Wild Rift Patch Note 3.4b

Vex membuat ketibaannya, kemas kini balance merentasi Rift, dan sudah tiba masanya untuk memulakan arka latihan anda—Selamat datang ke Patch 3.4b!

Sudah tiba masanya untuk melangkah masuk ke arena dan memulakan arka latihan anda atau memakai pakaian anda yang paling menakutkan, selamat datang ke Patch 3.4b!

Sekiranya melangkah masuk ke arena atau menyerang musuh anda dengan pakaian yang mengasyikkan bukan kegemaran anda, tidak mengapa kerana masih banyak yang boleh mengujakan anda dengan ketibaan Vex! Uh...maksud kami apa-apa sajalah...berseronoklah memainkan dia, atau tidak. Selepas 3.4 dan beberapa perubahan sistematik kami yang lebih besar, kami telah memantau situasi semasa dengan teliti dan juga melakukan beberapa perubahan balance merentasi Rift.

Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.

BAHARU

CHAMPION BAHARU

VEX, THE GLOOMIST

10192022_WRPatchNotes34b_WRPatchNotes3.4bVex.jpg

Di pusat gelap Shadow Isles, satu-satunya yordle melangkah berat melalui kabus berhantu, berpuas hati dengan kesengsaraannya yang suram. Dengan bekalan kebimbangan juvana yang tidak berkesudahan dan bayang-bayang kuat yang mengikutinya, Vex hidup dalam dunia suramnya sendiri, jauh dari sorakan menjelikkan dunia “marhaen”. Walaupun dia tidak mempunyai cita-cita, dia cepat menyerang warna dan kebahagiaan, menghentikan segala pengacau dengan dedar yang penuh magik.

Vex akan dikeluarkan pada 27 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8.

PROMOSI SUPREME CELLS

Patch ini anda akan dapat membeli Supreme Cells Sett dan Zed daripada kedai. Mereka akan tersedia di dalam kotak yang anda boleh beli menggunakan Wild Cores. Dalam setiap kotak anda akan diberikan salah satu daripada yang berikut:

  • Peti Skin Rare Rawak
  • Peti Skin Epic Rawak
  • Peti Skin Legendary Rawak
  • Peti Pemilihan Sendiri Skin Supreme Cells
  • 400 Poro Coins

Kadar penurunan untuk setiap kotak adalah seperti berikut:

Peti Skin Rare Rawak

36.00%

Peti Skin Epic Rawak

10.00%

Peti Skin Legendary Rawak

2.50%

Peti Pemilihan Sendiri Skin Supreme Cells

1.50%

400 Poro Coins

50.00%

Untuk 10 kotak pertama, kebarangkalian untuk mendapat Peti Pemilihan Sendiri Skin Supreme Cells akan meningkat dengan setiap kotak dibuka sehingga ia didapatkan. Jika peti tersebut belum didapatkan sebelum kotak ke-10, kebarangkalian untuk mendapatkannya pada kotak ke-10 adalah 100%. Selepas mendapat Peti Pemilihan Sendiri Skin Supreme Cells yang pertama, kebarangkalian akan ditetapkan semula kepada 1.50%. Di samping itu, anda dijamin untuk menerima Peti Skin Legendary Rawak pada kotak ke-20, dan Peti Pemilihan Sendiri Skin Supreme Cells pada kotak ke-30.

Untuk mendapatkan Supreme Cells Kennen anda boleh membeli satu pass dengan Wild Cores dan selepas log masuk selama 7 hari, anda akan mendapat Supreme Cells Kennen dan beberapa ganjaran lain! Kami telah sebutkan pada permulaan tahun ini bahawa kami akan mencuba pelbagai cara baharu untuk anda memainkan event dan mendapatkan kandungan.

EVENT

10192022_WRPatchNotes34b_LOLWRPatch3.4bBewitchingVexBingo.jpg

BEWITCHING VEX’S BINGO

Kami mendapat BINGO! Tetapi apa-apa sajalah, bukannya seperti kami gembira pun...

