Wild Rift Patch Note 4.0b

Gemparkan Rift—Inilah Patch 4.0b! Zeri membuat ketibaannya, bersama dengan skin PROJECT baharu dan event PROJECT: SURGE! Dua mod permainan kembali, serta kemas kini balance merentas Rift!

Gemparkan Rift—Inilah Patch 4.0b!

Sudah tiba masanya untuk melihat percikan api berterbangan dan meninggalkan musuh anda dengan pengeluaran Zeri! Dia akan tiba di Rift dalam Patch ini bersama dengan skin ke Wild Rift yang pertama: PROJECT Zeri! Pindahkan diri anda ke masa hadapan dan lihatlah manusia diubah suai dengan peningkatan sibernetik semasa event PROJECT: SURGE kami. Dan jika manusia diubah suai tidak sepadan dengan cita rasa anda, masuklah queue untuk One For All! Kami tidak sabar-sabar untuk melihat klip 5 Zeri yang berlari-lari di sekeliling lawan mereka. Dan akhir sekali, kami juga mempunyai beberapa pelarasan balance untuk beberapa champion, item dan rune!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

CHAMPION BAHARU

ZERI, THE SPARK OF ZAUN

ZeriSplash.jpg

Seorang wanita muda yang degil dan bersemangat dari kelas pekerja Zaun, Zeri menyalurkan magik elektriknya untuk mengecas dirinya dan pistol buatannya. Kuasanya yang tidak menentu mencerminkan emosinya, percikan apinya mencerminkan pendekatan kehidupannya yang sepantas kilat. Penuh dengan belas kasihan terhadap orang lain, Zeri membawa kasih sayang terhadap keluarga dan rumahnya ke dalam setiap pertempuran. Walaupun keghairahannya untuk membantu kadangkala boleh memakan diri, Zeri percaya pada satu kebenaran yang pasti: pertahankan komuniti anda, dan komuniti akan menyokong anda.

Zeri akan dikeluarkan pada 16 Februari pukul 08:01 pagi GMT+8.

MOD PERMAINAN

ONE FOR ALL

Adakah anda terlepas untuk mencuba 5 Yuumi? Ya, kami masih mempromosikan agenda 5 Yuumi kami di sini. Jika anda telah mencubanya atau jika terdapat champion lain yang anda mahu cuba, kini anda boleh berbuat demikian! Kumpulkan rakan anda dan masuklah queue!

One For All akan tersedia untuk dimainkan dari 2 Februari pukul 08:01 pagi GMT+8 hingga 21 Februari pukul 08:01 pagi GMT+8.

DUEL

Selepas One For All meninggalkan Rift, tiba masanya untuk membuktikan andalah yang terbaik daripada yang terbaik dalam Mod Duel! Bersemukalah satu lawan satu untuk mempamerkan kemahiran anda dalam 1v1 sebenar!

Duel akan tersedia untuk dimainkan dari 23 Februari pukul 08:01 pagi GMT+8 hingga 16 Mac pukul 08:01 pagi GMT+8.

EVENT

PROJECT: SURGE

Mengimbas untuk bentuk kehidupan...

Event PROJECT: SURGE akan bermula pada 16 Februari pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

CAITLYN

Caitlyn telah diberikan tugas dan sedang menyelesaikan kes di sana sini, menguasai Dragon Lane sejak sekian lama. Pada masa ini, kami percaya dia lebih berkuasa daripada yang diperlukan, dan sedang menyekat carry Dragon Lane lain yang lebih lemah dan tidak mempunyai jarak sejauhnya. Jadi kali ini kami yang menyelesaikan kes, dan menurunkan Attack Damage asasnya untuk memberi musuhnya sedikit ruang bernafas tambahan pada peringkat awal permainan.

base_stats

  • Attack Damage asas: 58 → 54

CAMILLE

Win rate Baron Lane Camille berada di tempat yang lebih sihat sekarang, namun jungle Camille terlalu kuat selepas buff kami baru-baru ini. Kami mengurangkan sedikit pemulihan dan damage monsternya untuk memperlahankan Tactical Sweep junglenya.

