Wild Rift Patch Note 4.1

Lepaskan kuasa Chemtech—Selamat datang ke Patch 4.1! Urgot merangkak bagaikan ketam ke dalam Rift! Superhero Vi melayang masuk ke Wild Pass untuk menyelamatkan atau menghuru-harakan keadaan! Terdapat juga susulan kepada kemas kini kami untuk peranan tank, serta kemas kini balance!

Lepaskan kuasa Chemtech—Selamat datang ke Patch 4.1! 

Kami akan merangkak bagaikan ketam ke dalam Rift, kerana Urgot akan menyertai pertempuran pada patch ini! Awas, walaupun dia kelihatan agak seperti ketam (julingkan mata anda dan anda akan melihatnya sama seperti kami, janji), dia sebenarnya ialah mesin pembunuh cekap berwarna hijau yang penuh dengan kuasa chemtech yang dia sedia untuk lepaskan. 

Tetapi jangan takut, Superhero Vi kini tiba! Dia akan membantu anda melawan kuasa chemtech atau mana-mana penjahat lain yang cuba menghalang anda. Kami juga akan membuang had daripada sistem level pada patch ini, jadi selepas anda mencapai level 40 anda akan mengaktifkan sistem level prestij yang level tambahan akan memberikan "bintang" kepada anda, yang dipamerkan dalam profil anda dan kawasan lain yang boleh dilihat! Kami tidak sabar untuk melihat semua bintang anda dipamerkan pada profil anda! 

Pada permulaan 4.0, kami telah membuat beberapa perubahan pada rakan gagah kami di Baron Lane, dan memberi mereka beberapa item baharu. Walau bagaimanapun, pada patch ini kami akan meneruskannya dan memberikan tank beberapa pilihan item lagi dan kemas kini di kedai, bersama dengan kemas kini balance yang dijadualkan secara berkala! 

Kandungan baharu ini hanyalah permulaan kepada perkara yang akan datang dalam Patch 4.1, untuk melihat perkara yang menanti anda, tontonlah Pratonton Patch terbaharu kami:

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

CHAMPION BAHARU

03132023_WildRiftPatch4.1Notes_UrgotSplash.jpg

URGOT, THE DREADNOUGHT

Pernah menjadi ketua Noxus yang berkuasa dan setelah membunuh banyak nyawa, Urgot telah dikhianati oleh empayar tersebut. Dirantai dengan besi, dia terpaksa mempelajari erti kekuatan sebenar di Dredge—lombong penjara jauh di dasar Zaun. Muncul dalam bencana yang menyebarkan huru-hara di seluruh bandar itu, dia kini menebarkan bayangan yang mengagumkan terhadap dunia jenayah Zaun. Membangkitkan mangsanya pada rantai yang pernah memperhambakannya, dia akan membersihkan rumah barunya daripada orang yang tidak layak, menjadikannya wadah kesakitan.

Urgot akan dikeluarkan pada 16 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.

WILD PASS

03132023_WildRiftPatch4.1Notes_Super-Hero-Vi.jpg

Dengan semua penjahat ini berkeliaran, sudah tiba masanya untuk kemunculan wira lain bagi menyelamatkan atau menghancurkan dunia… Superhero Vi akan menyertai perjuangan dalam Wild Pass ini! Anda boleh mendapatkannya dan versi Ascendednya semasa anda mengharungi Wild Pass ini!

Wild Pass akan tersedia pada 16 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8

LEVEL DIBUANG HAD

Kami akan mengubah cara sistem peningkatan level akaun berfungsi. Mencapai level 40 dalam Wild Rift bermaksud mencapai pencapaian yang penting, dan memandangkan kami telah melihat begitu ramai daripada anda yang mencapai level itu sepanjang tahun lepas, kami ingin memberikan cara tambahan kepada anda untuk anda merasai dan melihat pelaburan yang telah anda buat dalam Wild Rift.

Bermula patch ini, selepas anda mencapai level 40, anda akan mengaktifkan sistem level prestij yang level tambahan akan memberikan "bintang" kepada anda, yang dipamerkan dalam profil anda dan kawasan lain yang boleh dilihat. Semakin anda naik level, semua bintang anda akan menunjukkan perkembangan anda!

EVENT

03132023_WildRiftPatch4.1Notes_UrgotTrivia.jpg

URGOT’S TRIVIA

Patutkah anda takut dengan dreadnought? Kami tidak begitu pasti, tetapi mungkin kami akan mengetahuinya semasa trivia ini!

