Wild Rift Patch Note 3.5
Patch ini Kayn dan Aatrox dilepaskan ke Rift! Kayn membawa sesuatu yang unik dengan kitnya kerana dia boleh memilih antara dua bentuk. Pilih “bentuk merah” dan jadi lebih tanky, atau pilih “bentuk biru” dan menyelinap melalui bayang-bayang untuk menetak mati carry yang lembik. Salah seorang dev yang membantu membawanya ke Rift kami menulis panduan mini tentang Kayn yang boleh anda baca di sini, jika anda mahukan beberapa petua sebelum menyertai permainan dengannya.
Anda pula bagaimana? Adakah anda akan mengambil pil biru atau pil merah? Ambil pil merah dan berserah kepada kegelapan dalaman anda, mungkin itu melepaskan darkin dalam diri anda atau bekerjasama dengan Supervillain Jhin. Ambil pil biru dan anda akan diberkati dengan bermain Yuumi di setiap lobi One For All anda. Pilihan yang mudah jika anda tanya kami... *berbisik* Yuumi, Yuumi, Yuumi!
Perkongsian Buff juga kini tiba! Anda mendapat buff, dan anda mendapat buff, dan anda mendapat buff! Buff untuk semua orang! Selain mekanik perkongsian buff baharu, kami juga mengemas kini Smite, memperkenalkan buff jungle baharu (banyaknya buff), “Conservation,” dan melakukan beberapa pelarasan kepada semua rakan monster jungle kami. Terdapat beberapa item dan rune baharu dan rework, serta beberapa kemas kini balance merentas peta.
Sebagai tambahan kepada perubahan ini, kami juga mempunyai beberapa pelarasan pada kelakuan pemain dan beberapa kemas kini kualiti hidup yang lain! Kami masih mempunyai banyak perkara yang akan datang sepanjang tempoh 3.5, untuk melihat apa lagi yang menantikan anda, lihatlah Pratonton Patch terbaharu kami!
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
BAHARU
CHAMPION BAHARU
AATROX, THE DARKIN BLADE
Sebelumnya seorang pembela dihormati Shurima dalam menentang Void, Aatrox dan saudara-saudaranya akhirnya telah menjadi ancaman yang lebih besar kepada Runeterra, dan hanya dikalahkan oleh magik fana yang licik. Tetapi selepas berabad-abad lamanya dipenjarakan, Aatrox merupakan orang pertama yang berjaya membebaskan dirinya, merosakkan dan mengubah mereka yang cukup bodoh untuk cuba menggunakan senjata magik yang mengandungi inti patinya. Kini, dengan jasad yang dicuri, dia berjalan di bumi Runeterra dengan anggaran ganas rupa bentuk sebelumnya, mencari dendam malapetaka yang sudah lama tertunda.
Aatrox akan dikeluarkan pada 17 November pukul 08:01 pagi GMT+8.
KAYN, THE SHADOW REAPER
Seorang pengamal magik bayangan maut yang tiada tandingannya, Shieda Kayn berjuang untuk mencapai takdirnya yang sebenar—untuk suatu hari membawa Order of Shadow ke era baharu ketuanan Ionia. Dia menggunakan senjata gelap Rhaast, tidak terpengaruh oleh kerosakan yang menjalar pada tubuh dan mindanya. Hanya terdapat dua kemungkinan yang boleh terjadi: sama ada Kayn menundukkan senjata itu mengikut kehendaknya... atau bilah jahat itu menelannya sepenuhnya, membuka jalan untuk kemusnahan seluruh Runeterra.
Kayn akan dikeluarkan pada 17 November pukul 08:01 pagi GMT+8.
CIRI BAHARU
GALERI SET SKIN
Adakah anda seorang pengumpul skin seperti kami? Pernah mahu melihat semua skin Lux anda di satu tempat? Atau melihat rakan baik KDA kegemaran anda bersama-sama bergaya secara harmoni? Kini anda boleh dengan ciri Galeri Set Skin baharu!
- Layari tab Koleksi, anda akan melihat tab “Set Skin” dan tab “Champion”
- Dalam setiap tab anda akan dapat melihat pelbagai skin untuk champion atau skin yang sama secara serentak
- Malah sesetengahnya akan mempunyai latar belakang tersuai
- Anda akan dapat memaparkan Set Skin anda dalam Almari Pameran pada profil anda.
