Wild Rift Patch Notes 3.5a

ChromaCrash Samira, Jinx, and Ekko make their arrival. Kami juga mempunyai kemas kini balance merentas Rift, termasuk beberapa untuk One For All—Selamat datang ke Patch 3.5a!

Adakah anda sudah bersedia untuk mewarnakan Patch Note ini serba merah? Chroma Crash Samira, Ekko dan Jinx membuat ketibaan mereka dan bersedia untuk menambahkan percikan warna pada Rift. Kami juga akan melakukan pelarasan merentas peta, termasuk beberapa untuk One For All—Selamat datang ke Patch 3.5a!

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

MOD PERMAINAN

ONE FOR ALL

Hanya peringatan mesra bagi anda untuk masuk queue dan mengundi Yuumi sebelum One For All tamat. Atau Lulu, untuk membuat satu pemerintah yordle ungu GERGASI MUAHAHA.

One For All akan berakhir pada 14 Disember pukul 08:01 pagi GMT+8.

EVENT

11302022_WRPatchNotes3.5aArticle_ChromaCrashEvent.jpg

CHROMACRASH

Tambahkan percikan warna pada permainan dan koleksi anda!

Event ChromaCrash akan bermula pada 8 Disember pukul 08:01 pagi GMT+8.

PERUBAHAN CHAMPION

AATROX

The Darkin Blade menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada yang kami jangkakan untuk champion baharu, jadi kami mengurangkan sebahagian daripada kuasanya secara menyeluruh.

base_stats

  • Attack Speed setiap level: 2.2% → 1.2%

passive

  • Damage monster maksimum: 100 → 50

THE DARKIN BLADE

  • Bonus damage spot elok: 60% → 50%
  • Cooldown: 12/10/8/6s → 13.5/11/8.5/6s

UMBRAL DASH

  • Nisbah pemulihan asas: 21/24/27/30% → 19/21/23/25%
  • Nisbah pemulihan dipertingkat: 29/36/43/50% → 24/31/38/45%

DARIUS

Kami cuba meningkatkan kelajuan clear jungle warga Noxus ini untuk melihat prestasinya di jungle baharu yang mempunyai kuasa clear awal yang lebih kuat.

passive

  • Mengenakan 200% dmg pada monster

DIANA

Sudah ber-bulan lamanya sejak kami memerhatikan Diana, dan perubahan sistematik kami baru-baru ini tidak memihak kepadanya. Oleh itu, kami ingin memberinya sedikit peningkatan nyawa dan juga mengurangkan cooldown pada Lunar Rush untuk membantunya.

base_stats

  • Nyawa asas: 570 → 600

LUNAR RUSH

  • Cooldown: 22/20/18/16s → 18/16/14/12s

FIZZ

Mid Laner yang licik ini agak lemah pada masa ini, jadi kami membantunya dengan member-ikan Fizz sedikit damage tambahan pada spell damage utamanya.

Playful / Trickster

  • Damage asas: 75/140/205/270 → 80/150/220/290

GRAVES

Perubahan baru-baru ini telah menyebabkan kuasa Graves meningkat pesat di dalam jungle. Tetapi kami ingin memberikan sedikit bantuan bagi Graves di lane, jadi kami mengalihkan sebahagian kuasanya dengan cara yang sepatutnya merapatkan jurang kedua-dua peranan ini.

End of the Line

  • Cooldown: 11/10/9/8s → 13/11/9/7s
  • Nisbah Attack Damage: 70% → 80%
  • Pengubah monster: 120% → 90%

Collateral Damage

  • Damage serangan: 250/400/550 → 275/425/575

GWEN

Berlari dengan gunting terlalu memberikan ganjaran dalam permainan semasa, jadi kami menjadikan pemulangan pada Skip 'n Slash lebih penting pada peringkat awal permainan bersama-sama nerf kecil kepada kuasa bertempur awal Gwen.

base_stats

  • Attack Damage asas: 64 → 58

SKIP 'N SLASH

  • Cooldown: 12/11/10/9s → 16.5/14/11.5/9s
  • Pemulangan cooldown: 35/40/45/50% → 50%

IRELIA

Perubahan jungle terkini telah mendorong kelajuan clear jungle Irelia menjadi jauh lebih pantas daripada yang kami mahu, walaupun dengan pengubah monster pada pasifnya, jadi kami melakukan beberapa pelarasan selanjutnya.