Urgot’s Trivia akan bermula pada 16 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

ALISTAR

Alistar sentiasa adalah pilihan yang baik untuk sesiapa sahaja yang ingin menjadi tank dalam peranan support. Kami mahu meningkatkan kebolehtemuan kombo Headbutt Pulverize beliau, supaya mereka boleh menunjukkan kepada lawan mereka perkara yang berlaku apabila anda bermain-main dengan tanduk.

Headbutt

  • Semasa Pulverize bukan pada cooldown, menekan Headbutt dua kali akan menyebabkan Alistar menggunakan Pulverize, menghempas tanah apabila dia mencapai sasarannya.

GAREN

Sejak pelarasan dan penambahan terbaharu kami pada Baron Lane, Garen telah bergelut untuk bersaing. Untuk menghulurkan bantuan kepada askar yang mulia ini, kami mempertingkatkan sebahagian daripada pergerakan dan pengurangan damagenya. Hal ini akan memberi pemain Garen lebih banyak ruang untuk ekspresi kemahiran dan membantunya bersaing dengan musuhnya di lane.

Decisive Strike

  • Movement speed: 30% → 35%

Courage

  • Pengurangan damage saat pertama: 60% → 70%

JAYCE

Anak emas Piltover sentiasa mempunyai banyak alatan yang boleh digunakan, namun tukul beratnya kadangkala boleh menjadi kelemahannya, jadi kami mengurangkan cooldown tukul itu. Kami juga melakukan beberapa pelarasan pada kawalan Jayce pada patch ini. Masa untuk kombo Shock Blast dan Acceleration Gate Jayce boleh menjadi terlalu ketat untuk pemain baharu dan berpengalaman, jadi kami meningkatkan kebolehgunaannya untuk pemain yang ingin menjadi The Defender of Tomorrow.

TO THE SKIES! / SHOCK BLAST

  • Semasa Acceleration Gate tidak berada pada cooldown, menekan Shock Blast dua kali akan menyebabkan Jayce untuk menggunakan Acceleration Gate di hadapan dirinya, memperkasakan tembakan tersebut.

MERCURY CANNON / MERCURY HAMMER

  • Cooldown: 6s → 5s

JINX

Berbanding dengan marksman lain di Dragon Lane, Jinx sedang bergelut untuk bersaing dan menonjol. Oleh itu, kami memberinya beberapa kemas kini agar dia lebih sejajar dengan rakan seperjuangannya.

Zap!

  • Tempoh masa sebelum penggunaan: Menurun dengan level ability → Menurun dengan attack speed (paling pantas apabila bonus attack speed mencapai 140%)

Flame Chompers!

  • Cooldown: 19/16/13/10s → 16/14/12/10s
  • Tempoh root: 1.3/1.45/1.6/1.75s → 1.45/1.55/1.65/1.75s

KAYN

Pemain telah memilih untuk mengambil pil merah, dan baru-baru ini Rhaast telah mengganas di Rift, manakala kelibat Shadow Assassinnya tidak dilihat di mana-mana pun. Oleh itu, kami akan balance semula kedua-dua bentuk ini, dan menjadikan Shadow Assassin lebih menakutkan sedikit untuk dihadapi.

passive

  • Kadar pemulihan Darkin: 21~35% → 18~32%
  • Kadar magic damage tambahan Shadow Assassin: 32~46% → 38~52%
  • Pelarasan pada pasif Shadow Assassin: Cooldown akan reset apabila menyertai pertempuran → Cooldown akan reset apabila menerima damage daripada champion

UMBRAL TRESPASS

  • Damage asas: 150/250/350 → 200/300/400

Lucian

Baru-baru ini kami telah menambahkan penskalaan attack speed untuk beberapa marksman kami yang lain, jadi kami ingin membawa perubahan yang sama kepada ability pertama Lucian!

PIERCING LIGHT

  • Tempoh masa sebelum penggunaan: Menurun apabila level champion meningkat → Menurun apabila attack speed meningkat (paling pantas apabila attack speed bonus mencapai 140%)

PYKE

Kami memberikan bounty hunter ini sedikit rework kecil pada patch ini. Kami mahu memberinya fleksibiliti untuk dimainkan di Mid Lane dan jungle, jadi kami meningkatkan damage yang dia kenakan pada monster dan melaraskan cara ultimatenya berfungsi.

