Patch Note 4.1a Wild Rift

Pilih satu kad, mana-mana pun boleh—Selamat datang ke Patch 4.1a! Pelancaran Ultimate Spell Book, Event April Fool istimewa kami, skin Cosmic dan tentu sekali kemas kini balance!

Pilih satu kad, mana-mana pun boleh—Selamat datang ke Patch 4.1a!

Adakah ini kad anda? Jika ia adalah kad Kuning Twisted Fate dan anda terpegun (dan terkena stun) kerana kami sudah kembali untuk satu lagi Patch Note maka kami berjaya meneka dengan betul!

Patch ini kami berasa sedikit gila-gila dan akan meraikan hari April Fool dengan satu event yang sangat istimewa. Anda perlu memberikan perhatian yang teliti kepada semua perkara yang menanti anda... Kami juga mempunyai mod permainan serba baharu, Ultimate Spellbook dan ia membawa tenaga huru-hara bersama dengannya! Akhir sekali, kami telah memantau pelarasan dan penambahan dalam patch sebelum ini serta akan nerf beberapa champion yang telah melampaui jangkaan kami, dan akan buff mereka yang masih memerlukan sedikit kekuatan tambahan.

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

MOD PERMAINAN

ULTIMATE SPELL BOOK (USB)

Kami akan membawakan tenaga huru-hara ke Rift! Pilih satu champ, dan pilih antara 3 ultimate yang berbeza. Mana-mana yang anda pilih, akan menggantikan salah satu Spell anda seperti Ignite atau Heal! Di samping itu, dengan setiap kill dan assist yang anda peroleh, semakin besar anda akan berkembang, malah anda juga akan mendapat sedikit tenacity. Tetapi jangan risau, jika anda seperti kami dan cenderung untuk mati lebih daripada mengumpulkan kill, anda akan menjadi kecil dan semakin kecil pada setiap kematian dan mendapat move speed, weee. Kami berharap anda akan berseronok dengan mod permainan baharu ini, sila beritahu kami pendapat anda tentangnya!

Ultimate Spellbook akan tersedia untuk dimainkan dari 30 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8 hingga 24 April pukul 08:01 pagi GMT+8.

EVENT

03292023_WRPatchNotes4.1a_USBevent.jpg

EVENT ULTIMATE SPELL BOOK

Raikan pelancaran mod permainan baharu kami semasa event yang menyeronokkan ini!

Event Ultimate Spellbook akan tersedia untuk dimainkan pada 30 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.

03292023_WRPatchNotes4.1a_CardTrickChaos.jpg

CARD TRICK CHAOS

Cuba dan selesaikan misi yang serius dan penting semasa event paling gila-gila kami setakat ini!

Event Card Trick Chaos akan tersedia untuk dimainkan pada 30 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8. 

PERUBAHAN CHAMPION

AMUMU

Ability Amumu AP untuk solo Baron Nashor dan Elder Dragon adalah terlalu kuat pada akhir permainan, jadi kami akan nerf abilitynya untuk merebut objektif tersebut, sambil membiarkan kuasa pada awal permainannya tetap utuh.

Despair

  • Kadar Ability Power: 0.75% → 0.6%

JHIN

Prestasi Jhin tidak begitu baik dalam tahap permainan yang lebih tinggi, jadi buat masa ini, kami akan buff salah satu ability miliknya yang lebih sukar untuk digunakan bagi membantunya.

Deadly Flourish

  • Cooldown: 14s → 12s

NAUTILUS

Selepas buff kami baru-baru ini kepada Nautilus, dia telah mendominasi di Jungle. Kami akan meletakkan sauh kami, dan menarik balik salah satu pelarasan tersebut.

RIPTIDE

  • Damage pada monster: 200% → 175%

Nunu & Willump

Nunu tidak mendapat banyak manfaat daripada item tank baharu sebelum ini, jadi dia memerlukan sedikit buff untuk membantunya menjadi tulang belakang yang diperlukan oleh pasukannya.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 105 → 112

CONSUME

  • Kadar pemulihan nyawa bonus: 8% → 9%

PYKE

Pada masa ini, Pyke support lebih lemah jika dibandingkan dengan pemilihannya di Mid Lane atau Jungle. Jadi kami membuat beberapa pelarasan secara menyeluruh untuk mengimbangi kuasanya antara tiga peranan itu.

BONE SKEWER

  • Kadar damage pada minion: 100% → 80%
  • Kadar damage pada monster: 110% → 90%

PHANTOM UNDERTOW

  • Kadar damage pada monster: 110% → 100%

DEATH FROM BELOW

  • Kadar gold tambahan untuk kill solo: 110% → 100%
  • Gold diberikan kepada Pyke untuk assist rakan sepasukan: 110% → 120%
    • Had gold tambahan: 550g → 600g
  • Apabila rakan sepasukan kill musuh dalam jarak ultimate Pyke, kadar gold tambahan Pyke: 110% → 120%
    • Had gold tambahan: 550g → 600g

RAMMUS

Pada patch sebelum ini kami telah mengeluarkan Amaranth Twinguard, dan ia telah memberi Rammus terlalu banyak armor, menjadikannya ancaman yang tidak boleh dibunuh. Kami memberitahu dia untuk bertenang pada patch ini dan akan nerf jumlah armor yang dia dapat pada peringkat akhir permainan.