Event Bewitching Vex’s Bingo akan bermula pada 27 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8

10192022_WRPatchNotes34b_WRLOL_Patch34_SupremeCells.jpg

SUPREME CELLS

Latih fizikal dan mental anda dan bersedia untuk perjuangan seumur hidup anda.

Event Supreme Cells akan bermula pada 1 November pukul 08:01 pagi GMT+8

PERUBAHAN CHAMPION

CORKI

Yordle ini telah terbang di bawah radar baru-baru ini, jadi kami memberikan rangsangan kepada statistik dan spell peringkat rendahnya untuk memberi dia lebih banyak alasan untuk terus melawan musuh-musuhnya.

base_stats

  • Mana setiap level: 33 → 50
  • Nyawa setiap level: 105 → 112
  • Armor setiap level: 3.9 → 4.5

PHOSPHOROUS BOMB

  • Cooldown: 8s → 7s

GATLING GUN

  • Nisbah Attack Damage setiap 1s: 40% → 60%
  • Jumlah nisbah Attack Damage sepanjang tempoh: 160% → 240%
  • Cooldown: 16s → 14s

DARIUS

Walaupun kepopularannya, prestasi Darius agak rendah buat semua pemain akhir-akhir ini. Kami membantu ketahanan akhir permainannya dan menyetarakan nilai cooldown pada Crippling Strike. Ini sepatutnya memberi dia lebih banyak pilihan semasa fasa laning dan team fight.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 125 → 136

CRIPPLING STRIKE

  • Cooldown: 6.5/6/5.5/5s → 5.5s

GWEN

Prestasi Gwen di dalam jungle terus lancar, walaupun dia masih sedikit lemah dalam fasa laning daripada yang kami mahukan. Oleh itu, kami melakukan beberapa perubahan untuk membantunya lebih berjaya di lane sambil melambatkan sedikit masa dia mengosongkan jungle.

passive

  • Damage maksimum pada monster: 4 (+ 4% Ability Power) → 2 (+ 3% Ability Power)

SKIP 'N SLASH

  • % Pengurangan cooldown: 20/30/40/50% → 35/40/45/50%
  • Kurangkan cooldown apabila terkena sasaran → Kurangkan cooldown apabila terkena sasaran bukan monster

JAX

Selepas melihat bagaimana Jax telah stabil di Baron Lane dan jungle, kini terdapat ruang untuk memberi Jax sedikit kuasa berskala setelah dia bukan lagi kuasa dominan pada awal permainan.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 105 → 112

KAI'SA

Sambil meta carry Dragon Lane telah berkembang sejak beberapa patch yang lalu, Kai'sa telah ketinggalan di belakang rakan-rakannya. Kami sedang meneliti salah satu kekuatannya yang unik, dan memberikan Icathian Rainnya sedikit lagi damage sebagai ganjaran kepada pemain yang menumpukan pada damage burstnya.

ICATHIAN RAIN

  • Nisbah Attack Damage setiap misil: 40% → 45%
  • Nisbah Ability Power setiap misil: 25% → 30%
    • Nisbah Attack Damage pada champion terpisah: 90% → 101.25%
    • Nisbah Ability Power pada champion terpisah: 56.25% → 67.5%
    • Nisbah Attack Damage Evolved pada champion terpisah: 150% → 168.75%
    • Nisbah Ability Power Evolved pada champion terpisah: 93.75% → 112.5%

MISS FORTUNE

Miss Fortune telah menuju ke puncak dengan bergaya dan prestasinya sedikit tinggi bagi beberapa pemain, jadi satu nerf ringan untuk ultimatenya perlu dilakukan.