BONE SKEWER

  • Mengenakan 25% damage pada minion dan monster → Mengenakan 100% damage pada minion, 110% damage pada monster

PHANTOM UNDERTOW

  • Mengenakan 25% damage pada minion, 25% damage pada monster → Mengenakan 80% damage pada minion, 110% damage pada monster

DEATH FROM BELOW

  • [BAHARU]: Pyke memperoleh 110% gold tambahan setiap kali dia membunuh musuh. Jika ada assist daripada rakan sepasukan, rakan sepasukan yang terakhir memberikan assist akan mendapat 100% daripada gold tambahan itu, dan Pyke akan mendapat 110% daripada gold tambahan itu (maksimum 550); setiap kali Champion musuh dikalahkan oleh rakan sepasukan di kawasan ditandakan X, Pyke boleh mendapat 110% gold tambahan (dihadkan kepada 550).

Renekton

Apabila Renekton menentang lawan dengan movement speed atau ability pergerakan tambahan, dia akan menghadapi masalah. Jadi kami meningkatkan sedikit mobilitinya sendiri supaya dia boleh bersaing dengan musuhnya.

SLICE AND DICE

  • Cooldown: 17/16/15/14s → 15/14/13/12s

SERAPHINE

Ability kedua Seraphine, Surround Sound tidak berkilauan seperti yang kami rancangkan. Jadi, kami mengubah cara ia berfungsi dan menjadikannya satu stack. Kami berharap perubahan ini dapat membantu Seraphine mencapai oktaf yang lebih tinggi.

SURROUND SOUND

  • Nilai shield ke-2 untuk penambahbaikan ability ini akan stack dan bukan refresh.

SION

Oleh sebab semua crowd control dalam kit Sion, dia dapat memainkan peranan utama dalam teamfight untuk pasukannya, namun begitu, dia bergelut untuk menentang beberapa rakan seperjuangannya di Baron Lane. Jadi, kami mengalihkan sedikit kuasa daripada crowd controlnya kepada sedikit damagenya pada peringkat awal permainan supaya dia boleh memenangi lebih banyak pertempuran menentang musuhnya di lane.

DECIMATING SMASH

  • Damage asas cas maksimum: 65/155/245/335 → 80/165/250/335
  • Tempoh stun: 1.25~2.25s → 1~2s

SOUL FURNACE

  • Shield asas: 60/90/120/150 → 75/100/125/150

UNSTOPPABLE ONSLAUGHT

  • Tempoh stun: 0.75~1.75s → 0.5~1.5s

SORAKA

Ratu pisang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam beberapa rank, tetapi masih bergelut dalam tahap permainan yang lebih tinggi. Untuk membantu pemain Soraka setanding dengan support-support yang lain, kami memberi pemulihannya sedikit oomf tambahan.

Starcall

  • Jumlah pemulihan daripada Rejuvenation: 60/80/100/120 + 35% Ability Power → 60/90/120/150 + 45% level magic

Astral Infusion

  • Jumlah pemulihan: 90/130/170/210 + 70% Ability Power → 70/110/150/190 + 70% Ability Power

TRYNDAMERE

Barbarian King ini sudah lama tidak muncul di Baron Lane. Kami memberi dia beberapa buff untuk mengelakkan dia daripada dikalahkan oleh lawannya dan ketinggalan pada peringkat awal dan akhir permainan.

base_stats

  • Perkembangan attack speed: 2.2% → 1.2%

passive

  • Attack speed: 45/50/55/60% → 55/60/65/70%

Mocking Shout

  • Tempoh: 2.5s → 3s
  • Attack speed: 25/30/35/40% → 35%
  • Movement speed: 20/30/40/50% → 15/20/25/30%

VARUS

Walaupun dengan pelarasan kami baru-baru ini, Varus masih bergelut berbanding dengan rakan seperjuangannya. Kami memberi dia satu lagi set buff yang diharapkan dapat mempamerkan sedikit kuasa letupannya.

Blighted Quiver

  • Damage nyawa maksimum untuk setiap stack Blight: 3.5/4/4.5/5% → 4.5/5/5.5/6%

Chain of Corruption

  • Damage: 150/200/250 + 80% Ability Power → 150/250/350 + 100% Ability Power

WARWICK

Baru-baru ini, Warwick telah menghabiskan masanya bersembunyi di dalam jungle, menunggu mangsanya datang kepadanya, dan bukannya cuba memburu mereka. Jadi, kami membuat taringnya lebih tajam sedikit supaya dia lebih mudah menghadapi musuhnya di luar jungle.

