Wild Rift Patch Note 4.2
Bertenanglah—Selamat datang ke Patch 4.2!
Pada patch ini kami telah menyediakan busur dan anak panah kami dan membayangkan laluan kami menuju kemenangan yang dingin...dengan air soda sebagai ganjaran! Terdapat kemas kini marksman yang telah lama ditunggu-tunggu, Swain, Ice Dragon, ketibaan Wild Pass baharu dan banyak lagi!
Ini hanyalah kemas kini pertama semasa patch Playhem, tontonlah Pratonton Patch kami untuk melihat apa lagi yang akan datang. Jumpa lagi dalam patch 4.2a!
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
BAHARU
CHAMPION BAHARU
SWAIN, THE NOXIAN GRAND GENERAL
Jericho Swain ialah pemerintah berwawasan Noxus, sebuah negara pendukung dasar peluasan kuasa yang hanya memuja kekuatan. Walaupun dia dijatuhkan dan lumpuh dalam peperangan Ionia, lengan kirinya terputus, dia menguasai empayar itu dengan keazaman yang kejam... dan tangan demon yang baharu. Kini, Swain memberikan arahan daripada barisan hadapan, berarak melawan kegelapan yang akan datang yang hanya dia boleh lihat—dalam kelibat yang dikumpulkan oleh burung gagak berbayang-bayang daripada mayat-mayat di sekelilingnya. Di sebalik segala pengorbanan dan rahsia, rahsia terbesar adalah bahawa musuh sejati masih bersembunyi di dalam.
Swain akan dikeluarkan pada 26 Mei pukul 08:01 pagi GMT+8.
ICE DRAGON
Tiba masanya untuk mendinginkan keadaan dengan ketibaan Ice Dragon! Anda boleh membaca lebih lanjut tentang Ice Dragon daripada pasukan permainan kami di sini, tetapi di bawah ialah ringkasan tentang perkara yang akan dibawa oleh makhluk dingin ini kepada permainan anda:
- Membunuh Ice Dragon akan memberi anda Ability Haste.
- Jika Ice Dragon merupakan dragon pertama yang spawn dan dikalahkan dalam permainan, Elemental Rift akan berubah dan spawn Laluan Berais, yang akan memberi anda movement speed.
- Apabila Ice Dragon dibunuh dan peta berubah, Cryoblossom akan muncul. Selepas menyerang Cryoblossom dan mengenai musuh, kesan stasis akan diberikan kepada seteru anda.
- Semasa tempoh beku ini, champion musuh yang beku itu tidak boleh disasarkan dan imun terhadap damage. Hanya champion musuh boleh terkena kesan ini.
WILD PASS
Skin Wild Pass yang terhebat berkola-k setakat ini—Soda Pop Ahri kini tiba! Dia comel tidak soda-h dan anda akan memperoleh banyak ganjaran baharu sambil anda meneguk melalui pass ini. Jika anda inginkan perisa yang lain, anda juga boleh membeli versi Ascended yang menarik tidak soda-h daripada Wild Pass Emporium!
Wild Pass akan tersedia pada 26 Mei pukul 08:01 pagi GMT+8
PEMERIBADIAN SKRIN UTAMA
Kami akan melancarkan ciri baharu yang diberikan nama Atmosphere dalam patch ini! Ciri ini akan membenarkan anda memilih sebarang splash untuk memeribadikan skrin utama anda! Kami akan memilih gadis utama kami Sona, dan kami tidak sabar untuk mengagumi seni splashnya yang cantik sementara kami menunggu untuk bermain. Sila beritahu kami jenis splash yang akan anda pilih dan pendapat anda tentang ciri baharu ini!
PEMERIBADIAN BUTANG
Jika anda tidak sedar lagi, kami menumpukan pada estetika dalam patch ini. Dan seperti yang kami nyatakan bermula dengan patch ini, kami akan menawarkan kepada anda keupayaan untuk menukar butang anda agar lebih sepadan dengan gaya anda! Kami akan melancarkan satu untuk Battle Academia, dan skin butang departure/platinum sebagai permulaan dan anda boleh mendapatkan kedua-duanya daripada sistem koleksi!