- Anda juga akan dapat memperoleh gelaran eksklusif dan kesan istimewa untuk diperagakan dalam pemilihan champion jika anda melengkapkan keseluruhan Set Skin.
ONE FOR ALL
Pernah teringin untuk bermain sebagai 5 Ahri dan charm musuh berturut-turut? Bagaimana pula sebagai 5 Yuumi dan menerkam musuh anda dengan seekor kucing yang ganas dan berkuasa? Kini anda boleh dengan ketibaan One For All! Masuk queue dan undilah bersama-sama rakan sepasukan anda untuk memilih champion yang akan anda gunakan untuk mengganas 5 sekali di Rift!
One For All akan bermula pada 18 November pukul 08:01 pagi GMT+8 dan berakhir pada 14 Disember pukul 08:01 pagi GMT+8.
KELAKUAN PEMAIN
Kami tahu betapa mengecewakannya apabila pemain meleret ke atas dan keluar permainan anda dan menyebabkan anda dan pasukan anda dalam keadaan yang tidak menguntungkan. Patch ini kami mempunyai beberapa pelarasan dan penalti baharu untuk kelakuan jenis ini:
- Jenis penalti baharu ditambahkan untuk pemain yang AFK dalam permainan yang akan diberikan sebelum masuk queue untuk permainan.
- Penalti ini akan diberikan dalam bentuk sejumlah X masa untuk bilangan Y permainan.
- Apabila pemain masuk queue, jika mereka mempunyai baki permainan, mereka akan duduk dalam queue selama X masa sebelum mereka benar-benar mula mencari perlawanan.
- Hanya apabila anda menerima perlawanan dan bermain permainan itu, bilangan Y permainan anda akan berkurangan.
Kami juga memperkenalkan ciri baharu pada Ranked Queue, Senarai Elak Matchmaking:
- Pemain dalam rank Diamond dan ke bawah akan mempunyai keupayaan untuk menambahkan sehingga 3 pemain lain pada Senarai Elak mereka di lobi selepas permainan.
- Anda kini mempunyai pilihan untuk menambahkan pemain pada Senarai Elak anda selepas meninggalkan lobi selepas permainan.
- Apabila anda menambahkan seorang kepada Senarai Elak anda:
- Anda tidak lagi akan dipadankan dengan pemain di dalam Senarai Elak anda dalam pasukan anda dalam mod matchmaking Ranked.
- Pemain di dalam Senarai Elak akan kekal dalam Senarai Elak anda sehingga senarai tersebut ditetapkan semula.
- Senarai Elak akan ditetapkan semula secara mingguan setiap hari Isnin.
Sebagai tambahan kepada penalti baharu ini, kami juga telah melakukan beberapa pelarasan pada Buat Semula dan Chat Semua:
- Undian Buat Semula akan dicetuskan secara automatik
- Buat Semula tidak lagi memerlukan anda untuk memasuki menu dan ‘memulakan’ undian Buat Semula. Kini, apabila undian Buat Semula tersedia, undian akan bermula dan muncul secara automatik pada skrin pemain.
- Chat Semua akan dibuang daripada semua mod permainan bermula patch ini. Tidak akan ada sebarang perubahan yang dibuat pada chat pasukan atau party.
Kami tahu bahawa terdapat banyak perubahan baharu dalam ruang kelakuan pemain, jadi sila hantar maklum balas anda kepada kami!
GANJARAN KEUTAMAAN POSISI
Memulakan patch ini, anda kini akan menerima misi yang akan memberi anda ganjaran kerana memilih untuk mengutamakan peranan yang pada masa ini terdapat bilangan pemain yang kurang. Matlamat kami untuk kemas kini ini adalah untuk menggalakkan pemain yang melihat peranan tertentu yang diperlukan untuk masuk queue dan mengisinya supaya pemain lain dalam queue semasa tidak perlu mengisi secara automatik.
- Hanya untuk Ranked & Legendary Queue buat masa ini, kami mungkin akan mengembangkannya ke queue lain pada masa hadapan!