Bullet Time

  • Nisbah Attack Damage: 85% → 75%
    • Jumlah nisbah Attack Damage: 1020% → 900%

OLAF

Kehadiran jungle Olaf terlalu kuat sejak akhir-akhir ini, jadi kami menyelaraskan pasifnya untuk melambatkan kelajuannya mengosongkan jungle. Sebagai balasan, kami meningkatkan statistik asasnya dan menurunkan kos mana awal Undertow untuk mengalihkan sedikit kuasanya ke arah Baron Lane.

base_stats

  • Mana asas: 300 → 340
  • Health regen asas: 9 → 12

passive

  • +1% Attack speed setiap 1% nyawa yang hilang → + 0.6 - 1% (berdasarkan level) Attack speed setiap 1% nyawa yang hilang

Undertow

  • Kos Mana: 60 → 45/50/55/60

PYKE

Kami telah menyemak senarai kami, dan meskipun buff pada Pyke sebelum ini, dia masih tidak berkuasa untuk kebanyakan pemain. Kami memberinya bantuan dengan memberi Pyke beberapa lagi buff cooldown untuk membantu corak pertempuran masuk dan keluarnya dengan lebih baik.

GHOSTWATER DIVE

  • Cooldown: 11.5/11/10.5/10s → 10.5/10/9.5/9s

PHANTOM UNDERTOW

  • Cooldown: 12.5/12/11.5/11s → 11/10.5/10/9.5s

RIVEN

Kekuatan Riven untuk kebanyakan pemain berada di bawah tahap yang kami mahukan, jadi kami memberinya lebih banyak ketahanan untuk menjadikannya lebih mudah untuk dimainkan di bahagian-bahagian akhir permainan.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 105 → 115
    • Nyawa pada level 15: 2120 → 2260

SAMIRA

Desert Rose kegemaran kami kini melebihi prestasi, permainan dan gaya musuhnya dalam tahap permainan yang lebih tinggi. Untuk memberi lawannya lebih banyak peluang untuk bermain balas, kami mengurangkan mobiliti keseluruhannya.

passive

  • Movement Speed setiap Gred: 3.5% → 2.5%
    • 21% → 15% pada gred maksimum

INFERNO TRIGGER

  • Pengurangan Movement Speed: Ditingkatkan daripada 30% → 40%

SENNA

Sebelum ini kami mengurangkan damage berterusan Senna dan keupayaannya untuk mendapat trade mudah pada jarak jauh. Tetapi kami ingin memastikan kami tidak tersasar, dan dia diberikan ganjaran yang sewajarnya kerana menggunakan Piercing Darkness secara agresif dan bukannya hanya untuk memulih, jadi kami memberinya sedikit damage tambahan.

PIERCING DARKNESS

  • Damage: 40/80/120/160 + 40% Attack Damage Bonus → 50/90/130/170 + 50% Attack Damage Bonus

SHYVANA

Kami menarik balik nerf sebelumnya pada Burnout kerana perubahan Shyvana yang lain telah mengurangkan kuasanya dengan secukupnya sehingga dia boleh memerlukan sedikit bantuan dalam kelajuan pengosongan jungle serta damage keseluruhannya.

Burnout

  • Damage asas: 25/40/55/70 → 30/45/60/75

VARUS

Varus boleh menggunakan rangsangan yang kecil, dan nombor-nombor pada aktif Blighted Quiver adalah tidak kemas, jadi kami menangani kedua-duanya sekali dengan merapikan nombor-nombor tersebut sambil meninggikannya.

Blighted Quiver

  • Nisbah Damage nyawa yang hilang Aktif: 6.5% - 13.5% (berdasarkan level) → 8% - 15% (berdasarkan level)
  • Nisbah masa saluran maksimum: 13% - 27% (berdasarkan level) → 16% - 30% (berdasarkan level)

Wukong

Prestasi Wukong agak rendah akhir-akhir ini, jadi kami meningkatkan damage yang diberikan pasifnya dan meningkatkan pemulihan yang diperolehnya daripada mengenakan champion musuh dengan Golden Staff.

passive

  • Damage ditingkatkan setiap stack: 3% → 4%

GOLDEN STAFF

  • Heal: 15/30/45/60 + 25% Attack Damage + 10% nyawa Bonus → 30/50/70/90 + 40% Attack Damage Asas + 16% nyawa Bonus (Dikurangkan kepada 50% lwn bukan champion)