HEXTECH CRAFTING
Hextech Crafting merupakan ciri kekal baharu yang kami umumkan yang akan memberi pengumpul cara baharu untuk mendapatkan skin unik, chroma, beberapa skin kegemaran mereka dan skin lama yang mereka terlepas pada keluaran pertamanya! Ciri ini akan dilancarkan dalam patch ini bersama dengan Iconic Garen! Apa lagi yang boleh kami katakan, dia seorang ikon, dia seorang legenda, dan dia akan menjadi tumpuan ramai dengan pelancaran sistem baharu ini!
Untuk semua maklumat mengenai Hextech Crafting anda boleh membaca artikel kami sebelum ini di sini, atau sila lihat artikel Sokongan Pemain di sini! Kami tahu sistem ini membawakan banyak perubahan baharu, jadi anda juga boleh menghubungi pasukan Sokongan Pemain kami untuk menjawab sebarang soalan anda!
EVENT
WILD PUZZLE
Hmmm…bahagian ini diletakkan di sini? Ya. Sebentar. Tidak. Ia diletakkan di sana! Uh...kami tidak pasti, semoga anda lebih mahir dalam wild puzzle ini berbanding dengan kami!
Wild Puzzle akan bermula pada 26 Mei pukul 08:01 pagi GMT+8.
OLAF
base_stats
- Attack speed awal: 20% → 10%
passive
- [BAHARU]: Mendapat 0.6% - 1% attack speed untuk setiap 1% nyawa yang hilang → Mendapat sehingga 60% - 100% (berdasarkan level) attack speed dan 10% - 25% (berdasarkan level) physical vamp berdasarkan nyawa yang hilang, dengan maksimum pada 70% nyawa yang hilang.
Vicious Strikes
- Cooldown: 16s → 15/14/13/12s
- Attack speed bonus: 50/65/85/90% → 35/50/65/80%
- Tempoh attack speed: 6s → 4s
- Tidak lagi mendapat physical vamp dan boost pemulihan.
- Mendapat shield: 30/60/90/120 + 17.5% nyawa yang hilang, kesan maksimum pada 70% nyawa yang hilang
- Tempoh shield: 2.5s
Reckless Swing
- Faktor damage pada monster buas: 50% → 80%
Ragnarok
- Peningkatan resistance berganda pasif: 20/30/40 → 10/20/30
- Boost attack aktif: 30/40/50 + 30% Attack Damage → 10/20/30 + 25% Attack Damage
- Tempoh: 6s → 3s
- [BAHARU]: Melepaskan 3 ability dan serangan asas pada champion musuh boleh memanjangkan tempoh kepada 2.5s.
- [DIKEMAS KINI]: Resistance berganda pasif tidak lagi dibuang apabila kesan aktif dilepaskan.
Renekton
RUTHLESS PREDATOR
- [BAHARU]: Di bawah kesan Red Fury, hilangkan semua shield pada sasaran
PELARASAN JARAK & CRITICAL STRIKE MARKSMAN
Memandangkan patch ini tertumpu pada marksman, kami ingin memeriksa kemandirian mereka. Kami telah meningkatkan sedikit jarak serangan mereka bersama-sama sedikit statistik attack speed asas, attack speed setiap level, dan Attack Damage setiap level marksman. Matlamat kami dengan perubahan ini adalah untuk bukan sahaja meningkatkan kemandirian, malah jumlah damage yang mereka mampu kenakan semasa team fight, di samping memastikan pertempuran antara marksman tidak berubah. Memandangkan kami mempunyai beberapa item baharu dan pelarasan kepada item yang lama, kami juga membuat beberapa perubahan kepada champion yang menghargainya sebagai statistik utama mereka.
