Wild Rift Patch Note 4.0

Sudah tiba masanya untuk memecut dan merenjat masuk ke patch pertama Wild Rift buat tahun ini! Zoe membuat penampilan sulungnya, mod All Random Ultra Rapid Fire (ARURF) kembali, sambutan Tahun Baru Cina, Ranked Musim 8, Wild Pass baharu, dan banyak lagi! Selamat datang ke Patch 4.0!

Zip Zap—Inilah Patch 4.0! 

Selamat Tahun Baru Cina dan selamat datang ke patch pertama tahun 2023! Kami kembali dengan patch baharu, serta patch note berisi lawak hambar biasa yang anda kenal dan suka. Jika kenakalan, kekacauan dan keajaiban adalah sebahagian daripada Azam Tahun Baru anda, Zoe akan membuat penampilan sulungnya dan boleh membantu anda dalam hal itu. Curi spell dan tembak hendap musuh anda dengan kilauan dan gemerlapan apabila mage Mid Lane ini portal masuk ke dalam permainan anda. Kami peminat besar Zoe di sini, kami berharap sungguh dia menang!

Sama ada anda suka berjuang untuk kehormatan dan kegemilangan atau anda hidup untuk keseronokan meletakkan diri anda dalam bahaya besar, Ranked Musim 8 dan Wild Pass baharu akan membantu anda mencapai kedua-duanya. Dan sudah tentu, apalah perayaan tanpa bunga api? Kami membawa kembali Mod All Random Ultra Rapid Fire (ARURF), dan menghiasi Rift dengan tanglung, bunga api, kesan pembunuhan khas, dan sudah tentu meriam bertemakan Tahun Baru Cina! Anda juga boleh mengumpulkan rakan anda bersama-sama untuk menyediakan hidangan yang selesa dalam event Lunar Feast kami serta melawat Caitlyn dalam Bengkel Mythmaker! Dan sudah tentu tiada patch note yang lengkap tanpa beberapa perubahan balance! Kami juga mempunyai kemas kini kami bagi rakan-rakan tank kami.

Untuk melihat kandungan lain yang masih akan datang sepanjang kitaran patch ini, tontonlah pratonton patch terbaharu kami:

Juga sila ambil perhatian, anda boleh menjangkakan perubahan pada turret dan inhibitor dalam salah satu patch balance yang akan datang dalam minggu-minggu berikutnya! 

Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada anda sekali lagi. Kami berharap tahun 2023 adalah hebat bagi anda dan berseronoklah menyertai beberapa permainan bersama dengan rakan dan keluarga anda tahun ini. Jumpa anda dalam Rift! 

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

CHAMPION BAHARU

ZOE, THE ASPECT OF TWILIGHT

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_ZoeClassicWild-Rift-Splash.jpg

Sebagai simbol kenakalan, imaginasi dan perubahan, Zoe bertindak sebagai utusan kosmik Targon, mengumumkan peristiwa besar yang membentuk semula dunia. Kehadirannya semata-mata melencongkan matematik arcane yang mengawal realiti, kadangkala menyebabkan malapetaka tanpa tindakan atau niat jahat secara sedar. Hal ini mungkin menjelaskan sikap acuh tak acuh Zoe dalam menjalankan tugasnya, memberinya banyak masa untuk fokus bermain permainan, menipu manusia, atau sebaliknya menghiburkan dirinya. Pertemuan dengan Zoe boleh menggembirakan dan mengesahkan kehidupan, tetapi ia biasanya bukan sekadar yang zahir dan selalunya sangat berbahaya.

Zoe akan dikeluarkan pada 12 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8.

CIRI BAHARU

WILD PASS

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_SuperVillianGraves.jpg

Satu kesilapan besar jika anda cuba berhadapan dengan penjahat ini, melainkan anda pantas dalam mengeluarkan senjata! Rompaklah sehingga penghujung Wild Pass ini dan Super Villain Graves akan menjadi milik anda! Sudah tentu anda juga dapat memperoleh banyak ganjaran lain sepanjang perjalanan! Dan jika anda masih inginkan banyak lagi, anda dapat memperoleh Ascended Super Villain Graves dan banyak lagi dalam Kedai Ganjaran Bonus.