Tactical Sweep

  • Kadar pemulihan nyawa bahagian luar: 50% → 40%
  • Pengubah monster: 100% → 50%

JARVAN IV

Pemain Jarvan sering meminta untuk Golden Aegis yang lebih berkuasa, kerana shield dan slow ability itu kedua-duanya cukup kecil sehingga menekan butangnya sering tidak memuaskan seperti yang sepatutnya. Walaupun kami tidak mahu memberi Jarvan buff yang besar sekarang, terdapat sedikit ruang untuk melakukan beberapa pelarasan, jadi kami mengalihkan sedikit kuasa untuk menjadikan Golden Aegis mempunyai asas yang lebih berkuasa dan kurang bergantung pada kewujudan sejumlah besar musuh yang berdekatan.

Golden Aegis

  • Cooldown: 12s → 10s
  • Shield: 65/95/125/155 + 2.1/2.4/2.7/3% Nyawa maksimum untuk setiap musuh → 80/120/160/200 + 1.6/1.9/2.2/2.5% Nyawa maksimum untuk setiap champion musuh yang terkena

MISS FORTUNE

Nerf kami sebelum ini ternyata malang, kerana nerf itu lebih besar dari segi magnitud daripada yang kami maksudkan untuk Miss Fortune. Jadi, kami buff dia semula dengan sedikit damage asas tambahan pada Double Up.

Double Up

  • Damage asas: 20/50/80/110 → 30/60/90/120

MORGANA

Kakak jahat ini berkuasa di dalam jungle dan Mid Lane, tetapi telah bergelut untuk mencari kedudukannya dalam peranan support yang lebih suka dimainkan oleh kebanyakan pemain Morgana. Kami melakukan sedikit pelarasan pada Black Shieldnya, Support Morgana kini boleh mendapatkan lebih nilai daripada ability utiliti yang berkuasa ini.

BLACK SHIELD

  • Magic Shield: 80/150/220/290 + 60% Ability Power → 70/150/230/310 + 50% Ability Power
  • Cooldown: 18/16/14/12s → 16/14/12/10s
  • Tempoh: 5s → 4s

SENNA

Ramai penggemar Senna telah menyatakan bahawa Senna Wild Rift tidak mempunyai slow Piercing Darkness yang dimiliki oleh Senna PC, kami akan menyelesaikan misteri tersebut dalam patch ini. Memandangkan kami ingin memberinya buff, kami menambahkan mekanik ini.

PIERCING DARKNESS

  • [BAHARU]: Musuh yang terkena akan slow sebanyak 15% + 0.1% × Attack Damage Bonus + 0.06% × Ability Power selama 0.75/1/1.25/1.5s

YASUO

Berbanding dengan Mid Laner lain dalam permainan peringkat lebih tinggi, Yasuo semakin ketinggalan. Untuk memberikan lebih banyak ruang kepada pemain yang telah menguasai The Unforgiven untuk menonjolkan kemahiran mereka, kami kini membenarkan cooldown imuniti sasaran Sweeping Blade Yasuo untuk berskala mengikut level ability tersebut.

Sweeping Blade

  • Cooldown imuniti sasaran: 8s → 8/7/6/5s

YUUMI

Pemain telah bersuara dengan ban mereka, dan ban-ban itu menyatakan bahawa kucing ini sering terlarang. Buat masa ini, kami mengurangkan keberkesanan damage poke Yuumi serta sedikit nilai percuma yang dia berikan kepada sekutunya untuk menjadikan bermain menentang kucing ini kurang mengecewakan.

PROWLING PROJECTILE

  • Damage nyawa semasa dipertingkat: 1.5/3/4.5/6/7.5% → 2/3/4/5/6%
  • Kos mana: 50 → 60

YOU AND ME!

  • Adaptive force pasif: 13/15/17/19% → 8/11/14/17%

ZED

Jungle Zed telah menguasai permainan peringkat lebih tinggi secara senyap. Untuk mengurangkan abilitynya untuk clear kem jungle, kami mengurangkan damage yang dikenakan pada monster oleh Shadow Slash.

