Wild Rift Patch Note 3.5b

Alamak, inilah patch terakhir buat tahun ini! Selamat datang ke 3.5b! Jangan gentar, masih banyak perkara yang boleh anda rusa sayang dengan kedatangan Lillia, pengembaraan ke alam spirit, pertempuran bola salji dengan rakan poro kegemaran kami, dan sudah tentu sedikit kemas kini balance!

Alamak, inilah patch terakhir buat tahun ini! Selamat datang ke 3.5b!

Jangan gentar, masih banyak perkara yang boleh anda rusa sayang dalam patch ini dengan kedatangan Lillia, pengembaraan ke alam spirit, pertempuran bola salji dengan rakan poro kegemaran kami, dan sudah tentu sedikit kemas kini balance! Nota tepi, kami peminat tegar poro, malah anda boleh mengatakan kami... pelanduk dua serupa.

(Nota Pengarang: Patch ini akan bertahan sedikit lebih lama daripada patch balance biasa kami, kerana seperti yang dinyatakan oleh rakan-rakan kami di League PC, ramai di antara kami akan berehat seluruh syarikat pada penghujung bulan Disember. Tetapi jangan risau, kami akan kembali ke sini untuk Patch 4.0 pada 12 Januari pukul 08:01 pagi, jadi pastikan anda menandai kalendar anda!)

Terima kasih kerana bermain dengan kami pada tahun 2022! Kami akan kembali secepat kilat, dan tidak sabar untuk berjumpa anda di Rift lagi pada tahun 2023!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

CHAMPION BAHARU

LILLIA, THE BASHFUL BLOOM

12142022_WRPatchNotes3.5bArticle_WRLilliaSplash.jpg

Seorang yang sangat pemalu, Lillia si fae fawn mengembara hutan-hutan Ionia dengan penuh gelisah. Bersembunyi dari pandangan manusia—yang sifat misteri mereka telah lama menawan, tetapi menakutkannya—Lillia berharap untuk mengetahui sebab impian mereka tidak lagi mencapai Dreaming Tree purba. Dia kini mengembara ke seluruh Ionia dengan sebatang dahan magik, dalam usaha mencari impian orang ramai yang tidak direalisasikan. Hanya selepas itu Lillia sendiri boleh mekar dan membantu orang lain meleraikan ketakutan mereka untuk mencari kilauan dalam diri mereka sendiri. Eep!

Lillia akan dikeluarkan pada 15 Disember pukul 08:01 pagi GMT+8.

EVENT

12142022_WRPatchNotes3.5bArticle_SpiritBlossomEvent.jpg

SPIRIT BLOSSOM

Melangkah ke Alam Spirit dan melihat perkara yang menanti anda.

Event Spirit Blossom akan bermula pada 15 Disember pukul 08:01 pagi GMT+8

12142022_WRPatchNotes3.5bArticle_SnowballFight.jpg

SNOWBALL FIGHT

Bertempurlah dengan bola salji bersama-sama rakan poro gebu kegemaran anda.*

*Sila ambil perhatian, poro tidak akan dicederakan semasa pertempuran bola salji ini, kami berjanji.

Event Spirit Blossom akan bermula pada 15 Disember pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

BRAUM

Prestasi Braum dan misainya yang mengagumkan agak terlebih-lebih di semua peringkat, jadi kami merapikan misainya itu dengan menurunkan beberapa statistik asasnya untuk membawanya lebih sejajar dengan support yang lain. Jangan risau, Braum masih mahu mereka berada di belakangnya.

base_stats

  • Attack Damage asas: 58 → 54
  • Armor Asas: 50 → 46

DR. MUNDO

Mundo benar-benar pergi ke mana-mana yang dia suka, dan dengan lebih banyak damage monster pada Infected Bonesaw, nampaknya dia sedang menuju ke jungle. Kami memastikan untuk memberi Baron Lane sedikit pelarasan juga, dan menurunkan cooldown pada Heart Zappernya.

