Wild Rift Patch Note 3.4c
Awoooo, tiba masa untuk Patch 3.4c, patch terakhir bagi kitaran 3.4!
Buru musuh anda dan timpakan malapetaka di dalam jungle, apabila kami melepaskan Warwick ke Rift patch ini! Kemas kini balance biasanya adalah untuk perkara-perkara kecil sahaja, tetapi terdapat satu perubahan yang besar… baiklah, besar pada kami, yang kami mahu tujukan perhatian anda. Malphite akan menerima satu buff! Inilah kali pertama Malphite telah menerima sebarang perubahan sejak Alpha jadi, selamat datang ke Patch Note Malphite, kami berbesar hati dengan kehadiran anda.
Terima kasih kerana membaca dan jumpa anda di sini untuk Patch 3.5 pada 17 November!
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
BAHARU
CHAMPION BAHARU
WARWICK, THE UNCAGED WRATH OF ZAUN
Warwick adalah seekor raksasa yang memburu di lorong-lorong kelabu Zaun. Diubah oleh eksperimen yang menyakitkan, tubuhnya disatukan dengan satu sistem kebuk dan pam yang rumit, jentera mengisi uratnya dengan kemarahan alkimia. Muncul keluar dari bayangan, dia memangsa penjenayah yang mengganas di ceruk bandar itu. Warwick tertarik dengan darah, dan tergila-gila dengan baunya. Tiada sesiapa yang menumpahkannya dapat melarikan diri daripadanya.
Warwick akan dikeluarkan pada 4 November pukul 08:01 pagi GMT+8.
AKALI
base_stats
- Health regeneration asas: 9 → 10
- Health regeneration setiap level: .68 → .8
EKKO
TIMEWINDER
- Damage pada monster: 120% → 100%
CHRONOBREAK
- Damage asas: 150/300/450 → 200/350/500
MALPHITE
passive
- Cooldown: 8s → 8/7/6s (levels 1/5/11)
- 10% Nyawa maksimum → 9% Nyawa maksimum
Seismic Shard
- Kelajuan projektil: 10 → 12
YUUMI
ZOOMIES
- Heal: 15/25/35/45 + 10% Ability Power → 20/30/40/50 + 10% Ability Power
PERUBAHAN GAMEPLAY
ITEM
RUNAAN’S HURRICANE
Runaan's Hurricane jarang dipilih berbanding dengan pilihan item Zeal yang lain, meskipun pada champion yang terbaik bersinergi dengan kesannya. Kami memberi rangsangan kepada nisbah panahnya untuk menjadikan Runaan lebih kuat sebagai pilihan penskalaan berbanding dengan item Zeal yang lain, terutamanya apabila anda menentang pasukan yang mempunyai ramai lawan melee.
- Nisbah Attack Damage panah Wind's Fury: 40% → 55%
QUICKSILVER ENCHANT
Matlamat asal kami dengan pelarasan yang kami lakukan pada Quicksilver adalah untuk menjadikannya lebih mampu menghalang crowd control berlapis daripada musuh dengan memberikannya satu tetingkap imuniti. Tetapi, tempohnya pada masa ini nampaknya terlalu singkat untuk dimanfaatkan kebanyakan pemain, jadi kami melanjutkan tetingkap imuniti tersebut untuk memenuhi matlamat kami bagi rework Quicksilver.
- Imuniti crowd control: .5s → .75s
SISTEM
PERLINDUNGAN ROBOH BERTERUSAN TURRET
Ini merupakan mekanik halimunan yang telah berada dalam permainan sejak dilancarkan, bertujuan untuk mengelakkan permainan tamat secara tiba-tiba. Kami merasakan ini telah memanjangkan permainan secara buatan dan pada masa yang sama sukar untuk ditentang kerana sifatnya yang tidak menonjol. Daripada membuangnya sekali gus, kami mengurangkan kuasanya untuk lebih memahami impaknya dalam permainan.
- Apabila 2 turret dalam lane yang sama roboh dalam masa 45 saat: Struktur seterusnya mendapat 30% pengurangan damage selama 30 saat. (Boleh stack) → Mendapat 15% pengurangan damage selama 30 saat. (Boleh stack)
SKIN
ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN
3 Nov - 9 Nov: Corki, Diana, Leona, Nautilus, Nunu & Willump, Pantheon, Shen, Shyvana, Veigar, Xayah
10 Nov - 16 Nov: Caitlyn, Graves, Irelia, Jarvan IV, Kassadin, Kennen, Lulu, Rakan, Samira, Vex