IONIAN FERVOR

  • Pengubah monster: 50% → 0%
  • Damage asas: 10~66 → 14~70

KAYN

Sejak dikeluarkan ke Rift, Kayn menunjukkan prestasi di bawah yang kami mahukan. Untuk membantunya, kami meningkatkan kadar kenaikan pasif yang membolehkannya mencapai Darkin atau Shadow Assassin dengan lebih pantas, serta memberinya beberapa buff umum untuk membantu prestasi keseluruhannya.

base_stats

  • Attack Damage asas: 66 → 70

passive

  • Jumlah kenaikan pasif: Tempoh permainan² +15 → Tempoh permainan² +25
    • Ambil perhatian: Ini merupakan mekanik yang kompleks, tetapi ini merupakan buff yang terhad kepada kadar Kayn mengisi bar sumbernya secara pasif. Perubahan ini meningkatkan jumlah sumber yang Kayn dapat secara pasif secara berkala.

REAPING SLASH

  • Nisbah Attack Damage bonus: 65% → 60/65/70/75%
  • Nisbah Attack Damage bonus: 65% → 60/65/70/75%

SHADOW STEP

  • Cooldown Shadow Assassin: 9s → 8s
  • Movement speed bonus Shadow Assassin: 65% → 75%

UMBRAL TRESPASS

  • Damage asas Darkin: 10% Nyawa maksimum sasaran → 15% Nyawa maksimum sasaran
  • Pemulihan asas Darkin: 7% Nyawa maksimum sasaran → 10% Nyawa maksimum sasaran

KHA'ZIX

Kha'zix telah menjadi kuasa yang kuat di dalam jungle untuk sekian lama. Kami percaya dia terlalu kuat pada awal permainan, jadi kami mengurangkan sebahagian daripada kekuatan clear dan bertempurnya.

base_stats

  • Attack Damage asas: 58 → 54

TASTE THEIR FEAR

  • Cooldown: 4s → 5/4.5/4/3.5s

OLAF

Olaf terus berleluasa di dalam jungle, jadi kami merendahkan damage asas pada Undertow dan damage monster pada Reckless Swing. Untuk memastikan ini tidak menjejaskan pertempurannya, kami memberikan pengurangan armor pada Undertow terhadap champion musuh sebagai balasan.

Undertow

  • 70/130/190/250 → 60/120/180/240
  • Memberikan 20% pengurangan armor selama 4 saat pada champion musuh.

Reckless Swing

  • Mengenakan 50% damage pada monster

RAMMUS

Armordillo ini telah menjadi kuat untuk kebanyakan pemain untuk masa yang lama, tetapi perubahan jungle baru-baru ini telah memihak kepadanya dan menjadikannya melampau dari segi kuasa. Kami akan melakukan perkara yang diperlukan dan mengurangkan sedikit kekuatan ultimatenya.

SOARING SLAM

  • Slow setiap serangan: 12/14/16% → 10/12/14%
  • Slow maksimum: 60/70/80% → 50/60/70%
  • Damage asas: 100/175/250 → 75/150/225

RENGAR

Rengar mempunyai banyak binaan yang berbeza, tetapi melabur dalam ketahanan pada masa ini kurang ganjarannya berbanding dengan beberapa pilihan binaan damage yang lebih tinggi. Kami memfokuskan untuk memberikan buff kepada Battle Roar sebagai ability yang sangat penting untuk binaan tanky tetapi tidak begitu relevan untuk taktik damage tinggi.

BATTLE ROAR

  • Damage asas: 50/90/130/170 → 60/100/140/180
  • Damage diterima sebagai pemulihan: 50% → 60%
  • Damage empower diterima sebagai pemulihan: 50% → 60%

SHEN

Shen Baron Lane menunjukkan prestasi yang baik, tetapi kami ingin memberikan sedikit rangsangan kepada junglenya jadi kami meningkatkan kaedah damage utamanya terhadap monster.