INFECTED BONESAW

  • Had damage pada monster: 125/200/275/350 → 250/350/450/550

HEART ZAPPER

  • Cooldown: 16/15/14/13s → 13/12/11/10s

GAREN

Sejak perubahan terakhir kami, Garen telah jatuh dengan ketara dalam tahap permainan yang lebih tinggi. Kami akan memberikan keadilan kepada anak emas ini dengan membalikkan nerf damage Judgment serta meningkatkan pengganda criticalnya supaya anda akan mendapat ganjaran yang lebih banyak untuk permainan mahir anda.

Judgment

  • Damage asas: 9/12/15/18 → 11/14/17/20
  • Jumlah damage asas untuk semua tick: 72/96/120/144 → 88/112/136/160
  • Pengganda critical pinggir luar: 125/130/135/140% → 135/140/145/150%

KASSADIN

Walaupun Kassadin boleh mengecewakan apabila bermain menentangnya, win ratenya sebenarnya agak rendah. Jadi, kami menghulurkan bantuan kepadanya dengan meningkatkan beberapa abilitynya untuk memastikan dia tidak tersesat dalam void.

NULL SPHERE

  • Damage asas: 70/135/200/265 → 80/145/210/275
  • Cooldown: 11/10/9/8s → 10/9/8/7s

KAYN

Walaupun selepas pelarasan dilakukan dalam patch sebelum ini, anda boleh mengatakan bahawa Shadow Assassin Kayn masih berasa agak… haru-biru. Jadi, kami meningkatkan potensi burstnya dengan pasifnya, dan juga mempercepatkan Blade's Reach. Kami merasakan ability itu masih terasa lemah, terutamanya jika dibandingkan dengan Slayher Kayn, jadi kami berharap kelajuan itu sesuai dengan tema serangan pantas Shadow Assassin.

passive

  • Shadow Assassin damage bonus: 10~38% → 14~42%

BLADE'S REACH

  • Shadow Assassin masa gunaan: 0.55s → 0.4s

Nunu & Willump

Kami meningkatkan kadar-kadar merentas kit Nunu, supaya anda boleh mula berkata yesyes kepada binaan yang lebih pelbagai itu, bukannya nono.

CONSUME

  • Kadar Pemulihan Ability Power: 60% → 70%

SNOWBALL BARRAGE

  • Kadar Ability Power setiap bola salji: 4% → 5%
  • Kadar maksimum Ability Power bola salji: 68% → 85%

ABSOLUTE ZERO

  • Kadar Shield Ability Power: 150% → 180%

PANTHEON

Kami meningkatkan cooldown awal pada Aegis Assault Pantheon untuk membantunya semasa fasa laning awal dan beberapa clear jungle pertama. Kami juga akan buff ultimatenya dan memberikannya lebih banyak armor penetration, supaya dia boleh melakukan kemasukan agung walaupun pada peringkat akhir permainan.

AEGIS ASSAULT

  • Cooldown: 18/16/14/12s → 15/14/13/12s

GRAND STARFALL

  • Peratusan armor penetration: 10/15/20% → 10/17.5/25%

RAKAN

Ada khabar angin yang mengatakan Rakan terlalu pandai memulakan party, terutamanya dalam peringkat permainan yang lebih tinggi. Oleh itu, kami mengurangkan sedikit jumlah move speed yang diperolehnya apabila dia charm musuh dengan ultimatenya.

THE QUICKNESS

  • Peningkatan Movement speed apabila terkena musuh: 100% → 75%

RIVEN

Riven telah menjadi ancaman dalam tahap permainan yang lebih tinggi sementara juga masih bergelut untuk mencari kedudukannya dalam tahap permainan yang lain. Memandangkan percubaan kami sebelum ini untuk mengurangkan pertahanan yang diberikan abilitynya dan meningkatkan pertahanan pasifnya berkesan untuk mengurangkan jurang ini, kami akan kembali untuk pusingan ketiga.

base_stats

  • Armor setiap level: 3.9 → 4.5
  • Health regeneration: 10.5 → 12

VALOR

  • Kadar Shield Attack Damage: 100% → 90%

PERUBAHAN ARAM

PERUBAHAN GAMEPLAY

PERUBAHAN RUNE

DOMINATION: GIANT SLAYER

Giant Slayer telah diaktifkan terlalu cepat tetapi sukar untuk melihat dan menghargai kuasanya apabila ia akhirnya diaktifkan dan berjalan. Jadi, kami menurunkan syaratnya supaya ia hanya dicetuskan oleh champion yang membina ketahanan sambil meningkatkan kesannya juga.