Wild Pass akan tersedia pada 12 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8.

RANKED MUSIM 8

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_GloriousCrimsonNami.jpg

Tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Ranked Musim 7 dan menyelami Ranked Musim 8! Glorious Crimson Nami akan membuat percikan dalam Tab Ganjaran Musim bagi musim ini! Anda juga boleh membeli Naik Taraf Augment Senjatanya dan barangan lain daripada Kedai Ranked! Untuk menceriakan suasana bagi Musim 8 kami telah mencipta susun atur baharu yang imersif kepada Pilihan Mod Ranked yang akan meraikan champion terbaik dan statistik terkini anda. Kami juga telah membuat beberapa penambahbaikan pada Penjejak Ganjaran Ranked dan kandungan Kedai Ranked, yakni lebih banyak perkara yang menyeronokkan untuk diperoleh semasa anda membuat pendakian! Selamat berjaya bagi musim ini!

Ranked Musim 8 akan bermula pada 17 Januari pukul 11 pagi GMT+8.

PAPAN PENDAHULU PERANAN & MARKAH PERANAN

Pernah terfikir jika anda Mid Laner terbaik dalam kumpulan rakan anda? Atau jika anda Support yang lebih baik berbanding dengan rakan rapat anda? Sekarang anda boleh membuktikannya! Kami telah menambahkan Papan Pendahulu Peranan agar anda dapat membandingkan markah peranan anda dengan rakan anda. Kini anda juga akan dapat melihat pemain terbaik untuk setiap peranan di rantau anda, dengan pemain terbaik daripada yang terbaik akan menerima gelaran istimewa!

Bersama dengan kemas kini baharu ini, kami juga telah melaraskan cara markah peranan berfungsi. Pada permulaan setiap musim ranked baharu, markah peranan anda akan ditetapkan semula. Tetapi jangan risau, anda akan mendapat boost untuk perolehan markah peranan pada masa hadapan berdasarkan prestasi anda dalam musim sebelumnya jadi anda masih boleh mendaki ke puncak!

XBOX GAME PASS & LOG MASUK

Log masuk Xbox akan dihidupkan bersama-sama patch ini! Kini anda boleh log masuk ke akaun anda menggunakan log masuk Xbox. Xbox Game Pass juga akan dihidupkan, dan pelanggannya akan menerima faedah dalam permainan—semua champion Wild Rift diaktifkan dan 20% boost XP!

KEMAS KINI PERANTI ETC

Apabila Patch 4.0 dilancarkan, kami akan menghentikan sokongan kami untuk peranti lama yang menggunakan format tekstur ETC. Jika hal ini memberi kesan kepada anda, anda akan menerima pemberitahuan dan e-mel daripada kami!

MOD PERMAINAN

MOD ALL RANDOM ULTRA RAPID FIRE (ARURF)

Untuk menyambut Tahun Baru Cina, kami akan membawa kembali sesuatu yang klasik: Mod All Random Ultra Rapid Fire! Masuk queue dan bermain champion rawak sepenuhnya dengan spell serba pantas, cuma jangan lupa untuk meregangkan ibu jari itu sebelum melompat ke dalam meriam!

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_LUNYMap_WRPatch30.jpg

Dan apalah parti tanpa sebarang hiasan? Kami akan memerah keringat untuk sambutan Tahun Baharu Cina kami dengan menghiasi Rift dengan bunga api, tanglung dan juga meriam bertemakan Tahun Baru Cina! Kami juga menambahkan kesan baharu untuk perayaan ini—setiap kali anda membunuh musuh, bunga api akan dilepaskan ke udara!