- Anda hanya akan melihatnya sebagai misi harian yang anda boleh selesaikan sehingga 3x sehari.
- Anda tidak akan sentiasa melihat misi ini; ia hanya akan muncul apabila terdapat peranan tertentu yang diperlukan dalam queue.
- Apabila anda mempunyai misi tersebut, jika anda memilih peranan itu sebagai pilihan pertama anda, anda dijamin akan mendapatkannya.
- Anda tidak akan menerima sebarang ganjaran jika anda mendapat hukuman dalam permainan itu, seperti melakukan AFK atau dikesan sebagai tidak memainkan peranan yang diberikan kepada anda.
- Dalam Ranked Queue ganjarannya adalah 40 Hextech Energy. (Ranked Fortitude)
- Dalam Legendary Queue ganjarannya adalah 4 Mata Legendary.
WILD PASS
Malangnya, Superhero tidak boleh wujud tanpa Supervillain. Tetapi kami bernasib baik yang Supervillain Jhin akan melakukan kemasukan agungnya ke Wild Pass ini! Anda akan dapat memperolehnya dan banyak ganjaran lain sambil anda menyelesaikan misi dan mentertawakan musuh anda. Sebaik sahaja anda melengkapkan Wild Pass, anda juga boleh menuju ke Wild Pass Emporium dan menebus ganjaran mengikut urutan yang anda mahu, seperti Ascended Supervillain Jhin!
Wild Pass akan tersedia pada 17 November pukul 08:01 pagi GMT+8.
EVENT
DARKIN UNLEASHED
Menyelinap melalui bayang-bayang Rift untuk menetak musuh mereka, Darkin dilepaskan…
Event Darkin Unleashed akan bermula pada 17 November pukul 08:01 pagi GMT+8
PROMOSI
PROMOSI CRYSTAL ROSE
Semasa patch ini, anda akan dapat menari sepanjang malam di Crystal Rose Ball apabila Crystal Rose Akali, Riven dan Vi membuat penampilan mereka! Anda boleh membeli kotak di kedai menggunakan Wild Cores dan dalam setiap kotak anda akan diberikan salah satu daripada yang berikut:
- Crystal Rose Akali
- Crystal Rose Riven
- Crystal Rose Vi
- Mega Homeguard Crystal Rose
- Recall Crystal Rose
- Homeguard Crystal Rose
- Emote Crystal Rose Akali
- Emote Crystal Rose Riven
- Emote Crystal Rose Vi
- Bauble Crystal Rose
- Token Crystal Rose
- Poro Coins
Setiap kotak berharga 100 Wild Cores, dan anda akan dijamin 20 Poro Coins setiap kotak dan berpeluang untuk semua yang lain. Kadar jatuh untuk setiap kotak adalah:
Ganjaran | Kadar Jatuh |
Crystal Rose Akali | 0.50% |
Crystal Rose Riven | 1.00% |
Crystal Rose Vi | 1.00% |
Mega Homeguard Crystal Rose | 1.00% |
Recall Crystal Rose | 2.00% |
Homeguard Crystal Rose | 3.00% |
Emote Crystal Rose Akali | 3.00% |
Emote Crystal Rose Riven | 3.00% |
Emote Crystal Rose Vi | 3.00% |
Bauble Crystal Rose | 3.00% |
1 Token Crystal Rose | 66.50% |
2 Token Crystal Rose | 10.00% |
5 Token Crystal Rose | 2.00% |
10 Token Crystal Rose | 1.00% |
20 Poro Coins | 100% |
Token Crystal Rose yang anda peroleh boleh ditebus di Kedai Token. Item yang boleh ditebus dan kos token item adalah seperti berikut:
Ganjaran | Kos Token |
Crystal Rose Akali | 32 token |
Crystal Rose Riven | 24 token |
Crystal Rose Vi | 24 token |
Mega Homeguard Crystal Rose | 14 token |
Recall Crystal Rose | 7 token |
Homeguard Crystal Rose | 7 token |
Bauble Crystal Rose | 3 token |
Emote Crystal Rose Akali | 3 token |
Emote Crystal Rose Riven | 3 token |
Emote Crystal Rose Vi | 3 token |
Gaya Crystal Rose Akali | 3 token |
Gaya Crystal Rose Riven | 3 token |
Gaya Crystal Rose Vi | 3 token |
Bingkai Skin Crystal Rose Akali | 5 token |
Bingkai Skin Crystal Rose Riven | 5 token |
Bingkai Skin Crystal Rose Vi | 5 token |
10 Poro Energy | 1 token |
Selepas promosi ini, skin-skin ini akan disimpan dalam bilik kebal, dan bukan untuk pembelian di kedai, tetapi skin tersebut mungkin kembali pada masa hadapan.
