Wild Rift Patch Note 4.0a

Kami melancarkan dua mekanik baharu, pembakaran base dan respawn inhibitor serta kemas kini balance merentas seluruh Rift! Selamat datang ke Patch 4.0a!

Base sedang terbakar dan inhibitor sedang respawn—Selamat datang ke Patch 4.0a! 

Patch ini kami menumpukan pada pelarasan untuk beberapa champion yang memerlukan bantuan dan juga untuk mereka yang perlu dilemahkan sedikit. Kami juga melancarkan pembakaran base dan respawn inhibitor, jadi mungkin terdapat beberapa strategi dan taktik baharu untuk anda cuba menjelang peringkat akhir permainan anda. Kami tahu ini adalah perubahan yang lebih baharu kepada permainan ini, jadi kami akan memerhatikannya dengan teliti dan seperti biasa beritahulah kami pendapat anda tentangnya! 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

PERUBAHAN CHAMPION

AATROX

Aatrox terus menyaksikan win rate yang kukuh dan ban rate yang tinggi. Untuk memerangi ini, kami mengurangkan pemulihan yang diperolehnya daripada World Endernya, yang merupakan salah satu kekuatannya yang lebih menjengkelkan.

WORLD ENDER

  • Pemulihan Ditingkatkan: 30/45/60% → 25/35/45%

Akshan

Si jembel, jalanan dan bajingan semua, terimalah! Kami tahu bahawa mengejar Scoundrel tanpa mana bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, jadi kami menghulurkan bantuan kepada anda dan memberi anda sedikit lagi untuk digunakan.

GOING ROGUE

  • Cooldown: 18/14/10/6s → 14/10/6/2s
  • [BAHARU]: Mendapat 2% mana yang hilang setiap saat apabila mengejar Scoundrel

ASHE

Prestasi Ashe Support sedikit tinggi, jadi kami mengalihkan sebahagian daripada kuasa Volleynya kepada Ranger's Focus. Dengan cara itu kami boleh mengekalkan peranannya sebagai seorang marksman.

Ranger's Focus

  • Attack speed asas: 25/30/35/40% → 25/35/45/55%

Volley

  • Cooldown: 13/10/7/4s → 15/12/9/6s

BLITZCRANK

Mengenakan Rocket Grab dengan tepat lebih sukar pada tahap permainan yang lebih tinggi, jadi kami meningkatkan movespeed selepas kemerosotan pecutan Overdrive.

Overdrive

  • Movement speed selepas kemerosotan pecutan pertama: 10% → 25%
  • Movement speed selepas kemerosotan pecutan kedua: 25% → 50%

EKKO

Inilah waktu Jungle! Kami mendapati bahawa kelajuan clear jungle Ekko kurang memberangsangkan, jadi sudah tiba masanya untuk satu buff.

passive

  • Pengubah monster: 110% → 140%

KAYN

Walaupun kami gembira dengan prestasi Kayn Darkin Slayer, Kayn Shadow Assassin sedang bergelut untuk bertahan melawan alter egonya. Kami memberi Shadow Assassin sedikit buff untuk menjadikan pilihan antara bentuk ini dan bentuk Darkin Slayer lebih bermakna.

passive

  • Masa reset pasif Shadow Assassin: 6s → 5s
  • Damage bonus pasif Shadow Assassin: 14%~42% → 32%~46%
  • Meningkatkan kuantiti cas yang diterima oleh Shadow Assassin apabila mengenakan damage pada champion ranged.

SHADOW STEP

  • Cooldown Shadow Assassin: 8s → 7s

UMBRAL TRESPASS

  • Jarak Shadow Assassin ditingkatkan sedikit

Lucian

Prestasi Lucian tidak mencapai sasaran akhir-akhir ini, jadi kami menguatkan tembakan marksman ini.

PIERCING LIGHT

  • Damage asas: 95/140/185/230 → 110/150/190/230

LUX

Lux Mid berada di tempat yang baik, tetapi Lux support sedang menghadapi kesusahan. Kami mengalihkan sebahagian kuasa daripada kadar Ability Power kepada kerosakan damage asasnya untuk membantu, kerana peranan support tidak akan mempunyai Ability Power yang sama banyak.

Prismatic Barrier

  • Shield: 40/70/100/130 + 15% Ability Power → 40/75/110/145 + 10% Ability Power
  • Shield kembali: 80/140/200/260 + 30% Ability Power → 80/150/220/290 + 20% Ability Power

Lucent Singularity

  • Damage: 60/120/180/240 + 60% Ability Power → 65/130/195/260 + 55% Ability Power

NAUTILUS

Win rate Nautilus telah meningkat tanpa disedari ramai, jadi kami menambatnya kembali dengan beberapa nerf Dredge Line.