EXECUTE SMITE

Semasa Mod All Random Ultra Rapid Fire (ARURF), kami akan memperkenalkan satu mekanik baharu: Execute Smite. Mekanik ini akan berfungsi secara pasif untuk jungler dan membebaskan satu slot spell. Versi Smite ini masih mengekalkan pasif asas smite, tetapi tidak dinaik taraf kepada Chilling Smite dan tidak mempunyai cooldown. Kami akan memantau prestasinya untuk kemungkinan penggunaan pada masa hadapan!

  • [BAHARU] Jika anda akan mengurangkan nyawa monster Epik kepada 800 atau ke bawah, atau monster Besar kepada 400 atau ke bawah, bunuh monster itu dan pulihkan 8% daripada nyawa maksimum anda. Pembunuhan ini tidak tercetus daripada kesan damage berkala.
  • Jungle Expertise:
    • +20% gold bonus dan 20% XP bonus daripada monster jungle, tetapi mendapat 60% kurang gold dan XP daripada minion buat sementara.
    • +15% Attack Damage dan +30% Ability Damage pada monster jungle.
    • Memulihkan 40 nyawa dalam masa 5 saat dalam pertempuran menentang monster jungle.
    • Memulihkan 4 mana setiap saat semasa di jungle atau river.

Mod All Random Ultra Rapid Fire (ARURF) akan bermula pada 12 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8 dan tamat pada 2 Februari pukul 08:01 pagi GMT+8

BENGKEL MYTHMAKER

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_SpecialEditionCaitlyn.jpg

Tiba masa untuk berkecimpung dengan kraf tangan dalam Bengkel Lunar Papercutting bersama dengan Caitlyn! Kami menyebut dalam Wild Rift News terkini bahawa Bengkel Mythmaker akan membuat penampilan sulungnya dengan patch ini, tetapi kami ingin meringkaskannya di dalam Patch Note ini juga!

Sediakan gunting anda untuk menggunting dan melipat Lunar Papercutting bersama dengan Caitlyn untuk memperoleh skin, ganjaran dan barangan lain! Dalam Bengkel Mythmaker, anda akan dapat membeli gunting dengan harga 400 Wild Cores, menukarnya kepada papercutting dan menebus item dengan papercutting anda! Item yang anda boleh tukarkan dengan gunting anda ialah:

2 Lunar Papercutting

90.0%

8 Lunar Papercutting

9.5%

92 Lunar Papercutting

0.5%

Salah satu skin yang anda dapat peroleh ialah Mythmaker Caitlyn Edisi Khas! Anda akan memperolehnya dengan membuka 15 kotak (gunting), atau dengan memperoleh 92 Lunar Papercutting! Anda juga boleh menggunakan Lunar Papercutting anda untuk menebus item yang berikut:

Item

Lunar Papercutting Diperlukan

Firecracker Vayne

8

Firecracker Teemo

8

Firecracker Tristana

8

Firecracker Xin Zhao

8

Firecracker Diana

8

Firecracker Sett

8

Firecracker Jinx

8

Radiant Wukong

8

5000 Poro Energy

4

Bingkai Skin Firecracker Vayne

2

Gaya Firecracker Vayne

1

Bingkai Skin Mythmaker Caitlyn Edisi Khas

2

Gaya Mythmaker Caitlyn Edisi Khas

1

Gaya Peringkat Tinggi Mythmaker Caitlyn Edisi Khas

2

Recall Mythmaker

3

Bingkai Profil Mini Mythmaker

2

Recall Ring of fire

3

Emote Rosey Connection

1

Emote Just Gifted

1

Emote Big Hearted

1

Bauble Light ‘Em Up

1

Emote Not. Now.

1

Emote KA-POW

1

Emote Everything’s Ruined

1

Emote Mind: Blown

1

Emote You See That?

