberikannya.

  • Kos tambahan: 400g → 500g
    • Jumlah kos: 2900g → 3000g
  • Attack speed bonus Spectral Waltz: 30% → 25%

PERUBAHAN SISTEM

RIFT HERALD

Selepas mengurangkan nyawa keseluruhan turret pada patch terakhir, Rift Herald mempunyai terlalu banyak manfaat untuk sesiapa sahaja yang summonnya, terutamanya jika tiada sesiapa yang mempertahankan turret musuh. Oleh itu, kami telah memastikan bahawa Rift Herald dijamin akan mati apabila menyerang turret kedua.

  • Nyawa yang hilang apabila charge: Tahap nyawa Semasa × 70% → Nilai yang lebih tinggi antara 70% daripada nyawa Semasa atau 30% daripada nyawa maksimum

SKIN

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_PNDragonslayer_Galio_FINAL.jpg

Dragon Guardian Galio

Akan dikeluarkan pada 20 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_Thunderlord-Ornn.jpg

Thunderlord Ornn

Akan dikeluarkan pada 20 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_ShanHaiVoli.jpg

Shan Hai Scroll Volibear

Akan dikeluarkan pada 20 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_Shanhaijhin.jpg

Shan Hai Scroll Jhin

Akan dikeluarkan pada 20 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8C

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_ShanhaiAatrox.jpg

Shan Hai Scroll Aatrox

Akan dikeluarkan pada 20 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_ShanHaiNaut.jpg

Shan Hai Scroll Nautilus

Akan dikeluarkan pada 20 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_Battle-Bunny-Jinx-Prestige-Final-Wild-Rift-Splash.jpg

Prestige Battle Cat Jinx

Akan dikeluarkan pada 29 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_BattleBunnyMF.jpg

Battle Bunny Miss Fortune

Akan dikeluarkan pada 29 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_Battle-cat-Jinx.jpg

Battle Cat Jinx

Akan dikeluarkan pada 29 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_Battle-Academia-Ezreal-Mythic-Chroma.jpg

Mythic Battle Academia Ezreal

Akan dikeluarkan pada 29 Jun pukul 08:01 pagi GMT+8

AKSESORI

06082023_WRPatchNotes42aArticle_Base_Goodies-2.jpg

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

Ikon: Storm Forge Crest; Striking Hammer; Demacian Fluft Guard; Bear Arms; Shan Hai Seal; Anvil’s Glare

Bauble: Doomscrolling

Spawn Tag: Earth Breaker

Emote: Amused; Mrrow!; Stunned

Bingkai Ikon: Bingkai Ikon Shan Hai Scrolls; Fire & Ice

Homeguard Trail: Trail of Destruction

Recall Tersuai: Force of Nature

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

08 Jun - 14 Jun: Alistar, Camille, Ezreal, Gragas, Kai’Sa, Nunu & Willump, Orianna, Rengar, Soraka, Swain

15 Jun - 21 Jun: Aatrox, Fizz, Jax, Leona, Nautilus, Rammus, Samira, Tristana, Twisted Fate, Warwick

22 Jun - 28 Jun: Evelynn, Karma, Lillia, Lucian, Rakan, Shen, Teemo, Vex, Xayah, Zoe