Promosi Crystal Rose akan tersedia dari 26 November pukul 08:01 pagi GMT+8 sehingga 8 Disember pukul 07:59 pagi GMT+8
Kedai Token Crystal Rose akan tersedia dari 26 November pukul 08:01 pagi GMT+8 sehingga 8 Disember pukul 07:59 pagi GMT+8
EZREAL
Mystic Shot
- Damage Asas: 20/55/90/125 → 30/65/100/135
IRELIA
BLADESURGE
- Dash tidak lagi akan mengikut Flash musuh dan kesan seumpamanya.
JANNA
Howling Gale
- Damage bonus setiap saat mengecas: 20/25/30/35 + 15% Ability Power → 15/20/25/30 + 15% Ability Power
Zephyr
- Bonus movement speed pasif: 6/8/10/12% → 6/7/8/9%
KASSADIN
base_stats
- Nyawa asas 570 → 600
FORCE PULSE
- Selepas 6 spell digunakan berdekatan, 60% Damage dipertingkat → 40% Damage dipertingkat
LUX
Prismatic Barrier
- Shield: 50/70/90/110 + 20% Ability Power → 40/70/100/130 + 15% Ability Power
- Shield berganda: 100/140/180/220 + 40% Ability Power → 80/140/200/260 + 30% Ability Power
Final Spark
- Kadar Ability Power: 85% → 75%
RAKAN
GLEAMING QUILL
- Jarak: 700/800/900/1000 → 800
- Damage asas: 70/130/190/250 → 80/140/200/260
SENNA
LAST EMBRACE
- Damage: 70/130/190/250 → 90/155/220/285
CURSE OF THE BLACK MIST
- Cooldown: 26/24/22/20 → 22/20/18/16
SERAPHINE
base_stats
- Regeneration mana asas: 12 → 16
SHEN
TWILIGHT ASSAULT
- [BAHARU] Damage bonus akan memberikan kesan 50% pada serangan damage splash.
ZIGGS
base_stats
- Mana asas: 435 → 460
- Regeneration mana asas: 12 → 16
VEX
LOOMING DARKNESS
- Cooldown: 12s → 13s
- Kos mana: 70/80/90/100 → 80/90/100/110
YONE
SPIRIT CLEAVE
- Damage asas: 20/30/40/50 → 10/20/30/40
SOUL UNBOUND
- Cooldown: 20/17/14/11s → 20/18/16/14s
PELARASAN PENSKALAAN MASA PENGGUNAAN ABILITY UNTUK CHAMPION
Masa penggunaan untuk Piltover Peacemaker Caitlyn dan Double Daggers Xayah pada masa ini tidak sesuai dengan seberapa cepat champion ini melancarkan serangan asas pada akhir permainan. Untuk menangani perkara ini, kami mengemas kini ability-ability ini supaya ia berskala dengan attack speed.
PENSKALAAN CRIT LEBIH HAD YONE, YASUO DAN TRYNDAMERE
Hasrat dengan pasif sinergi critical strike untuk champion melee ini adalah untuk memberikan ganjaran kepada mereka kerana membina secara agresif, terutamanya dalam pembelian awal mereka. Walau bagaimanapun, dalam keadaan semasa mereka, mereka selalunya tidak dapat membeli item agresif lain lewat dalam permainan seperti Bloodthirster, kerana had crit ini. Oleh itu, kami memberi mereka ganjaran untuk crit chance yang lebih had untuk membuka slot-slot lewat itu.
