Wild Rift Patch Note 3.4a
Selamat hari Patch 3.4a! Apakah pandangan anda tentang 3.4? Berapa banyak kill dan curian dragon yang anda peroleh dengan meteor? Walaupun kami berharap anda berseronok menghujani meteor dari langit (kami cukup seronok, itu sahaja yang kami fikirkan pada siang hari, meteor, ia semakin menjadi masalah), kami mempunyai kemas kini balance yang dijadualkan secara berkala untuk disampaikan.
Salah satu penambahan terbaharu kami pada Rift telah menyebabkan kekecohan, jadi kami akan nerf item quest support, dan melakukan pelarasan supaya item quest support tersebut tidak lagi optimum untuk kedua-dua Dragon Laner bermula dengan item tersebut. Kami juga telah memantau Gwen sejak dia dikeluarkan dan akan melakukan pelarasan padanya bersama beberapa champion lain. Power Spike Party akan berlangsung pada patch ini, jadi pastikan anda mengambil sekeping kek, masuk dalam talian dan mendapatkan ganjaran-ganjaran tersebut!
Kami juga telah menangani pepijat shield negatif yang mungkin anda alami dalam permainan anda baru-baru ini yang menyebabkan pemain mati tanpa kematian itu memberikan ganjaran kill biasa. Kami akan menghuraikan perkara ini dengan lebih lanjut di bahagian paling bawah note ini, tetapi ingin memastikan kami menyebutnya di sini juga.
Peringatan: kandungan akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch
BAHARU
RANKED
RANKED MUSIM 7
Ranked Musim 7 sudah hampir, dan semasa pendakian kami kali ini, anda boleh katakan kami bagaikan habis kapak berganti beliung. Semasa permainan ranked anda musim ini, persembahan anda yang luar biasa akan memberi anda Glorious Crimson Draven sebagai ganjaran! Anda juga boleh mendapatkan Syiling Ranked dan membelanjakannya untuk membeli barangan-barangan baharu di Kedai Ranked!
Ranked Musim 7 akan bermula pada 13 Oktober pukul 11 pagi GMT+8
Bersama-sama permulaan Ranked Musim 7, musim baharu Legendary Queue juga akan melancarkan patch ini. Untuk mengekalkan integriti kompetitif yang tinggi dalam queue ini, kami akan memperkenalkan gerbang baharu apabila musim baharu ini bermula. Anda kini perlu mempunyai sejumlah mastery tertentu pada sesuatu champion sebelum boleh memainkan mereka dalam queue ini:
- Semasa pelancaran, markah champion yang diperlukan adalah sangat rendah (hanya beberapa permainan dimainkan)
- Kami berhasrat untuk menala sistem ini, tetapi tidak mahu ia terlalu ketat sejak awal lagi
- Anda akan sentiasa mempunyai akses kepada SETIAP champion yang anda punyai mastery yang mencukupi, tanpa mengira peranan yang diberikan kepada anda
- Kami telah melaksanakan perlindungan untuk memastikan pemain tidak dipaksa untuk memainkan pilihan luar peranan oleh sistem ini
- Jika anda diberikan sesuatu peranan dan mempunyai kurang daripada tiga champion tersedia untuk dipilih yang ditandakan untuk peranan itu dengan mastery yang mencukupi, sistem ini akan melonggar
- Anda akan dibenarkan memainkan champion dengan mastery tertinggi anda dalam peranan itu
- Hal ini dilaksanakan agar jika sebagai contoh seorang ADC utama diberikan jungle secara automatik, kami ingin memastikan mereka tidak akan dipaksa untuk memainkan MF hebat mereka sebagai jungle tetapi sebaliknya akan mempunyai sesuatu yang lebih sesuai untuk dimainkan
Di samping itu, pada permulaan musim kami juga akan menetapkan semula setiap rank pemain kembali kepada Commander IV sekali lagi untuk memberi peluang kepada semua orang untuk sekali lagi membuktikan bahawa mereka layak memegang rank mereka. Tetapi kami tidak akan menetapkan semula MMR. Jadi, jika anda beralih daripada Immortal kepada Commander, dan semua rakan sepasukan anda adalah Commander, matchmaker akan tetap memastikan rakan sepasukan anda semuanya merupakan pemain dengan MMR, dan kemahiran yang serupa kepada anda semasa anda melakukan pendakian sekali lagi.