1

Recall Sparklers

3

1000 Poro Energy

1

Bengkel Mythmaker akan tersedia dari 12 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8 sehingga 26 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8

EVENT

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_LunarFeast.jpg

LUNAR FEAST

Kumpulkan rakan-rakan anda dan hidangkan beberapa hidangan yang selesa!

Event Lunar Feast akan bermula pada 12 Januari pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

CAMILLE

Camille sentiasa berada di tempat yang sukar, dengan kit yang merupakan rahmat serta musibah. Di tangan yang betul, Camille adalah satu ancaman dengan sedikit cara melawan balasnya—tetapi bagi pemain yang lebih baharu, mekaniknya boleh menjadi menakutkan. Kami mahu menurunkan lantai dan siling kemahirannya, yang akan menjadikannya lebih mudah didekati oleh pemain yang bercita-cita untuk menguasai Baron Laner yang teliti ini, sambil memastikannya masih seimbang bagi yang terbaik daripada yang terbaik.

Precision Protocol

  • [BAHARU] Selepas 1.6 saat selepas serangan empower pertama, Precision Protocol akan empower satu lagi serangan asas secara automatik, menukarkan damage bonus itu menjadi true damage.
  • Movement speed bonus: 15/20/25/30% → 25%
  • Tempoh movement speed bonus: 1s → 1.5s

Tactical Sweep

  • [BAHARU] Damage bonus Camille kini terpakai pada seluruh kawasan kesan dan bukan hanya pada separuh luarnya, mengenakan (90/120/150/180 +110% bonus AD) dan tambahan (4/6/8/10)% nyawa maksimum sasaran sebagai physical damage. Walau bagaimanapun, jika anda berjaya mengenakan pada bahagian luar kon tersebut, musuh akan slow sebanyak 80% selama 2 saat, dan Camille pulih sebanyak 50% daripada damage yang dikenakan.

Hookshot

  • [BAHARU] Jika gunaan pertama Hookshot Camille tersasar, ia dikenakan cooldown 3 saat dan bukan cooldown penuhnya.
  • RECAST: Camille melepaskan diri dari terrain dan dash ke arah sasaran, mengenakan physical damage pada musuh berdekatan apabila tiba. Jika dia terkena champion musuh, dia stun mereka selama 0.75 saat dan mendapat attack speed bonus selama 5 saat.
  • [BAHARU] Apabila mengguna semula Hookshot, serangan asas Camille yang seterusnya terhadap champion musuh dalam masa 3 saat, memberikan attack speed bonus selama 5 saat.

CORKI

Untuk mempertingkatkan rasa Phosphorus Bomb Corki di peringkat akhir permainan dan menjadikannya terkili penuh, kami mengemas kini ability ini supaya ia berskala dengan attack speednya.

PHOSPHOROUS BOMB

  • Masa Gunaan: 0.27 → 0.27 ~ 0.18 (Berskala dengan attack speed)

IRELIA

Walaupun kami menyatakan perubahan Bladesurge ini akan dikeluarkan sebelum ini, ia sebenarnya tidak berjaya dimasukkan ke dalam patch tersebut. Kami membaikinya dengan betul-betul kali ini... harapnya.

BLADESURGE

  • Tidak lagi mengikut kesan blink

KHA'ZIX

Kha'Zix masih berada di puncak rantai makanan di dalam jungle, jadi kami mengurangkan damage sasaran tunggalnya supaya kami dapat memberi peluang kepada jungler lain untuk menyerlahkan diri.

