Wild Rift Patch Note 4.0c

Kelas akan bermula—Selamat Datang ke Patch 4.0c! Inilah balance patch terakhir untuk 4.0! Terdapat sedikit pelarasan untuk beberapa champion serta keluaran Battle Academia Leona dan Battle Principal Yuumi!

Kelas akan bermula—Selamat Datang ke Patch 4.0c!

Ahem...keluarkan pen anda dan sekeping kertas kosong, sudah tiba masanya untuk peperiksaan akhir anda. Berlawak sahaja, tiada peperiksaan, tetapi ini merupakan patch terakhir 4.0! Sebelum kami menyelinap ke 4.1, terdapat beberapa pelarasan balance, serta keluaran Battle Academia Leona dan Battle Principal Yuumi!

Kami akan jumpa anda lagi pada 16 Mac untuk Patch Note 4.1!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

MOD PERMAINAN

DUEL

Masih ada masa untuk membuktikan andalah yang terbaik daripada yang terbaik dalam Mod Duel! Masuklah queue dan tunjukkan kemahiran 1v1 anda!

Duel akan tersedia untuk dimainkan dari 23 Februari pukul 08:01 pagi GMT+8 hingga 16 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8. 

PERUBAHAN CHAMPION

GALIO

Pada masa lalu, kami mengalihkan sedikit damage dan kadar untuk Hero's Entrance Galio, tetapi kami akan menarik balik perubahan tersebut. Kami juga melakukan beberapa perubahan lain untuk buff binaan tank Galio kerana kami telah melihat binaan itu ketinggalan dengan ketara di belakang binaan Ability Power baru-baru ini.

HERO'S ENTRANCE

  • Tempoh shield: 3.5s → 5s
  • Kadar Damage Ability Power: 100% → 70%
  • Damage asas: 100/175/250 → 150/250/350

IRELIA

Walaupun Blade Dancer ini telah menjadi kuasa dominan di dalam jungle, prestasinya di Baron Lane jatuh di bawah jangkaan kami. Untuk lebih mengimbanginya untuk kedua-dua peranan ini tanpa membuatnya tidak relevan juga, kami mengurangkan kelajuan clear junglenya, sambil meningkatkan magic damage bonus yang dia dapat daripada mengekalkan stack maksimum Ionian Fervor.

base_stats

  • Attack Damage: 64 → 58

IONIAN FERVOR

  • Attack speed bonus setiap 1 stack: 5 ~ 20% → 3% ~ 17%
  • Magic damage bonus: 14~70 → 30~100

MASTER YI

Adakah anda ingin menunjukkan kemahiran anda dengan Master Yi? Jika jawapan anda merupakan ya, kami di sini untuk membantu. Kami telah melihat Master Yi bergelut untuk bersaing dengan jungler lain dalam tahap permainan yang lebih tinggi. Untuk memberi pemain Yi lebih banyak ruang untuk ekspresi kemahiran, kami mengurangkan Attack Damage pasif yang dia dapat daripada ability Wuju Style, tetapi meningkatkan true damage yang dia dapat daripada pengaktifan Wuju Style pada saat yang tepat.

Wuju Style

  • Attack Damage bonus pasif: 10% Attack Damage → 8% Attack Damage
  • True damage aktif: 22/34/46/58 → 30/40/50/60

NAMI

Air sudah mula pasang buat Nami! Kami mengalihkan sedikit kuasa daripada pemulihannya ke dalam movement speed yang dia berikan, yang sepatutnya mengubah gaya permainan akhir permainannya.

passive

  • Movement speed sekutu yang terkena ability: 50 + 20% Ability Power → 65 + 20% Ability Power

Ebb and Flow

  • Jumlah pemulihan: 55/90/125/160 + 30% Ability Power → 55/85/115/145 + 30% Ability Power

NAUTILUS

Nautilus telah bergelut untuk menenggelamkan musuhnya dan meninggalkan kesan dalam Jungle jadi kami meningkatkan damage yang dia kenakan pada monster dengan ability Riptide.

RIPTIDE

  • Kadar Ability Power: 30% → 50%
  • Damage terhadap monster: 150% → 200%

PANTHEON

Pantheon ketinggalan pada akhir permainan lebih jauh daripada yang kami inginkan. Untuk menangani perkara ini, kami meningkatkan armor penetration pasif yang dia dapat daripada ultimate pada level yang tinggi.

GRAND STARFALL

  • Peratusan armor penetration pasif: 10/17.5/25% → 10/20/30%

RENGAR

Terdapat banyak laluan binaan yang berbeza untuk Rengar, tetapi prestasi segelintir daripada mereka terlalu tinggi pada peringkat awal permainan. Kami mengurangkan sedikit kuasa tambahan sambil memelihara sebahagian besar penskalaannya.

passive

  • Kill champion untuk mendapat Attack Damage bonus: 5/10/15/20/25% → 1/4/9/16/25%

SAVAGERY

  • Attack speed bonus: 50% → 40%
  • Empowered Savagery Attack speed bonus: 50% - 125% → 40% - 115%

ZERI

Pemain telah menyesuaikan diri dengan corak pertempuran cepat dan pantas Zeri, dan prestasinya terlalu tinggi di semua rank. Oleh itu, kami menghilangkan kilatnya dalam kilau dan menurunkan damage dan jaraknya.

BURST FIRE

  • Damage serangan asas: 8/11/14/17/20 + 100/105/110/115/120% Attack Damage → 8/10/12/14/16 + 100/102.5/105/107.5/110% Attack Damage
  • Kadar penukaran Attack speed lebihan: 60% → 50%

SPARK SURGE

  • Kadar damage pada musuh berikutnya: 60/75/90/105% → 50/65/80/95%

LIGHTNING CRASH

  • Jarak: 825 → 640
  • Damage: 150/200/250+80% Attack Damage Bonus + 80% Ability Power → 150/200/250+70% Attack Damage Bonus + 80% Ability Power

ZOE

Kami tahu ramai pemain berharap Zoe akan menang xD. Tetapi dia telah menang sedikit terlalu banyak, terutamanya dalam situasi yang dia boleh mendapat jatuhan Spell Thief berturut-turut dan berlari-lari sekitar teamfight. Kami mengurangkan movement speednya, terutamanya pada peringkat akhir permainan.

SPELL THIEF

  • Movement speed bonus: 35/45/55/65% → 25/30/35/40%
  • Tempoh movement speed: 2/2.25/2.5/2.75s → 2s

SKIN

03012023_WR4.0CPatchNotesArticle_BattleAcademia-Leona.jpg

Battle Academia Leona

Akan dikeluarkan pada 02 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8

03012023_WR4.0CPatchNotesArticle_Yuumi_Battle_Principal_Wild-Rift-Splash.jpg

Battle Principal Yuumi

Akan dikeluarkan pada 02 Mac @ pukul 08:01 pagi GMT+8

AKSESORI

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

03012023_WR4.0CPatchNotesArticle_Goodiesjpg.jpg

Emote: Spit Take; Ahem

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

2 Mac - 8 Mac: Akali, Janna, Jhin, Jayce, Lillia, Kai’sa, Olaf, Rakan, Singed, Vex

9 Mac - 15 Mac: Akshan, Corki, Gwen, Kayn, Riven, Thresh, Soraka, Yone, Warwick, Varus