PERUBAHAN ARAM
PERUBAHAN ULTRA RAPID FIRE (URF)
PERUBAHAN GAMEPLAY
ITEM
[BAHARU] HORIZON FOCUS
Pemain Mage telah meminta lebih banyak pilihan dalam laluan binaan mereka, jadi kami di sini untuk menunaikannya dengan satu pandangan baharu Horizon Focus daripada League PC. Anda akan mendapati versi baharu kami berguna untuk mage, terutamanya yang mempunyai kesan crowd control yang boleh dipercayai untuk memanfaatkan pasif boleh stacknya.
Laluan Binaan:
- Fiendish Codex + Haunting Guise + 700g
- Jumlah Kos: 2800g
Statistik:
- 80 Ability Power
- 150 Nyawa
- 15 Haste
Pasif - Hypershot:
- Apabila satu ability tidak disasarkan mengenai champion sekurang-kurangnya 500 jarak jauhnya*, ia memberikan satu stack, dan apabila anda melumpuhkan champion, tambah 2 stack.
- Stack bertahan selama 5 saat.
- Selepas mencapai 3 stack, gunakan seluruh stack untuk mengenakan 80 + 20% Ability Power magic damage dan memberikan satu lagi stack.
*Ini merupakan Patch Note pertama yang anda mungkin perasan bahawa kami menggunakan unit-unit berketepatan tinggi dan bukannya unit berketepatan rendah di dalamnya. Ia sama seperti yang kami gunakan sebelum ini kecuali sekarang menjadi x100. Jadi sebagai contoh jika kami melaraskan jarak Exhaust dalam unit berketepatan rendah ia akan kelihatan seperti ini: 7 → 5 tetapi sekarang ia akan kelihatan seperti ini 700 → 500, memandangkan kami menggunakan sistem unit baharu ini.
[BAHARU] LORD DOMINIK’S REGARD
Pilihan penetration semasa selalunya tidak memuaskan hati para marksman, jadi kami menambahkan item Last Whisper baharu yang turut menawarkan crit chance untuk melancarkan laluan binaan yang janggal tersebut. Kami juga sedang mencuba sesuatu yang baharu dengan pasif yang sepatutnya membolehkan anda melakukan serangan mendadak sekali-sekala.
Laluan binaan:
- Last Whisper (1100g) + Cloak of Agility (1000g) + 1000g
- Jumlah kos: 3100g
Statistik:
- 35 Attack Damage
- 25% Crit chance
Pasif - Last Whisper:
- 16 - 30% Armor Penetration
Pasif - Adrenaline:
- Serangan pertama anda pada champion selepas di luar pertempuran dengan champion mempunyai 80% Attack Speed ditambahkan.
[REWORK] AWAKENED SOULSTEALER
Sudah lama Awakened Soulstealer menjadi item yang berada di bawah radar dan kurang digunakan, kerana pesaingnya dalam kategori mana, seperti Seraph's dan Luden's. Untuk membantunya, kami mengalihkannya ke kategori penetration dan bukannya kategori mana dan merombak pasifnya untuk menjadikannya lebih mengenai menyerang dan semakin bertambah kuat.
[BAHARU] Laluan binaan:
- Prophet’s Pendant (1250g) + Fiendish Codex (1000g) + 750g
- Jumlah kos: 3000g
[BAHARU] Statistik:
- Ability Power: 65
- Haste: 20
- Nyawa: 150
[BAHARU] Pasif Unik - Death Touch: 15 Magic penetration
[BAHARU] Pasif Unik - Soulflare: Takedown champion musuh dalam masa 3 saat mengenakan damage pada mereka mengurangkan baki cooldown ability anda (termasuk ultimate) sebanyak 20%.
Unik - Soulcharged: [DIBUANG]
DIVINE SUNDERER
Sebagai pesaing kepada Trinity Force, Divine Sunderer telah kehilangan sedikit kilauannya. Kami menyempurnakannya untuk menjadikannya berkilau dengan sepatutnya.
- Attack Damage: 20 → 25
- Ability Haste: 20 → 25
MORELLONOMICON
Memandangkan kami mempunyai Soulstealer dalam kategori penetration, kami boleh mengeluarkan Morellonomicon daripada kategori itu, yang akan menjadikannya lebih mudah diakses oleh enchanter dan mage yang tidak mahu melabur hanya dalam item damage. Item yang lebih murah ini sepatutnya menjadi cara mudah untuk champion Ability Power melawan pemulihan dalam situasi yang mereka memerlukannya, tanpa merugikan gold.