YASUO

Walaupun buff baru-baru ini, Yasuo telah kehabisan nafas pada akhir permainan. Untuk menangani perkara ini, kami meningkatkan skala Attack Damagenya.

base_stats

  • Attack Damage setiap level: 3.6 → 4.5
    • Attack Damage pada level 15: 112 → 125

YONE

Prestasi Yone agak tinggi sejak keluarannya, jadi kami menurunkan damage keseluruhannya sambil turut meningkatkan penskalaan nyawanya untuk meningkatkan ketahanannya dalam team fight akhir permainan.

base_stats

  • Nyawa setiap level: 105 → 112
  • Attack Damage asas: 58 → 54

SPIRIT CLEAVE

  • Damage maksimum pada monster: 150 ~ 360 → 100 ~ 380

FATE SEALED

  • Damage asas: 200/400/600 → 200/350/500

YUUMI

Permulaan 3.4 membawa banyak perubahan besar-besaran kepada kucing kegemaran semua orang, Yuumi, termasuk had tempoh pasifnya. Selepas menyemak prestasi dan gameplaynya sejak perubahan ini, kami mengembalikan tempoh shield pasifnya menjadi tiada had kerana kami tidak merasakan perubahan tempoh ini telah menghasilkan gameplay yang lebih baik di sekitar pasifnya.

passive

  • Tempoh shield: 5s → Tiada had

PERUBAHAN GAMEPLAY

ITEM

LIANDRY’S TORMENT

Pada masa ini Liandry merupakan salah satu item mage kami yang paling berkuasa. Untuk membawa item ini lebih sejajar dengan item setaranya, kami mengurangkan damage nyawa maksimum asas yang diberikan oleh pasif Torment sambil turut mengalihkan Ability Power dan nyawa yang disediakan oleh item ini.

Statistik

  • Ability Power: 70 → 75
  • Nyawa: 250 → 200

Pasif

  • Damage nyawa maksimum asas: 1% → 0.5%
10192022_WRPatchNotes34b_Bewitching-Miss-Fortune-splash.jpg

Bewitching Miss Fortune

Akan dikeluarkan pada 27 Oktober @ pukul 08:01 pagi GMT+8

10192022_WRPatchNotes34b_WRPatchNotes3.4BewitchingMorgana.jpg

Bewitching Morgana

Akan dikeluarkan pada 27 Oktober @ pukul 08:01 pagi GMT+8

10192022_WRPatchNotes34b_WRPatch3.4BewitchingVex.jpg

Bewitching Vex

Akan dikeluarkan pada 27 Oktober @ pukul 08:01 pagi GMT+8

10192022_WRPatchNotes34b_SUPREMECELLSKEN3.4.jpg

Supreme Cells Kennen

Akan dikeluarkan pada 1 November @ pukul 08:01 pagi GMT+8

10192022_WRPatchNotes34b_SUPREMECELLSSETT3.4.jpg

Supreme Cells Sett

Akan dikeluarkan pada 1 November @ pukul 08:01 pagi GMT+8

10192022_WRPatchNotes34b_SUPREMECELLSZED.jpg

Supreme Cells Zed

Akan dikeluarkan pada 1 November @ pukul 08:01 pagi GMT+8

AKSESORI

Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!

10192022_WRPatchNotes34b_3.4BGoodies.jpg

Bauble: Dynamooo; Bat-O-Lantern

Ikon: Tricks ‘n’ Treats!; Supreme Clash

Recall Tersuai: Gone Batty; Balanced Back-Out

Bingkai Ikon: Loyalty & Conviction

Emote: Spellbound; Yawn.; Jeepers!; Fierce!; Focus!; Muahahaha!

Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch

ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN

20 Okt - 26 Okt: Brand, Dr. Mundo, Draven, Fizz, Kha’zix, Lee Sin, Nami, Riven, Sona, Vayne

27 Okt - 2 Nov: Akali, Akshan, Darius, Gragas, Lucian, Olaf, Pyke, Senna, Tristana, Tryndamere