TASTE THEIR FEAR

  • Pengurangan cooldown pada sasaran yang terpisah: 45% → 30%

KAI'SA

Prestasi Kai’Sa agak rendah jika dibandingkan dengan rakan seperlawanannya di Dragon Lane, kami ingin mengelakkan dia terlalu terasing daripada mereka, jadi kami memberi Daughter of the Void ini beberapa buff. Termasuk satu kemas kini pada Void Seeker yang membenarkan masa gunaannya untuk berskala dengan attack speed Kai’Sa.

base_stats

  • Attack Damage asas: 58 → 62
  • Attack Damage setiap level: 2.65 → 3
    • Attack Damage pada level 15: 99 → 104

ICATHIAN RAIN

  • Kadar Attack Damage: 45% → 50%

VOID SEEKER

  • Masa Gunaan: 0.34 → 0.34 ~ 0.227 (Berskala dengan attack speed)

LILLIA

Walaupun Lillia tiba di Rift pada tempat yang sihat, pemain terus menyayanginya dan penguasaan mereka terhadap si kancil ini telah berkembang dari semasa ke semasa, menyebabkan win ratenya berkembang di luar kawalan. Kami menurunkan penskalaan nyawanya untuk menekankan kedudukan akhir permainannya, sambil nerf damage pada Blooming Blows untuk mengurangkan kuasa junglenya.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 112 → 104

BLOOMING BLOWS

  • Damage asas: 35/55/75/95 → 35/50/65/80
  • Pengubah monster: 130% → 110%

MISS FORTUNE

Untuk menjadikan Miss Fortune lebih mengejutkan dan mengagumkan, kami meningkatkan kebolehgunaan binaan berasaskan Ability Power dengan buff kadar Ability Power yang dikaitkan dengan Make It Rain dan ultimatenya, Bullet Time.

Make It Rain

  • Kadar Ability Power: 10% → 10/12/14/16%
  • Jumlah kadar Ability Power: 80% → 80/96/112/128%

Bullet Time

  • Kadar Ability Power: 25% → 30%
  • Jumlah kadar Ability Power: 300/350/400% → 360/420/480%

Renekton

Kami tidak pernah mahu membuat keputusan yang pantas apabila berkaitan dengan memberi Renekton buff pada peringkat awal permainan. Kami tahu betapa besarnya kuasa dan penguasaan gaya permainan ini, terutamanya daripada pemain di tahap yang lebih tinggi. Tetapi selepas melihat hasil daripada beberapa perubahan kami sebelum ini, kami bersedia untuk tidak menga-buaya-kan perubahan ini, dan memberi Renekton kembali sebahagian daripada sustain dalam lane yang dia telah hilang.

CULL THE MEEK

  • Cooldown: 8s → 7s
  • Pemulihan asas: 4/6/8/10 → 5/7/9/11

SAMIRA

Desert Rose ini menunjukkan prestasi di bawah jangkaan kami merentas semua peringkat permainan. Jadi, kami meningkatkan damage yang dikenakan oleh ability Flairnya untuk membawanya lebih sejajar dengan rakan-rakan marksmannya.

FLAIR

  • Damage Asas: 5/10/15/20 → 10/15/20/25

SHEN

Buff yang kami berikan kepada Kinkou ini dalam patch 3.5a telah menjadikannya terlalu melampau di dalam Jungle. Kami mengurangkan sedikit damage bonus yang dia kenakan pada monster dengan Twilight Assault untuk mengurangkan kelajuan clearnya dan melemahkannya sedikit.

TWILIGHT ASSAULT

  • Damage bonus pada monster: 200% → 150%
  • Had damage monster: 250 → 225

SHYVANA

Rakan-rakan junglernya telah menunjukkan prestasi hebat berbanding dengan Shyvana, jadi kami memberinya dorongan dalam beberapa kawasan berbeza untuk membantunya.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 105 → 112

Twin Bite

  • Cooldown: 9/8/7/6s → 8.5/7.5/6.5/5.5s
  • Slow Evolved Twin Bite: 40% → 50%

SINGED

Mad Chemist ini menunjukkan prestasi yang baik di lane, tetapi penskalaannya tidak berada di tempat yang kami mahukan. Kami meningkatkan kadar Ability Power Poison Trail untuk mengelakkannya daripada ketinggalan begitu cepat kemudian. Kami juga melakukan beberapa pelarasan lain untuk membuka lebih banyak laluan binaan dan pilihan untuk Singed.