Shadow Slash

  • [BAHARU]: Kini mengenakan 60% damage pada monster.

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

BANSHEE’S VEIL

Banshee's Veil telah bergelut untuk menjadi item pilihan pertama bagi magic resistance, walaupun dalam situasi magic resistance tambahan sepatutnya adalah baik. Oleh itu, kami mengurangkan kos item ini supaya apabila anda memutuskan untuk menyimpang binaan anda untuk lebih banyak pertahanan, akaun bank anda tidak akan terkesan seperti sebelum ini.

  • Jumlah kos: 3000g → 2800g

LOCKET ENCHANT

Locket tidak terasa berbaloi jika dibandingkan dengan enchant lain, walaupun apabila anda menentang pelbagai ancaman magic damage yang merupakan situasi ia sepatutnya cemerlang. Jadi, kami menurunkan kos item tersebut untuk membantunya bersaing dengan pilihan enchant lain.

  • Jumlah kos: 800g → 500g

RANDUIN’S OMEN

Randuin's Omen tidak cukup kuat dalam bentuk semasanya untuk bersaing dengan item armor lain, walaupun pasif anti-critnya sepatutnya kuat. Jadi, untuk membantunya bersaing dengan pilihan lain, kami ingin meningkatkan kuasa anti-crit pada item tersebut.

  • Damage critical strike pramitigasi diperoleh sebagai Determination: 12% (Melee)/8% (Ranged) → 16% (Melee)/ 10% (Ranged)

SPIRIT VISAGE

Kami sebelum ini menangguhkan buff Spirit Visage kerana kami merancang untuk menambahkan amplifikasi shield pada pasifnya. Memandangkan kami telah melakukannya (dalam 4.0) dan ia masih bergelut, kami memberikannya sedikit buff kuasa mentah.

  • Ability Haste: 10 → 20
  • Jumlah kos: 2900g → 2800g

PERUBAHAN RUNE

INSPIRATION: PATHFINDER

Berbanding dengan pilihan lain dalam pepohon Inspiration, Pathfinder bukanlah pilihan yang utama, jadi kami memberikannya sedikit buff untuk membantunya.

  • Memulihkan nyawa/mana yang hilang setiap saat: 1% → 1.5%

RESOLVE: SECOND WIND

Second Wind telah lama kelamaan kehilangan kuasa berbanding dengan pilihan rune pertahanan yang lain, dengan ramai pemain memilih untuk membina pilihan penskalaan atau anti-burst yang lebih berkuasa. Kami meningkatkan pemulihan daripada Second Wind untuk memastikan ia masih mempunyai tempat untuk champion yang hanya memerlukan sedikit bantuan untuk melalui lane tersebut.

  • Nyawa hilang yang dipulihkan dalam masa 5 saat: 1.5% → 2%
  • Nyawa hilang yang dipulihkan dalam masa 5 saat untuk melee: 3% → 4%

SKIN

PROJECTZeri.jpg

PROJECT Zeri

Akan dikeluarkan pada 16 Februari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

PROJECT-Lucian.jpg

PROJECT Lucian

Akan dikeluarkan pada 16 Februari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

PROJECTMasterYi.jpg

PROJECT Master Yi

Akan dikeluarkan pada 16 Februari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

PROJECTRenekton.jpg

PROJECT Renekton

Akan dikeluarkan pada 16 Februari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

AKSESORI

Goodies_40b.jpg

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

Bauble: RE:D34TH

Emote: Zinger; Point and Laugh; PRECISE/Yi; iG/T_THIS; Steel Yourselves!;

Ikon: G/NETIC Zeri; MISSION: PROJECT, PENGU

Recall Tersuai: RE/TURN

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

16 Feb - 22 Feb: Brand, Camille, Ekko, Miss Fortune, Nautilus, Nunu & Willump, Rammus, Sona, Teemo, Vayne

23 Feb - 1 Mac: Ezreal, Fizz, Jarvan IV, Lulu, Nami, Sett, Shyvana, Veigar, Wukong, Xayah