JAWS OF THE BEAST

  • [BAHARU]: Mengenakan 50% damage tambahan pada minion dan memulihkan 50% cooldown apabila membunuh minon
  • Kos mana: 50/60/70/80 → 40/45/50/55
  • Damage maksimum pada monster: 125/150/175/200 → 100/125/150/175

BLOODHUNT

  • Move speed: 45/50/55/60% → 40/45/50/55%
  • Attack speed: 70/80/90/100% → 60/70/80/90%

PRIMAL HOWL

  • [REWORK] Gunaan kedua tidak lagi akan menamatkan kesan pengurangan damage secara awal.

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

[BAHARU] MANTLE OF THE TWELFTH HOUR

Kadangkala, komited dengan pasukan anda dan mati demi perjuangan merupakan perkara yang betul untuk dilakukan sebagai seorang tank. Walau bagaimanapun, kami berpendapat terdapat sedikit ruang untuk menambahkan item tank yang menjadikannya lebih mudah untuk bergerak dan melarikan diri daripada situasi nyawa rendah yang rumit. Mantle of the Twelfth Hour memberikan satu burst pemulihan, movement speed, dan slow resistance apabila nyawa anda rendah untuk memberi tank harapan untuk melarikan diri atau mengejar satu lagi kill.

Laluan binaan:

  • Chain Vest (900g) + Negatron Cloak (900g) + 1100g
    • Jumlah kos: 2900g

Statistik:

  • Armor: 50
  • Magic resistance: 50

Pasif:

  • Lifeline: Jika menerima damage yang akan merendahkan nyawa maksimum anda di bawah 35%, heal sebanyak 200 + 50% daripada nyawa dalam masa 3 saat. Juga mendapat 50% slow, slow resistance serta 30 movement speed selama 3 saat. (Cooldown 90 saat)

[BAHARU] AMARANTH TWINGUARD

Pada masa ini, tank yang ingin mendahului dalam permainan mereka tidak mempunyai pilihan sebenar dalam kedai untuk membantu mereka memberikan impak yang besar pada permainan. Mage dapat membeli item seperti Rabadon’s Deathcap atau Void Staff dan Marksman dapat membeli Infinity Edge atau Lord Dominik's Regards. Amaranth Twinguard merupakan item kemuncak untuk tank yang membolehkan tank melipatgandakan keberkesanan mereka semasa pertempuran selagi mereka boleh bertahan cukup lama untuk mendapatkan manfaat Endurance.

Laluan binaan:

  • Chain Vest (900g) + Negatron Cloak (900g) + 1400g
    • Jumlah kos: 3200g

Statistik:

  • Armor: 55
  • Magic Resistance: 55

Pasif:

  • Endurance: Semasa bertempur dengan champion musuh, mendapat satu stack Endurance setiap saat. Apabila anda mencapai 5 stack Endurance, saiz anda membesar dan anda mendapat 20% tenacity serta armor dan magic resistance anda meningkat sebanyak 30% sehingga anda keluar daripada pertempuran dengan champion.

[BAHARU] SHIMMERING SPARK

Ingin clear jungle dengan lebih cepat apabila bermain tank? Jika jawapan anda ya, Shimmering Spark merupakan item yang tepat untuk anda! Item ini akan mempercepatkan kelajuan clear anda dan menjadikan anda lebih gagah sedikit! Memandangkan Shimmering Spark boleh digabungkan dengan Sunfire Aegis atau digandingkan dengan Searing Crown, ia juga akan memberi anda banyak fleksibiliti dalam laluan binaan anda.

Laluan Binaan:

  • Jumlah kos: 500g

Statistik:

  • Nyawa: 50

Pasif:

  • Immolate: Mengenakan 5 - 10 magic damage pada musuh berdekatan setiap saat.

BAMI’S CINDER

Memandangkan kami menambahkan percikan api baharu pada kedai item, Bami’s Cinder akan menjadi semakin panas. Kami menjadikan item ini mengenakan lebih banyak damage, dan sebagai balasan meningkatkan harganya.