Poison Trail

  • Kos mana setiap saat: 15s → 12s
  • Ability Power: 30% → 35%

Insanity Potion

  • Pemulihan nyawa dan mana setiap saat: 6/11/16 → 6/13/20

SION

Kali terakhir kami melihat Sion, kami terpaksa mengatakan sionara kepada sedikit kuasanya yang tidak dapat dihalang, namun kami telah memantaunya dan dia boleh menggunakan sedikit bantuan. Jadi, kami menyasarkan beberapa kawasan berbeza yang kami fikir kepuasan kitnya boleh dipertingkatkan.

passive

  • Nyawa bonus untuk setiap kill unit besar: 15 → 20

DECIMATING SMASH

  • Damage asas minimum: 25/55/85/115 → 40/65/90/115
  • Damage maksimum Cas Penuh tidak berubah

ROAR OF THE SLAYER

  • Slow: 40/45/50/55% → 50/55/60/65%

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

[BAHARU] DAWNSHROUD

Adakah anda support tanky yang letih mengejar item movespeed? Adakah anda lebih sukakan kehadiran pertempuran berbanding dengan rotasi peta? Nampaknya hari ini adalah fajar hari dan item baharu untuk anda! Dawnshroud menyediakan damage kawasan kesan dan mendedahkan apabila sama ada anda melumpuhkan champion musuh, atau menerima kesan immobilize untuk pasukan anda.

Laluan Binaan:

  • Spectre’s Cowl (1100g) + Chainmail (900g) + 700g
    • Jumlah Gold: 2700g

Statistik:

  • Nyawa: 250
  • Armor: 50
  • Magic Resistance: 30

Pasif:

  • Dawnbringer: Apabila anda melumpuhkan champion atau dilumpuhkan, damage dan dedahkan semua champion musuh berdekatan selama 3 saat, mengenakan 80+5% nyawa bonus sebagai magic damage (cooldown 3 saat).

[REWORK] RANDUIN’S OMEN

Perlukan lebih banyak anti-crit dalam hidup anda? Bagaimana pula item anti-crit yang memulihkan semula nyawa? Walaupun nombor-nombor pada pasif Determination baharu mungkin kelihatan kurang memberangsangkan berbanding dengan lelaran sebelumnya, kata kuncinya di sini ialah “pramitigasi”. Secara praktikal, tank akan bertahan dengan lebih baik terhadap damage critical–selagi mereka terus menyerang. Dilengkapkan dengan Randuin's Omen baharu, anda dipenuhi dengan Determination.*

Laluan Binaan:

  • Warden’s Mail (1050g) + Giant’s Belt (1000g) + 750g
    • Jumlah kos: 2800g

Statistik:

  • Nyawa: 400
  • Armor: 55

Pasif:

  • Cold Steel: Mengurangkan Attack Speed musuh sebanyak 15% selama 1.5 saat apabila terkena serangan.
  • Determination: Apabila anda terkena serangan critical, mendapat [12% untuk melee | 8% untuk ranged] daripada damage pramitigasi sebagai cas Determination selama 5 saat, sehingga maksimum 500 cas. Apabila anda menyerang champion, gunakan Determination anda dan pulih untuk jumlah yang digunakan.

*Sila ambil perhatian bahawa terdapat bug penyetempatan dalam permainan untuk item ini, statistik dan penerangan yang disebut dalam patch note adalah tepat dan bug penyetempatan akan dibaiki dalam patch yang akan datang

[REWORK] FROZEN HEART

Kami meningkatkan kuasa slow Attack Speed Frozen Heart, tetapi menjadikannya bersyarat. Lelaran ini memberikan ganjaran kepada tank yang kekal menyerang, sambil memberi musuh sedikit cara untuk melawan balas item tersebut.*

Laluan Binaan:

  • Warden’s Mail (1050g) + Glacial Shroud (1000g) + 650g
    • Jumlah kos: 2700g

Statistik:

  • Armor: 80
  • Mana: 200
  • Ability Haste: 25

Pasif:

  • Winter's Caress: Basic attack dan magic damage yang anda kenakan atau dikenakan ke atas anda akan memberikan stack Chill kepada champion musuh selama 3 saat. Setiap stack Chill akan slow attack speed musuh sebanyak 9%, sehingga maksimum 4 stack atau 36% pengurangan Attack Speed. Setiap ability individu mempunyai cooldown selama 1 saat untuk memberikan Winter’s Caress bagi setiap sasaran.