PELARASAN SEMUA CHAMPION
Untuk membantu anda kembali ke lane dengan lebih pantas dan meningkatkan rasa keseluruhan teamfight, kami melaraskan movement speed dan critical damage rate bagi semua champion!
PERUBAHAN GAMEPLAY
ITEM
BOOTS OF SPEED, GLUTTONOUS GREAVES, BOOTS OF SWIFTNESS, MERCURY’S TREADS, PLATED STEELCAPS, IONIAN BOOTS OF LUCIDITY
Kami telah membuang bahagian ability aktif pada boot, supaya anda mempunyai lebih banyak insentif untuk membeli boot dinaik taraf anda lebih awal.
- Movement speed semua boot +5
- Membuang ability aktif boot asas dan ditingkatkan: Sprint
IMMORTAL SHIELDBOW
Kami ingin membawa satu lagi item untuk marksman sebagai pembelian pertama, jadi kami telah membawa Immortal Shieldbow. Item ini merupakan pilihan awal yang bagus jika anda menginginkan sedikit perlindungan dan kuasa tambahan dari awal hingga pertengahan permainan.
Laluan binaan
- Noon Quiver (1200g) + Long Sword (500g) + Brawler’s Gloves (500g) + 1000g
- Jumlah kos: 3200g
Statistik
- Attack Damage: 40
- Critical strike rate: 25%
- Attack speed: 15%
- Physical vamp: 5
Pasif:
- Lifeline: Damage yang meletakkan anda di bawah 35% menghasilkan satu shield yang menyerap 200 + 50 damage untuk setiap 10% critical strike rate, bertahan selama 5 saat (tempoh cooldown selama 90 saat).
- Battle Furor: Mencetuskan Lifeline akan memberikan 10% physical vamp selama 8 saat.
ESSENCE REAVER
Essence Reaver terletak di tempat yang ganjil untuk seketika dan hanya sesuai untuk beberapa champion terpilih. Jadi, kami melaraskan item ini supaya ia boleh menjadi penguat untuk sesiapa sahaja yang membina crit.
Laluan binaan
- Caulfield's Warhammer (1200g) + Cloak of Agility (1000g) + 850g
- Jumlah kos: 3050g
Statistik:
- Attack Damage: 40
- Critical rate: 25%
- Ability haste: 20
Pasif
- Essence Flare: Selepas menyerang champion, tingkatkan ability yang mengenakan damage atau attack empower anda yang seterusnya sehingga 30% berdasarkan critical strike rate, dengan cooldown selama 6 saat. Mengurangkan 1 saat cooldown pada setiap Serangan Asas yang terkena champion.
- Mana Siphon: Serangan asas memulihkan 3% mana yang hilang.
INFINITY EDGE
Memandangkan critical damage rate semua champion telah dilaraskan, kami juga melaraskan Infinity Edge dengan sewajarnya.
- Infinity: Crit damage ditingkatkan daripada 200% menjadi 230% → Crit damage ditingkatkan daripada 175% menjadi 205%
MURAMANA
Kami akan rework Muramana supaya kami dapat mengembangkan pengguna berpotensinya kepada semua champion Attack Damage yang menggunakan ability.
Statistik (tidak berubah)
- Attack Damage: 25
- Mana maksimum: 1000
- Ability haste: 20
[BAHARU] Pasif:
- Awe: Meningkatkan attack power sebanyak 1.5% daripada mana maksimum dan mengembalikan 15% daripada jumlah mana yang digunakan
- Shock: Apabila serangan asas mengenai champion musuh, ia akan menggunakan 2.5% daripada mana semasa mereka dan menyebabkan physical damage tambahan bersamaan dengan jumlah yang digunakan. Apabila mengenakan damage ability pada champion musuh, gunakan 4% daripada mana semasa dan menyebabkan physical damage tambahan daripada penggunaan +6% AD. Kesan ini hanya akan dicetuskan apabila mana yang tinggal melebihi 20%. Satu ability boleh dicetuskan sekali sahaja untuk champion yang sama.