Waktu permulaan dan waktu terbuka mingguan Musim Legendary Queue untuk Musim 7 adalah:
Pengaktifan | 19/10/2022 Waktu Tempatan MY | ||||||
MY (GMT+8) | Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
Waktu Pembukaan | 18:00 | 18:00 | 18:00 | 18:00 | 18:00 | 12:00 | 12:00 |
Waktu Penutupan | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 |
Pengaktifan | Pengaktifan pertama: 8 malam 26/10/2022 Rabu PDT Pengaktifan pertama: 11 pagi 27/10/2022 Khamis GMT+8 | ||||||
Tetapan pelayan AMER | Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
Waktu Pembukaan Harian (PDT) | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 |
Waktu Pembukaan Harian (GMT+8) | 03:00 | 03:00 | 03:00 | 03:00 | 03:00 | 03:00 | 03:00 |
Waktu Penutupan Harian (PDT) | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 |
Waktu Penutupan Harian (GMT+8) | 14:59 | 14:59 | 14:59 | 14:59 | 14:59 | 14:59 | 14:59 |
Pengaktifan | Pengaktifan pertama: 11 pagi 27/10/2022 Khamis Waktu Beijing Pengaktifan pertama: 11 pagi 27/10/2022 Khamis GMT+8 | ||||||
Tetapan pelayan ASIA | Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
Waktu Pembukaan Harian (Waktu CN) | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 |
Waktu Pembukaan Harian (GMT+8) | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 |
Waktu Penutupan Harian (Waktu CN) | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 |
Waktu Penutupan Harian (GMT+8) | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 |
Pengaktifan | Pengaktifan pertama: 5 pagi 27/10/2022 Khamis Waktu Musim Panas Eropah Tengah (CEST) Pengaktifan pertama: 11 pagi 27/10/2022 Khamis GMT+8 | ||||||
Tetapan pelayan Eropah | Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
Waktu Pembukaan Harian (CEST) | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 | 12:00 |
Waktu Pembukaan Harian (GMT+8) | 16:00 | 16:00 | 16:00 | 16:00 | 16:00 | 16:00 | 16:00 |
Waktu Penutupan Harian (CEST) | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 | 23:59 |
Waktu Penutupan Harian (GMT+8) | 03:59 | 03:59 | 03:59 | 03:59 | 03:59 | 03:59 | 03:59 |
EVENT
POWER SPIKE PARTY
Apakah parti tanpa sedikit hadiah? Log masuk semasa parti berlangsung untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran! Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami!
Event Power Spike Party akan bermula pada 12 Oktober pukul 08:01 pagi GMT+8
AHRI
passive
- Pemulihan asas apabila takedown: 80 - 200 + 40% Ability Power → 70 - 190 + 30% Ability Power
CAMILLE
base_stats
- Nyawa setiap level: 115 → 120
Tactical Sweep
- Damage asas: 70/110/150/190 → 90/125/160/195
EKKO
passive
- Damage bonus pada monster: 120% → 110%
TIMEWINDER
- Damage bonus pada monster: 130% → 120%
EVELYNN
HATE SPIKE
- Kadar Ability Power: 45% → 40%
GWEN
base_stats
- Nyawa: 610 → 660
passive
- Damage Monster maksimum: 5 + 5% Ability Power → 4 + 4% Ability Power
SNIP SNIP!
- Damage asas Snip pertama: 10/14/18/22 → 12/16/20/24
- Damage asas Snip terakhir: 50/70/90/110 → 60/80/100/120
Karma
FOCUSED RESOLVE
- Cooldown: 13s → 15s
INSPIRE
- Movement Speed bukan Mantra: 45% → 30%
KASSADIN
NETHER BLADE
- Cooldown: 8s → 10s
RIFTWALK
- Damage: 80/100/120 + 30% Ability Power + 2% mana → 80/100/120 + 30% Ability Power + 1.5% mana
NAUTILUS
passive
- Tempoh root: 0.75s - 1.5s (berdasarkan level) → 1s - 1.75s (berdasarkan level)
DREDGE LINE
- Cooldown: Dikurangkan daripada 12/11/10/9s → 11/10/9/8s
PYKE
BONE SKEWER
- Kos mana: 50/55/60/65 → 35/40/45/50
- Damage pada bukan champion: 50% → 25%
PHANTOM UNDERTOW
- Cooldown: 14/13/12/11s → 12.5/12/11.5/11s
YASUO
base_stats
- Attack Damage asas: 58 Attack Damage → 62 Attack Damage
Last Breath
- Damage asas: 200/350/500 → 250/350/550
PERUBAHAN GAMEPLAY
ITEM
BAMI’S CINDER
Kami terlepas melaraskan Bami dalam patch sebelum ini apabila kami melakukan perubahan pada Sunfire Aegis dalam patch sebelum ini, jadi kami melakukan pelarasan itu sekarang.