*Sila ambil perhatian bahawa terdapat bug penyetempatan dalam permainan untuk item ini, statistik dan penerangan yang disebut dalam patch note adalah tepat dan bug penyetempatan akan dibaiki dalam patch yang akan datang

COSMIC DRIVE

Sukar untuk mewajarkan pembelian Cosmic Drive apabila anda menggunakan champion dengan penskalaan Ability Power yang tingi, kerana ia memberikan jumlah Ability Power yang rendah untuk kos yang begitu tinggi. Oleh itu, kami memberitahu pekedai untuk menurunkan kosnya sambil meningkatkan Ability Powernya untuk menjadikannya lebih berdaya saing dengan item mage lain.

  • Jumlah kos: 2900g → 2800g
  • Ability Power: 70 → 75

LORD DOMINIK’S REGARDS

Item ini agak cekap gold untuk statistiknya, jadi kami meningkatkan kos keseluruhannya.

  • Jumlah kos: 3100g → 3200g

MORELLONOMICON

Morellonomicon dalam permainan kini telah memberikan 75 Ability Power dengan salah apabila ia sepatutnya adalah 70, dan ia juga boleh diberikan nerf kecil, jadi kami akan mengalihkannya kembali kepada nilai yang kami maksudkan.

  • Ability Power: 75 → 70

MORTAL REMINDER

Dalam dunia dengan persaingan sebenar untuk lebih banyak champion dalam slot peratusan armor penetration, Mortal Reminder tidak berbaloi dengan kosnya. Kami akan memberinya satu buff kecil untuk membantunya bersaing dengan pilihan lain.

  • Jumlah Kos: 3100g → 3000g

SPIRIT VISAGE

Menambahkan shield pada pasif Spirit Visage adalah buff yang mudah, dan harus meningkatkan sinerginya dengan lebih banyak ability.

  • Pasif: Meningkatkan heal pada diri sendiri sebanyak 30% → Meningkatkan heal dan shield pada diri sendiri sebanyak 30%

RUNE

INSPIRATION: PATHFINDER

Prestasi Pathfinder rendah di kalangan Rune Inspiration yang lain pada masa ini, jadi kami meningkatkan mobiliti yang disediakannya semasa anda berada di river.

  • Movement speed bonus di river: 20 → 30
  • Movement speed bonus di river selepas keluar dari pertempuran: 10 → 20

INSPIRATION: PHASE RUSH

Prestasi Phase Rush yang baharu agak baik sejak pelancarannya, tetapi kami tidak mahu anda berasa terpaksa cuba menggunakan ultimate anda semasa tetingkap Phase Rush supaya anda dapat memanfaatkan haste maksimum yang diperoleh. Sebaliknya, kami akan memberinya buff dan membuang interaksinya dengan ultimate.

  • Ability Haste diberikan: Berguna untuk semua ability → Berguna untuk ability asas sahaja
  • Ability Haste: 10 → 25

SISTEM

DAMAGE CHAMPION LWN STRUKTUR

Sebelum ini, sebarang situasi dengan champion mendapat kedua-dua Attack Damage dan Ability Power bonus mengakibatkan mereka kehilangan nilai statistik yang lebih rendah apabila menyerang struktur. Hal ini disebabkan oleh peraturan khusus yang terlibat dalam pengiraan damage struktur. Kami akan mengubah cara statistik ofensif berinteraksi dengan struktur supaya binaan hibrid dan situasi yang melibatkan dwistatistik atau bonus tidak lagi menghukum anda kerana mempunyai kedua-dua Attack Damage dan Ability Power.