NASHOR’S TALON
Inilah komponen baharu untuk Nashor’s Tooth dan akan membantu menjadikan item itu tersedia untuk berbagai-bagai lagi champion.
- Harga: 800g
- Pasif: Magic Needle: Mendapat 20 Attack Damage atau 40 Ability Power (adaptive)
NASHOR’S TOOTH
Sama seperti Essence Reaver, Nashor’s Tooth hanya merupakan pilihan berpotensi untuk beberapa champion terpilih. Kami ingin memperluaskan champion yang boleh menggunakan item ini, jadi kami membuat beberapa pelarasan supaya item ini boleh menjadi pilihan berpotensi untuk beberapa binaan caster marksman.
Laluan binaan
- Stinger (1200g) +Nashor’s Talon (800g) + 1000g
- Jumlah kos: 3000g
Statistik
- Attack speed: 45%
- Ability haste: 20
Pasif
- Magic Fang: Mendapat 30 Attack Damage atau 60 Ability Power (Adaptive)
- Gnaw: Apabila serangan asas mengenai champion musuh, ia akan menyebabkan 15+25% attack power bonus + 25% magic damage bonus
NOONQUIVER
Kami mendapati bahawa banyak binaan marksman boleh mencapai tempat janggal yang mereka menunggu gold untuk pembelian besar seterusnya atau tidak pasti item yang perlu diperoleh sebelum pembelian itu. Kami berharap Noonquiver dapat mengisi jurang itu dan melancarkan laluan binaan marksman.
Laluan binaan
- Long Sword (500g) + 700g
- Jumlah kos: 1200g
Statistik
- Attack Damage: 25
- Attack speed: 10%
PHANTOM DANCER
Kami akan memberikan Phantom Dancer pasif baharu, sambil mengalihkan pasif lamanya kepada Immortal Shieldbow. Pasif baharu yang kami berikan padanya lebih sesuai dengan Phantom Dancer, dan akan menjadi pembelian yang lebih memuaskan untuk champion yang binaannya tertumpu pada crit.
Laluan binaan:
- Noonquiver (1200g) + Zeal (1300g) + 400g
- Jumlah kos: 2900g
Statistik
- Attack Damage: 25
- Critical rate: 25%
- Attack speed: 30%
Pasif
- Shadowwalk: +5% Movement Speed
- Spectral Waltz: Mendapat 7% movement speed tambahan apabila anda membuat serangan asas selama 3 saat. Selepas attack sebanyak 4 kali, mendapat 30% attack speed tambahan untuk tempoh yang sama.
RAPID FIRECANNON
Memandangkan kami membuat pelarasan pada jarak marksman secara keseluruhan, kami juga akan menukar jarak pada Rapid Firecannon agar sepadan.
Sniper
- Jarak serangan ditingkatkan energized attack: 150 → 125
- Jarak serangan ditingkatkan attack melee: 50 (tidak berubah)
STORMRAZOR
Sama seperti Immortal Shieldbow, kami ingin memastikan bahawa pemain Attack Damage mempunyai beberapa pilihan lagi untuk item awal hingga pertengahan permainan yang akan memberi mereka sedikit rangsangan dari segi damage. Kami mengurangkan kos komponen item ini supaya anda tidak perlu membunuh minion sebanyak sebelum ini sebelum anda boleh membeli kesemuanya.
Laluan Binaan
- B.F. Sword (1500g) + Kircheis Shard (900g) + 700g → Noonquiver (1200g) + Long Sword (500g) + Brawler’s Gloves (500g) + 900g
THE COLLECTOR
Kami ingin memberikan pilihan kepada marksman di kedai yang akan meningkatkan damage mereka pada pertengahan permainan jadi kami membawakan Collector! Kami berharap ini akan membantu marksman untuk menyertai team fight lebih awal.