  • 500 Nyawa bonus meningkatkan damage tambahan sebanyak 10% → 700 Nyawa bonus meningkatkan damage tambahan sebanyak 14%

DOMINATION: SUDDEN IMPACT

Kami menjadikan Sudden Impact lebih... berimpak dan berharap untuk meluaskan penggunaan rune ini dengan meningkatkan tempoh buffnya supaya champion dengan dash tunggal boleh memanfaatkannya dengan lebih baik.

  • Armor dan Magic resistance penetration: 10 → 13
  • Tempoh: 3s → 4s

INSPIRATION: PATHFINDER

Pathfinder agak lemah selepas dikeluarkan, jadi kami akan buff regeneration yang diberikannya untuk menjadikannya lebih ketara.

  • Apabila berada di luar pertempuran, pemulihan nyawa/mana yang hilang setiap saat: 0.6% → 1%

SKIN

12142022_WRPatchNotes3.5bArticle_SpiritBlossomLillia.jpg

Spirit Blossom Lillia

Akan dikeluarkan pada 15 Disember @ pukul 08:01 pagi GMT+8

12142022_WRPatchNotes3.5bArticle_SpiritBlossomTeemo.jpg

Spirit Blossom Teemo

Akan dikeluarkan pada 15 Disember @ pukul 08:01 pagi GMT+8

12142022_WRPatchNotes3.5bArticle_SpiritBlossomThresh.jpg

Spirit Blossom Thresh

Akan dikeluarkan pada 15 Disember @ pukul 08:01 pagi GMT+8

12142022_WRPatchNotes3.5bArticle_SpiritBlossomYone.jpg

Spirit Blossom Yone

Akan dikeluarkan pada 15 Disember @ pukul 08:01 pagi GMT+8

12142022_WRPatchNotes3.5bArticle_SpiritBlossomYasuo.jpg

Spirit Blossom Yasuo

Akan dikeluarkan pada 15 Disember @ pukul 08:01 pagi GMT+8

12142022_WRPatchNotes3.5bArticle_FrostbladeIrelia.jpg

Frostblade Irelia

Akan dikeluarkan pada 15 Disember @ pukul 08:01 pagi GMT+8

AKSESORI

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

12142022_WRPatchNotes3.5bArticle_Goodies1WR.jpg

12142022_WRPatchNotes3.5bArticle_Goodies2WR.jpg

Bauble: Spirit of the Forest; Beckoning Fox

Ikon: In Bloom; Gateway to the Spirit World; New Year, New Poro!; The Rogue; The Trickster; The Dutiful; The Guardian; The Obsessed

Recall Tersuai: Blooming Hope

Homeguard Trail: Spirited

Emote: Year of the Poro; Bashful Petal; Did it.; Harumph; The Tear; Snooze; Weary

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch

FREE-TO-PLAY CHAMPION ROTATION

15 Disember - 21 Disember: Corki, Ekko, Fizz, Gwen, Kha’zix, Lucian, Nunu & Willump, Pyke, Sona, Wukong

22 Disember - 28 Disember: Caitlyn, Jayce, Nami, Nautilus, Rammus, Singed, Veigar, Vex, Xayah, Xin Zhao

29 Disember - 4 Januari: Akali, Brand, Ezreal, Fiora, Jarvan IV, Leona, Lulu, Miss Fortune, Olaf, Sion

5 Januari - 11 Januari: Akshan, Darius, Karma, Riven, Rakan, Samira, Shyvana, Zed, Vayne, Lillia