Pengiraan Damage Struktur Champion:

  • Mengenakan Attack Damage asas + (nilai yang lebih tinggi antara 100% Attack Damage bonus dan 50% Ability Power) → Mengenakan Attack Damage asas + 100% Attack Damage bonus + 50% Ability Power
[TIDAK BERUBAH] Jika 50% daripada Ability Power adalah lebih tinggi daripada 100% Attack Damage bonus, attack ditukarkan menjadi magic damage

SKIN

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_LeeSin.jpg

Dragon Fist Lee Sin

Akan dikeluarkan pada 12 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_FirecrackerVayne.jpg

Firecraker Vayne

Akan dikeluarkan pada 12 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_MythmakerCaitlyn.jpg

Mythmaker Caitlyn

Akan dikeluarkan pada 12 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_MythmakerCamille.jpg

Mythmaker Camille

Akan dikeluarkan pada 12 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_MythmakerGwen.jpg

Mythmaker Gwen

Akan dikeluarkan pada 12 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_MythmakerSeraphine.jpg

Mythmaker Seraphine

Akan dikeluarkan pada 12 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_MythmakerZoe.jpg

Mythmaker Zoe

Akan dikeluarkan pada 12 Januari @ pukul 08:01 pagi GMT+8

AKSESORI

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_Goodies-1.jpg

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_Goodies-2.jpg

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_Goodies-3.jpg

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_Goodies-4.jpg

01112022_WR4.0PatchNotesArticle_Goodies-5.jpg

Bauble: Shimmer Sight; Toxic Sight; HexTech Sight; Tall Order; Sticky Situation; Just Desserts; On A Roll; Dumplings? Steamed; Bad Hare Day; Cold Case; Cosmic Wings; Low Battery; Claw of Fate; Fish Food

Emote: Break a Leg; Places!; ACTION!; Prop Hop; MM-MM-MM!; Nonchalant; As If; Take a Bow; My Word!; Harebrained; What’s that?; Top up!; Shenanigans; Zaun Zoomies; Coin Toss; Questioning (Iron - Challenger); The Champion is Here!

Ikon: Happy New Ears!; Year of the Rabbit; Myths? Made!; Snip! Snip!; Icy Gaze; Boop!; Charged Up; Frozen in Fear; Wild Rift Season 8

Bingkai Ikon: Polluted Elegance; Polar Villainy; Legendary Champion; Cold Hard Criminal

Emblem Rift: Chemcrags; Chemturf; Targonian Twilight; Zip Zap Zaun; Frozen Strife

Recall Tersuai: Hoppity, Hop!; Bunny Hop; Mythmaker; On Paper Wings; Ice Slick; Cold Feet; A Champion’s Exit

Spawn Tag: Bun Brightly; Auspicious Aff-hare

Bingkai Profil: Rabbit Paper Cutting; Villainous Shiver; Frost-Bound Supervillian; A Glorious Sight

Emblem Pemain: Unfettered; Volatile; Noxious

Homeguard Trail: Paper Butterflies; Frozen Fury

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch

TAMBAHAN

  • Melakukan pelarasan pada loadout, supaya ia mencerminkan binaan popular dan bukannya binaan asal.
  • Menambahkan subperingkat baharu kepada gelaran ARAM.

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

12 Jan - 19 Jan: Diana, Dr. Mundo, Gragas, Graves, Jhin, Kassadin, Thresh, Tryndamere, Varus, Yuumi

19 Jan - 25 Jan: Alistar, Aurelion Sol, Irelia, Kai’sa, Kayn, Orianna, Rengar, Shen, Soraka, Xayah

26 Jan - 1 Feb: Corki, Draven, Janna, Jax, Lee Sin, Morgana, Pantheon, Warwick, Ziggs, Zoe