Laluan binaan:

  • Shimmering Spark (500g) + Ruby Crystal (500g) + 300g =
    • Jumlah kos: 1300g

Harga:

  • 1100g → 1300g

Pasif:

  • Magic damage setiap saat: 5 - 10 → 10 - 20

SUNFIRE AEGIS

Pada masa ini, Sunfire Cape adalah satu-satunya pilihan untuk tank yang ingin memilih damage yang lebih agresif terhadap champion. Walau bagaimanapun, Sunfire Cape juga berfungsi sebagai satu-satunya item tank yang menawarkan kuasa clear wave dan jungle yang bermakna, yang meletakkan item ini dalam ruang yang digunakan oleh dua bidang berbeza pada masa yang sama. Hal tersebut telah menyukarkan item ini untuk betul-betul baik dalam mana-mana bidang, itulah sebabnya kami memberinya adik pada patch ini! Oleh itu, jika anda ingin terus farm, Sunfire patut menjadi pilihan anda dan ia adalah baik daripada sebelumnya.

Laluan Binaan:

  • Bami's Cinder (1300g) + Kindlegem (1000g) + 700g
    • Jumlah kos: 3000g

Harga:

  • Jumlah gold tidak berubah

Pasif:

  • Setiap stack meningkatkan damage sacrifice sebanyak 8% → 7%
  • Kesan stack 6 lapisan: Serangan asas menyebabkan damage sacrifice → Serangan asas menyebabkan 50% damage sacrifice
  • Faktor damage pada monster jungle: 115% → 130%
  • Faktor damage pada minion: 115% → 175 - 250%

SEARING CROWN

Seperti yang kami nyatakan, patch ini kami memberi Sunfire adik, Searing Crown! Jika anda ingin membakar musuh anda sehingga garing dan menumpukan pada mengenakan damage pada champion lain, dan bukannya minion, Searing Crown patut menjadi pilihan baharu anda!

Laluan binaan:

  • Bami's Cinder (1300g) + Chain Vest (900g) + 500g
    • Jumlah kos: 2700g

Statistik:

  • Nyawa: 300
  • Armor: 50

Pasif:

  • Fiery Touch: Apabila serangan asas atau ability mengenakan damage, ia akan burn sasaran selama 3 saat, mengenakan magic damage bersamaan dengan 1.6% HP maksimum sasaran setiap saat (apabila digunakan oleh Champion ranged, damage ini dikurangkan menjadi 0.8%).
    • Mengenakan 150% damage pada minion dan monster. Mengenakan sehingga 125 damage pada monster Jungle.

BRAMBLE VEST

Kadar pertumbuhan Bramble Vest agak terlalu tinggi. Kami telah mengimbangi nilainya pada peringkat awal dan akhir permainan, menjadikannya lebih sejajar dengan kedudukan item peringkat kedua, dan menggalakkannya untuk menaik taraf kepada Thornmail secepat mungkin.

  • Jumlah kos: 3000g → 2700g
  • Statistik: 200 Nyawa → 100 Nyawa
  • Damage Thorns pasif: 3 + 8% Armor bonus → 4 + 6% Armor bonus

THORNMAIL

Sebagai item Grievous Wounds yang tersasar, Thornmail terlalu mahal. Kami menurunkan harganya, dan menjadikan ability anti-kecederaannya lebih universal, supaya tank tidak perlu risau tentang terlalu banyak faktor lain apabila memilihnya sebagai cara memberikan Grievous Wounds.

  • Jumlah kos: 3000g → 2700g
  • Statistik: 200 Nyawa → 100 Nyawa
  • Damage Thorns pasif: 25 + 10% Armor bonus → 20 + 1% Nyawa bonus + 6% Armor bonus

FORCE OF NATURE

Kami membuat sedikit pelarasan pada patch ini kepada Force of Nature supaya tank boleh menyerap lebih banyak magic damage semasa teamfight yang berterusan.

  • [DIBUANG] Pasif Absorb semasa.
  • [BAHARU] Pasif: Apabila menerima damage daripada ability, anda boleh mendapatkan lapisan firmness selama 7 saat, yang boleh stack sehingga 6 kali; mengenakan damage pada champion boleh refresh tempoh lapisan tersebut. Pada 6 stack, mendapat 10% movement speed dan mengurangkan semua magic damage yang diterima sebanyak 25%.

ABYSSAL MASK

Kami membuang pasif amplikasi generik Abyssal Mask untuk pasif baharu yang akan membolehkannya menyimpan satu peratusan magic damage yang diterima, yang boleh dilepaskan sebagai letupan ke atas musuh apabila anda immobilize sasaran. Boom!