DREDGE LINE

  • Cooldown: 11/10/9/8s → 12/11/10/9s
  • Damage asas: 70/130/190/250 → 60/120/180/240

RAKAN

Rakan masih menjulang tinggi walaupun dengan nerf baru-baru ini, jadi kami mengurangkan damage pada Grand Entrance dan meningkatkan cooldown untuk Battle Dance. Ini sepatutnya akan meriakkan beberapa bulu pelepah.

GRAND ENTRANCE

  • Damage asas: 80/150/220/290 → 70/140/210/280

BATTLE DANCE

  • Cooldown: 18/16/14/12s → 20/18/16/14s

SETT

Attack Damage asas Sett adalah rendah terutamanya jika dibandingkan dengan fighter lain, jadi kami menjadikan serangannya lebih kuat tetapi lebih perlahan. Kami mahu bos ini melemparkan Haymaker yang berat, bukan sekadar tumbukan yang pantas.

base_stats

  • Attack Damage asas: 52 → 58
  • Attack speed setiap level: 1.7% → 1.2%

YONE

Yone kini sudah semakin kuat, dan maklum balas daripada anda semua sangat jelas bahawa dia sangat menjengkelkan untuk ditentang dalam bentuk semasanya. Oleh itu, kami mengurangkan sedikit keupayaan clear wave dan pertahanannya untuk memastikan dia mendedahkan dirinya kepada risiko yang sepadan.

SPIRIT CLEAVE

  • Damage minimum pada minion: 50~400 → 60~200
  • Had damage pada monster: 100~380 → 80~290
  • Shield asas: 40 + 70% Attack Damage bonus → 30 + 70 % Attack Damage bonus

ZOE

Kami peminat besar Zoe di sini, dan berharap sungguh dia menang xd. Tetapi buat masa ini, dia mempunyai bug yang tidak menyeronokkan, jadi kami akan membetulkan bug itu dalam patch ini!

SPELL THIEF

  • [BUG FIX]: Memperbaik isu yang menghalang ability ini daripada memberikan kesan on-hit.

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

AWAKENED SOULSTEALER

Kini lebih sedar dan memberi anda pemulangan yang selayaknya (bukan seperti cukai anda).

Pasif unik:

  • Pemulangan cooldown ketika kill: 20% → 25%

HORIZON FOCUS

Kami telah memerhatikan Horizon Focus dengan teliti dan nampaknya terdapat beberapa buff damage di ufuk langit untuk item ini.

Pasif unik:

  • Damage: 80 + 20% Ability Power → 90 + 25% Ability Power

LUDEN’S ECHO

Kami merasakan bahawa Luden's Echo boleh menggunakan sedikit rangsangan untuk membantunya menonjol di kalangan item Ability Power yang lain jadi kami memberikannya lebih banyak damage...damage...damage...

Pasif unik:

  • Damage kilat: 100 + 10% Ability Power → 110 + 10% Ability Power

SISTEM

PEMBAKARAN BASE

Untuk mengehadkan taktik turtling di peringkat akhir permainan dan memastikan tempoh keseluruhan permainan adalah berpatutan, kami memperkenalkan Sistem pembakaran Base. Pada peringkat akhir permainan, turret akan mula terbakar, mempercepatkan permainan ke arah penamatnya.

  • Pada minit ke-25 turret paling luar dalam setiap lane akan kehilangan 25 magic resistance dan 25 armor dan mula kehilangan 3% nyawa maksimum setiap 3 saat.
  • Inhibitor Turret berhenti mengambil damage burn apabila nyawa mereka jatuh di bawah 25%.
  • Pembakaran base tidak memberi kesan pada Nexus.

RESPAWN INHIBITOR

Untuk menyediakan lebih banyak peluang untuk kemunculan semula yang menarik pada pertengahan hingga akhir permainan, Inhibitor kini boleh respawn. Apabila Inhibitor respawn, Inhibitor yang respawn tersebut tidak boleh mengenakan damage pada unit musuh. Masa respawn Inhibitor meningkat dengan masa permainan, jadi kehilangan Inhibitor pada peringkat awal permainan akan memberi kesan yang kurang manakala merebut Inhibitor musuh pada akhir permainan kekal sebagai taktik yang kuat untuk menamatkan permainan.

  • Inhibitor respawn selepas dimusnahkan berdasarkan masa permainan.
    • Jika suatu Inhibitor dimusnahkan dalam masa 13 minit pertama permainan, ia akan respawn selepas 4 minit.
    • Jika suatu Inhibitor dimusnahkan antara minit ke-13-18, ia akan respawn selepas 5 minit.
    • Jika suatu Inhibitor dimusnahkan selepas minit ke-18, ia akan respawn selepas 6 minit.
  • Inhibitor yang respawn tidak boleh menyerang.

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

2 Feb - 8 Feb: Amumu, Braum, Caitlyn, Evelynn, Malphite, Pyke, Renekton, Tristana, Twisted Fate, Yasuo

9 Feb - 15 Feb: Galio, Karma, Kennen, Kha’zix, Lucian, Kayle, Katarina, Senna, Samira, Xin Zhao