[BAHARU] Laluan binaan:
- Fiendish Codex (1000g) + Oblivion Orb (800g) + 700g
- Jumlah kos: 2500g
[BAHARU] Statistik:
- Ability Power: 70
- Haste: 20
[TIDAK BERUBAH] Pasif - Affliction:
- Mengenakan magic damage dan memberikan 40% Grievous Wounds pada champion musuh selama 3 saat. Jika sasaran di bawah 50% nyawa, kesan ini ditingkatkan kepada 60% Grievous Wounds.
[DIBUANG]
Magic penetrationNyawa
YOUMUU’S GHOSTBLADE
Youmuu's berada di kedudukan yang baik dari segi kuasa, tetapi kami menjadikannya pembelian yang lebih menarik dengan menurunkan harganya sedikit.
- Kos Gold: 3000g → 2900g
RUNE BAHARU
RUNE CHAMPION DIGANTIKAN OLEH [BAHARU] SUDDEN IMPACT
Champion merupakan rune yang sangat khusus yang hanya dipilih pada masa yang jarang berlaku. Kami menggantikannya dengan Sudden Impact yang sepatutnya membolehkan ia dipilih dan digunakan dalam lebih banyak situasi.
[BAHARU] Domination: Sudden Impact:
- Selepas keluar dari stealth atau menggunakan kesan dash, leap, blink atau teleport, mengenakan damage pada champion musuh akan memberikan 10 Armor Penetration dan 10 Magic penetration selama 3 saat (cooldown 4 saat).
PERUBAHAN RUNE
[REWORK] INSPIRATION: PATHFINDER
Kami akan rework Pathfinder supaya ia boleh menyokong gaya permainan roaming untuk jungler dan Mid Laner dengan lebih berkesan.
[BAHARU] Kesan:
- Mendapat 20 movement speed bonus di river. Apabila berada di river semasa di luar pertempuran, memulihkan 0.6% nyawa yang hilang atau 0.6% mana yang hilang (berdasarkan nilai paling rendah) setiap 1 saat dan mendapat 10 movement speed bonus tambahan.
[REWORK] INSPIRATION: PHASE RUSH
Phase Rush kurang berprestasi sejak diperkenalkan, jadi kami menukar Phase Rush untuk memberikan cooldown yang lebih pendek dan bukannya slow resist. Hal ini akan membukanya untuk menjadi pilihan yang baik untuk Mage yang mencari pilihan yang lebih memfokuskan utiliti, bukannya hanya damage.
Kesan: Mengenai champion 3 kali dengan attack atau ability berbeza dalam masa 3 saat,
- Memberikan: (Melee 40% − 60% / Ranged 30% − 50%) Movement speed dan 75% Slow resistance → (Melee 40% − 60% / Ranged 30% − 50%) Movement speed, 10 Ability Haste dan mengurangkan cooldown ability asas semasa anda sebanyak 20%.
- Tempoh: 3 saat
- Cooldown: 12 saat
DOMINATION: BRUTAL
Brutal ketinggalan dari segi kuasa jika dibandingkan dengan rune Domination yang lain, jadi kami meningkatkan output damagenya.
- Adaptive damage on-hit: 7 - 14 → 12 - 19
DOMINATION: ELECTROCUTE
Kami mengurangkan cooldown Electrocute pada peringkat akhir permainan untuk menyesuaikannya dengan rentak Wild Rift dengan lebih baik.
- Cooldown: 20s → 20~13s
DOMINATION: SCORCH
Kami meningkatkan kepanasan pada Scorch dengan meningkatkan tempoh bertahannya dan menskalakan damagenya.
- Cooldown: 10s → 8s
- Damage: 24~38 → 28~42
DOMINATION: TRIUMPH
Pemain sepatutnya mengejar kejayaan melawan champion musuh, bukan monster jungle.