Laluan binaan
- Serrated Dirk (1000g) + Cloak of Agility (1000g) + 900g
- Jumlah kos: 2900g
Statistik
- Attack Damage: 40
- Critical strike rate: 25%
Pasif
- Killer: +10 Armor Penetration
- Death and Taxes: Mengenakan damage yang akan menyebabkan champion musuh jatuh di bawah 5% nyawa maksimum mereka akan membunuh mereka. Kill Champion memberikan 25 tambahan.
RUNE
[BAHARU] INSPIRATION: TRANSCENDENCE
Patch ini kami membuang Hunter - Genius, kerana ia bukan rune yang perlu digunakan dalam banyak binaan pemain. Rune ini juga tidak berprestasi sebaik yang kami inginkan, jadi kami memperkenalkan rune baharu untuk mengisi tempatnya yang kami fikir akan digunakan oleh lebih ramai champion, terutamanya mereka yang menggunakan ability mereka dengan lebih kerap.
Mendapat bonus apabila mencapai level berikut:
- Pada level 1, mendapat 6 skill haste
- Pada level 6, mendapat 6 skill haste tambahan
- Pada level 11, selepas ability asas yang digunakan secara aktif mengenai sasaran, tempoh cooldown ability tersebut dikurangkan sebanyak 15% (tempoh cooldown selama 8 saat)
[BAHARU] RESOLVE: PERSEVERANCE
Sama seperti Hunter - Genius, kami juga akan menggantikan Hunter - Titan dengan Perseverance. Ini merupakan pilihan yang lebih sesuai untuk kebanyakan binaan dan memberikan sedikit resistance tambahan apabila anda terikat.
- Mendapat 10% tenacity
- Apabila anda terkena immobilize, mendapat 16-30 armor dan magic resistance selama 1.5 saat. Tempoh akan refresh apabila terkena immobilize berbilang kali
PERUBAHAN SISTEM
RECALL BASE
Selepas recall semula ke base, anda kini akan pulih dan kembali ke medan pertempuran dengan lebih cepat.
- Dalam masa 5 saat selepas recall semula ke base, kelajuan pemulihan nyawa/pemulihan mana/pemulihan energy digandakan. Berjalan balik ke base tidak akan memberikan kesan ini.
BARON NASHOR
Sebaik sahaja fasa laning berakhir, biasanya permainan akan reda, apabila anda tidak mempunyai objektif untuk direbut. Oleh itu, kami membuat beberapa pelarasan pada Baron dan sistem lain supaya rentak permainan akan terasa lebih kalut dan melangkah ke pertengahan permainan akan terasa lebih lancar.
Baron Nashor
- Nyawa asas: 11800 → 9000
- Nyawa setiap level: 400 → 480
- Attack Damage Asas: 250 → 200
- Attack setiap level: 20 → 22
- Waktu Spawn: 13m → 12m
- Tempoh Hand of Baron (Buff Baron): 120s → 100s
- Hand of Baron tidak lagi hilang untuk champion selepas mereka dibunuh, tetapi tidak lagi akan menguatkan minion berdekatan selepas respawn
ELEMENTAL DRAGON DAN ELDER DRAGON
Sebaik sahaja fasa laning berakhir, biasanya permainan akan reda, apabila anda tidak mempunyai objektif untuk direbut. Oleh itu, kami membuat beberapa pelarasan pada Elemental Dragon, Elder Dragon dan beberapa sistem lain supaya rentak permainan akan terasa lebih kalut dan melangkah ke pertengahan permainan akan terasa lebih lancar.