  • [DIBUANG] Pasif damage
  • [BAHARU] Pasif: Apabila anda menerima magic damage, mendapat 20% daripada damage yang diterima sebagai baki cas selama 5 saat. Apabila anda root Champion musuh, gunakan baki cas anda untuk menyebabkan letupan 400 ela berdekatan dengan sasaran pertama yang terkena root, mengenakan magic damage yang bersamaan dengan baki cas.

RELIC SHIELD/TARGON’S BUCKLER

Kami membuat beberapa pelarasan pada Relic Shield untuk memberikan bantuan kepada support. Kami tahu kadangkala sukar untuk mendapatkan pembunuhan pada minion pada masa ini, terutamanya apabila marksman musuh terus poke anda, jadi kami melaraskan ambang apabila minion dibunuh. Kami juga membuat beberapa kemas kini kualiti hidup yang lain untuk item tersebut.

Pasif:

  • Ambang nyawa minion pembunuhan Melee/Range: 50%/30% → 75%/75%
  • [DIBUANG] Musnahkan minion untuk memberi diri anda 120% gold, dan 100% gold kepada champion sekutu terdekat.
  • [BAHARU] Musnahkan minion untuk memberikan gold kill kepada champion sekutu terdekat, dan anda mendapat 50% gold kill serta 75 gold tambahan (termasuk dalam misi).
  • [BAHARU] Apabila mempunyai cas dan rakan sepasukan berada berdekatan, apabila nyawa minion mencapai ambang pembunuhan, bar nyawa minion akan bertukar menjadi warna kuning untuk mengingatkan pemain.
  • Cooldown cas: 20s → 30s

SPECTRAL SICKLE/HARROWING CRESCENT

Sebaik sahaja mencapai pertengahan permainan, sukar untuk menggunakan cas, jadi kami membuat beberapa pelarasan supaya Spectral Sickle berasa baik, walaupun selepas peringkat awal permainan.

  • Cooldown cas: 10s → 15s
  • Gold: 25g → 40g

PERUBAHAN SISTEM

PELARASAN RESPAWN INHIBITOR

Kami telah membuat beberapa pelarasan pada respawn inhibitor dan kesan visual kiraan detik. Inhibitor kini tidak akan respawn lagi selepas minit ke-19.

PELARASAN SPAWN MONSTER JUNGLE

Kami menyedari bahawa terdapat perbezaan sehingga 2 saat dalam masa untuk setiap monster jungle boleh diserang. Jika pemain memilih monster yang lambat spawn, maka mereka boleh kehilangan kelebihan farm jungle awal mereka. Jadi, kami membuat beberapa pelarasan pada cara spawn berfungsi.

  • Memendekkan perbezaan antara masa apabila monster jungle mula-mula spawn dan boleh diserang.

SKIN

03132023_WildRiftPatch4.1Notes_High-Noon-Urgot.jpg

High Noon Urgot

Akan dikeluarkan pada 16 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8

03132023_WildRiftPatch4.1Notes_DBKarma.jpg

Dawnbringer Karma

Akan dikeluarkan pada 23 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8

03132023_WildRiftPatch4.1Notes_Dawnbringer_Yone_.jpg

Dawnbringer Yone

Akan dikeluarkan pada 23 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8

03132023_WildRiftPatch4.1Notes_Nightbringer_Lillia_Final.jpg

Nightbringer Lillia

Akan dikeluarkan pada 23 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8

AKSESORI

03132023_WildRiftPatch4.1Notes_Goodies1.jpg

03132023_WildRiftPatch4.1Notes_Goodies2.jpg

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

Ikon: Flaming Justice; Darkest Night to Dawn's Light; Rising Flames

Bauble: V for Victory; Blep; Destiny Bringer

Emote: Enticing; Wipe Those Tears Away; Politely...No.; Vi I oughta!

Bingkai Ikon: Burning Judgement; The Crimson Fist

Bingkai Profil: Crimson Duty; Radiant Valor

Emblem Rift: Heroic Ensign

Homeguard Trail: Trailblazer

Recall Tersuai: Diurnal Flight; Superhero away!; Flames of Justice

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

16 Mac - 22 Mac: Draven, Graves, Leona, Rengar, Sion, Tryndamere, Yuumi, Zed, Zeri, Zoe

23 Mac - 29 Mac: Alistar, Amumu, Brand, Caitlyn, Darius, Gragas, Morgana, Pantheon, Samira, Veigar