- Mengenakan 5% damage bonus pada sasaran di bawah 35% nyawa → Mengenakan 5% damage bonus pada champion di bawah 35% nyawa
RESOLVE: ADAPTIVE CARAPACE
Adaptive Carapace sedang berprestasi rendah, jadi kami meningkatkan resistance yang diperoleh pemain apabila nyawa mereka di bawah 50%.
- Bonus Resistance: 12 Armor // 12 Magic resistance → 16 Armor // 16 Magic resistance
RESOLVE: BONE PLATING
Kesan Bone Plating yang tidak berkesan terhadap serangan pertama menjadikannya sukar untuk dihargai dan terlalu mudah untuk diatasi oleh musuh.
- Kesan: Menghalang damage daripada 3 serangan selepas serangan pertama → Menghalang damage daripada serangan pencetus dan 2 lagi serangan
JUNGLE
PELARASAN KEPADA SMITE, CHALLENGER SMITE, DAN CHILLING SMITE
Pernah keluar dari kem dengan yakin bahawa DoT anda akan menyelesaikannya, hanya untuk mendapati bahawa kiraan pantas anda tidak tepat? Sistem Smite sentiasa agak kembung, jadi kami telah menghapuskan beberapa mekanik yang mencabar dan menambahkan faedah jungle yang lebih jelas. Semoga anda terpikat dengan Smite baharu kami.
Challenger Smite: DIBUANG
Smite:
- Aktif: Mengenakan 600 true damage pada monster besar atau epik atau pada minion dan memulihkan 70 (+10% jumlah Nyawa) nyawa. Naik Taraf menjadi Chilling Smite selepas 3 gunaan.
Pasif - Jungle Expertise:
- 20% Gold / XP daripada monster jungle tetapi mendapat 60% kurang Gold / XP daripada minion secara sementara
- 15% damage dan 15% ability damage tambahan pada monster jungle
- Memulihkan 40 nyawa dalam masa 5 saat semasa menentang monster jungle
- Memulihkan 4 mana setiap saat semasa di jungle atau river
Chilling Smite:
- Menentang monster or minion: Mengenakan 800 true damage dan memulihkan 70 (+10% jumlah Nyawa) nyawa.
- Menentang champion: Mengenakan 38-184 true damage dan mencuri 25% Movement Speed mereka selama 2 saat.
Pasif - Jungle Expertise: Sama seperti pasif Smite
[BAHARU] JUNGLE CONSERVATION
Kami memperkenalkan sistem Conservation untuk menjadikan roaming dan ganking kurang menghukum pemain jungle dan memberikan peluang kepada jungler untuk mengejar apabila mereka ketinggalan.
Smite & chilling smite kini memberi penggunanya Buff Conservation:
- Setiap 5 saat, pemain mendapat 12 atau 6 stack terhadap buff Conservation mereka. Bilangan stack yang diperoleh adalah berdasarkan pendapatan gold pemain dan pasukannya.
- Jika gold pasukan pemain lebih rendah daripada gold pasukan musuh sebanyak 10% atau lebih dan jika pendapatan gold pemain lebih rendah daripada sekutu mereka sebanyak 5% atau lebih, mendapat 12 stack setiap 5 saat.
- Dalam sebarang keadaan lain, mendapat 6 stack setiap 5 saat.
- Apabila anda membunuh monster besar atau Monster epik, anda akan menggunakan semua stack semasa Buff Conservation untuk memberi anda 1 gold bagi setiap stack (Maksimum 150 Charge).
LEASHING KEM JUNGLE
Kami mengurangkan jarak serangan beberapa kem untuk membuang pengoptimuman yang membolehkan pemain berdiri di tengah-tengah dua kem dan farm kedua-dua kem sekali gus.
Pelarasan jarak serangan:
- Crimson Raptor: 3 → 1
- Gromp: 1.8 → 0.9
- Blue Sentinel: 1.8 → 0.9
- Red Brambleback: 2.2 → 1.5
KEM MONSTER JUNGLE
Kami balance semula kem jungle untuk menjadikan jungle kurang mengecewakan dan lebih mudah diakses, terutamanya untuk pemain baharu.
[BAHARU] RED BRAMBLEBACK DAN BLUE SENTINEL BOLEH DIKONGSI
Pernah terfikir sama ada buff jungle patut pergi ke Jungler anda atau didermakan kepada sekutu? Untuk itu kami katakan, mengapa tidak kedua-duanya?