- Selang respawn Elemental drake: 5 min → 4m 30s
- Waktu spawn Elder Dragon: 20m → 18m
- Waktu despawn Elemental Dragon: 19m → 17m 30s (jika sedang bertempur pada 17m 30s, waktu despawn akan ditangguhkan dan akan hilang pada 17m 50s)
- Nyawa Elemental Dragon
- Nyawa asas: 5000 → 4000
- Nyawa setiap level: 150 → 180
- Ganjaran mengalahkan Elemental Dragon: 60 gold pasukan + 40 gold kill → 40 gold pasukan + 40 gold kill
GANJARAN KILL DAN ASSIST
- Ganjaran bonus untuk First Blood: 100g → 150g
Kekalahan pertama:
- Ganjaran asas: 350g → 300g
- Ganjaran tambahan: 0g
- Ganjaran jatuh maksimum: 350g → 300g
Kill streak:
- Ganjaran asas: 350g → 300g
- Ganjaran tambahan: 0g
- Ganjaran jatuh maksimum: 350g → 300g
Dua kill streak:
- Ganjaran asas: 350g → 300g
- Ganjaran tambahan: 100g
- Ganjaran jatuh maksimum: 450g → 400g
Tiga kill streak:
- Ganjaran asas: 350g → 300g
- Ganjaran tambahan: 200g
- Ganjaran jatuh maksimum: 550g → 500g
Empat kill berterusan:
- Ganjaran asas: 350g → 300g
- Ganjaran tambahan: 300g
- Ganjaran jatuh maksimum: 650g → 600g
Lima kill berterusan:
- Ganjaran asas: 350g → 300g
- Ganjaran tambahan: 400g
- Ganjaran jatuh maksimum: 750g → 700g
Enam kill berterusan:
- Ganjaran asas: 350g → 300g
- Ganjaran tambahan: 500g
- Ganjaran jatuh maksimum: 850g → 800g
Tujuh kill berterusan:
- Ganjaran asas: 350g → 300g
- Ganjaran tambahan: 650g → 600g
- Ganjaran jatuh maksimum: 1000g → 900g
Lapan kill berterusan:
- Ganjaran asas: 350g → 300g
- Ganjaran tambahan: 800g → 700g
- Ganjaran jatuh maksimum: 1000g
Sembilan kill berterusan:
- Ganjaran asas: 350g → 300g
- Ganjaran tambahan: 950g → 800g
- Ganjaran jatuh maksimum: 1000g
Sepuluh kill berterusan:
- Ganjaran asas: 350g → 300g
- Ganjaran tambahan: 1100g → 900g
- Ganjaran jatuh maksimum: 1000g
Sebelas kill berterusan:
- Ganjaran asas: 350g → 300g
- Ganjaran tambahan: 1250g → 1000g
- Ganjaran jatuh maksimum: 1000g
Sebelas kill streak ke atas:
- Ganjaran asas: 350g → 300g
- Ganjaran tambahan: 1300g → 1000g
- Ganjaran jatuh maksimum: 1000g
PELARASAN JARAK MINION DAN AGGRO
- Jarak serangan ranged minion: 375 → 525
- Jarak serangan cannon: 525 → 300
- Jarak serangan cannon ditingkatkan oleh Baron masih 700
- Tempoh aggro minion dikurangkan: 2s → 1s
SHIELD NEXUS
Untuk mengelakkan back door atau senario sudden death daripada menamatkan permainan, kami telah menambahkan shield untuk melindungi Nexus supaya anda boleh menyertai team fight tanpa was-was.
- Dalam masa 18 minit permainan, selepas Inhibitor Turret pertama dimusnahkan, Nexus akan mendapat shield
- Shield Nexus bertahan selama 20 saat, dan jumlah shield bersamaan dengan 100% nyawa Nexus
PELARASAN RENTAK PERMAINAN
Sebagai tambahan kepada pelarasan rentak permainan kami sebelum ini, kami juga mengubahkan beberapa waktu respawn supaya anda boleh mempunyai sedikit masa tambahan untuk bertempur dengan lawan anda di lane.