TWILIGHT ASSAULT

  • Mengenakan 200% damage pada monster
  • Had Monster: 125/150/175/200 → 250

SORAKA

Prestasi Soraka lewat dalam permainan adalah lebih tinggi daripada yang kami percaya adalah sesuai, jadi kami mengurangkan tahap ketahanannya yang lebih tinggi daripada biasa untuk seorang enchanter.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 115 → 104

THRESH

Pemain dalam tahap kemahiran yang lebih tinggi boleh memanfaatkan tahap awal Flay yang berkuasa sambil meletakkan mata ke dalam ability lain. Kami tidak keberatan untuk mengoptimumkan susunan ability, tetapi kami berpendapat pertukaran untuk tidak meletakkan mata ke dalam Flay pada masa ini tidak cukup bermakna, jadi kami meningkatkan cooldown awalnya.

FLAY

  • Cooldown: 10.5/10/9.5/9s → 12/11/10/9s

VARUS

Varus kerap tersasar akhir-akhir ini. Kami akan buff Hail of Arrows dan Attack Speed pada Living Vengeance untuk memberikan ganjaran lebih apabila dia mendapat kill dan assist.

passive

  • Peningkatan Attack Speed apabila kill Champion atau assist: 40% → 60%
  • Peningkatan Attack Speed apabila kill bukan Champion: 20% → 30%

Hail of Arrows

  • Nisbah Attack Damage bonus: 60% → 90%

VEIGAR

Fasa laning Veigar sedikit lebih teruk daripada yang kami mahukan. Kami melakukan beberapa pelarasan kecil pada statistiknya untuk membantunya lebih awal, tetapi tidak akan menjejaskan penskalaannya.

base_stats

  • Attack Damage asas: 52 → 58
  • Mana regeneration asas: 12 → 16

WARWICK

Kami gembira dengan cara prestasi Warwick bertambah baik apabila pemain telah mempelajari selok-belok champion ini, tetapi kami berpendapat ultimatenya mungkin agak sukar untuk dikenakan, jadi kami menjadikannya lebih lebar.

INFINITE DURESS

  • Lebar: 100 → 150
  • Bugfix: Warwick kini hanya akan memulihkan 100% daripada damage yang dikenakan oleh ultimatenya, bukan 100% daripada semua damage yang dikenakan semasa ultimatenya

PERUBAHAN ONE FOR ALL (OFA)

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

NAVORI QUICKBLADE

Quickblade terlalu berkuasa walaupun dibeli dalam slot awal untuk sesetengah champion, jadi kami menaikkan sedikit kosnya untuk menjadikannya lebih kepada pembelian kemudian seperti yang dimaksudkan.

  • Kos: 2800g → 3000g

SKIN

11302022_WRPatchNotes3.5aArticle_ChromaCrashSamira.jpg

ChromaCrash Samira

Akan dikeluarkan pada 8 Disember @ pukul 08:01 pagi GMT+8

11302022_WRPatchNotes3.5aArticle_ChromaCrashJinx.jpg

ChromaCrash Jinx

Akan dikeluarkan pada 8 Disember @ pukul 08:01 pagi GMT+8

11302022_WRPatchNotes3.5aArticle_ChromaCrashEkko.jpg

ChromaCrash Ekko

Akan dikeluarkan pada 8 Disember @ pukul 08:01 pagi GMT+8

AKSESORI

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

11302022_WRPatchNotes3.5aArticle_Goodies1.jpg

Bauble: Fumin’; Tagged!

Emote: <3; Painted by Ekko; Vibing

Ikon: ChromaCrash Ekko; Poro Paint Party; Chroma Tagged; Just My Style; Chroma Queen; Color Me Chaotic

Recall: Splatter!

Homeguard Trail: With Flying Colors

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

1 Dis - 7 Dis: Aatrox, Braum, Evelynn, Kai’sa, Katarina, Kayn, Morgana, Teemo, Varus, Yasuo

8 Dis - 14 Dis: Amumu, Aurelion Sol, Camille, Draven, Galio, Janna, Lee Sin, Senna, Sett, Tristana