- Red Brambleback & Blue Sentinel yang spawn selepas 7 minit akan menjatuhkan Crest of Cinders/Insight kedua untuk sekutu.
- Buff yang dikongsi ini hanya akan muncul jika Jungler mengosongkan kem.
- Crest kedua ini akan bertahan di atas tanah selama 45 saat sebelum hilang.
- Mana-mana sekutu kecuali Jungler boleh mengambil buff dikongsi ini dengan berdiri di dalam kawasannya selama 2.5 saat.
- Crest kedua tidak akan jatuh jika pasukan musuh membunuh Red Brambleback atau Blue Sentinel anda.
- Evolved Crest of Cinders & Crest of Insight:
Dibuang
RIFT HERALD
Kami mengurangkan tempoh animasi Rift Herald dan masa gunaannya supaya ia boleh menumpaskan turret musuh dengan lebih konsisten.
- Jumlah tempoh animasi summon: 7.6s → 4s
- Masa gunaan dash Headbutt terhadap Turret: 2.5s → 1.75s
SISTEM
MEKANISME BOUNTY
Pernah mengalami permainan yang anda bermain dengan hebat dan satu kematian memberi pembunuh anda 2k+ gold? Kami kini mengehadkan sistem bounty supaya harga untuk satu kesilapan tidak begitu besar.
- Bounty maksimum boleh diakru pemain: Tiada had → 1300 Gold
- Bayaran gold bounty maksimum untuk satu shutdown: Tiada had →1000 Gold
- Bounty yang tidak dijatuhkan sepenuhnya dalam shutdown pertama akan ditambahkan pada shutdown seterusnya
PENGALAMAN TAKEDOWN CHAMPION
Kami melaraskan pengalaman takedown pada level awal untuk melicinkan kesan kill awal. Kami juga melambatkan masa mula mekanik pengalaman mengejar (mekanik yang memberi anda lebih banyak xp jika anda jauh di belakang level purata) kerana ia menyebabkan beberapa kes pelik pada peringkat awal permainan.
- Masa mula pengalaman mengejar: 30s → 3 min
- Pengalaman diberikan untuk takedown champion:
Level | Pengalaman Diberikan Lama | Pengalaman Diberikan Baharu |
1 | 1040 | 1300 |
2 | 2160 | 1800 |
3 | 2760 | 2300 |
4 | 3360 | 2800 |
5 | 3700 | 3550 |
SKIN
AKSESORI
Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!
Bauble: Inanimate; The Drama; Under One’s Breath; Page Turner; Deadeye; Put A Ring on It
Emote: Pew! Pew!; BANG!; I’m Waiting; They love me!; Breathtaking!; Thanks, I tried!; Stop and Smell the Crystal Roses
Ikon: Darkin Your Doorstep; Nightshade Jhin; Villainous Poro; Calling Card; The City’s Bane
Emblem Rift: Vandalized; HAVE YOU SEEN THIS MAN?; Vibrant Villainy
Bingkai Ikon: A Nightmare Rises; Hunter of Heroes
Recall Tersuai: Evading Justice; To the secret lair!; The Last Dance
Bingkai Profil: Supervillain Rising; Ascending Villainy
Homeguard Trail: Woosh!; Shimmering Waltz
Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch
TAMBAHAN
- Apabila tumbuhan Scryer's Bloom mengesan musuh yang tidak berada dalam penglihatan anda, ia kini akan menghantar ping “Champion Musuh Terlihat” secara automatik kepada pasukan anda.
- Muzik ditambahkan pada recall bagi peringkat skin tertentu.
- Visual permata peringkat skin dikemas kini dalam koleksi dan kedai.
- Lebih keterlihatan ditambahkan pada perkembangan ARAM dalam Penyelesaian Akhir Permainan.
ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN
17 Nov - 23 Nov: Kayle, Malphite, Miss Fortune, Orianna, Rengar, Soraka, Vayne, Warwick, Yuumi, Ziggs
24 Nov - 30 Nov: Ezreal, Jax, Jhin, Karma, Olaf, Renekton, Shyvana, Thresh, Twisted Fate, Yone