- Tempoh plating: 7m → 7m 30s
- Pasif Smite, tempoh penalti minion Smite: 7m → 7m 30s
- Waktu spawn Evolved Blue Sentinel dan Evolved Red Brambleback: 7m → 7m 30s
- Waktu selang spawn minion 4m ~ 10m: 30s → 25s
Pelarasan Waktu Respawn:
- Waktu permainan dalam masa 3m: 0~12s → 4~15s
- Waktu permainan 3-5m: 12~17s → 15~20s
- Waktu permainan 5-7m: 17~22s → 20~24s
- Waktu permainan 7-9m: 22~27s → 24~28s
- Waktu permainan 9-11m: 27~32s → 28~33s
- Waktu permainan 11-13m: 32~39s → 33~40s
- Waktu permainan 13-15m: 39~45s → 40~46s
- Waktu permainan 15-17m: 45~55s → 46~52s
- Waktu permainan melebihi 17m: 55s → 52s
PEMEROLEHAN PASIF GOLD DAN PENGALAMAN MINION
Kami tahu semua perubahan rentak permainan itu akan memberikan kesan ke atas gold dan farming minion, jadi kami juga telah membuat beberapa pelarasan pada gold dan pengalaman minion untuk mengambil kira perkara ini.
- Syiling gold global: 3.5g setiap saat→ 3g setiap saat
- Gold melee minion: 65g → 60g
- Gold cannon minion: 85g → 80g
- Pengalaman cannon minion: 2000 → 1800
RIFT HERALD
Sebaik sahaja fasa laning berakhir, biasanya permainan akan reda, apabila anda tidak mempunyai objektif untuk direbut. Oleh itu, kami membuat beberapa pelarasan pada Rift Herald dan beberapa sistem lain supaya rentak permainan akan terasa lebih kalut dan melangkah ke pertengahan permainan akan terasa lebih lancar.
- Waktu despawn Rift Herald: 11m → 11m 30s (jika sedang bertempur pada 11m 30s, waktu despawn akan ditangguhkan dan akan melarikan diri memasuki void pada 11m 50s)
- Ganjaran Rift Herald: 125 gold kill → 40 gold kill + 40 gold pasukan
- 3000 Pengalaman → 1500 Pengalaman
- Damage turret Rift Herald disummon: 1500 + 50 × Level → 2000 + 50 × Level
- Rift Herald kedua dibuang
PELARASAN TURRET DAN NEXUS
Kami juga ingin menguatkan attack turret, tetapi jika anda meninggalkan tower pertahanan anda untuk masa yang lama, musuh akan dapat memusnahkannya dengan lebih mudah.
Tower pertahanan dalaman:
- Nyawa: 3500 → 3000
- Armor: 25 → 15
- Magic resist: 25 → 15
- Attack awal: 204 + 6/setiap 30s → 240 + 8/setiap 30s
- Attack dengan armor penetration 30% → 50%
Tower pertahanan tanah tinggi:
- Nyawa: 3500 → 3000
- Attack awal: 204 + 6/setiap 30s → 260 + 8/setiap 30s
- Attack dengan armor penetration 30% → 50%
Nexus:
- Nyawa: 4000 → 3500
- Attack: 250 → 280 + 8/setiap 30s
- Attack dengan armor penetration 30% → 50%
- Perubahan menyeluruh kepada turret supaya pertumbuhan bermula pada 450s, berkembang setiap 30s, sehingga 25 kali
SKIN
AKSESORI
Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!
Ikon: 8bit Empire; Refreshing Smile; Summer Peach Ahri; Noxian Grand General
Bauble: Drink it Up; A little crow;
Emote: Woops!; Pretty Fly; All That Glitters; Peace & Love; Victorious; Side-Eyed; Scowl
Bingkai Ikon: Trader Braum’s Orange Soda
Bingkai Profil: Citrus Pop; Peachy Keen
Emblem Rift: Ravenous Ensign
Homeguard Trail: Garen Iconic Homeguard Trail; Follow me to happiness
Recall Tersuai: Carbonate Escape; Fizzy Farewell
Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch
ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN
25 Mei - 31 Mei: Akshan, Alistar, Amumu, Braum, Gwen, Miss Fortune, Samira, Tryndamere, Xin Zhao, Zoe
01 Jun - 08 Jun: Braum, Caitlyn, Corki, Diana, Fiora, Graves, Olaf, Pyke, Sett, Varus