- Damage bonus terhadap minion dan monster: 25% → 15%
RELIC SHIELD & SPECTRAL SICKLE
Walaupun kami gembira melihat bahawa pengeluaran item quest baharu telah membawa kepada peningkatan yang bermakna dalam pilihan untuk peranan support, pada masa ini kami merasakan bahawa ekonomi support meningkat dengan terlalu cepat semasa fasa laning. Untuk menangani perkara ini, kami mengurangkan jumlah pendapatan gold pemain apabila menggunakan cas. Selain itu, untuk mengelakkan kes penyalahgunaan dengan item ini di Dragon Lane, kami menambahkan mekanik baharu untuk mengehadkan item ini kepada peranan support dengan lebih baik.
[BAHARU] Jika pemilik item Quest Support berada berhampiran sekutu yang juga memiliki item Quest Support, pemain tidak boleh menggunakan cas Item Quest Support mereka.
Relic Shield
- PASIF UNIK - Spoils Of War: Gold minion yang diperoleh pemilik item setiap penggunaan cas: 135% → 120%
- Gold minion yang dikira dalam kemajuan quest: 63% → 58%
Spectral Sickle
- PASIF UNIK - Tribute: Gold yang diperoleh setiap penggunaan cas: 30 → 25
RIFTMAKER
Walaupun Riftmaker akhirnya membuat debutnya di Rift, prestasinya sebagai pembelian item awal adalah hambar. Kami mahu ia menyerlah pada peringkat awal permainan jadi kami memberikan dorongan kecil untuk membantunya bersaing dengan pilihan awal permainan yang lain.
Statistik Asas
- Ability Power: 70 → 80
SOLARI CHARGEBLADE
Walaupun menjadi item attack speed crit caster utama, Solari Chargeblade sering dikalahkan oleh item attack speed lain dalam slot kemudiannya untuk carry caster crit. Beberapa pelarasan pada statistik di sini sepatutnya membantu Chargeblade menjadi pilihan yang lebih kompetitif untuk barisan champion yang lebih besar.
Statistik Asas
- Attack Speed: 30% → 40%
- Ability Haste: 15 → 20
PERUBAHAN RUNE
DOMINATION: LETHAL TEMPO
Lama kelamaan setelah pemain mengoptimumkan build mereka, Lethal Tempo telah terbukti lemah sedikit berbanding dengan pilihan keystone yang lain. Kami akan memberinya beberapa buff keseluruhan kecil untuk membantunya bersaing dengan pilihan-pilihan lain.
Kesan
- Attack Speed setiap Stack: Dinaikkan daripada 6% - 12% (melee), 3% - 9% (ranged) → 7% - 13% (melee), 4% - 10% (ranged)
- Bonus Stack maksimum: 30% → 40%
PERUBAHAN SISTEM
PHYSICAL DAN MAGIC VAMP DIGANTIKAN DENGAN OMNIVAMP
Vamp yang disediakan oleh item & ability berikut akan digantikan dengan Omnivamp yang setara
- Gluttonous Greaves
- Maw of Malmortius
- Lee Sin (2) Safeguard
AKSESORI
Anda boleh mendapatkan atau membeli aksesori daripada beberapa sumber yang berlainan. Sila semak halaman yang berkenaan dalam permainan untuk maklumat lanjut tentang cara mendapatkannya!
Bauble: Victory Cake; Glorious Execution
Emote: Who’s tough as Iron?; Who’s Brash in Bronze?; Who’s as noble as Silver?; Who’s Golden?; Who’s rarer than Gold?; Who’s leaving you Emerald green with envy?; Who’s shining like a Diamond?; Who’s the Master?; Who’s the Grandmaster?; Who’s the Challenger?; Glorious!
Ikon: Happy Riftiversary!; Wild Rift Season 7
Bingkai Ikon: Iconic Execution
Bingkai Profil: Vision of Glory
Homeguard Trail: Rift Runner
Semua aksesori akan dikeluarkan sepanjang tempoh patch.
TAMBAHAN
- Memperbaik beberapa interaksi apabila shield yang merosot mungkin memperoleh nilai negatif, menyebabkan pemain yang mati dengan nilai shield negatif dalam sesetengah kes tidak memberikan kredit kill dengan betul kepada pembunuh (atau ganjaran kill). Mungkin masih terdapat beberapa kes kehilangan kredit kill yang jarang berlaku yang akan kami betulkan secara holistik dalam 3.5, tetapi buat masa ini pembetulan sementara ini sepatutnya meangkumi kebanyakan isu shield negatif.
ROTASI CHAMPION PERCUMA UNTUK DIGUNAKAN
29 Sept - 5 Okt: Caitlyn, Evelynn, Graves, Gwen, Katarina, Miss Fortune, Morgana, Singed, Soraka, Ziggs
6 Okt - 13 Okt: Amumu, Aurelion Sol, Camille, Ezreal, Janna, Jayce, Kai’sa, Rengar, Yone, Yuumi