DEFENSIVE BALL CURL

  • Damage asas: 8/10/12/14 → 10/12/14/16
  • Boost peratusan armor: 70/80/90/100% → 70/75/80/85%
  • [BAHARU] Tidak lagi mengurangkan movement speed sebanyak 30% apabila diaktifkan
  • [BAIKI BUG] Memperbaik isu peratusan resist yang diperoleh daripada sumber lain adalah lebih tinggi daripada biasa apabila diaktifkan.

VARUS

Sejak patch sebelum ini, kami mendapati win rate Ability Power Varus adalah jauh lebih tinggi daripada binaan Attack Damagenya. Kali ini, kami akan nerfnya sedikit untuk merapatkan kedua-dua win rate tersebut.

Chain of Corruption

  • Kadar Ability Power: 100% → 85%

WARWICK

Selepas pelarasan terakhir Warwick, abilitynya untuk bertempur pada peringkat awal permainan telah berkurangan. Jadi, kami telah memutuskan untuk mengasah kukunya dan memberinya buff agar dia kembali kepada keadaan yang lebih sihat.

JAWS OF THE BEAST

  • Damage ditukar menjadi pemulihan: 22.5/40/57.5/75% → 37.5/50/62.5/75%

ZERI

Walaupun selepas nerf kami sebelum ini, Zeri masih terlalu kuat. Kami melakukan satu lagi nerf, dan kali ini menyasarkan kekuatan merenjatnya pada akhir permainan.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 120 → 112

LIGHTNING CRASH

  • Serangan asas merantai Attack Damage bonus: 25% Attack Damage → 20% Attack Damage

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

MANTLE OF THE TWELFTH HOUR

Kami tahu betapa kuatnya Mantle, terutamanya pada peringkat akhir permainan. Walau bagaimanapun, kami berpendapat masih ada ruang untuk menambah baik item ini pada peringkat awal hingga pertengahan permainan. Kami menukarkan sedikit statistik resistance dengan nyawa, yang kami harap menjadikan item ini lebih baik untuk digunakan pada awal permainan.

Statistik:

  • Memberikan 200 nyawa
  • Armor: 50 → 40
  • Magic resistance: 50 → 40

STERAK’S GAGE

Beberapa Champion ranged seperti Urgot tidak mempunyai banyak pilihan item yang menawarkan damage dan nyawa kepada mereka. Jadi, kami melaraskan Sterak's Gage supaya tersedia untuk champion ranged, yang sepatutnya memberi mereka lebih banyak pilihan.

Statistik: Champion ranged kini boleh membeli item ini.

SKIN

03292023_WRPatchNotes4.1a_Birdio.jpg

Birdio

Akan dikeluarkan pada 30 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8

03292023_WRPatchNotes4.1a_Cosmic-Defender-Xin-Zhao.jpg

Cosmic Defender Xin Zhao

Akan dikeluarkan pada 04 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8

03292023_WRPatchNotes4.1a_CosmicQueenAshe_FINAL.jpg

Cosmic Queen Ashe

Akan dikeluarkan pada 04 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8

03292023_WRPatchNotes4.1a_Cosmic-Reaver-Kassadin.jpg

Cosmic Reaver Kassadin

Akan dikeluarkan pada 04 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8

03292023_WRPatchNotes4.1a_CosmicLux.jpg

Cosmic Lux

Akan dikeluarkan pada 04 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8

03292023_WRPatchNotes4.1a_Dark-Cosmic-Lux.jpg

Dark Cosmic Lux

Akan dikeluarkan pada 04 April @ pukul 08:01 pagi GMT+8

AKSESORI

03292023_WRPatchNotes4.1a_Goodies4.1a.jpg

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

Emote: Oh well!; CAW!

Ikon: Jinx here!; Birdio; Celestial Light; Dark Matter

Bingkai Ikon: SNACKS

Bauble: ORB????; Cosmic Mascot

Recall: Celestial Revocation

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

30 Mac - 5 Apr: Braum, Lucian, Orianna, Senna, Singed, Tristana, Urgot, Warwick, Xin Zhao, Ziggs

6 Apr - 12 Apr: Aatrox, Aurelion Sol, Diana, Evelynn, Fiora, Janna, Karma, Lee Sin, Miss Fortune, Vayne

13 Apr - 19 Apr: Dr. Mundo, Kai’sa, Kassadin, Nami, Nautilus, Rammus, Shen, Shyvana, Twisted Fate, Xayah